KUALA LUMPUR: Malaysia telah mengorak langkah berani dengan menyemak semula Dasar Ekonomi Barunya (DEB), satu dasar bertujuan membantu golongan bumiputera khususnya masyarakat Melayu di negara itu, dengan satu dasar yang lebih berpandukan kepada merit dan tanpa mengira kaum.
Semasa mengumumkan kerangka Model Ekonomi Baru (MEB) pada Persidangan Invest Malaysia 2010 di sini semalam, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata tindakan afirmatif seperti DEB, akan dinilai semula dan dilaksana berdasarkan empat prinsip - mesra pasaran, merit, telus dan mengikut keperluan.
'Kita tidak boleh lagi bertolak ansur dengan amalan yang menyokong aktiviti rent-seeking dan patronage, yang telah sekian lama menjejas matlamat murni DEB.
'Penyertaan menyeluruh diperlukan, di mana semua rakyat Malaysia dapat menyumbang dan mengambil manfaat daripada pertumbuhan ekonomi - perlu menjadi teras utama bagi sebarang pendekatan ekonomi baru,' katanya.
Beliau menambah: 'Akan tetapi setelah sekian lama pelaksanaan tindakan afirmatif tidak menepati golongan sasaran yang amat memerlukan.
'Terdapat persepsi yang menggambarkan bahawa bukan bumiputera tidak mendapat manfaat daripadanya sehingga kini walaupun fakta dan data menunjukkan sebaliknya.
'Justeru, kita perlu menukar persepsi ini dengan prinsip baru tindakan afirmatif yang telah dinyatakan sebelum ini.'
Datuk Seri Najib menekankan bahawa dasar pelan tindakan afirmatif baru dalam MEB akan menumpukan pada usaha meningkatkan paras pendapatan semua kumpulan memerlukan.
Menurutnya, satu pertimbangan penting dalam MEB ialah membangunkan proses tender bersaing dan telus bagi bumiputera.
'Secara praktiknya, pendekatan ini bermakna sokongan kepada bumiputera dipertingkatkan, di mana ia berdasarkan pada keperluan dan bukannya bangsa,' jelas Datuk Seri Najib, tetapi menekankan bumiputera masih 'majoriti dalam kumpulan yang mudah terjejas'.
Beliau mengakui akan terdapat tentangan terhadap langkah-langkah pembaharuan yang dibentangkannya itu tetapi berikrar akan meneruskan usaha pembaharuan tersebut.
'Saya berjanji kita akan bekerja tanpa mengenal penat lelah bagi membangun serta melaksanakan pembaharuan ekonomi yang diperlukan oleh negara untuk terus berkembang, untuk perniagaan berjaya dan yang paling utama bagi kemakmuran rakyat,' kata Datuk Seri Najib.
'Memandangkan pertumbuhan ekonomi semakin pulih, sesetengah pihak mempersoalkan keperluan bagi segera mengubah tabiat lama.
'Kini terdapat seruan untuk melindungi status sedia ada. Kita jangan mudah terpedaya. Kita memerlukan cara baru untuk bertindak,' tambahnya.
Datuk Seri Najib berkata kerangka pembaharuan ekonominya itu akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020 tetapi tidak memperincikan bagaimana ia boleh dicapai. -- Agensi.