KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mempunyai banyak kerja untuk diselesaikan sebelum boleh menganggap rundingannya dengan Singapura tempoh hari, berjaya.
Menurut beliau, antara yang masih belum diselesaikan termasuk isu bekalan air ke Singapura selepas 2011, sumbangan gaji pekerja Malaysia di Singapura ke Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan pembinaan jambatan ketiga ke republik itu.
'Saya masih meneliti perjanjian itu. Saya masih belum dapat mengenal pasti aspek negatif atau positif,' kata beliau kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama dalam satu majlis di sini semalam.
'Pada mulanya, saya berharap semua masalah boleh diselesaikan. Tetapi ada beberapa perkara yang tidak disentuh seperti harga air selepas 2011, CPF dan jambatan baru,' tambah beliau.
Dr Mahathir berkata pembinaan jambatan ketiga akan dapat membantu mengurangkan kesesakan trafik di Johor Bahru.
Singapura sebelum ini berkata ia tidak akan memperbaharui perjanjian bekalan air 1961 yang akan tamat tahun depan.
Satu lagi perjanjian air yang ditandatangani dengan Malaysia pada 1962 akan tamat pada 2061.
Semasa pentadbirannya, Dr Mahathir telah mendesak agar harga air mentah yang dibekalkan kepada Singapura disemak semula daripada 3 sen bagi setiap 1,000 gelen kepada 60 sen.
Dr Mahathir juga sebelum ini inginkan Tambak Johor dirobohkan dan digantikan dengan jambatan baru.
Projek itu bagaimanapun telah dibatalkan oleh penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sementara itu, Kementerian Pengangkutan Malaysia kelmarin menjelaskan tapak tanah yang dimiliki oleh Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura hanya dibenar untuk digunakan bagi tujuan melibatkan perkhidmatan kereta api.
Menterinya, Datuk Seri Ong Tee Keat, berkata sesetengah pihak yang mengatakan bahawa tanah tersebut sepatutnya dimanfaatkan oleh kerajaan Malaysia untuk tujuan-tujuan lain adalah tidak berasas.
'Persoalan sesetengah media dan blog yang mempertikaikan kenapa kerajaan tidak membangunkan tanah di Tanjong Pagar adalah tidak berasas.
'Mengikut perjanjian yang ada, tanah di Tanjong Pagar tidak boleh digunakan bagi tujuan lain yang tidak mempunyai kaitan dengan kereta api.
'Singapura berhak mengambil alih hak tanah itu sekiranya tanah di Tanjong Pagar digunakan bagi tujuan lain, kita selama ini mematuhi perjanjian yang ada,' katanya yang ditukil akhbar Utusan Malaysia.
Malaysia dan Singapura sebelum ini bersetuju stesen KTMB di Tanjong Pagar dipindah ke Terminal Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) pada 1 Julai 2011.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, dilaporkan berkata, perpindahan tersebut turut melibatkan pemindahan kemudahan Kuarantin, Imigresen dan Kastam (CIQ) Malaysia dari Tanjong Pagar ke Woodlands. -- Agensi.