Oleh Darwis Said
PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor sebagai 'satu isyarat jelas' atau satu 'pungutan suara' terhadap program pembaharuannya.
Ini, tegasnya, menandakan persetujuan orang ramai terhadap beliau bagi meneruskan perubahan dan pembaharuan yang sedang diusahakan bagi membawa Malaysia mencapai Wawasan 2020.
Ada kebenaran dalam dakwaan itu.
Kehadiran Datuk Seri Najib pada tiga hari terakhir kempen pilihan raya kecil itu memberi semacam rangsangan kepada jentera pilihan raya BN.
Sumber-sumber di Hulu Selangor berkata, kedatangan Datuk Seri Najib membolehkan calon BN, Encik P. Kamalanathan, mengatasi calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim, bagi kerusi parlimen kawasan undi itu.
Datuk Seri Najib secara peribadi menemui rakyat dan menjanjikan pembangunan daerah perkampungan dan pedalaman Hulu Selangor. Ini kelihatan mengembalikan semula keyakinan pengundi di sana.
'Langkah beliau mengunjungi rakyat memainkan peranan besar, khususnya di kalangan pengundi tradisional BN,' kata pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, Dr Sivamurugan Pandian, yang berada di Hulu Selangor sejak bermulanya kempen pilihan raya kecil itu.
'Ini kerana beliau bersedia datang ke akar umbi sebagai perdana menteri dan pengerusi BN sendiri,' tegasnya semasa dihubungi akhbar ini semalam.
Bagaimanapun, sejauh mana kemenangan di Hulu Selangor itu boleh disimpulkan sebagai satu referendum besar dan padu bagi kepimpinan BN masih boleh dipersoalkan, kata pengamat.
Pertama, Encik Kamalanathan, yang juga ketua penerangan MIC, kelmarin mengalahkan Datuk Zaid selepas meraih 24,977 undi berbanding 23,272 undi yang diperolehi pesaingnya itu. Sejumlah 48,935 pengundi keluar mengundi.
Pada Mac 2008, calon BN meraih 22,979 undi di Hulu Selangor, manakala calon Pakatan mendapat 23,177 undi.
Pencapaian itu masih gagal memenuhi sasaran kemenangan majoriti 6,000 undi yang pernah ditetapkan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, seperti yang dilaporkan oleh beberapa media Malaysia sebelum ini.
Tambahan pula, jumlah 'pelaburan' kewangan dan jentera pilihan raya BN agak besar dan meluas berbanding pencapaiannya.
Jelas, kemenangan calon BN, dengan majoriti 1,725 undi, belum menunjukkan dengan jelas bahawa rakyat secara padu menyokong BN, mahupun menolak sepenuhnya calon Pakatan.
Kedua, sedang pilihan raya kecil Hulu Selangor menunjukkan trend kembalinya sokongan pengundi Melayu, dan mungkin India, kepada BN sejak pilihan raya kecil Bukit Gantang, Perak, tahun lalu, ia juga mengukuhkan andaian bahawa pengundi Cina semakin terus menjauhi BN.
Ini walaupun BN turut melaungkan slogan '1Malaysia' sepanjang kempen di Hulu Selangor.
'Saya khuatir, pada masa depan, sesetengah pemimpin BN akan mengatakan bahawa: 'Kami boleh menang tanpa (sokongan) pengundi Cina'. Dan, jika orang Cina tidak mendapat sokongan kerajaan persekutuan, apakah akibatnya? Apakah parti-parti komponen berasaskan kaum Cina akan tidak relevan lagi?' kata Dr Sivamurugan.
Dalam hal ini, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, akur bahawa BN masih gagal mendapatkan sokongan pengundi Cina sejak pilihan raya umum 2008.
'Kita perlu melihat di mana silap kita. Saya akan berjumpa dengan parti-parti komponen untuk membincangkan perkara ini tetapi kita gembira kerana pengundi India kembali menyokong BN. Begitu juga dengan pengundi Melayu,' katanya.
Ketiga, isu tempatan - seperti hutang tertunggak berikutan projek pembangunan yang gagal di sebuah kawasan luar bandar sejak lebih sedekad lalu, serta keperluan asas kawasan pedalaman - menguasai 'keresahan' pengundi di Hulu Selangor.
Soalnya, apakah sentimen pengundi Hulu Selangor akan mencerminkan trend yang pernah berlaku pada pilihan raya kecil Ijok pada 2007?
Ijok pernah dimenangi calon Kongres India Malaysia (MIC) yang tidak dikenali, Encik K Parthiban, apabila beliau mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dengan majoriti 1,850 undi pada April 2007. Isu tempatan menjadi fokus pilihan raya itu, dan BN berjaya menggembleng sumber kewangan dan tenaga jenteranya bagi mengecap kemenangan.
Namun, pengundi sama memberikan kemenangan kepada Tan Sri Abdul Khalid dengan majoriti 1,920 undi pada pilihan raya umum 2008. Beliau kemudian menjadi Menteri Besar Selangor.
Apakah trend Ijok akan berulang di Hulu Selangor menjelang pilihan raya ke-13 kelak?
Keempat, krisis dalaman PKR membantu kemenangan BN di Hulu Selangor.
Ini bermakna BN masih perlu mengukuhkan kekuatan dan kesepaduan parti komponennya dan tidak mampu berpuas hati dengan pencapaian pilihan raya kecil itu.
Justeru, BN harus memastikan bahawa ia mampu mengotakan janji-janji pembaharuannya dan mengukuhkan semula hubungan antara parti komponennya.
Tempoh melaung slogan - baik '1Malaysia' mahupun Model Ekonomi Baru (NEM) - kini perlu bertukar menjadi tempoh pelaksanaan langkah konkrit.