Selamat Datang ke ...

Selamat Datang ke ...

Khabar dari Situ Sana Sini

Friday, January 29, 2010

ISLAM melarang umatnya bersikap provokatif dan berpecah-belah.


Oleh Mohd Yusop Hassim

Namun, apa yang berlaku pada dunia Islam hari ini, terutama keganasan, tentulah menimbulkan prihatin.

Baik dalam Al-Quran mahupun hadis, keutamaan yang ditegaskan ialah bersikap perikemanusiaan. Ertinya, umat Islam harus menghidupkan sifat kecintaan, penyatuan dan toleransi.

Taksub dan fanatik yang bermaksud terlalu mengutamakan pandangan sendiri dan egoistik atau keakuan itu amat ditegah Islam. Bahkan ia dikaitkan dengan sikap iblis, musuh utama Islam.

Sebagai salam kepada seluruh dunia, Islam adalah perutusan sejagat demi perdamaian, saling hormat- menghormati dan memelihara hak asasi.

Malangnya, aspek Islam ini tidak diketengahkan bagi mengurangi kesangsian dunia bukan Islam atau Barat.

Nabi saw pernah menyeru umatnya agar menjauhi sifat taksub kerana ia adalah buruk dan merosakkan. Baginda juga memberi amaran bahawa bukanlah daripada golongan kami sesiapa yang menyeru kepada fanatik, dan bukanlah daripada kami jika seseorang itu mati atas dasar fanatik.

Ketika berada di Madinah, Rasulullah saw telah menetapkan sikap keharmonian sebagai amalan beragama khususnya terhadap kaum Yahudi.

Baginda telah menitikberatkan rasa hormat bahawa penganut agama lain juga berhak membela statusnya, menjaga harta, diri dan kehidupan mereka.

Tiada agama yang telah mengemukakan perlembagaan yang menyeluruh dan memberikan hak-hak asasi manusia sepenuhnya sebagaimana yang telah diamalkan oleh Islam.

Perlembagaan Islam dari segi keharmonian ini termaktub dalam maksud firman Allah:

'Allah tidak melarang kamu daripada berbaik-baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang- orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu daripada kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.' (Surah Al-Mumtahanah: 8-9)

Penyatuan dan bantu-membantu di kalangan umat manusia adalah motif agama Islam sebenarnya. Sila hayati maksud firman Allah ini:

'Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.' (Surah Al-Hujurat: 13)

Dalam khutbah haji wadaknya, Rasulullah saw telah meletakkan satu perlembagaan kemanusiaan yang menyeluruh yang maksudnya:

'Wahai umat manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu, dan bapa kamu adalah satu; setiap kamu adalah anak Adam dan anak Adam adalah daripada tanah.

'Semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang lebih takwanya. Tidak ada kelebihan daripada orang Arab atas yang bukan Arab dan sebaliknya; dan tidak pula yang merah atas yang putih dan sebaliknya kecuali dengan bertakwa.'

Islam juga menggesa umatnya agar bersatu dan menolak sikap berpecah-belah, hasut-menghasut dan provokatif hingga boleh menimbulkan fitnah.

Sekalipun berat hukuman mereka yang menghasut, bertindak provokatif atau berfahaman fanatik, trend perpecahan di kalangan umat Islam masih berlaku.

Cara yang tepat bagi kita mempergiat usaha menyatukan umat Islam ialah dengan bertindak adil dan sederhana lagi santun iaitu diplomasi.

Kekuatan mana-mana bangsa dan kaum adalah pada perpaduannya.

Hal ini sudah terbukti dalam sejarah. Hasil perpaduan inilah yang akan membawa kerjasama dari segi kepakaran dan biaya bagi membina masa depan yang lebih teguh.

Saturday, January 23, 2010

Kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.


JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat malam tadi selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Baginda mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.

Jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada pukul 2 petang hari ini.

Rakyat jelata boleh memberikan penghormatan terakhir di Istana Besar dari pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi sementara orang kenamaan dari pukul 11 pagi hingga petang.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di sini malam ini.

Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Tiga tahun kemudian pada 15 Nov 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Petang ini, putera sulung baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.

Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.

Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.

Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.

Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan.

Nama Almarhum terpahat pada sekolah, acara sukan seperti Kejohanan Golf Terbuka Iskandar dan juga koridor pembangunan selatan Johor iaitu Iskandar Malaysia. -- mStar

Thursday, January 21, 2010

Masjid Al-Aqsa bakal roboh?


Baitulmaqdis: Masjid Al-Aqsa boleh roboh kerana mengalami banyak rekahan dan retakan berpunca daripada kegiatan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel menggali kawasan bawah tanahnya atas alasan mencari bukti peninggalan warisan Yahudi, menurut laporan, kelmarin.

Amaran itu dinyatakan oleh ketua hakim pihak Penguasa Palestin, Sheikh Tayseer Tamimi, kepada Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC).

Seorang aktivis Palestin, Encik Raed Salah, turut bimbang Israel merancang membina kuil Yahudi di kawasan Masjid Al-Aqsa.

Sheikh Tayseer pula memberi amaran, beberapa rumah di sekitar tanah suci ketiga Islam itu turut berisiko roboh kerana kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada malam hari membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan Masjid Al-Aqsa.

'Saya risau dengan pelan Israel membina kuil di kawasan Masjid Kubah Batu tahun ini yang saya percaya akan membawa kepada pembinaan kuil lebih besar daripada Al-Aqsa,' kata Encik Raed.

Sheikh Tayseer pula dipetik agensi berita Maan sebagai berkata:

'Pemerintah Israel mesti bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya yang turut membabitkan kawasan penganut Kristian.'

Beliau juga merujuk kepada meningkatnya kehadiran pelampau Yahudi selain pencerobohan tentera dekat Masjid Al-Aqsa, yang terbaru kemasukan 50 pelajar pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel melakukan penyelidikan termasuk pendatang Yahudi manakala wanitanya beribadat dekat masjid berkenaan, kata Sheikh Tayseer.

Oleh sebab itu, Sheikh Tayseer mendesak orang Arab dan Muslim di seluruh dunia memberi bantuan menyekat kegiatan menggali oleh Israel dekat tanah suci Islam berkenaan.

Beliau memberi pandangan itu selepas satu kawasan penduduk Silwan runtuh di timur Baitulmaqdis, Isnin lalu, dan meninggalkan lubang sebesar 12 meter di tengah jalan Wadi Hilwah.

Encik Jawad Siyam, ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa, memberitahu agensi berita Maan bahawa runtuhan itu sedalam 10 meter dan terletak beberapa meter saja daripada satu lagi runtuhan, minggu lalu, atas sebab yang sama.

Dalam kejadian itu, sebuah trak kecil terperosok ke dalam lubang selepas runtuhan berlaku.

Seorang kanak-kanak turut cedera apabila terjatuh ke dalam lubang itu.

Pusat Baitulmaqdis bagi Hak Sosial dan Ekonomi (JCSER) melaporkan runtuhan berkenaan pada Isnin lalu, mengulangi kejadian sama tahun lalu.

Tanah runtuh itu membabitkan sebuah sekolah perempuan dan 17 pelajar cedera.

JCSER menekankan, kegiatan Israel menggali menjadi sebab utama bangunan rosak termasuk di Masjid Al Ein. -- Agensi.

Malaysia's Disastrous Capital Flight - Money leaves the country on an unprecedented scale.


Churches are not the only thing to have been going up in flames in Malaysia. Take a look at the nation's foreign exchange reserves. They fell by close to 25 percent during 2009 according to investment bank UBS even though the country continued to run a huge surplus on the current account of its balance of payments.

Says UBS: "Question: which Asian country had the biggest FX losses in 2009?" The answer is Malaysia and by a very large margin; we estimate that official reserves fell by well more than one quarter on a valuation-adjusted basis". It describes the situation as "bizarre" and contrasts Malaysia with other countries with large current account surpluses – Thailand, China, Taiwan, Singapore, and Hong Kong – which have seen their reserves increase – as should be expected.

In short there has been an exodus of money from Malaysia on a scale which surpasses that which occurred during the Asian crisis. Nor is this just a mirage. The decline is also reflected in a sudden decline in base money supply – even while, thanks to Bank Negara, broader M2 has continued to grow modestly.

Who is responsible for this massive outflow? And where has it gone? The questions cannot be answered from the data and probably will not be by a government that knows its own state-controlled enterprises, headed by Petronas, may probably be responsible for part of it. The more certain reason however is the outflow of local private capital has been taking place on an unprecedented scale in response to political instability, massive official corruption and discrimination against non-Malays.

This capital bloodletting has as yet attracted little attention because Malaysia's foreign debt levels had declined dramatically since the Asian crisis and its reserves reached very healthy levels. So the outflow has not disturbed the financial markets, and Bank Negara has easily been able to keep interest rates low and the currency strong.

But unlike 1998, when the exodus of hot foreign money was a major contributor to the crisis, foreigners cannot be blamed. There is little speculative interest in the ringgit and the Malaysian bourse has rather fallen off the map as far as foreign institutional money is concerned. The BRICs, India, China, Russia, Brazil have taken the merging market lead once dominated by Southeast Asia.

Nor is there much evidence that the Middle East money which was supposed to be flowing into Muslim Malaysia, into holiday apartments or Johor's massive Iskandar development zone, has been much in evidence. Malaysia's one recent success, the development of its sukuk (Islamic bond) market may have caused more capital outflow than inflow. At any rate any overall net inflow of foreign capital whether into bonds, equities, factories or real estate has been dwarfed by the exodus of Malaysian money.

The latter is reflected in the weakness of private sector investment, which now trails public investment. Indeed it explains why the economy remains weak despite very healthy prices for most of Malaysia's commodity exports. The nation has been running a current account surplus of more than 10 percent of gross domestic product for the past decade and hit about 17 percent of GDP in the year just ended. Initially this surplus was needed to pay down debt accumulated during the mid-1990s Mahathir boom years and to rebuild foreign exchange reserves to healthy levels.

But subsequently it became simply a consequence of the weakness of private investment. Domestic investors were discouraged by the corrupt and warped system and foreigners moved to China and elsewhere. GDP growth has become ever reliant on government stimulus – again racially biased in its allocation -- financed by a persistently large budget deficit.

Meanwhile, publicly controlled capital has been rushing overseas. Petronas has been spending its billions in profits around the world as it attempts to become a major global player – at the expense of Malaysian citizenry in general and the oil and gas producing states in particular. Other government-controlled entities such as Malayan Banking Bhd have been bidding top dollar for foreign assets – such as Bank Internasional Indonesia.

Often with the exodus of money goes an exodus of talent as highly skilled persons disadvantaged by race or, as in the case of some Malays, disgusted by local corruption or primitive religious authorities, take themselves and their capital to Australia, Canada, India, China, etc.

The 2009 reserves loss may have had some specific cause which will not be repeated. But it has merely served to underline a dismal trend which has been in evidence for the best part of a decade. Malaysia has so far been saved from itself by the commodity price gains of the past five years – with even the late 2008 collapse now largely reversed. Oil and palm oil may be off their peaks but both are now double their prices of five years ago.

It is better not to imagine what will happen to Malaysia if prices collapse to 2004 levels and stay there. Better now to address the real reasons behind capital outflow and lack of private investment. -- AsiaSentinel

Wednesday, January 20, 2010

Idris Tawfiq (bekas paderi) bincang perihal keindahan Islam


Oleh Nurul Dayana Simangoon

MASYARAKAT Islam harus sentiasa menghormati agama lain dan menjaga sensitiviti golongan bukan Islam meskipun mereka tidak setuju dengan pegangan dan kepercayaan agama mereka.

Ini kerana Islam berpegang pada prinsip keamanan dan bukan keganasan, malah setiap individu seharusnya diberi kebebasan mengamalkan agama.

Penceramah dan penulis terkemuka Britain, Encik Idris Tawfiq, berkata demikian ketika memberi pandangan terhadap insiden pembakaran gereja di Malaysia yang hangat dipaparkan di media massa baru-baru ini.

Pembakaran gereja itu menyusuli keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan sebuah akhbar mingguan gereja Katolik, Herald-The Catholic Weekly, menggunakan istilah 'Allah' dalam ruangan Bahasa Malaysia akhbar itu.

'Pada pendapat saya, golongan yang berkelakuan ganas dan ekstremis atas nama Islam sebenarnya bersikap terlalu defensif.


'Sikap mereka yang tidak yakin dengan diri dan sentiasa berasa teraniaya itu mendorong mereka melakukan perbuatan yang tidak diingini, seperti pengeboman nekad dan sebagainya.


'Sedangkan Islam itu sebenarnya agama yang indah dan lemah lembut. Malah, Rasulullah saw sendiri membenarkan orang Yahudi tinggal bersama masyarakat Islam di Madinah, memberi mereka layanan baik, dan memberi mereka kebebasan mengamalkan agama mereka,' ujarnya.


Encik Idris, 50 tahun, dan menetap di Mesir sejak lapan tahun lalu, memeluk Islam hampir sedekad lalu.

Beliau akan memberikan siri ceramah mengenai Islam dan pengembaraannya di Kahirah, yang membuka matanya kepada Islam, mulai esok di Darul Arqam Singapura.

Beliau pernah berlatih menjadi paderi di Vatican City, Rome, selama lima tahun sebelum bertugas sebagai paderi Katolik di sebuah gereja di Britain selama hampir dua dekad.

Namun, beliau berhenti menjadi paderi kerana tidak berpuas hati dengan pekerjaannya itu.

Beliau kemudian bercuti di Kahirah untuk menenangkan jiwa dan kemudian memeluk Islam di sana.

Tuesday, January 19, 2010

On the use of ‘Allah’ by the Herald.


by Azril Mohd Amin

Herald Issue – I

The Malays, as one foreigner once summed up, are a people who rest under the coconut tree with the sun shinning brightly and cheerfully upon them whilst the wind blow softly against their faces.

This observation is meant as a compliment to the temperament of the Malay Muslims. As compared to Muslims of other countries, the Muslims of Malaya did not go through a period of great conflict and bloodshed to obtain independence. As a result, you have a Muslim community who is tolerant and receptive to other religion and races.

The constitutional position of Islam and the Malays can be understood by making an analogy to a house owner who welcome visitors into their house and allowed their visitors the right to use the living room, dining room, the bedrooms, the garden, and all other areas, except, the house owner was to say, “Never ask for the right to use my own master bedroom. It is my special privilege.” After a few decades, the house owner has shared everything in his house except for his own master bedroom. He finds that his visitors, having enjoyed unlimited access and use of all the parts in his house are now knocking on the doors of his master bedroom, demanding for the right to use his own master bedroom, his last bastion.

The case of the weekly Herald has jolted the largely Malay Muslim community into the realisation that their last bastion, their master bedroom (i.e. Islam and Malay privileges) is now very much at stake. The positive outcome from the Herald fiasco is the unity of majority of the Muslims coming to the fore to protect and defend a matter held dear to their very essence, their religion, culture and sense of identity.

The Herald had since 1986, illegally used the words “Allah” to refer to God in its publication. Under Control of Undesirable Publications of the Printing Presses And Publications Act introduced in 1984, the Kementerian Dalam Negeri (KDN) (Ministry of Home Affairs) has the power to introduce the Garis Panduan Penerbitan Kementerian Dalam Negeri (“Guideline”) to regulate publications such as the Herald. According to the Guideline, words such as “Allah”, “Kaabah”, “Baitullah” and ‘Solat” are not allowed to be used by religions other than Islam. The KDN then issued a letter dated 19.05.1986 instructing and advising the weekly Herald not to use the words contained in the Guideline. Such words are deemed as sensitive to the Muslim community and may cause disharmony, disunity and confusion among the community especially the Malay Muslim community.

However, instead of adhering to KDN’s instructions and advice to cease publishing the word “Allah”, the weekly Herald repeatedly breached the Guideline by reproducing the publication in the Herald containing the words “Allah”.

The Archbishop of the Titular Roman Catholic Church (“the Church”) himself admitted in his Affidavit that a total of eight letters were sent to the Herald by KDN advising them to cease the use of the word “Allah” in their publication which went unheeded. The word “Allah” is banned for use by non Muslims under the anti propagation laws of states in its schedule of offensive words. Despite a clear statutory provision disallowing the use of Allah by non Muslims, the Herald continued in acts of infringement of the anti propagation laws and blatantly disregarded the Guideline since 1986 until 2007. Since no immediate and decisive action was taken by KDN in response to this transgression of state law and consistent breach of the Guideline, the Church was emboldened enough to file a Judicial Review dated 19.03.2008 for the following declarations:-

  1. that the Church is entitled to use the word ‘Allah’ in The Herald, a weekly Catholic publication of the Church;
  2. that the Guideline by the Kementerian Dalam Negeri is illegal;
  3. and that the use of the word “Allah” is not exclusive for the religion of Islam.

The Herald meanwhile, posted their publication online until it came to the attention of the Majlis Agama Islam Selangor (“MAIS”) and the Muslim Chinese Association of Malaysia (“MACMA”) who were deeply concerned on the effects of the publication on the Muslims in general, especially as they were made to understand by the Church that the publication was to be solely for internal circulation of members of the Church. With its posting online by the Herald however, meant that the general public and those outside of Kuala Lumpur including the world at large would have unlimited access to the Herald. The MACMA feared that the publication would cause confusion among converts due to the terminology used. It may also open the floodgates for other beliefs to challenge the Guidelines and use the word “Allah” in their practise.

As a body entrusted with the protection of the rights and interests of Islam and the largely Malay Muslims, MAIS viewed these developments with alarm and concern. MAIS is empowered under state legislation to dispense their duties as the lawful representative of the Sultan of Selangor including to advise the Sultan of Selangor on any matter impacting the unity and interests of the Muslims. Having presented to the Sultan of Selangor the gravity of the matter, the Sultan of Selangor found the situation to be sufficiently compelling for MAIS’s intervention. With the blessings and unequivocal support of the Sultan of Selangor, MAIS filed applications to be admitted as interveners for both the Summons and Review. Their action was emulated by other Majlis Agama Islam of the States of Wilayah Persekutuan, Terengganu, Johore, Pulau Pinang and Melaka. Throughout the case, solicitors and MAIS officers handling the case attest to the ease by which they were able to advise and brief the Sultan of Selangor and to obtain further directions. The deeds of the Sultan of Selangor shall be crafted in our historical manuscripts as a monarch who has displayed a deep conscience and understanding of his role as protector and custodian of Islam and Malay rights, in the case brought by the Church.

The intervener applications by MAIS, MACMA and Majlis Agama Islam of States were provided for by statutory provisions under the Rules of the High Court. Unfortunately, the Court did not allow their application even though MAIS argued for their inclusion under the various provisions in the Rules of High Court, including provisions for special entry to oppose the judicial review. The Court did not recognise the statutory duties of MAIS under state legislations as the lawful body to advise and aid the Sultan of Selangor in such matters of judicial review relating to the rights and interests of Islam and the largely Malay Muslims.

The Court made a pronouncement that MAIS have no basis to justify that they have a direct interest in the case, in total disregard to MAIS’s statutory function as adviser and aid to the Sultan of Selangor in matters of Islam and Muslim rights. Thus, MAIS was denied the opportunity to put forth their arguments before the Court by the Judge presiding the case, Datuk Lau Bee Lan. This situation proved fatal to MAIS’s intervener application and was a major factor that led to a decision in favour of the Herald. The Court decision meant that the words “Allah” and consequently, “Allah’s Son” were allowed to be used in the Malay pages of the Herald weekly. The Court decision has also set a precedent that where it deems fit, parties who expressly transgressed and breached laws, may still come to Court challenging the authorities’ right to enforce laws under the guise of “constitutional rights”. This is one of the greatest mockeries to our judicial system.

Consequently, the reaction of the Muslim community to the Court decision dated 31.12.2009 is largely one of disbelief, anger and humiliation; a deep wound that if it were at all to recover, would require a long healing process.

Herald Issue – Part II

The Judge presiding the case of the Herald, Datuk Lau Bee Lan, in her decision disallowing MAIS, MACMA and Majlis Agama of States as interveners, made special mention of the fact that the applicants in this case were unable to provide concrete evidence that the use of the word “Allah” is sensitive to the Muslim community and would cause disharmony, disunity and confusion among the Muslim community. As such, it may be inferred that the Judge was of the opinion that the usage of the word “Allah” by the Herald and the Church would not be of material consequence as far as the Muslim community is concerned.

Events that unfolded during the days immediately succeeding the decision proved otherwise. NGOs, Islamic organisations and various other organisations whether politically connected and apolitical were greatly moved by this outright disregard of the Muslim’s community sensitivities. The government, initially unsure of the correct stand to be taken, followed the stance set by our former premier in this issue, where Tun Mahathir in his statement immediately after the Court decision was handed down stated that “….the word “Allah” is specific for Muslims..” and “…in Peninsular Malaysia we have never heard of Christians using the word Allah when referring to God in the Malay language, why are we using the word now?..”. Tun Mahathir’s sentiment is shared by many Muslim groups in Malaysia who questioned the motives behind the application by the Church to use the word “Allah” in the Herald which may, subsequently lead to the use of the word of “Allah” in a Malay language version of the bible. The other versions of the bible, which is the English, Chinese and Tamil language do not include the word “Allah” in their publications. As such, it seems that the word “Allah” and as such, “Allah’s Son” are meant to be used exclusively for a Malay language version and targeted for the largely Malay Muslim community.

The demonstrations of opposition to the Court decision that took place all over the country culminated in sporadic attacks against Churches in Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Malacca and Sarawak, hinting to possible civil unrest if left unabated. A news report dated 11th January 2010 in the Star which states “…Some 1,700 members of the Protestant Church packed the hall for the joint Mandarin and English services from early yesterday…” points blankly to the age old customary usage of English and Mandarin in their Church services, which reinforces the suspicion of the Muslim community towards the intention of the Church in using the word “Allah” in the Malay language pages of the Herald-Weekly and the Malay version of the bible. Members of Churches testify through at least one blog (http://www.malaysiakini.com/news/12096) as follows:- “It is for the use of ‘Allah’ in worship and publication in Bahasa, not in English…Yes, they had use God and will continue use God in English worship/publication but in Bahasa, they want to use ‘Allah’ back”.

In respect to the attacks against the Churches, there have been notable efforts by the government to pacify the Christian community whereby monetary compensation and contribution to repair the Churches were offered. The Muslim community generally do not condone the attacks and belief that these attacks are isolated incidences and committed by extremist individuals. However, similar efforts by the government to pacify the Muslim community are wanting and the Christian community have not come strongly forward to state their disagreement with the application by the Titular Roman Archbishop to use the word “Allah” in Malay language pages of the Herald-Weekly. In order to contain extremist individuals and comfort the wounds of the Muslim community inflicted by the Church’s Court application, a more decisive stand has to be made by the government authorities.

Although the stand by the government authorities in this issue is uncertain and lacking in direction, the King – Yang Dipertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibin Almarhum Sultan Madmud Al-Muktafi Billah Shah (“Yang Dipertuan Agung”) came forward to point the direction that the government is supposed to drive in this issue. In the statement issued by the Yang Dipertuan Agung dated 9th January 2010, the Yang DiPertuan Agung reminded all parties to respect Islam as the religion of the Federation and emphatically stated that the use of the word “Allah” shall precisely follow that as understood and complied in the Islamic context. The statement made by the Yang DiPertuan Agung had to a certain extent, provided some semblance of relief from the black abyss that currently envelopes the muslim community.

The statement by the Yang DiPertuan Agung that Islam is the religion of the Federation is of great significance in its meaning and effect. Under the Constitution, Islam holds a special position that is unquestionable. This special position is entrenched in Article 3 of the Federal Constitution that states, “Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace in harmony in any part of the Federation.” Therefore, Article 3 establishes the sovereignty of Islam as the religion of the Federation and the rights of other religions to be practised shall not encroach on the rights of Muslims to practise Islam nor cause disharmony to Islam. The description of Islam as a religion above others under the Constitution is aptly described by Judge Mohd Nor Abdullah in a decided case in the year 2000 (Meor Atiqurahman bin Ishak & Ors v Fatimah Sihi & Ors [2000] 1 CLJ 393), where Islam is likened to a majestic tree known as the “Pokok Jati” which is tall, strong and luminous. It stands and walk before others, its presence is in the main arena with its voice heard loud and clear. If its nature is not as such, then it cannot be said to be a religion above others in the Constitution.

The Yang DiPertuan Agung, in taking the office of Yang DiPertuan Agong, is subject to the Oaths he had pledged as stipulated in the Fourth Schedule of the Constitution. In accordance to the Oaths taken under the name of Allah, the Yang DiPertuan Agong has an undisputable sacred duty as custodian and protector of the religion of Islam and Malay rights.

In the case of the Herald, the Yang DiPertuan Agong, having been advised by Constitutional experts, came instantly to the defence of the Islamic religion and being an institution by itself, was the first to pledge support for the Sultan of Selangor in the intervener application. The Majlis Agama of Terengganu, being the state directly under the Yang DiPertuan Agong was initiated as a party through its Majlis Agama Islam to the intervener application. For states that have no Sultan such as Malacca, Pulau Pinang and Wilayah Persekutuan, the Yang DiPertuan Agong took upon himself to instruct the Majlis Agama of these states to join in the intervener application. The Sultan of Johor, meanwhile, came into the intervener application through the advice of their Mufti.

The main thrust of the Yang DiPertuan Agong’s and Majlis Agama States’ concern is the confusion that the misuse of the word “Allah” would cause among the Muslims and non Muslims alike. The concept of Allah as understood, embraced and practised by the Muslim community in Malaysia is totally distinct and separate from the concept as understood by the Church conceptually, culturally and theologically. Whereas, the concept of Allah embraced by the Muslim community in Malaysia as defined in the context of Muslim and Malay tradition is Allah in a MONOTHEIST (TAUHID) sense as opposed to the concept of TRINITY of God as understood by the Church.

In the aftermath of the Church attacks, calls were made for the Muslim community to remain calm and not to disrupt harmony. Some opinions chided the Muslim community for their intolerant behaviour towards the Court Decision and even advised that the issue of the use of the word “Allah” in the Malay language pages of the Herald-Weekly has been unjustly magnified. The nation has forgotten one critical aspect in all of this mayhem; the Muslim community did not start the encroachment of the rights of other religious communities. Instead, the act of the Church in bringing the matter to Court is seen by the Muslim community as a belligerent and provocative act and this fact should be acknowledged by all, as a first step towards healing wounds.



** Information Secretariat, Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia. (Muslim Lawyers Association of Malaysia)

PANDANGAN - Tentukan nama biarlah berpada-pada.


Oleh Jyh Wee Sew

DALAM rancangan Di Luar Lingkungan pada 11 Januari lalu di RTM1, dua orang panelis diundang untuk membincangkan isu perpaduan di Malaysia.

Sebagai pembuka selera, pengacara rancangan melontarkan ingatan penonton kepada sejarah lama 13 Mei lebih 40 tahun lalu. Seterusnya, satu soalan diajukan kepada semua:

'Adakah satu perspektif transformatif diperlukan untuk menghadapi masalah perpaduan?'

Memang tidak wajar untuk menyamakan isu kemelut linguistik nama khas dengan sejarah yang berlaku 40 tahun lalu. Masalah dasar pada empat dekad lalu ialah kemiskinan atau lebih diakuri sebagai masalah ekonomi.

Masalah pada hari ini sebenarnya isu antiglobalis yang cuba disandung pada media cetak yang dianggap sebagai cabaran kepada agama Islam.

Terdapat banyak perkara yang perlu difikirkan dalam kemelut yang melanda keheningan masyarakat majmuk di Malaysia. Isu yang paling asas bukanlah isu perpaduan tetapi isu keharmonian.

Perpaduan antara kaum tidak akan mencapai konsep kawah lebur (melting pot), malahan ia tidak perlu menjadi begitu.

Kaum masing-masing telah pun sedia maklum dengan identiti sendiri seperti cara beramal ibadat, sistem bahasa, budaya makan, kepercayaan adat resam masing-masing.

Keunikan masyarakat majmuk yang begitu baik perlu dikekalkan dengan mantap. Setiap kaum harus bebas tetapi dengan peka menjalani kehidupan menurut tabii yang diwarisi.

Yang penting ialah keharmonian antara kaum dipelihara menerusi cara hidup yang bertatasusila.

Dengan mengakuri keistimewaan nama Tuhan agama sesuatu kaum yang lain tanpa menyamakannya secara globalis, keharmonian akan terpupuk.

Isu mutakhir yang menggugat keharmonian masyarakat majmuk berpunca daripada isu bahasa.

Keinginan menggunakan nama Tuhan secara merentas agama ternyata satu usaha yang tidak wajar kerana agama tidak lut globalisasi.

Reaksi dan suara daripada penganutnya bahawa keistimewaan nama keagamaan dipelihara sudah jelas dan ia harus dihormati serta dituruti oleh institusi perundangan serta sosial.

Konsep arbitrari bahasa iaitu rujukan bahasa bersifat wewenang ternyata tidak berlaku akibat peristiwa pembakaran gereja di Malaysia.

Konsep wewenang bahasa ini disalahtafsirkan daripada buku Ferdinand de Saussure yang disusun oleh pelajarnya selepas kematian beliau. Pembetulan masalah bacaan linguistik struktural ini boleh dibaca dalam buku From Interaction to Symbol oleh Piotr Sadowski (John Benjamins, 2009) yang antara lain diterangkan bahawa lambang bahasa merupakan hasil evolusi rujukan yang bertimbunan sejak zaman lampau.

Dengan ini lambang bahasa tidak mungkin bersifat wewenang tetapi merupakan himpunan makna yang mantap. Rujukan nama Tuhan dan rujukan nama khas yang lain sudah tidak mungkin disamakan dengan rujukan baru sesuka hati.

Faktor emosi tidak boleh diabai secara struktural. Sebagai contoh lain, usaha menghalalkan makanan Cina bernama Bak Kut Teh iaitu masakan sup tulang rusuk babi. Walaupun digantikan dengan daging ayam dan lembu, ia tetap dibantah oleh masyarakat Melayu kerana nama tersebut tidak halal didengar. Inilah yang dimaksudkan sebagai evolusi rujukan yang bersifat rujukan langsung atau isomorfik. Sebenarnya banyak rujukan isomorfik yang tersirat dan tersurat pada nama.

Bagi menjawab persoalan awal, perspektif yang transformatif tidak semesti pandangan yang bersifat radikal atau baru. Satu pemikiran yang mapan dapat dimanfaatkan daripada peribahasa Melayu 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'.

Bagi perancang awam, pegangan wajib ialah tentukan nama hendaklah berpada-pada agar istilah agama kekal abadi. Jika pihak berkuasa lebih peka dengan sentimen ini, kemungkinan besar kerugian harta benda dan hakisan nama baik sebuah negara yang memang terkenal dengan keharmonian kaum tidak akan berlaku.

Nota: Penulis ialah pengarang 'Semiotik Persembahan Wacana' (2009) dan 'Reduplicating Nouns and Verbs in Malay' (2007), terbitan University Malaya Press.

Thursday, January 14, 2010

Mati awal jika kuat menonton televisyen !!!


WASHINGTON: Awas bagi mereka yang suka bersantai depan televisyen.

Satu kajian yang disiarkan kelmarin menunjukkan setiap jam yang digunakan untuk menonton televisyen meningkatkan kemungkinan mati pada usia muda sebanyak 11 peratus dan kematian akibat sakit jantung sebanyak 18 peratus.

Kajian di Australia itu, yang muncul dalam rencana berjudul Circulation: Journal of the American Heart Association, meninjau tabiat kesihatan 8,800 penduduk pada 2000-2006.

Ia mendapati bahawa kebiasaan lepak di sofa menonton televisyen mempunyai kesan negatif ke atas kandungan gula dan lemak dalam darah.

Sama ada seseorang itu gemuk, terlalu gemuk atau langsing, kebiasaan menonton televisyen selama sejam setiap hari meningkatkan sebanyak 11 peratus risiko mati muda, 9 peratus risiko diserang barah, dan 18 peratus risiko kematian akibat serangan jantung, demikian dapatan kajian tersebut.

Orang yang menonton televisyen selama empat jam sehari meningkatkan kadar kematian atas sebarang sebab sebanyak 46 peratus, dan akibat serangan sakit jantung sebanyak 80 peratus.

'Tubuh manusia diciptakan supaya bergerak, bukan duduk buat jangka masa yang panjang,' kata Encik David Dunstan, pengarang utama kajian itu, yang berkhidmat dengan Institut Jantung dan Kencing Manis Baker IDI (BIHDIV) di Victoria, Australia.

'Perubahan teknologi, sosial dan ekonomi bermakna penduduk tidak banyak menggerakkan otot-otot seperti dahulu. Akibatnya, paras tenaga yang digunakan semakin merosot,' kata Encik Dunstan.

'Bagi kebanyakan orang, kegiatan harian mereka hanyalah berpindah daripada kerusi kereta ke kerusi di depan televisyen,' kata beliau.

Purata masa menonton televisyen sehari adalah tiga jam di Britain dan Australia, manakala di Amerika Syarikat ialah empat setengah jam. -- AFP.

Monday, January 11, 2010

Ku Li - Kita harus membetulkan apa yang berlaku dalam negara hari ini.


Oleh Darwis Said

MANTAN Menteri Kewangan Malaysia, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, mengesahkan bahawa beliau akan terus cergas dalam arena politik tanah airnya walaupun sebelum ini pernah ada laporan-laporan yang menyatakan sebaliknya.

'Selagi saya masih hidup. Selagi saya diperlukan. Selagi saya masih mampu bergerak ke sana sini dan bekerja, ya, mengapa tidak saya teruskan apa yang saya buat,' kata Ahli Parlimen (AP) Gua Musang itu, yang lebih mesra dipanggil 'Ku Li' oleh rakyat Malaysia dan penyokongnya.

'Saya berasa amat selesa dengan kedudukan saya sekarang.

'Saya fikir kita harus betulkan keadaan, walaupun ada sesetengah pemimpin yang mungkin tidak bersetuju dengan pandangan saya itu, tetapi saya fikir kita harus betulkan keadaan,' kata Ku Li, dalam satu wawancara eksklusif dengan akhbar Berita Harian baru-baru ini, di mana beliau turut memberi pandangannya mengenai suasana politik masa kini di Malaysia.

Dilahirkan pada 13 April 1937, Ku Li adalah seorang tokoh politik utama Umno di Kelantan yang sering menyuarakan pandangannya secara berterus terang terhadap beberapa dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno - parti utama BN - khususnya sejak BN kehilangan dua pertiga majoriti di Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-12 Malaysia pada 8 Mac 2008.

Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Kewangan Malaysia di bawah pentadbiran Tun Hussein Onn sebelum kecundang di tangan bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam, di bawah pemerintah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ku Li juga pernah mencabar Dr Mahathir bagi jawatan presiden Umno pada 1987 sebelum Umno berpecah kepada dua pihak dan ditubuhkan semula sebagai 'Umno Baru' oleh Dr Mahathir.

Beliau kemudian menubuhkan Parti Semangat 46 pada 1988, yang pernah membentuk pakatan dengan parti pembangkang seperti Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebelum ia dibubarkan pada Oktober 1996. Ku Li kembali ke pangkuan Umno pada 2004.

'Sudah pasti saya belum mahu bersara. Jadi, saya akan berbuat apa yang saya boleh, asal saja saya masih diperlukan,' ujar Ku Li, sambil membayangkan keprihatinannya terhadap sekitaran politik di Malaysia yang menurutnya perlu menjalani proses 'baik pulih'.

PEMBAHARUAN

'Saya fikir, kita harus membetulkan apa yang berlaku dalam negara hari ini. Umpamanya, seperti tandatanya terhadap keyakinan dalam sistem penghakiman. Dan isu rasuah, pendidikan, kesemua perkara ini, juga isu keselamatan,' tegasnya.

'Malah, isteri saya sendiri takut kalau hendak pergi membeli-belah di Kuala Lumpur kerana sering adanya kejadian meragut,' kata Ku Li, sambil menambah bahawa keadaan keselamatan seperti itu akan menjejas imej Malaysia yang sedang cuba menarik pelancong.

Beliau turut mempersoalkan kredibiliti kepimpinan kerajaan negaranya, keengganan kerajaan melaksanakan sepenuhnya saranan Suruhanjaya Diraja berhubung 'kes video Lingam' dan suruhanjaya polis.

'Lagipun kesemua ini adalah usul-usul yang bukannya datang daripada kerajaan, malah daripada suruhanjaya Diraja. Anda harus menghormati itu,' tegasnya.

'Ya, beberapa perkara ini harus dilakukan untuk membetulkan keadaan.

'Bagaimana anda boleh bercakap tentang satu model ekonomi baru, tentang meningkatkan pendapatan rakyat (ia baik), tetapi kemudian anda masih mencuri, orang masih mencuri, rasuah dan kebocoran (leakage) ekonomi masih berlaku?

'Bagaimana mereka boleh membiarkan itu semua berlaku? Anda harus membetulkannya. Itu asas,' jelasnya, yang mempunyai kelulusan ekonomi daripada Universiti Queens di Belfast, sambil menekankan bahawa isu-isu demikian penting bagi menarik pelaburan ke Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, dijangka mengumumkan satu model ekonomi baru Malaysia bulan depan.

ISU ALLAH

Ku Li turut prihatin terhadap cara kerajaan Malaysia menangani suasana hubungan antara kaum yang semakin meruncing ketika ini.

Satu contoh ialah tengkarah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang membenarkan sebuah akhbar mingguan gereja Katolik menggunakan istilah 'Allah' untuk menggantikan perkataan 'God' dalam ruangan bahasa Melayunya, yang sedang berlaku sekarang, kata Ku Li.

Beliau kurang bersetuju langkah kerajaan Malaysia, khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN), membawa kes itu ke mahkamah.

'Saya rasa perkara ini tak sepatutnya dibawa atau diketengahkan menerusi mahkamah. Ia patut dirujuk kepada Majlis Raja-Raja kerana dia (Majlis Raja-Raja itu) ada kuasa ke atas soal agama, dan tak patut dipanjang-panjangkan.

'Saya rasa di situ kalau benda ini segera ditimbang oleh Majlis Raja-Raja, ia akan dapat diselesaikan dengan cepat,' jelasnya sambil menambah bahawa tengkarah itu dengan sendirinya mengancam konsep '1Malaysia'.

Tujuh gereja di kawasan Lembah Klang, Taiping, Melaka dan Miri di Sawarak telah sama ada diserang bom molotov cocktail atau bom buatan sendiri, atau dirosakkan sejak awal Jumaat lalu oleh sekumpulan pelampau yang tidak dikenali.

Pintu kaca sebuah surau di Taman Menara Maju, Kampung Jawa, Klang, pula dibaling batu hingga pecah pagi kelmarin.

'Ini dengan sendirinya telah menghancurkan konsep 'IMalaysia' kerana anda membezakan antara satu daripada yang lain.

'Ia tidak boleh dilaksanakan, dan ia tidak boleh dikuakuasakan. Sebaliknya, kita harus merujuk kepada perlembagaan, itu pandangan saya, yang menjamin hak semua orang,' kata Ku Li. Pandangan itu ditentang keras oleh Datuk Seri Najib.

Menurut Ku Li, keputusan mahkamah itu dan kemudian pendirian yang diambil oleh Umno sebagai reaksi terhadapnya 'akan menyebabkan kehilangan undi kepada Umno' dalam pilihan raya kelak khususnya daripada golongan Kristian di Sabah dan Sarawak.

'Dari sudut politik pula, apakah wajar mereka (Umno) mengambil pendirian konservatif untuk menambah undian kaum Melayu? Saya tidak fikir demikian kerana undian Melayu akan masih pergi kepada PAS,' ujarnya.

ISU PEMIMPIN UMNO

Beralih kepada isu kepimpinan politik Umno dan peluang parti itu merebut kembali beberapa negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, AP Gua Musang itu berkata Umno tidak mempunyai pemimpin pelapis berkaliber baik di Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan, mahupun di Terengganu.

'Bagaimana kita mahu mengambil balik negeri-negeri itu? Ketika ini, kita punya Najib untuk mengendalikan Umno Selangor, dan kita ada Hishamuddin (Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri Malaysia) di Terengganu. Malah, kita tidak yakin Menteri Besar di sana (Datuk Ahmad Said) boleh memimpin parti.

'Dan, kita tak punya sesiapa di Pulau Pinang, kita hantar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan Malaysia) ke sana. Kita tak punya sesiapa di Kedah, kita hantar seorang dari Kota Kinabalu - Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia) - untuk mengendalikan Umno Kedah,' jelasnya.

Mengenai Kelantan pula, Ku Li berpendapat memang sukar menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'yang amat dihormati rakyatnya', yang kini menjadi Menteri Besar dan pemimpin PAS di negeri itu selama dua dekad.

'Beliau disamakan dengan PAS, dan Kelantan adalah kubu PAS bagi seluruh negara,' katanya.

'Namun, saya tidak mengatakan mereka (Umno) kehilangan pengaruh sepenuhnya di Kelantan. Saya fikir mereka masih ada sokongan kira-kira 30 peratus. Tetapi, imej Nik Aziz sebagai pemimpin Kelantan tak boleh dipertikaikan,' tambahnya.

Ditanya apakah beliau merancang menyertai pembangkang setelah diundang oleh Datuk Zaid Ibrahim daripada Parti Keadilan Raykat (PKR), Ku Li tidak memberi jawapan jelas.

'Saya pernah menjadi pemimpin pasukan pembangkang. Anda ingatkan? Apabila saya menjalin pakatan dengan DAP, PAS, PRM di bawah Semangat 46. Saya selesa di mana saya berada,' jawabnya tersenyum.

Sunday, January 10, 2010

Isu kalimah Allah - Dialog, berbincang dan bersopan. Itulah kuncinya.


Setiap detik yang berlalu dalam perkembangan isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian di Malaysia semakin menjerut peluang slogan 1Malaysia untuk menjadi kenyataan.

Malah sebaliknya kemungkinan ia akan terkubur seperti slogan Islam Hadhari, semakin nyata. Bagi kita apa yang berlaku, bagaimana ia boleh berlaku dan apakah cara ia mungkin dielakkan daripada berlaku sebenarnya mencerminkan kecekapan, ketelusan dan mutu kepemimpinan Kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Betapa tidaknya, isu ini bukan baru dan seperti lazimnya bagi Umno-BN ia cuma akan ditangani apabila keadaan sudah mula meruncing.

Tahap keyakinan diri yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN selalunya memang tinggi. Mereka percaya berdasarkan rekod memerintah negara lebih 50 tahun, mereka akan dapat menyelesaikan sebarang isu – agama, jenayah, rasuah, pendidikan, hubungan kaum, ekonomi dan politik – apabila tiba masanya.

Maka sikap berada di zon selesa ini menjadikan mereka sejak mutakhir ini sering tercicir peluang untuk tangkas menghadapi cabaran.

Yang ada pada pemimpin berkenaan hari ini hanyalah rekod memerintah Umno-BN. Namun yang nyata kurang diberi perhatian ialah kebijaksanaan dan hemah pemimpin mereka terdahulu dalam memerintah negara, tidak sebati dan semakin menipis dalam diri mereka. Mutu kepemimpinan yang rendah kerana lebih senang bersandar pada rekod silam ini menjadikan mereka dilihat sebagai angkuh dan kadangkalanya “hilang punca”.

Lihat sahaja kes kalimah Allah ini. Penggunaan istilah Allah di kalangan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak misalnya, bukan satu perkara baru. Sudah bertahun pendekatan memperkenalkan konsep Tuhan sebagai Allah di kalangan pribumi Sabah dan Sarawak digunakan.

Namun cuma beberapa tahun kebelakangan ini sahaja soal ini dijadikan isu. Ini memaksa pihak gereja Katolik memfailkan tuntutan mendapat izin menggunakan istilah Allah apabila merujuk konsep tuhan dalam The Herald, akhbar mereka.

Keputusan mahkamah ini membakar semangat juang umat Islam di Malaysia untuk mempertahankan hak Allah supaya tidak direndahkan martabatNya dengan konsep tuhan penganut Kristian. Bagi paderi dan pemimpin Kristian tempatan, pribumi Sabah dan Sarawak lebih mudah faham Bahasa Malaysia.

Dan dalam bahasa kebangsaan ini, istilah terbaik untuk menggambarkan kebesaran tuhan ialah kalimah Allah.

Asal masalahnya semantik; soal takrif dan kefahaman konsep. Namun apabila pemimpin kerajaan lemah dan gagal memahami implikasi sikap wewenang dan tiada kesungguhan, maka soal bahasa tadi segera menjalar dan membelit emosi orang Islam. Sebenarnya apakah sikap Islam dalam isu ini?

Bagi kita, peraturan dan susila yang Allah tunjukkan adalah jelas. Ayat 46 surah al Ankabut adalah dalil yang cukup terang.

“Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang baik, kecuali di kalangan mereka yang zalim. Dan katakanlah, “kami beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan kepada kami, dan kamu beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan kepada kamu. Tuhan kami dan tuhan kamu adalah Satu; hanya kepadanya kami berserah”.

Dialog. Berbincang dan bersopan. Itulah kuncinya. Bagaimanapun adakah kerajaan Umno-BN mengambil iktibar daripada wahyu Allah ini?

Mengapa menteri berkenaan, membiarkan isu ini sampai ke mahkamah? Dan, setelah mahkamah membuat keputusan mengizinkan golongan Kristian Katolik di Malaysia menggunakan perkataan Allah dan bahan penerbitan mereka, barulah Kementerian Dalam Negeri mahu memohon pelaksanaannya ditangguh demi mengizinkan rayuan terhadap penghakiman itu dibuat. Tidakkah itu menunjukkan sikap acuh tak acuh dalam mentadbir negara persis isu yang sensitif begini?

Tidakkah itu juga menunjukkan sikap kurang matang, kurang bijaksana dan kurang peduli terhadap tugas hakiki mereka?

Jika orang Melayu Islam rasa perasaan mereka terguris, ia adalah kerana kecuaian pemimpin Umno yang diberi peluang memerintah. Namun bagaimana perasaan orang bukan Islam, khususnya Kristian mazhab Katolik? Tidakkah kepercayaan mereka terhadap konsep 1Malaysia juga terguris.

Bagaimana pula dengan pandangan dunia luar terhadap hubungan kaum dan agama di negara ini selepas ini? Sekadar mengeluarkan kenyataan akan menyiasat dan menghukum mereka yang bertanggungjawab menyerang lima gereja setakat ini, tidak bermakna apa-apa jika sikap pemimpin tidak berubah.

Bertanggungjawab dan ikhlaslah dalam menangani isu sensitif begini.

Friday, January 8, 2010

Perkongsian kuasa tidak lagi dilaksana sepenuhnya, pemimpin BN lantang ketengah isu perkauman.



Oleh Darwis Said

FORMULA 'perkongsian kuasa komunal' yang menjadi tunggak perjuangan Barisan Nasional (BN) kini tidak dilaksana sepenuhnya sehingga para pemimpinnya semakin lantang mengetengah isu-isu perkauman, ujar mantan menteri kewangan Malaysia, Tengku Razaleigh Hamzah.

'Gagal memberi responsnya kepada realiti bahawa formula BN itu telah tidak ditepati lagi dan rakyat pula mahu lebih daripada politik etno-agama, parti yang memerintah kelihatan memberi reaksi dengan menggali lebih dalam ke arah tujuan perkauman yang tidak memberi masa depan bagi mereka.

'Sedang Umno ditolak pengundi, ahli parti memburu isu-isu perkauman dengan lebih lantang. Mereka fikir ini akan menguatkan sokongan kepada mereka. Mereka tersilap mengenai sifat sokongan itu,' katanya dalam ucapan dalam bahasa Inggeris di jamuan tengah hari Forum Ramalan Serantau 2010 anjuran Institut Pengajian Asia Tenggara (Iseas) di Hotel Shangri-La di sini, semalam.

Menurutnya, sedang pengundi semakin menolak pemimpin Umno, pemimpin parti itu pula 'semakin ekstrem' dalam pendekatan mereka. Mereka juga gagal mengikuti perkembangan selera pengundi pelbagai kaum dan agama, yang kini lebih pentingkan isu-isu rasuah, keselamatan, ekonomi dan pendidikan, berbanding dengan isu-isu identiti kaum atau agama.

Satu contoh pendirian sempit Umno dapat dilihat pada cara kerajaan Malaysia menangani tengkarah penggunaan istilah 'Allah' oleh masyarakat bukan Islam, kata beliau.

Mahkamah telah membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan istilah itu bagi perkataan God atau Lord, tetapi membenarkan permohonan Kementerian Dalam Negeri agar pelaksanaan keputusan itu ditangguh sementara menanti kes itu dibawa ke Mahkamah Rayuan.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, pula semalam dipetik media Malaysia sebagai berkata kerajaannya tidak menghalang umat Islam mengadakan protes berhubung isu.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengambil sikap dan pendirian lebih majmuk dan sederhana, tetapi Umno lebih condong kepada sikap 'tegar yang tidak toleran' terhadap isu itu, kata Tengku Razaleigh.

'Isu itu nampaknya lebih pada sentimen perkauman daripada keagamaan, apatah lagi prinsip-prinsip perlembagaan,' katanya, sambil menambah bahawa pemimpin kerajaan Malaysia semakin 'terpisah daripada kedaulatan undang-undang'.

'Perkara kecil pun boleh mengancam mencetuskan satu konflik perkauman. Rejim ini sedang dalam krisis,' ujar beliau lagi.

Tengku Razaleigh, bagaimanapun, berkata Datuk Seri Najib ada melakar usaha melonggarkan ekonomi dan mengambil dasar pelbagai kaum, tetapi inisiatif itu harus lebih mendalam kerana 'Malaysia memerlukan pembaharuan asas' merangkumi usaha 'membaik pulih' sistem parti, memulihkan sistem kehakiman dan kebebasan media, serta memerangi rasuah.

Ini kerana Malaysia tidak lagi berada dalam 'peta' dan 'skrin radar' pelabur asing berbanding negara Asean lain, menurut beliau.

Malaysian church fire-bombed ahead of Muslim protests


By M. Jegathesan

KUALA LUMPUR — A church in Malaysia has been fire-bombed in an attack that gutted its ground floor, church officials said Friday, escalating a dispute over the use of the word "Allah" by non-Muslims.

A fire department official said all stations were on alert for more blazes at religious buildings, ahead of planned nationwide protests Friday by Muslim groups angry over the use of the word as a translation for "God" by Christians.


The three-storey Metro Tabernacle church in suburban Kuala Lumpur, part of the Assemblies of God movement, was set ablaze in the attack which took place around midnight, said church leader Peter Yeow, 62.


"Witnesses saw four people smash the glass and throw incendiaries into the church building. They came on two motorcycles," he told AFP at the scene as fire department forensic officers picked through the wreckage.

There were no casualties in the attack on the church, which occupies the corner lot of a row of shop houses and which Yeow said draws some 1,500 people weekly.

"The fire destroyed the administrative part of the church. We do not know if the prayer hall on the third floor suffered any damage," he said, warning all other churches to "double their guard" against any attacks.


Anuar Harun, who headed the fire department operation, said that forensic experts were working with the police and a canine unit to probe the blaze.

"We are investigating the cause of fire. We cannot provide any more details. It is a sensitive issue," he said when asked if it was a case of arson.

"We have asked all our fire stations to be on alert for such fires on religious premises," he told AFP.

The High Court last week ruled in favour of the Catholic "Herald" newspaper which has used "Allah" as a translation for "God" in its Malay-language section. The government has said the word should be used only by Muslims.

The ruling was suspended on Wednesday pending an appeal, after the government argued the decision could cause racial conflict in multicultural Malaysia, where Muslim Malays make up 60 percent of the population.

The security guard at the Metro Tabernacle church, 65-year-old V. Mariappan, said he had just walked away from the main entrance of the building to use the bathroom when the building erupted in flames.

"When I came back, there was a huge fire inside the church building. There was a few loud explosions like bombs exploding," he said, adding he saw two motorcycle helmets lying on the road in flames.

The Herald's editor Father Lawrence Andrew has warned of a campaign of intimidation including hacker attacks against the weekly's website, protest plans and widespread criticism in the media over last week's ruling.

"We believe these actions (are designed) to create a climate of fear and a perceived threat to national security so as to pressure the court in reversing its decision," he said this week.


Religion and language are sensitive issues in multiracial Malaysia, which experienced deadly race riots in 1969.

The row over the use of "Allah" is among a string of religious disputes that have erupted in recent years, straining relations between Malays and minority ethnic Chinese and Indians who fear the country is being "Islamised."

Malaysia's population includes indigenous tribes as well as the large ethnic Chinese and Indian communities -- practising Buddhism, Christianity and Hinduism, among others.

More than half of Malaysia's Catholics are from indigenous groups, most of whom live on the Borneo island states and who mainly speak Malay. -- AFP

Thursday, January 7, 2010

Herald-The Catholic Weekly belum boleh guna kalimah 'Allah'.


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Malaysia semalam membenarkan permohonan Menteri Dalam Negeri untuk penangguhan pelaksanaan keputusan membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitannya buat sementara ini, lapor media tempatan semalam.

Hakim Datuk Lau Bee Lan membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan yang dikemukakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, yang mewakili Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Permohonan penangguhan itu dibuat bagi membolehkan keputusan mahkamah tersebut pada 31 Disember lalu berhubung penggunaan kalimah 'Allah' itu ditangguh sehingga kes rayuan selesai didengar di Mahkamah Rayuan.

Datuk Lau dipetik agensi berita Bernama sebagai berkata keputusan beliau pada 31 Disember lalu itu tidak akan berkuatkuasa sehingga Mahkamah Rayuan memutuskan satu rayuan daripada KDN.

Namun, belum ada tarikh yang ditetapkan bagi Mahkamah Rayuan mendengar rayuan tersebut.

Tan Sri Abdul Gani mengalu-alukan keputusan penangguhan itu.

'Kami telah membuat permohonan dan peguam yang mewakili Gereja Katolik bersetuju dengan penangguhan tersebut, atas kepentingan nasional.

'Penangguhan itu dibenarkan sementara menunggu rayuan yang dibuat di Mahkamah Rayuan,' kata Tan Sri Abdul Gani sebagaimana ditukil dalam laporan laman berita Malaysiakini dan The Malaysian Insider.

Akhbar gereja Katolik itu diwakili oleh Encik Derek Fernandez yang dipetik sebagai berkata pihak gereja bersetuju dengan permohonan peguam negara itu tetapi menggesa tindakan diambil terhadap individu yang membuat kenyataan tidak bertanggungjawab mengenai isu itu.

Dalam keputusan beliau hujung bulan lalu, Datuk Lau membenarkan akhbar mingguan itu menggunakan perkataan 'Allah' dalam seksyen bahasa Malaysianya.

Ini mencetuskan bantahan umat Islam di Malaysia yang berpendapat bahawa kalimah 'Allah' eksklusif untuk Islam sahaja.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, semalam membenarkan demonstrasi yang dirancang oleh sebuah badan Islam bagi membantah keputusan mahkamah berkaitan penggunaan kalimah 'Allah' diteruskan di Masjid Kampung Baru esok.

Menurut beliau, pihak berkuasa akan hanya bertindak jika keadaan menjadi tidak terkawal.

'Kita perlu mengimbangi keadaan. Kita pernah berdepan dengan keadaan serupa sebelum ini. Buat masa ini, jika kita tidak benarkan demonstrasi diadakan, ia akan menimbulkan banyak reaksi emosional.

'Tetapi jika anda membenarkannya, ia mungkin membentangkan ancaman keselamatan,' kata beliau. -- Agensi

Wednesday, January 6, 2010

No, the God of the bible and Allah are not the same God.



By Michelle Vu (Thu, Aug. 23 2007)

One of America’s pre-eminent evangelicals is challenging the advice of a retiring Roman Catholic Bishop in the Netherlands who has raised eyebrows worldwide by suggesting Dutch Christians pray to “Allah.”

Dr. R. Albert Mohler, Jr., president of The Southern Baptist Theological Seminary, argues that it is inappropriate for Christians to call God Allah based on irreconcilable theological differences associated with the name Allah and core Christian beliefs.

The key condition behind calling the Christian God Allah is that Allah must refer to the same God as the one in the Bible. However, this requirement presents “a huge problem for both Muslims and Christians,” contends Mohler.

The theologian pointed out that the Qur’an explicitly denies that Allah has a son, and Islam considers the idea of a triune God to be blasphemy.

“Thus, from its very starting point Islam denies what Christianity takes as its central truth claim – the fact that Jesus Christ is the only begotten Son of the Father,” wrote Mohler on his web blog Wednesday.

“If Allah has no Son by definition, Allah is not the God who revealed himself in the Son. How then can the use of Allah by Christians lead to anything but confusion …and worse?”

Last Monday, during an interview with a Dutch TV program, 71-year-old Bishop Tiny Muskens promoted the idea of Dutch Christians calling God Allah, believing that it would ease much of the conflict between the Christian and Muslim faiths. Muskens contended that God doesn’t mind what He is called and the arguments over what to call Him is an invention of man.

“Allah is a very beautiful word for God. Shouldn’t we all say that from now on we will name God Allah? …What does God care what we call Him? It is our problem,” said Muskens, according to The Associated Press.

The retiring bishop was a former missionary to Indonesia – the most populous Muslim country in the world – for eight years, where he said priests used the name “Allah” while celebrating Mass.

In response, Mohler pointed out that it would be difficult to support the argument that “Allah” can be used as a generic term for God. The theologian said separation of Allah from the language, theology, and worship closely associated with it is difficult. Moreover, even non-Arabic speaking Muslims use Allah when referring to their god.

Another irreconcilable difference is that Jesus commanded his followers to baptize “in the name of the Father and of the Son and of the Holy Spirit.”

“When this command is taken seriously and obeyed, the whole issue is greatly clarified – a Christian cannot baptize in the name of Allah,” stated Mohler.

“So Bishop Muskens is disingenuous at best when he suggests that God does not care about His name. This is not a matter of mere ‘discussion and bickering,’” said Mohler.

“If Allah has no son, Allah is not the father of our Lord Jesus Christ…This is no mere ‘discussion and bickering.’ This is where the Gospel stands or falls,” the theologian concluded.

Bishop Muskens in the past endorsed other controversial ideas which went against the Vatican leadership – such as those who are hungry can steal bread and that condoms should be permissible in the fight against HIV/AIDS.

Isu penggunaan kalimah Allah - dari perspektif undang-undang.


Oleh : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Sebagai seorang peguam dan pemimpin PAS saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menberikan pandangan saya tentang keputusan Yang Arif Datuk Lau Bee Lan dalam kes penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar Herald yang diterbitkan oleh kristian Katholik. Bagaimanapun ulasan saya di sini hanya dari pesperktif undang-undang semata-mata.

Secara ringkasnya fakta kes tersebut adalah pada 18 Mac 2009 pemohon iaitu Paderi Roman Katholik di Kuala Lumpur iaitu Murphy Pakiam telah memfailkan permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) ke atas Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia kerana memutuskan melarang akhbar the Herald dari menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan edisi bahasa Malaysia akhbar itu.

Sebelum ini Kerajaan telah mengisytiharkan bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja dan pihak Kerajaan telah mengancam akan menutup akhbar itu jika ia tidak mengendahkan larangan tersebut .

Dalam samannya ke atas Menteri Dalam Negeri ( MDN ) Paderi Pakiam yang mewakili pihak Herald telah memohon Mahkamah bagi mendapatkan perintah antara lain perintah perisytiharan bahawa keputusan MDN melarang penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar the Herald adalah keputusan yang tidak sah dan terbatal.

Beliau juga memohon Mahkamah mengisytiharkan bahawa akhbar Herald berhak menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitannya dan kalimah Allah tidak hanya ekslusif kepada Agama Islam sahaja. Selain itu Paderi Pakiam juga meminta Mahkamah membatalkan keputusan MDN yang melarang penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar the Herald tersebut.

Sepertimana yang dilaporkan di dalam akhbar Hakim Datuk Lau Bee Lan telah pada 30 Disember 2009 yang lalu telah memutuskan membenarkan saman Paderi Pakiam dan memutuskan bahawa keputusan MDN yang melarang penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar the Herald adalah keputusan yang tidak sah , terbatal dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum saya memulakan ulasan saya terhadap keputusan Datuk Lau Bee Lan tersebut saya perlu menyatakan di sini sebagai seorang peguam saya dididik untuk hanya mengulas sesuatu keputusan seorang Hakim itu hanya setelah membaca keputusan penuh seorang hakim itu supaya ulasan saya benar-benar hanya menyentuh keputusan sebenar Hakim tersebut dan bukannya dari tokok tambah dari mana-mana sumber selain keputusan itu sendiri.

Di sini saya ingin menyatakan bahawa seperti para pembaca saya hanya mengetahui intipati keputusan Hakim tersebut dari laporan akhbar sahaja. Dengan anggapan laporan itu adalah benar sepertimana yang dinyatakan oleh Hakim tersebut maka saya berpendapat keputusan itu adalah betul dari satu segi tetapi tersilap dari segi yang lain.

Bagi saya Hakim Lau Bee Lan boleh dipuji kerana keberanian beliau membuat keputusan yang membatalkan keputusan seorang Menteri . Mengapa saya kata beliau adalah seorang yang berani ? Hujah saya bersandarkan kepada alasan bahawa jika kita melihat Akta Penerbitan & Mesin Cetak yang digubal oleh Kerajaan BN, Akta tersebut memberikan satu kuasa dan budibicara yang mutlak kepada MDN untuk memutuskan membatalkan atau mengenakan sebarang syarat terhadap mana-mana akhbar yang ingin diterbitkan di negara ini.

Jika dilihat kepada Akta tersebut ia menyatakan keputusan MDN tidak boleh dicabar di Mahkamah. Di dalam undang-undang peruntukkan yang memberikan kekebalan kepada MDN itu dipanggil ouster clause.

Kes yang diputuskan oleh Hakim Lau Bee Lan melibatkan isu Perlembagaan atau secara spesifiknya isu kebebasan beragama. Pengalaman saya mengendalikan kes kebebasan beragama iatu kes tiga pelajar dibuang sekolah kerana memakai serban menyakinkan saya bahawa kes sebegini memang secara relatifnya adalah kes yang boleh dikategorikan sebagai kes “panas” dan pasti merimaskan mana-mana Hakim yang ditugaskan mendengar dan memutuskan kes tersebut.

Secara mudahnya bagi pihak Herald mereka merasakan bahawa sebagai pengganut Kristian di negara ini mereka berhak mengamalkan dan menyebarkan agama mereka ( to practice and propagate their religion ) seperti yang dijamin oleh Perkara 11 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan.. Oleh itu bagi pihak Herald termasuk hak mengamalkan dan menyebarkan agama itu adalah hak mereka untuk menerbitkan apa sahaja penerbitan yang boleh menjadi alat untuk menyebarkan agama itu. Oleh itu mana-mana tindakan yang boleh mengancam dan menggugat hak tersebut adalah dikira bertentangan dengan prinsip kebebasan beragama yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Bagi pihak Herald meskipun Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menjadikan Islam sebagai agama teras di dalam negara ini, Perkara 3 itu sendiri tidak menghalang pengganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka dengan aman dan harmoni yang boleh ditafsirkan tanpa sebarang gangguan yang tidak munasabah dari mana-mana pihak Oleh yang demikian pihak Herald merasakan larangan menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar itu adalah bercanggah dengan Perkara 11 dan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Saya berpendapat keputusan Lau Bee Lan adalah betul di sisi undang-undang dan Perlembagaan apabila beliau memutuskan bahawa kalimah Allah tidak terhad atau hanya ekslusif bagi orang Islam sahaja. Saya berpendapat keputusan itu adalah tidak bercanggah dengan mana-mana ajaran Islam kerana Allah bukan sahaja Tuhan kepada manusia ( Islam dan bukan Islam ) malahan Tuhan kepada seluruh alam . Allah adalah tuhan kepada mahkluk yang halal dimakan dan Allah juga Tuhan kepada mahkluk yang haram dimakan.

Di dalam pengajian Tauhid orang Islam diajar dengan Tauhid Rububiyyah di mana Tauhid ini membawa maksud mana-mana manusia meyakini Allah itu sebagai Rabb iaitu Tuhan yang mencipta dan mentadbir alam ini. Tauhid Rububiyyah, tidak seperti Tauhid Uluhiyah, diyakini bukan sahaja oleh orang Islam tetapi juga orang bukan Islam.

Saya juga berpendapat keputusan Lau Bee Lan yang menyatakan bahawa keputusan MDN yang melarang menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar di Herald adalah bercanggah denga hak untuk menyebarkan agama tersebut sepertimana yang dijamin oleh Perkara 11 ( 1 ) adalah juga keputusan yang betul.

Ini kerana meskipun hak untuk menyebarkan agama adalah terhad kepada orang bukan Islam iaitu mereka tidak boleh menyebarkan ajaran Kristian kepada mana-mana orang Islam tetapi di dalam kes ini tiada bukti bahawa Herald telah disebarkan kepada mana-mana orang Islam. Perkara 11 ( 4 ) hanya melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang –orang Islam sahaja. Ini bermakna jika akhbar the Herald hanya tersebar kepada orang-orang Kristian sahaja ianya tidak bercanggah dengan Perkara 11 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun saya berpendapat keputusan MDN melarang menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar Herald masih boleh dipertahankan jika ianya , meskipun tidak salah di sisi Islam atau di bawah Perkara 11 ( 1 ) dan 11 ( 4 ), masih boleh dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana berpotensi untuk menjejaskan kenteraman awam ( public disorder ) dan keharmonian agama..

Saya berpendapat sepatutnya Hakim Lau Bee Lan sepatutnya memutuskan bahawa tindakan akhbar the Herald menggunakan kalimah Allah di akhbar itu tidak boleh lari dari sekatan dan halangan Perlembagaan yang dinyatakan di bawah Perkara 11 ( 5 ) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11 ( 5 ) melarang mana-mana amalan agama hatta kepada amalan agama orang Islam sendiri jika amalan tersebut boleh menjejaslan ketenteraman awam ( public disorder ).

Apabila sesuatu amalan beragama berpotensi menjejaskan ketenteraman awam isu sama ada amalan itu selari dengan agama atau tidak tidak lagi timbul. Saya tidak pasti sama ada isu perlanggaran kepada Perkara 11 ( 5 ) dihujahkan oleh pihak peguam Kerajaan atau tidak , namun saya tetap yakin jika Kerajaan ingin menjustifikasikan larangan penggunaan kalimah Allah, satu-satunya hujah yang boleh digunakan adalah Perkara 11 ( 5 ) tersebut.

Mungkin Kerajaan juga boleh berhujah hatta jaminan kebebasan agama lain selain Islam boleh diamalkan di negara ini yang dilindungi di bawah Perkara 3 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan juga tertakluk amalan tersebut dipraktiskan dengan harmoni dan aman tanpa sebarang indikasi ia boleh menjejaskan keharmonian tersebut.

Hakim Lau Bee Lan menyatakan tiada sebarang bukti dikemukakan oleh pihak Kerajaan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah menjejaskan keselamatan negara. Memanglah Mahkamah terikat dengan bukti dan keterangan. Nampaknya Hakim Lau Bee Lan cuba mengelak untuk memutuskan atau menafsirkan Perkara 11 ( 5 ) itu dengan berselindung di sebalik alasan keterangan dan bukti.

Dengan hormat saya berpendapat dalam menafsirkan mana-mana peruntukkan Perlembagaan Mahkamah tidak harus dikawal oleh bukti dan keterangan semata-mata. Penafsiran Perlembagaan tidak sama seperti menafsirkan seperti mana-mana Akta atau Enakmen.

Dalam hal ini Hakim Lau Bee Lan seharusnya menafsirkan apa yang dimaksudkan dengan istilah menjejaskan ketenteraman awam di dalam Perkara 11 ( 5 ) Perlembagaan Persekutuan. Bagi menafsirkan frasa tersebut Hakim Lau Bee Lan tidak boleh lari dari memahami ketinggian nilai kalimah Allah dari perspektif orang Islam yang mana ianya hanya bermaksud Tuhan yang esa.

Oleh itu penggunaan kalimah itu di dalam maknaya yang lain sudah pasti berpotensi tinggi mengundang kemarahan orang Islam sekaligius berpotensi mewujudkan satu ancaman kepada ketenteraman awam.

Orang Kristian tidak seharusnya resah jika kalimah Allah itu tidak dibenarkan digunakan atas alasan kepentingan awam. Mungkin pada masa hadapan penggunaan kalimah ini, yang dibenarkan oleh ajaran Islam, tidak menjejaskan ketenteraman awam sekaligus boleh dibenarkan.

Sebelum ini orang Islam juga pernah dikecewakan dengan larangan amalan beragama kepada wanita Islam iaitu amalan pemakaian purdah oleh kakitangan awam ( kes Halimatusadiah ) di atas alasan menjaga kepentingan awam.

Yang peliknya pada masa itu kita tidak dengar pula mana-mana pemimpin UMNO yang berkokok seperti ayam jantan seperti sekarang ini.

Tuesday, January 5, 2010

Jangan salah guna kalimah Allah - PAS


KUALA LUMPUR: PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan penggunaan kalimah Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Selain itu PAS juga menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

Pendirian itu dinyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui kenyataan yang dibaca Ketua Penerangannya, Idris Ahmad selepas mesyuarat khas Lajnah Politik di ibu pejabat parti itu di sini malam tadi.

Mesyuarat lebih tiga jam itu adalah bagi membincangkan mengenai keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitan mereka.

Abdul Hadi juga berkata, PAS menghormati prinsip kebebasan beragama seperti yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

"Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

"Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama," katanya.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Pada 16 Februari lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit akhbar itu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan Allah adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Katanya lagi setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.

"Pas ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

"Walau bagaimanapun penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini," katanya.

Tambah Abdul Hadi lagi, PAS bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

PAS backs use of Allah by Christians


By Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, Jan 5 — Despite strong opposition from some Muslims groups, PAS last night decided to back the use of the word Allah by Catholics, saying that it is consistent with the federal Constitution and Islamic principles.

The decision was made by the Islamist party’s political bureau after a three hour meeting which was chaired by president Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

In a statement made after the meeting, Hadi (picture) warned, however, that the word “Allah” should not be abused to confuse the public.

“PAS would like to state that based on Islamic principles, the use of the word Allah by the people of the Abrahamic faiths such as Christianity and Judaism, is acceptable,” said Hadi in a written statement which was read out by Information Chief Idris Ahmad.

“However, the word Allah must not be misused or abused so as not to affect racial and religious harmony in the country,” he added.

Hadi also urged all parties not to politicise the matter for political mileage.

“PAS strongly objects to any aggressive and provocative approach that can lead to tension in society,” he added.

Last week the High Court ruled that the Catholic church had a constitutional right to publish the word “Allah” in the Bahasa Malaysia edition of its Herald newspaper.

The government has decided to appeal the ruling yesterday, bowing to demands from Muslim groups who say they fear the ruling would result in confusion and that non-Muslims would abuse the usage of the word “Allah”.

Various Umno-linked organisations, who maintained that the word “Allah” can only be used exclusively by Muslims, have protested against the court’s decision and police reports were also lodged against the Catholic’s publication.

Benarkah daya saing negara ditentukan oleh bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa?



Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, masih bertegas mengenai hal ini.

Selepas lama membisu, beliau kini kembali berkempen agar bahasa Inggeris tidak dinyahkan begitu sahaja selepas pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak menukar semula dasar pendidikan.

Sebelum ini, beliau mengadakan semacam tinjauan di laman blognya dan mendapati ramai rakyat Malaysia yang menyokongnya.

Hakikatnya, Bahasa Malaysia akan kembali digunakan untuk pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Matematik dan Sains (PPSMI) di hampir semua sekolah (kebangsaan, Cina dan Tamil) mulai 2012.

Perubahan berpaling ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Julai lalu.

Menurut beliau, keputusan itu diambil berdasarkan dapatan kajian tuntas yang menunjukkan pengajaran dua subjek itu dalam bahasa Inggeris gagal menepati sasaran.

Dasar mengajar dua subjek itu dalam bahasa Inggeris dilakukan oleh pentadbiran Dr Mahathir hampir sedekad lalu.

Para pejuang bahasa Melayu seperti Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) telah mempersoalkan kejayaannya kerana kekurangan guru yang cekap dalam bahasa Inggeris dan suasana tidak sesuai di kawasan luar bandar.

Dr Mahathir telah mengkritik dasar kerajaan Najib dalam satu sidang akhbar kelmarin selepas menyampaikan ucapan penting dalam persidangan Islamic World Academy of Sciences yang berlangsung di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor. Persidangan itu telah dibuka secara rasmi oleh Sultan Selangor.

Sejak kembali menjadi anggota Umno (berhenti kerana menentang dasar penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi), Tun Mahathir sering dinilai sebagai 'menteri kanan' secara tidak rasmi kepada kabinet Datuk Seri Najib.

Sejak media perdana tidak menyiarkan pendapatnya, Tun Mahathir telah menggunakan blognya, Che Det, untuk menyelar dasar kerajaan.

Menurut Dr Mahatir, langkah menimba dan menguasai ilmu amat penting dalam menentukan masa depan negara. Bahasa Inggeris, hujahnya, sudah terbukti sebagai wahana bagi menimba ilmu sedunia.

Tambahnya, dengan bercakap dalam bahasa Inggeris tidak bererti bahawa seseorang rakyat itu kurang setia atau tidak patriotik kepada negaranya. Fahaman saperti ini adalah salah dan perlu diperbetulkan.

Beliau mengesyorkan rakyat Malaysia agar cekap menguasai bahasa Inggeris, selain bahasa Melayu, agar dapat maju setanding dengan bangsa-bangsa lain.

Ada kalangan yang berpendapat isu bahasa Inggeris yang ditimbulkan oleh Dr Mahathir itu masih boleh dibahaskan. Tetapi ada juga yang berpendapat bahawa banyak negara seperti China, Jerman, Jepun dan Korea Selatan tetap maju jaya walaupun hanya segelintir rakyatnya fasih bahasa Inggeris.

Yang utama ialah sistem pendidikan Malaysia perlu menjadi yang terbaik untuk menancapkan ilmu dalam dada setiap rakyatnya. Bahkan ada saranan agar sekolah di bandar utama menawarkan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris atau Melayu sebagai pilihan.

Monday, January 4, 2010

Tahun Baru = Azam Baru?


Oleh Farid Hamzah

BERAPA kerapkah anda membuat azam atau sesuatu sasaran dalam kehidupan sempena tahun baru tetapi ia hanya berakhir dengan kegagalan?

Kerap? Jarang sekali? Atau tidak pernah gagal?

Bagi yang berjaya, syabas.

Tapi bagi yang gagal, pernahkah kita terfikir apa yang membuat azam tersebut sukar sangat dipenuhi?

Menurut penulis buku From Resolution to Reality, yang juga pakar pembimbing kehidupan bertauliah Lesley Tulley:

'Kebanyakan orang gagal memenuhi azam tahun baru kerana mereka membuat azam itu semata-mata untuk menghukum diri mereka sendiri.

'Sepatutnya senarai azam anda itu membuat anda gembira dalam tahun yang akan datang, dan bukan menghukum diri anda kerana gagal melakukan sesuatu pada tahun sebelumnya.

'Ramai yang mungkin memilih untuk melepaskan rasa marah mereka terhadap ibu bapa, guru, bos atau rakan dalam minda mereka. Itu azam mereka.

'Tetapi inilah yang dinamakan sebagai 'sepatutnya' dan bukan yang diingini. Jadi tidak hairanlah ramai yang gagal dalam mencapai azam yang ditetapkan sempena tahun baru,' katanya.

Di bawah ini disediakan antara beberapa sasaran atau azam yang sering ditetapkan sesetengah kaum Adam:

Menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Bersenam agar tubuh lebih cergas.
Mengurangkan gendut di perut.
Berhenti merokok.
Melangsaikan hutang lama.
Mempelajari sesuatu yang baru.
Menolong orang lain.
Menikmati kehidupan.
Kehidupan yang lebih tersusun.

Bagaimana pula dengan kaum Adam yang berazam membaiki hubungan dengan pasangan masing-masing?

Apakah masalah yang sering dihadapi mereka dalam usaha mencapai azam yang diingini itu?

Di bawah ini, disediakan lima tip yang mungkin boleh dijadikan sebagai panduan untuk anda cuba mencapai sasaran atau azam yang diingini - terutamanya dalam hal perhubungan dengan pasangan anda itu.

Semuanya dipetik daripada beberapa laman Internet:

1) Seorang penasihat dan pembimbing dalam isu-isu berkaitan kehidupan, Kira Sabin, berkata:

'Memang menarik sekiranya kita dapat sama-sama duduk dengan rakan atau pasangan dan sama-sama berbincang serta menyoal satu sama lain.

'Apa yang ingin anda lakukan tahun depan? Bagaimana boleh kita sama-sama mencapai matlamat itu?'

Sebenarnya lebih jelas sasaran itu, lebih baik. Seperti mana yang diperkatakan oleh seorang lagi penasihat dan pembimbing dalam hal kehidupan, Melodie Tucker:

'Seringkali orang ramai sedar akan apa yang tidak ingin mereka lakukan, tetapi tidak begitu tahu apa yang ingin mereka lakukan.

'Dan biasanya kaum Adam dan Hawa mempunyai keinginan yang berbeza.

'Permulaan yang baik ialah bagi setiap seorang daripada kita cuba menjelaskan bagaimana hubungan mereka dengan pasangan masing-masing.

'Kemudian mereka cuba membandingkan nota-nota mereka dengan pasangan mereka itu. Dengan ini, mereka akan dapat membuat keputusan akan apa yang ingin mereka kecapi dan ubah.'

2) Untuk membuka 'buku baru' sempena tahun baru, meluahkan kesedihan yang membelenggu hubungan sepanjang tahun sebelumnya mungkin boleh membantu anda mencapai azam yang diingini.

Ini mungkin dapat membantu anda mengenal pasti beberapa isu yang mengganggu perasaan.

'Dengan tak secara langsung ini akan dapat membantu anda meluahkan emosi yang telah lama terpendam dalam hati anda,' kata Melodie Tucker.

Beliau juga menasihatkan agar anda menulis segala perasaan yang menyakitkan tentang pasangan masing-masing di atas sekeping kertas.

'Ini akan dapat membantu anda mengeluarkan perasaan negatif di atas kertas itu dan menumpukan perhatian anda kepada perubahan yang lebih positif,' tambahnya lagi.

3) Pastikan nada percakapan anda itu tidak menyakitkan hati pasangan.

Seorang lagi pembimbing isu berdating, Marc Katz, berkata: 'Contohnya jangan anda katakan pada pasangan anda:

'Anda lakukan perkara yang salah. Sebaliknya, anda sepatutnya menyatakan: Ini yang saya rasakan.'

Katz menasihatkan sebaik-baiknya perbincangan dimulakan dengan menyoal pasangan anda bagaimana sesuatu perkara itu boleh dibaiki.

'Masalah besar yang berlaku dalam perhubungan, biasanya disebabkan oleh nada perbincangan itu. Bukan kandungannya, tetapi kadang kala nadanya bak satu tuduhan melulu terhadap pasangan anda itu.

'Anda perlu sedar pasangan anda enggan diberitahu apa yang patut mereka ubah,' katanya lagi.

4) Cara terbaik untuk merealisasikan azam anda itu ialah dengan melakar rancangan anda sendiri.

Menurut Melodie Tucker:

'Bayangkan anda cuba berjalan jauh tapi anda tidak tahu ke mana haluan anda.

'Anda akan mengambil masa yang lama untuk tiba dan anda akan sukar mencari jalan tersebut.'

Seorang pakar terapi dalam industri penjagaan kesihatan mental di Amerika Syarikat, Elisabeth LaMotte, berkata: 'Jangan harapkan pasangan anda lakukan semua tugas untuk perubahan itu berlaku, sebaliknya anda sendiri perlu lakukan sesuatu untuk perubahan tersebut.

'Inilah masanya untuk menumpukan perhatian pada diri anda dalam menjalin hubungan yang positif.

'Ingat, ini bukan masanya untuk anda menumpukan perhatian kepada temanita atau isteri anda berubah agar anda berasa lebih bahagia.'

5) Pakar isu percintaan yang juga seorang pakar psikologi dan penulis buku, Dr Diana Kirschner, berkata: 'Perkara paling menarik yang patut dilakukan semasa tahun baru ialah dengan mengadakan sesi-sesi mendengar selama 10 minit.

'Semua orang sibuk dan perjalanan hidup kini begitu pantas. Maka agak sukar untuk anda duduk bersama dan berbual seketika dengan pasangan anda itu. Apatah lagi memberikan perhatian sepenuhnya.

'Anda akan dapat rasakan perbezaannya sekiranya anda dapat wujudkan suasana sedemikian.'

Selain itu, beliau juga menyarankan agar pasangan cuba berazam untuk mengadakan sesi berjalan sama kerana pada masa ini, biasanya, kaum Adam akan lebih terbuka apabila mereka tidak duduk berhadapan dengan pasangannya itu.

Sunday, January 3, 2010

Bagaimana syaitan 'telanjangi' wanita?



Oleh Zahara Sudi

NAMA judul bukunya saja - Wanita & Penelanjangan Syaitan - telah menarik perhatian saya.

Terdorong oleh semangat ingin tahu akan kandungannya, saya telah membeli buku ini di sebuah kedai buku di Pasar Larkin di Johor. Harganya hanya RM15.

Buku terbitan Berlian Publications Sdn Bhd di Malaysia ini di tulis oleh Adnan At-Tarsyah dan diterjemahkan oleh Arifin Ladari.

Setebal 265 muka surat, buku ini membentangkan pelbagai kelemahan dan kekurangan wanita Muslimah.

Antara bahagian yang menarik perhatian saya ialah yang bertajuk Ada Syaitan Pada Setiap Manusia dan bagaimana syaitan boleh 'menelanjangkan' wanita.

Saya petik sedikit kandungan dalam bahagian buku ini:

Bagaimana syaitan boleh menelanjangkan wanita Muslimah yang memakai hijab?

Apakah jenis tipu daya yang dilakukannya sehingga ia berjaya menanggalkan hijab yang tidak mendedahkan warna kulit wanita, sehingga wanita itu (sanggup) memakai pakaian mandi (bikini), lalu dicampakkannya ke atas pantai (dan dia muncul) sebagai seketul daging yang tidak berbalut?

Begitulah antara isi kandungan buku ini yang saya anggap menarik sekali untuk pengetahuan dan panduan bagi semua Muslimah.