Selamat Datang ke ...

Selamat Datang ke ...

Khabar dari Situ Sana Sini

Wednesday, January 11, 2012

LIGA SUPER MALAYSIA - LionsXII 1 - 2 Kelantan



SINGAPURA: Ia permulaan mengecewakan dan persembahan yang menimbulkan tanda tanya. Keputusannya pula mengesahkan ramalan jurulatih profesional, Tohari Paijan.

Di depan 8,000 penonton di Stadium Jalan Besar dan ribuan lagi yang menyaksikannya melalui kaca televisyen, SingaXII rebah 1-2 di tangan Kelantan dalam perjuangan pembukaan pertandingan bola sepak Liga Super Malaysia. Jika ada satu detik yang menjadi kemegahan pasukan tuan rumah dalam pertarungan ini ialah keupayaan bek tengah, Baihakki Khaizan, membuka tirai jaringan melalui tandukan hasil tendangan percuma Shahdan Sulaiman pada minit ke-34.

Tetapi, sebagaimana amaran Tohari baru-baru ini, Kelantan pasukan yang tidak mudah menyerah kalah dan mampu meledakkan keputusan mengejut. Ini terbukti apabila ia menyamakann kedudukan 1-1 seminit sebelum rehat melalui Norshahrul Idlan Talaha. Gol kemenangan Kelantan melalui penalti hasil rembatan Mohd Ghaddar pada minit ke-79 boleh dipertikaikan tetapi rata-rata kekurangan pasukan tuan rumah agak ketara.

Tenaga midfield kurang bertenaga dan tenaga penggempur kurang berbisa. Jangan bersungut SingaXII tidak memungut tiga mata. - Agensi