Selamat Datang ke ...

Selamat Datang ke ...

Khabar dari Situ Sana Sini

Wednesday, December 30, 2009

Gerhana Bulan Separa Dijangka Berlaku Jumaat Ini.


PUTRAJAYA: Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini 1 Januari 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi.

"Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum," kata kenyataan itu.

Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.

Ekoran gerhana yang berlaku semasa cuti sambutan tahun baru 2010, orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara.

"Program yang merupakan anjuran bersama Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam," kata Jakim. - BERNAMA

Monday, December 28, 2009

Umno amat takuti PAS yang diberi nafas baru?


Oleh Darwis Said

KUALA LUMPUR: BAGI memastikan pakatan parti-parti pembangkang Malaysia berupaya mengatasi cabaran Umno, satu parti komponen utama yang menguasai Barisan Nasional (BN), ia harus dapat menggunakan sebuah Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang 'diberi nafas baru' dan 'diperkemas' dengan cara yang bijaksana, menurut seorang pemimpin daripada kem pembangkang.

'Anda harus menentang Umno dengan PAS,' kata Datuk Zaid Ibrahim, seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang ditugaskan menyelaras satu panel rangka kerja dasar-dasar bersama Pakatan Rakyat sejak tiga bulan lalu, dalam satu wawancara eksklusif dengan akhbar Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

'Pertarungan ini adalah mengenai (pengaruh) orang Melayu lawan (pengaruh) orang Melayu, bukan orang Cina atau orang India lawan orang Melayu,' tegasnya.

Datuk Zaid berkata demikian apabila beliau diminta mengulas peluang Pakatan dalam menghadapi cabaran Umno, yang masih berpengaruh besar di kalangan masyarakat Melayu Malaysia, dalam pilihan raya umum negara itu yang ke-13 kelak selepas tiga parti komponen pakatan pembangkang itu - PAS, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) - bersepakat bergerak berlandaskan sekumpulan dasar bersama pada 19 Disember lalu di Shah Alam.

Beliau berkata PAS adalah sebuah parti yang sering disalah tanggap tetapi ia menikmati sokongan kukuh orang Melayu dan bukan Melayu, walaupun parti itu 'agak kurang menyatakan' ideanya.

'Mereka kukuh, mereka mempunyai sokongan setia tanpa perlu berbuat banyak perkara. Tanpa menyatakan apa-apa. Itu PAS bagi anda,' kata beliau.

Namun, PAS sering disebut pengulas politik sebagai 'duri' dalam gandingannya dengan DAP dan PKR kerana tanggapan ramai terhadap sikapnya yang agak konservatif.

Namun, Datuk Zaid berkata PAS tetap meraih sokongan pengundi Melayu walaupun idea dan dasarnya mungkin kurang dinyatakan dengan jelas dan betul.

'Tetapi ia punya sokongan, sokongan Melayu. Jika anda letakkan salah seorang daripada mereka di sana (Pakatan), dan anda lengkapkan beliau dengan bahan-bahan betul, mesej yang betul, menyediakan pasukannya, menjadikan mereka sebahagian kehidupan harian di negara ini, maka kesannya akan menakjubkan,' jelas beliau.

Menurutnya, Umno 'amat takuti PAS yang diberi nafas baru'.

'Mereka (Umno) tidak fikir Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menggerakkan orang Melayu walaupun beliau telah melakukan sesuatu yang baik,' ujarnya lagi.

'Jika mahu menguasai kawasan kejiranan (kampung)... anda bantu PAS.

Menjelaskan pandangannya Datuk Zaid berkata itu sebabnya beliau mengusulkan agar Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjadi pengerusi Pakatan pada bulan lalu.

'Saya menggunakan istilah pemimpin rohaniah dan saya amat serius mengenainya, namun orang ramai tidak memahami dari sudut pandangan saya itu.

'Ada sesetengah orang berkata saya sengaja mahu cuba menggantikan Anwar. Tidak, bukan begitu. Seperti saya katakan kepada anda, pertarungan ini mengenai Melayu lawan Melayu,'jelasnya.

Menurutnya, dalam hal ini, Pakatan tidak boleh menggunakan pemimpin lain, seperti Datuk Seri Anwar, Encik Karpal Singh atau Encik Lim Guan Eng, dalam usahanya menentang Umno.

'Saya tidak mengusulkan bahawa beliau (Nik Aziz) harus menjadi perdana menteri. Beliau bukan bahan perdana menteri. Tetapi untuk menentang Umno, anda perlukan seorang seperti itu. Orang yang sederhana, tinggal di rumah sederhana, walaupun telah menjadi Menteri Besar selama 20 tahun, tidak ramai yang seperti itu,' hujah Datuk Zaid.

Dalam hal ini, tegasnya, pemimpin lain seperti Datuk Seri Anwar boleh menerajui kepimpinan politik Pakatan untuk dijadikan perdana menteri, tetapi Datuk Nik Abdul Aziz boleh memainkan peranan seperti pemimpin rohaniah dan kemerdekaan India, Mahatma Gandhi.

'Tanpa Gandhi, Nehru (Jawaharlal Nehru, bekas perdana menteri India) tidak akan ke mana,' ujarnya.

Datuk Zaid juga menyuarakan keyakinannya terhadap peluang Pakatan pada pilihan raya umum Malaysia ke-13 dengan adanya dasar bersama yang disepakati tiga parti komponennya dan amalan 'rasuah dan penyalahgunaan kuasa' parti yang memerintah.

Ditanya tentang cita-cita politiknya dalam PKR dan Pakatan, Datuk Zaid berkata beliau enggan bertarung bagi merebut jawatan kepemimpinan.

'Orang mungkin tidak percaya apabila saya katakan, saya tidak kisah tentang jawatan dalam Keadilan. Saya lebih minat dalam menaburkan pengaruh,' jawabnya.

Sunday, December 27, 2009

Selepas 5 tahun Tragedi Tsunami Aceh.


JAKARTA: Satu gempa bumi besar di dasar laut hanya menanti masa untuk berlaku di rangkaian kepulauan Mentawai di Indonesia. Jika berlaku seperti diramal, ia boleh mengakibatkan tsunami yang dijangka meragut begitu banyak nyawa.

Demikian menurut saintis yang mengkaji zon paling sering dilanda gempa di dunia.

Tidak seperti tsunami di Lautan Hindi pada 26 Disember 2004 yang mengorbankan kira-kira 226,000 jiwa, tsunami yang diramal itu dijangka lebih kecil. Tetapi, ia sama bahaya kerana mungkin melanda kawasan pantai Sumatera yang padat penduduk.

'Tsunami yang mungkin berlaku diramal tidak sebesar seperti pada 2004. Tetapi masalahnya ialah saiz penduduk di kawasan yang mungkin dilanda tiga kali lebih ramai daripada di Aceh,' kata Encik Kerry Sieh, pengarah Balai Cerap Bumi yang berpusat di Singapura.

Gempa sekuat 8.6 pada skala Richter dijangka berlaku di bawah dasar laut Pulau Siberut, di sepanjang Megathrust Sunda, tempat plat tektonik Indo-Australia bergeseran dengan plat Eurasia - antara garisan retakan paling aktif di dunia.

Bila gempa besar itu akan berlaku tidak diketahui.

'Kami boleh berkata ia mungkin berlaku beberapa dekad akan datang. Ia juga mungkin antara 30 saat dari sekarang hingga 30 tahun lagi,' kata Encik Sieh, yang mengkaji rekod geologi.

Kajiannya menunjukkan sepanjang 700 tahun lalu gempa besar berlaku sepanjang jajaran mega Sunda setiap 200 tahun. Tiga pusingan gempa besar melanda wilayah itu sebelum ini, pada hujung abad ke-14, abad ke-17 dan antara 1797 dengan 1833.

'Tempoh masa antara tiga kejadian itu kira-kira dua abad,' kata Encik Sieh.

Menurutnya, bahagian dasar laut Siberut tidak mengalami kegelinciran sejak 200 tahun lalu. Ia bagaimanapun dijangka berlaku selepas ini dan akan mengakibatkan gempa bumi besar.

Jajaran mega Sunda berlanjutan dari Myanmar hingga ke utara dan membelok ke arca tenggara menerusi Sumatera, Jawa dan ke arah Timor Leste.

Bahagian di utara sepanjang 1,600 kilometer pada garisan retakan itu, dari Myanmar ke Aceh, pecah pada 25 Disember 2004, mengakibatkan tsunami di Lautan Hindi.

'Gempa bumi itu menyusun semula pusingan bagi bahagian retakan itu,' kata Encik Mike Sandiford dari Pusat Kajian Sains Bumi, Universiti Melbourne, Australia.

'Garisan retakan itu tergelincir sedalam 20 meter dan ia berlaku seperti penggabungan plat yang sepatutnya mengambil masa ratusan tahun. Ia akan mengambil masa ratusan tahun atau lebih lama lagi untuk mengumpulkan beban dalam sistem itu untuk pecah pada bahagian sama,' katanya.

Jajaran mega Sunda terdiri daripada tiga bahagian utama. Pada Mac 2005, gempa besar melanda bahagian kedua dekat Pulau Nias, mengakibatkan kegelinciran 11 meter di bawah pulau itu.

Pada 2007, gempa 8.4 dan 8.7 pada skala Richter melanda selatan dan bahagian ketiga, Jaluran Mentawai. Bagaimanapun, bahagian utara tidak terjejas.

'Kini kita mempunyai jaluran sepanjang 300 kilometer yang belum tergelincir sejak 1797,' kata Encik Sieh.

Gempa yang berlaku 30 September lalu di Padang tidak berpunca daripada pecahan jajaran mega itu. Ia sebaliknya berlaku kerana retakan lebih dalam.

'Ia mungkin bahagian yang tidak pecah sejak sekian lama. Ia mungkin membawa kita lebih dekat dengan garisan retakan lebih besar,' kata Encik Sandiford.

'Kerana tekanan itu tidak dilepaskan di wilayah Padang, kita tahu bebanan itu semakin meningkat dan akhirnya pecahan berlaku. Tekanan seumpama itu yang menjadi punca pecahan besar di hujung Sumatera pada Disember 2004,' tambah beliau.

Satu sebab jajaran mega Sunda boleh mengakibatkan gempa besar ialah ia mempunyai garisan retakan amat panjang dan boleh gelincir serentak. Tetapi oleh kerana ia membengkok pada laluannya menerusi Indonesia, saintis percaya gempa besar itu terhad pada setiap bahagian megathrust tersebut.

Encik Sandiford berkata garisan retakan sepanjang 30 kilometer boleh mengakibatkan gempa sekuat 7 pada skala Richter sementara retakan sepanjang 300 kilometer boleh mengakibatkan gempa sekuat 9 pada Richter.

Gempa pada Disember 2004 berlaku pada garisan retakan sepanjang 1,600 kilometer.

'Gempa bumi yang berlaku pada hari Krismas itu sungguh besar. Kita hanya mengalami tiga atau empat gempa bumi sekuat itu sejak 100 tahun lalu,' kata Encik Sandiford.

Encik Sieh membayangkan dua senario yang mungkin berlaku pada gempa akan datang. Pertama, gempa sekuat 8.6 di bahagian utara Jalur Mentawai.

'Hanya terdapat satu data yang memberitahu kita bahawa ia mengalami kegelinciran pada 1797. Jika tidak silap, kali terakhir ia berlaku pada 1680-an. Jika ia benar, kegelinciran lebih besar bakal berlaku, sekali gus menyebabkan tsunami yang lebih besar,' katanya.

Kajian terbaru yang dilakukannya menunjukkan kemungkinan senario kedua, iaitu gempa besar berlaku di bahagian sama yang menyebabkan tsunami 2004.

Ketika bahagian tengah garisan retakan itu pecah sehingga 25 meter pada 2004, bahagian bawah hanya tergelincir 10 meter, menyebabkan bebanan beratus tahun masih belum berlaku.

'Kami masih mengkaji mungkinkah akan berlaku satu lagi gempa di dasar laut di bahagian selatan 2004 yang boleh pecah dalam masa beberapa tahun akan datang,' kata Encik Sieh.

Garisan retakan Mentawai berada di dasar laut dan sebarang gempa dijangka memecahkan lantai lautan dan menyebabkan tsunami.

Gempa pada 2004 menyebabkan tsunami di seluruh Lautan Hindi hingga ke India dan Afrika.

Tsunami yang bakal berlaku akibat gempa Mentawai akan menyebabkan tsunami barat laut melanda Lautan Hindi yang tidak berpenghuni.

Ia juga akan melanda kawasan padat penduduk di sepanjang pantai Sumatera antara Padang dan Bengkulu, walaupun rangkaian kepulauan Mentawai akan membantu mengekang kekuatan ombak sebelum ia memukul pantai.

Saintis berkata, tidak banyak data mengaitkan gempa besar dengan gunung berapi Indonesia, seperti Tasik Toba di Sumatera, yang meletus kira-kira 74,000 tahun lalu. Ia dipercayai letupan terbesar gunung berapi sepanjang dua juta tahun lalu.

Beberapa saintis berkata, letupan besar itu mungkin mempercepat peralihan zaman glasier dengan memuntahkan 2,800 kilometer padu sisa ke udara dan secara dramatik menurunkan suhu bumi serta menyebabkan zaman ais bermula. -- Agensi.

Ujian buat warga Muslim Swiss.


Oleh Peter Stamm

SWITZERLAND tampak tidak toleran dua minggu lalu apabila 58 peratus pengundinya mengesahkan larangan ke atas pembinaan menara masjid yang baru.

Padahal, ketika pungutan suara bagi menara masjid diusulkan oleh parti sayap kanan, Parti Rakyat Swiss, tidak ada perhatian serius diberikan.

Bahkan, ada yang menimbangkan untuk mengisytiharkannya sebagai tidak sah dari segi Perlembagaan Swiss dan melanggar Konvensyen Hak Asasi Eropah. Namun, akhirnya pemerintah mengizinkan pungutan suara diadakan dengan harapan ia akan ditolak sebagai lambang keterbukaan sikap penduduk Swiss.

Para ahli politik begitu pasti sehingga tidak bertindak untuk menetangnya. Akibatnya, jalan raya Switzerland dikuasai oleh poster-poster yang mendukung usul tadi - gambar wanita berhijab di depan hutan penuh dengan menara masjid yang berbentuk peluru berpandu.

Menara masjid tidak pernah menjadi masalah di Switzerland. Hanya ada empat menara masjid di seluruh negara itu, yang sudah lama tegak puluhan tahun. Kini dua lagi menara sedang dirancang pembinaannya.

Kebanyakan masjid di Switzerland tidak menonjol di kawasan perusahaan sehingga tidak menjadi perhatian.

Tampak inilah masalahnya. Para pendatang Muslim tidak tinggal bersama warga biasa Swiss tetapi di sisi mereka sebagai kaum Perancis, Jerman, Italy dan kaum Swiss yang bertutur Romansch untuk sekian lama tanpa menimbulkan permusuhan.

Warga biasa Swiss tidak betul-betul akrab dengan Islam. Wanita bertudung jarang kelihatan di jalan raya Swiss. Bahkan, wanita berhijab langsung tidak ketara.

Tetapi para pendukung tadi berdepan dengan Muslim, kebanyakannya anak muda dari Semenanjung Balkan, yang tegar tetapi tidak cergas dalam masyarakat Islam.

Kebanyakan rakyat Swiss hanya mengetahui Islam menerusi media massa yang melaporkan masalah Muslim bukan di Switzerland tetapi kisah serangan pengganas di Afghanistan, rancangan Iran membina bom nuklear dan cadangan aneh Muammar el-Qaddafi untuk memansuhkan Switzerland.

Sukar menemukan penjelasan menyeluruh mengapa rakyat Swiss memberikan undi tadi. Namun sudah ada pungutan suara serupa yang mengejutkan - 35 peratus pengundi mahu ditiadakan tentera dan 58 peratus menyokong perkahwinan seks sejenis.

Sikap orang Swiss masih konservatif atau liberal. Ada kala sesuatu harus kekal dan ada kala setiap orang boleh berbuat sesuka hati.

Yang paling ketara dalam pungutan suara yang berlaku ialah orang Swiss bersikap pragmatis, bahkan degil.

'Kejayaan kita bukan kerana idea hebat tetapi menghuraikan masalah. Kita begitu tertumpu menyelesaikan sesuatu walaupun tindakan ini akhirnya mencemar nama baik negara.

'Akibatnya, kita mengorbankan citra kita sebagai masyarakat terbuka dan berbilang budaya kerana melarang pembinaan menara masjid.

'Mungkin Muslim di sini lebih bersikap orang Swiss sebenar daripada kebanyakan kita yang lain.

'Mereka mungkin menelan saja hasil undi tadi - tanpa membina menara masjid tetapi terus beribadah di masjid, tanpa diberi perhatian dan terusik.'

Nota: Penulis ialah pengarang novel 'On a Day Like This'. Esei ini daripada bahasa Jerman dan pernah terbit di harian Amerika Syarikat, The New York Times.

Menjelang Tahun 2010 Masehi.


Oleh Maarof Salleh

TAHUN 2009 akan meninggalkan kita beberapa hari lagi dengan pelbagai kenangan pahit - kemelesetan ekonomi, perang dan pengganasan sehinggalah ancaman perubahan iklim.

PERANAN AMERIKA

Di peringkat global, gerak tindak Amerika Syarikat masih mempengaruhi rentak hubungan antarabangsa.

Walaupun dengan kebangkitan China, peranan Amerika masih lagi adikuasa tunggal dunia dari segi ekonomi, ketenteraan, politik, hiburan dan gaya hidup.

Seperti Kemelesetan Besar 1930, kemelesetan akhir 2008, yang berterusan sehingga tahun ini, juga bermula di Amerika ekoran daripada krisis pinjaman hartanah (subprima) dan keruntuhan sistem kewangannya (termasuk penutupan Bank Lehman Brothers).

Banyak industri besar Amerika berada di ambang kemuflisan sehingga harus gulung tikar dan mengakibatkan pengangguran yang besar.

Mujurlah pentadbiran Barack Obama dan pemerintah di seluruh dunia telah melancarkan program menyuntik ekonomi masing- masing dengan merancakkan sektor prasarana, mengikat jamin bank dan firma besar.

Pekerjaan 'banker' menjadi bidasan sedunia apabila pihak bank yang walaupun kerugian dan ditebus dengan wang rakyat itu masih belum serik - ingin mengamalkan pemberian bonus besar yang dianggap punca keserakahan. Britain merupakan negara Barat pertama yang mencukai sehingga separuh bonus banker.

Di bidang ketenteraan dan politik antarabangsa, Amerika masih lagi mencorakkan suasana di Iraq, Afghanistan dan Pakistan. Rakyat Amerika kian bosan dengan korban askar dan kos tinggi pelibatan tentera mereka. Pentadbiran Obama telah menetapkan tarikh pengunduran dan penutupan tahanan pengganas di Guantanamo Bay.

Menerusi proses pilihan raya umum yang genjot oleh skandal pemalsuan undi dan pengunduran pencabarnya, Encik Hamid Karzai masih bertahan dalam penggal kedua sebagai presiden Afghanistan. Tetapi ancaman rasuah dan pengganas Taleban masih terus mencengkam Afghanistan.

Walaupun Iraq kian mempunyai pemerintah awam demokratik, ancaman pengganasan terus menjadi-jadi. Pakistan pula kini mengalami kegenjotan pucuk pimpinan.

ISU PALESTIN

Rancangan damai Amerika untuk Timur Tengah terus tersangkak dengan pemerintah Perdana Menteri Benjamin Netanyahu masih meneruskan pembinaan petempatan Yahudi di tanah Palestin.

Dalam pada itu, Palestin terus bercakaran sehingga Presiden Mahmoud Abbas menolak untuk dicalonkan bagi penggal kedua.

Dengan Hamas masih enggan menyertai pilihan raya dan terus berkuasa di Gaza, kini wujud dua Palestin - sebuah di Gaza dan sebuah di Tebing Barat yang dikuasai Penguasa Palestin.

Laporan hak asasi dunia terus menyalahkan Israel terhadap nestapa rakyat Palestin. Namun, dengan perbalahan dalam Dunia Arab dan Palestin sendiri, tampak kemelutnya akan berterusan.

Palestin masih terjajah - tidak boleh bebas bergerak ke luar daripada wilayah Gaza dan Tebing Barat tanpa mendapat izin daripada penguasa Israel. Anak-anak Palestin yang dibawa ke mahkamah Israel tidak dibolehkan mendapat hak pembelaan, malah oleh ibu bapa mereka sendiri. Jika khidmat peguam cara didapatkan, itu sekadar akan membolehkan keringanan hukuman, bukan untuk dibebaskan.

IKLIM JAGAT

Pemanasan global menggerunkan banyak negara kerana ais di dua khutub mencair, air laut naik dan cuaca berubah dengan mendadak dan melampau.

Pemanasan global bukanlah perkara baru kerana ia sudah dikesan sejak pertengahan abad ke-20. Isu itu menjadi besar tahun ini kerana berlangsungnya Sidang Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Copenhagen yang dihadiri perwakilan 193 negara, termasuk Presiden Obama dan Perdana Menteri China Wen Jiabao, yang hanya berakhir dengan sebuah kesepakatan yang tidak mengikat.

Jurang negara kaya dengan negara miskin amat ketara. Walaupun kesepakatan itu menjanjikan bantuan AS$10 bilion setahun, ia bukan satu kepastian untuk memberi ganti rugi kepada negara sedang membangun.

Negara sedang membangun menuduh negara maju yang terlebih dulu merosakkan alam. Mereka mahukan negara maju membayar mereka agar dapat menggunakan teknologi terkini demi mengurangi penebangan hutan dan mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida.

Namun harapan tinggal harapan. Sesudah kegagalan sidang Copenhagen, Amerika dan Eropah ditimpa cuaca salji tebal yang mencengkam. Dapatkah sidang selanjutnya di Kota Mexico meraih kerjasama antarabangsa?

Apakah negara-negara dunia, termasuk Singapura, akan dapat menurunkan pelepasan karbon menurut sasaran masing-masing? Ini akan bergantung pada tekad politik dan bantuan antarabangsa.

Di sebalik krisis alam, timbul peluang bagi industri baru iaitu teknologi mesra alam - dari segi pembuatan kenderaan sehingga pembinaan bangunan pintar yang jimat serba serbi.

Kota Masdar yang sedang dibina di Teluk Parsi, akan menjadi bukti sebuah petempatan yang dapat sara diri dari segi air dan tenaga serta bijak membuang kotoran.

DICENGKAM WABAK

Penularan wabak demam selesema babi yang kemudian disebut H1N1 bermula di Mexico tahun lalu dan terus merebak di serata dunia, masih belum dapat diatasi sepenuhnya.

Mujurlah, pengalaman kebanyakan negara menangani gejala penyakit berwabak seperti Sars pada masa-masa lalu telah banyak membantu masing-masing negara menjadi lebih bersedia menangani bahaya H1N1.

Terdapat teori baru bahawa kemunculan wabak disebabkan perubahan iklim yang mendadak. Bererti H1N1, batuk kering dan sebagainya akan muncul dalam bentuk yang lebih membahayakan ke atas manusia dan haiwan yang lain.

FAKTOR OBAMA

Pemilihan Barack Hussein Obama, seorang berketurunan Afro-Amerika, yang pertama menjadi presiden Amerika, menjadi lambang zaman perubahan.

Di sebalik tohmah yang menyatakan beliau seorang Muslim, umumnya rakyat Amerika dapat menerimanya dalam memberikan suasana baru di negara majmuk dan demokrasi kedua terbesar di dunia.

Ucapan Presiden Obama ketika perasmiannya turut membantu dalam mengikis tanggapan negatif terhadap Amerika selepas zaman pentadbiran Bush yang tegar. Beliau dilihat membawa harapan akan wujudnya perhubungan antarabangsa yang lebih harmoni.

Ucapan Encik Obama di Turkey dan Kahirah telah dinilai sebagai cuba mengatasi teori pertembungan peradaban antara Barat dengan Islam. Beliau telah menghulurkan salam damai kepada Dunia Muslim dan cuba menamatkan zaman benci Islam atau Islamofobia.

Begitu kuat pengaruh Obama dalam mengatasi jurang perbezaan dunia, Jawatankuasa Nobel telah menganugerahinya Hadiah bagi Keamanan pada tahun ini walaupun menerima kritikan luas.

SELEBRITI KULIT HITAM

Sedang Encik Obama dihormati dunia dan berpulangnya Michael Jackson, tokoh muzik kulit hitam diratapi jutaan peminatnya, jagat turut dikejutkan skandal seks jaguh golf, Tiger Woods, dengan belasan wanita.

MENYINGKAP 2010

Pergolakan sepanjang 2009 pasti akan terbawa-bawa ke tahun depan.

Amerika akan terus menentukan rentak dunia. Namun ia akan dicabar oleh gergasi Asia, China, yang menikmati lebihan dagangan dan bon perbendaharaan Amerika yang terbesar.

Apakah hubungan dua negara ini atau kian disebut G2 akan menentukan paksi baru jagat?

Dalam pada itu, isu perubahan iklim, terutama pemanasan jagat, akan terus menghambat banyak negara, terutama negara pulau di lautan.

Selagi negara-negara kaya bersikap tidak peduli, lambat-laun mereka akan terkena kesannya.

Sebahagian senario filem bencana dunia, 2012, yang amat popular tahun ini, walaupun sekadar cereka, boleh terjadi.

Thursday, December 24, 2009

Rebutlah lima keadaan sebelum datang lima keadaan yang lain



Oleh Ustaz Sayid Amin Jasin

Pensyarah Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri

Daripada Ibn Abbas r.a. , Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Rebutlah lima keadaan sebelum datang lima keadaan yang lain, iaitu keadaan mudamu sebelum tuamu, keadaan sihatmu sebelum kedatangan sakitmu, keadaan kaya sebelum fakirmu, keadaan lapangmu sebelum waktu sibukmu dan masa hidupmu sebelum tibanya kematianmu."

Hadis riwayat Imam al-Hakim.

Allah s.w.t telah menciptakan manusia di dunia ini dengan tujuan mengEsakan Allah dan mengabdikan diri kepadaNya semata-mata.

Untuk mencapai tujuan ini, Allah azza wajall tidak membiarkan manusia begitu sahaja, tetapi Allah s.w.t telah membekalkan kepada manusia segala keperluan bagi melayari bahtera kehidupan dunia ini dengan pelbagai nikmat yang tidak dapat dikira manusia; usia, kekuatan, kekayaan, masa, kehidupan dan sebagainya.

Biasanya manusia akan hanyut apabila dikurniakan dengan nikmat-nikmat seperti, masa lapang yang ada, kekayaan, zaman mudanya dan juga kesihatannya.

Maka dalam hadis tadi, Rasulullah s.a.w telah menjelaskan kepada kita kepentingan merebut peluang-peluang memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t ketika 5 keadaan tadi yang merupakan takdir baik sebelum datang 5 keadaan lain yang merupakan takdir buruk bagi manusia.

Marilah kita manfaatkan takdir-takdir yang baik ini, memperbanyakkan ibadah, saling mengajak kepada kebaikan, sampaikan yang benar, cegah kemungkaran dengan kebijaksanaan, supaya kita tidak tergolong diantara orang-orang yang menyesal di akhirat kelak.

Sunday, December 20, 2009

Bolehkah umat islam meraikan hari Krimas?


Oleh : Syaikh Muhammad ibn Sholih Utsaimin Rahimahullah

Pertanyaan: Apa hukumnya mengucapkan selamat kepada orang kafir pada perayaan hari besar keagamaan mereka ? (contohnya : Merry Christmas, Selamat hari Natal dan Tahun Baru dan sebagainya) Dan bagaimana kita membalas sapaan mereka jika mereka mengucapkan selamat Natal kepada kita. Dan apakah dibolehkan pergi ke tempat-tempat di mana mereka merayakannya. Dan apakah seorang Muslim berdosa jika ia melakukan perbuatan tersebut tanpa maksud apapun? Akan tetapi ia melakukannya hanya kerana menampakkan sikap tenggang rasa, atau kerana malu atau kerana tersepit dalam situasi yang canggung, ataupun kerana alasan lainnya. Dan apakah dibolehkan menyerupai mereka dalam hal ini?

Jawapan: Mengucapkan selamat kepada orang kafir pada perayaan Krismas dan hari besar keagamaan lainnya dilarang menurut ijma’. Sebagaimana disebutkan oleh Ibnul Qoyyim rahimahullah dalam bukunya ”AhkamuAhlidz-dzimmah”, beliau berkata: “Bahawa mengucapkan selamat terhadap syi’ar-syi’ar kafir yang menjadi ciri khasnya adalah Haram, secara sepakat.


Seperti memberi ucapan selamat kepada mereka pada hari-hari rayanya atau puasanya, sehingga seseorang berkata, “Selamat Hari Raya”, atau ia mengharapkan agar mereka merayakan hari rayanya atauhal lainnya. Maka dalam hal ini, jika orang yang mengatakannya terlepas dari jatuh ke dalam kekafiran, namun (sikap yang seperti itu) termasuk ke dalam hal-hal yang diharamkan.


Ibarat dia mengucapkan selamat atas sujudnya mereka pada salib. Bahkan ucapan selamat terhadap hari raya mereka dosanya lebih besar di sisi Allah dan jauh lebih di benci daripada memberi selamat kepada mereka karena meminum alkohol dan membunuh seseorang, berzina dan perkara-perkara yang sejenisnya. Dan banyak orang yang tidak faham agama terjatuh ke dalam perkara ini. Dania tidak mengetahui keburukan perbuatannya. Maka siapa yang memberi selamat kepada seseorang yang melakukan perbuatan dosa, atau bid’ah,atau kekafiran, bererti ia telah membuka dirinya kepada kemurkaanALLAH.” –Akhir dari perkataan Syaikh (Ibnul Qoyyim rahimahullah)–

(Syaikh Utsaimin melanjutkan) Haramnya memberi selamat kepada orang kafir pada hari raya keagamaan mereka sebagaimana perkataan Ibnul Qoyyim adalah karena di dalamnya terdapat persetujuan atas kekafiran mereka, dan menunjukkan redha dengannya. Meskipun pada kenyataannya seseorang tidak redha dengan kekafiran, namun tetap tidak diperbolehkan bagi seorang muslim untuk meredhai syi’ar atau perayaan mereka, atau mengajak yang lain untuk memberi selamat kepada mereka. Kerana ALLAH Ta’ala tidak meredhai hal tersebut, sebagaimana ALLAH Ta’ala berfirman,


إِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنْكُمْ وَلاَ يَرْضَى لِعِبَادِهِ الْكُفْرَ وَإِنْ تَشْكُرُوا يَرْضَهُ لَكُمْ


Artinya : “Jika kamu kafir, maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan(iman) mu dan Dia tidak meredhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, nescaya Dia meredhai bagi mu kesyukuranmu itu.” [QS AzZumar 39: 7].

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,


الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا
Ertinya : “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni`mat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu.” [QS Al Maaidah: 3]

Maka memberi selamat kepada mereka dengan ini hukumnya haram, sama saja apakah terhadap mereka (orang-orang kafir) yang terlibat bisnis dengan seseorang (muslim) atau tidak. Jadi jika mereka memberi selamat kepada kita dengan ucapan selamat hari raya mereka, kita dilarang menjawabnya, karena itu bukan hari raya kita, dan hari raya mereka tidaklah diredhai ALLAH, karena hal itu merupakan salah satu yang diada-adakan (bid’ah)di dalam agama mereka, atau hal itu ada syari’atnya tapi telah dihapuskan oleh agama Islam yang Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihiwasallam, telah diutus dengannya untuk semua makhluk. ALLAH berfirman tentang Islam :


وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلاَمِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Artinya : “Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi.” [QS Aali 'Imran: 85]

Dan bagi seorang Muslim, memenuhi undangan mereka untuk menghadiri hari rayanya Hukumnya haram. Karena hal ini lebih buruk daripada hanya sekedar memberi selamat kepada mereka, di mana di dalamnya akan menyebabkan berpartisipasi dengan mereka. Juga diharamkan bagi seorang Muslim untuk menyerupai atau meniru-niru orang kafir dalam perayaan mereka dengan mengadakan pesta, atau bertukar hadiah, atau membahagi-bahagikan makanan, atau berlibur dari bekerja, atau yang semupamanya. Sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam,
من تشبه بقوم فهو منهم
“Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia adalah sebahagian dari mereka”.

Syaikhul-Islam Ibnu Taimiyah berkata dalam bukunya, Iqtidha’ ShirathalMustaqiim, “Menyerupai atau meniru-niru mereka dalam hari raya mereka menyebabkan kesenangan dalam hati mereka terhadap kebatilan yang ada pada mereka bisa jadi hal itu sangat menguntungkan mereka memanfaatkan kesempatan untuk menghina/merendahkan orang-orang yang berfikiran lemah”. –Akhir dari perkataan Syaikhul-Islam Ibnu Taimiyahrahimahullah.


Dipetik dan disunting dari laman Ihwanul Muslimin

Tahun Baru Hijrah


Tahun Baru Islam adalah salah satu hari yang penting dalam Islam. Meskipun tidaklah sepenting hari raya Aidl Fitri atau Aidul Adha, atau hari yang tidak ada ibadah khusus di dalamnya, Tahun Baru Islam tetaplah penting. Dengan penetapan jatuhnya 1 Muharram, selanjutnya berbagai ibadah lainnya dapat ditentukan seperti puasa Asyura (10 Muharram), puasa 3 hari di pertengahan bulan Islam, maupun waktu untuk melakukan pengamatan hilal guna menentukan datangnya bulan Safar dan seterusnya. Bagi sebahagian umat islam, tahun baru Islam juga digunakan sebagai momentum untuk melakukan evaluasi/muhasabah.

Sidang puncak pemimpin dunia di Conpahagen ditunda

Sidang puncak perubahan iklim anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dihadiri 120 pemimpin dunia di sini ditunda semalam.

Sidang yang sepatutnya bermula 10 pagi waktu Denmark itu ditangguhkan.

Ini mendorong Presiden Venezuela, Encik Hugo Chavez, keluar daripada bilik persidangan sebagai bantahan.

Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, terpaksa mengubah jadual dan mengadakan rundingan tertutup dengan 19 pemimpin dunia yang lain untuk melakar perjanjian saat akhir bagi menangani masalah pemanasan bumi.

Awal dari itu para perwakilan mempersalahkan Amerika Syarikat dan China kerana kegagalan mencapai satu perjanjian, yang sepatutnya ditandatangani Encik Obama, Perdana Menteri China, Encik Wen Jiabao, dan lebih 110 pemimpin dunia yang lain.

Presiden Perancis, Encik Nicolas Sarkozy, yang bercakap selepas pertemuan tidak dijadual dengan Encik Obama dan pemimpin lain, berkata kemajuan dalam rundingan iklim terbantut angkara China.

Bantahan China terhadap sistem pemantauan bagi pelepasan gas karbon dioksida merupakan penghalang utama bagi mencapai perjanjian, kata Encik Sarkozy.

'Perbincangan berlangsung malam tadi tanpa gangguan.

'Berita baik ialah mereka masih berbincang. Berita buruk ialah mereka belum mencapai satu kesimpulan,' tegas beliau.

'Apa yang menghalang? Negara seperti China yang tidak dapat menerima idea peri perlunya sebuah badan pemantau,' jelas beliau.

Amerika dan China, dua pengeluar terbesar gas rumah hijau, tidak dapat mencapai kata sepakat berhubung soal dana, matlamat pengurangan pencemaran dan pengesahan pengurangan pelepasan gas karbon dioksida.

Encik Obama menggesa China dan negara lain mengesahkan ikrar untuk mengurangkan gas rumah hijau. China menyifatkan tuntutan itu sebagai tidak adil.

'Kebanyakan pemimpin masih berusaha untuk mencapai satu perjanjian yang bermakna dan boleh diterima,' kata jurucakap Kementerian Luar Jepun, Encik Kazuo Kodama.

Perbalahan pendapat di kalangan peserta menyebabkan acara hari terakhir sidang iklim PBB itu menjadi kecoh dan rundingan tidak rasmi melengahkan bermulanya sidang puncak sebenar.

Satu draf awal deklarasi yang bakal ditandatangani menyatakan kenaikan suhu bumi harus dikekang daripada melampaui 2 darjah Celsius, dan dana berbilion dolar harus diberikan kepada negara miskin,

Dua sumber berkata draf itu menetapkan negara kaya akan menderma AS$100 bilion ($140 bilion) setiap tahun menjelang 2020 kepada negara miskin untuk membantu mereka menyesuaikan ekonomi dengan perubahan iklim.

Perbincangan tertutup masih diteruskan, kata para perwakilan. Tetapi belum ada teks yang dipersetujui telah dicapai.

Sementara itu para presiden dan perdana menteri berkumpul di dewan konvensyen Copenhagen, kata Menteri Sekitaran Sweden, Encik Andreas Carlgren.

'Sekarang terserah kepada para pemimpin dunia membuat keputusan,' kata beliau.

Encik Carlgren, yang berunding bagi pihak 27 negara Kesatuan Eropah (EU) mempersalahkan kebuntuan itu kepada China kerana terus menghalang. - Agensi

Sidang puncak pemimpin dunia di Conpahagen ditunda

Sidang puncak perubahan iklim anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dihadiri 120 pemimpin dunia di sini ditunda semalam.

Sidang yang sepatutnya bermula 10 pagi waktu Denmark itu ditangguhkan.

Ini mendorong Presiden Venezuela, Encik Hugo Chavez, keluar daripada bilik persidangan sebagai bantahan.

Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, terpaksa mengubah jadual dan mengadakan rundingan tertutup dengan 19 pemimpin dunia yang lain untuk melakar perjanjian saat akhir bagi menangani masalah pemanasan bumi.

Awal dari itu para perwakilan mempersalahkan Amerika Syarikat dan China kerana kegagalan mencapai satu perjanjian, yang sepatutnya ditandatangani Encik Obama, Perdana Menteri China, Encik Wen Jiabao, dan lebih 110 pemimpin dunia yang lain.

Presiden Perancis, Encik Nicolas Sarkozy, yang bercakap selepas pertemuan tidak dijadual dengan Encik Obama dan pemimpin lain, berkata kemajuan dalam rundingan iklim terbantut angkara China.

Bantahan China terhadap sistem pemantauan bagi pelepasan gas karbon dioksida merupakan penghalang utama bagi mencapai perjanjian, kata Encik Sarkozy.

'Perbincangan berlangsung malam tadi tanpa gangguan.

'Berita baik ialah mereka masih berbincang. Berita buruk ialah mereka belum mencapai satu kesimpulan,' tegas beliau.

'Apa yang menghalang? Negara seperti China yang tidak dapat menerima idea peri perlunya sebuah badan pemantau,' jelas beliau.

Amerika dan China, dua pengeluar terbesar gas rumah hijau, tidak dapat mencapai kata sepakat berhubung soal dana, matlamat pengurangan pencemaran dan pengesahan pengurangan pelepasan gas karbon dioksida.

Encik Obama menggesa China dan negara lain mengesahkan ikrar untuk mengurangkan gas rumah hijau. China menyifatkan tuntutan itu sebagai tidak adil.

'Kebanyakan pemimpin masih berusaha untuk mencapai satu perjanjian yang bermakna dan boleh diterima,' kata jurucakap Kementerian Luar Jepun, Encik Kazuo Kodama.

Perbalahan pendapat di kalangan peserta menyebabkan acara hari terakhir sidang iklim PBB itu menjadi kecoh dan rundingan tidak rasmi melengahkan bermulanya sidang puncak sebenar.

Satu draf awal deklarasi yang bakal ditandatangani menyatakan kenaikan suhu bumi harus dikekang daripada melampaui 2 darjah Celsius, dan dana berbilion dolar harus diberikan kepada negara miskin,

Dua sumber berkata draf itu menetapkan negara kaya akan menderma AS$100 bilion ($140 bilion) setiap tahun menjelang 2020 kepada negara miskin untuk membantu mereka menyesuaikan ekonomi dengan perubahan iklim.

Perbincangan tertutup masih diteruskan, kata para perwakilan. Tetapi belum ada teks yang dipersetujui telah dicapai.

Sementara itu para presiden dan perdana menteri berkumpul di dewan konvensyen Copenhagen, kata Menteri Sekitaran Sweden, Encik Andreas Carlgren.

'Sekarang terserah kepada para pemimpin dunia membuat keputusan,' kata beliau.

Encik Carlgren, yang berunding bagi pihak 27 negara Kesatuan Eropah (EU) mempersalahkan kebuntuan itu kepada China kerana terus menghalang. - Agensi

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah




"Memantapkan Ukhwah Memperkasa Ummah"



Pihak Admin Karpet Kuning mengucapkan Selamat Tahun Baru 1431H buat semua pengunjung Karpet Kuning...
Semoga tahun baru maal hijrah ini membawa sinar baru dan dimurahkan rezeki buat kita semua...

Thursday, December 17, 2009

Menang emas Sukan Sea : Rajagopal puji pemain Malaysia


Ketua jurulatih kebangsaan, K.Rajagobal menganggap pemain-pemainnya yang memenangi pingat emas bola sepak Sukan SEA ke-25, selepas kali terakhir Malaysia meraihnya 20 tahun lepas, pasukan terbaik yang akan mencorakkan semula masa depan sukan itu.

Beliau berkata dengan label pasukan bukan pilihan ketika datang ke temasya dwi-tahunan ini, Malaysia dianggap tidak mampu untuk mara lebih jauh, bukan sekadar ke final tetapi juga tidak diberikan peluang langsung untuk ke separuh akhir.

"Akhirnya, kemenangan malam ini, menewaskan Vietnam 1-0 pada final, membuktikan segala andaian dan tohmahan itu tidak benar dan kredit kepada pemain-pemain saya yang membuktikan, mereka kini yang terbaik di rantau ini," katanya kepada pemberita selepas perlawanan akhir, di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional, di sini malam ini.

Beliau berkata selepas terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama, beliau memberitahu pemainnya ketika masa rehat,"Jika anda boleh mengikat mereka tanpa sebarang jaringan selepas 45 minit, anda boleh menang perlawanan ini, tetapi perlu cari gol pembukaan dahulu."

Beliau turut mengingatkan pemainnya agar bermain dengan aggresif atau beliau akan menukar barisan pemain bagi mendapatkan idea baru untuk menembusi gawang lawan.

"Akhirnya, mereka melakukannya. Walaupun Vietnam menjaringkan gol sendiri, tetapi dalam bola sepak, ianya dikira dan kita tetap menang," katanya yang turut memuji semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh pemainnya.

Sementara itu, ketua pasukan Mohamad Aidil Zafuan Adha Abd Radzak berkata kedua-dua pasukan beraksi seimbang pada separuh masa pertama tetapi Malaysia mendominasi separuh masa kedua.

Jurulatih katanya memberitahu pemain semasa rehat yang beliau (Rajagobal) berkeyakinan Malaysia akan menang perlawanan ini dan pemain patut melakukannya (menang) malam ini.

Kemasukan adik kembarnya, Mohamad Zaquan Adha juga membuat tempo permainan Malaysia lebih aggresif dan menekan lawan.

"Semua patut diberikan pujian. Ini kemenangan Malaysia. Kami cuma melakukan yang terbaik," katanya.

BERNAMA

OIC gesa larangan bina menara masjid di Switzerland dibatal


GENEVA: Pertubuhan Muktamar Islam (OIC) kelmarin menggesa pihak berkuasa Switzerland membatalkan pungutan suara yang melarang pembinaan menara masjid, kerana ia boleh mencetus langkah serupa di seluruh Eropah.

Para duta 56 negara anggota OIC mengemukakan permintaan itu kepada duta besar Switzerland ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Dante Martinelli, kata duta besar Pakistan, Encik Zamir Akram.

'Pihak berkuasa Switzerland harus menggunakan kaedah parlimen dan kehakiman untuk membatalkan keputusan tersebut,' kata beliau kepada AFP.

'Terdapat bahaya hal ini boleh merebak dan tuntutan baru mungkin dibuat' di bandar lain di Eropah terhadap menara masjid atau lambang lain umat Islam, kata beliau.

Pada 29 November lalu, sekitar 57.5 peratus pengundi di Switzerland meluluskan satu usul oleh kumpulan sayap kanan melarang pembinaan menara masjid.

Duta Besar Pakistan menyifatkan langkah itu sebagai 'trend yang amat berbahya.'

'Ancaman serupa boleh merebak ke negara lain di Eropah, tempat di mana terdapat kumpulan sayap yang mahu menjadikan umat Islam sebagai sasaran. Ini akan menimbulkan keganasan terhadap masyarakat Islam di negara berkenaan,' tegas beliau.

'Kini sudah terdapat beberapa serangan dan penjarahan terhadap masjid di sini di Geneva. Ia satu trend yang sangat berbahaya,' tambah beliau.

Larangan membina menara masjid ditentang oleh pemerintah Switzerland, kebanyakan parti politik dan badan ekonomi.

Bagaimanapun, disebabkan kebanyakan pengundi meluluskan larangannya, maka ia akan dimasukkan dalam perlembagaan.

Langkah tersebut dikecam oleh PBB, negara-negara Islam, negara Eropah dan Vatican.

Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi, Encik Navi Pillay, menyifatkan larangan itu sebagai 'bersifat diskriminasi', memecah belah dan langkah amat malang yang pernah diambil oleh Switzerland.

'Saya mengutuk hasutan antipendatang rakyat asing yang menjadi ciri kempen politik di kebanyakan negara, termasuk Switzerland, yang menjadi punca keputusan serupa itu,' katanya. -- AFP


Wednesday, December 16, 2009

Kuasa senjata dalam mempengaruhi polisi negara


Oleh
M. Effendy A. Hamid

SEJARAH menyebut bahawa antara sebab kejatuhan kerajaan Melayu ke dalam tangan Barat ialah ketiadaan senjata api yang perkasa.

Hal ini diceritakan oleh John Crawfurd dalam bukunya, History of the Indian Archipelago cetakan 1820.

Pada halaman 191, disebut secara ringkas tentang pembuatan senjata api atau musket oleh orang Melayu di rantau ini.

Kata Crawfurd yang pernah menjadi penguasa Singapura, musket atau senapang lantak gagal dihasilkan kerana masalah membuat lock (kunci pemicu tembakan).

Namun bagi pembuatan senapang matchlock, ia berhasil kerana tidak rumit. Pembuatannya sampai di Bali. Bahkan Crawfurd mendapati senapang jenis ini dihias dengan emas dan berukiran indah.

Benarkah membuat kunci pemicu itu susah sekali?

Saya menggeledah aspek lock daripada pelbagai sumber Eropah kurun ke-19 Masihi (M).

Tampaknya, penelitian Crawfurd ada benarnya kerana bahagian teknikal itu menuntut kejituan.

Namun saya rasa halangannya ialah mendapatkan logam sesuai bagi pembuatan senapang lantak yang tahan ledakan kuat belerang berkali-kali di dalamnya.

Barat telah menikmati Revolusi Industri seawal 1800 M bermula di Britain. Itulah sebabnya Britain menjadi adikuasa dunia.

Senjata api buatan Barat dalam abad ke-19 M memang tiada tandinganya dari segi mutu ketahanan dan ketepatan tembakan.

Nicholas Tarling dalam bukunya, Cambridge History of Southeast Asia (1999), berpendapat orang Melayu sudah mengetahui dan faham penggunaan senjata api buat sekian lama.

Setelah Portugis menyerang dan menakluki Melaka, telah ditemui lebih 3,000 senjata api yang dipercayai diperbuat di Pegu (Burma) dan Ayuthia (Siam atau Thailand).

Menurut Tarling lagi, Asia Tenggara sudah tahu tentang senjata api sebelum abad ke-16. Kedatangan Eropah dan Turkey telah memperkasa keberkesanan senjata api.

Para raja Asia Tenggara telah berusaha membina persenjataan api. Mereka mengerahkan para cerdik pandai mereka supaya memperlajari prinsip membuat senjata api daripada manual asing dan juga menggunakan kemahiran orang luar untuk membuatnya.

Walaupun begitu, Tarling berpendapat bahawa perkembangan teknologi senjata Eropah amat pesat sehingga mengatasi ilmu dan persenjataan Asia.

Para raja rantau juga memanfaatkan tawanan Eropah untuk menghasilkan senjata api dan belerang untuk kerajaan mereka.

Tetapi ini tidak boleh dibuat dengan senang pada akhir abad ketujuh belas kerana pengetahuan senjata api menjadi semakin kompleks dan ilmu membuat bahan senjata api dimonopoli oleh Barat.

Ada kekurangan pada hujah Tarling iaitu walaupun orang Asia Tenggara tahu tentang kegunaan dan kekuatan senjata api, penggunaannya masih dibelenggu pemikiran tradisional.

Senjata api harus diintegrasikan ke dalam adat resam tempatan, kepercayaan dan amalan sesebuah kawasan. Jadi senjata api bak menambah kesaktian yang berkuasa.

Jadi dek alah teknologi, khususnya persenjataan api, Asia Tenggara dijajah Barat. Namun kisahnya tidak betul sepenuhnya.

Seyogia, ilmu belerang asalnya dari China. Seorang sarjana Cina, Sun Liachen, dalam makalahnya, Chinese Military Technology and the Dai Viet. 1390-1497 terbitan Asia Research Institute di Singapura (2003), mendapati senjata api China datang ke Dai Viet (Kerajaan Vietnam Utara) pada 1390 - lebih 120 tahun sebelum Melaka ditakluki Portugis (1511 M).

Dai Viet dikuasai Empayar Ming China antara 1406 dengan 1427. Bala tentera laut Ming yang pernah dipimpin Laksamana Cheng Ho (seorang Muslim) telah menakluk Dai Viet. Pertembungan ini membolehkan Dai Viet mempelajari teknologi senjata api dan kemudian mengusir tentera Ming.

Berdasarkan sumber sejarah berbahasa Cina dan Vietnam mengenai senjata api, Liachen mendapati pada awal Februari 1407, tentera Ming menggunakan senjata api untuk membunuh 37,390 askar Dai Viet. Pada tahun yang sama, pada 21 Februari, tentera Ming menggunakan meriam untuk menyerang 500 kapal Vietnam dan membunuh 10,000 askar Vietnam.

Pada tahun yang sama, tentera Ming menamatkan serangan terhadap Dai Viet apabila ia berjaya menangkap Raja Ho Quy Ly, raja Dai Viet dan anak-anaknya.

Tetapi tentera Dai Viet membalas dengan lebih dahsyat lagi, menggunakan teknologi senjata api yang telah dipelajari dan diperolehi oleh China dalam pertempuran besar pada 1418, 1420, 1421, 1424, dan 1425.

Raja baru Dai Viet, Raja Le Loi, telah merampas bekalan senjata daripada tentera China yang ditewas. Dalam sebuah serangan, Le Loi dapat membunuh lebih daripada 50,000 askar Ming dan menangkap lebih daripada 10,000 tawanan perang dan banyak lagi bekalan perperangan.

Dengan teknologi senjata api, Dai Viet dapat menjadi sebuah kuasa yang terunggul pada masa itu. Tetapi yang menjadi mangsa ialah Champa, kerajaan Melayu yang terletak di selatan Vietnam sekarang. Champa diserang Dai Viet pada 1471 dan dihapuskan daripada sejarah.

Penguasaan teknologi memang penting dalam peperangan. Siapa yang menguasai ilmu (sains dan teknologi) merupakan jaguh dunia. Si bodoh makanan si pandai. Benarkah begitu?

Sunday, December 13, 2009

Selepas Coca Cola, kita disajikan Pepsi Cola.


Oleh Amin Iskandar

Ramai yang kecewa dan terkilan sebaik sahaja Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengumumkan untuk menghantar 30,000 tentera tambahan ke Afghanistan. Di dalam pelan terbarunya untuk Afghanistan, beliau turut menyatakan bahawa tentera Amerika Syarikat akan keluar dari negara tersebut selepas 18 bulan.

Kekecewaan ini ditambahkan lagi kerana Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat tersebut baru sahaja memenangi anugerah Anugerah Keamanan Nobel (Nobel Peace Prize) bagi tahun 2009 pada bulan Oktober lalu.

Apabila beliau diumumkan sebagai pemenang anugerah berprestij itu, ramai pihak mengkritik. Kata mereka Obama masih lagi belum berbuat sesuatu yang melayakkannya untuk memenangi anugerah tersebut.

Seperti yang dikatakan oleh John Miller dari National Review, “Obama bukanlah presiden Amerika Syarikat yang pertama memenangi Anugerah Keamanan Nobel, akan tetapi beliau adalah yang pertama memenanginya tanpa berbuat apa-apa”.

Sewaktu Obama berkempen sebagai calon Presiden Amerika Syarikat, retoriknya menggambarkan seolah-olah masalah dunia akan selesai sebaik sahaja beliau mengambil alih jawatan Presiden Amerika Syarikat dari George W. Bush.

Sebab itu ramai yang menyokongnya untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat termasuk mereka-mereka yang tidak mempunyai kelayakan untuk mengundinya oleh kerana bukan warganegara Amerika Syarikat.

Selepas menjadi Presiden Amerika Syarikat, sedikit demi sedikit harapan yang dibawakan oleh Obama tinggal harapan. Terbaru apabila Obama mengumumkan untuk menambah 30,000 lagi tentera di Afghanistan, harapan untuk melihat “perubahan dunia” berkecai.


OBAMA “PEPSI COLA”

Jika dahulu George Bush dipersalahkan seratus peratus tentang apa yang berlaku di Afghanistan dan Iraq, kini selepas Obama mengambil alih kekuasaan, terbukti tiada apa yang berubah kecuali retorik Obama lebih sedap didengar berbanding dengan Bush.

Afghanistan masih terus dijajah. Setelah lapan tahun rakyat Afghanistan menderita, tiada tanda-tanda impian mereka untuk melihat keamanan dalam negara akan tercapai. Osama Laden dan Mullah Omar masih belum dapat ditangkap. Demokrasi dan pembelaan hak wanita hanya tinggal retorik.

Seperti kata Malalai Joya, ahli parlimen termuda yang diundi rakyat dalam pilihanraya parlimen 2005, “demokrasi tidak akan muncul di Afghanistan melalui senjata atau bom dari tentera asing. Perjuangan ini akan mengambil masa yang panjang dan berliku, akan tetapi, nilai demokrasi sebenar, hak asasi manusia dan hak wanita hanya akan ditegakkan oleh orang Afghanistan sendiri”.

Ahli parlimen muda yang telah mendapat banyak anugerah kerana keberaniannya menentang “hulubalang-hulubalang” (warlord) di dalam dan luar parlimen turut mengatakan bahawa demokrasi tidak pernah dibawa oleh tentera asing, yang ada hanyalah rundingan “pintu belakang” di antara tentera asing dan hulubalang-hulubalang ini.

Barangkali inilah yang dikatakan dengan Coca Cola dan Pepsi Cola. Pertukaran kuasa dari parti Republikan ke Parti Demokrat di Amerika Syarikat boleh diibaratkan seperti menukar minuman dari Coca Cola ke Pepsi Cola. Hanya nama dan kulit berbeza, tetapi rasanya tetap sama.


AFGHANISTAN LOKASI STRATEGIK

Afghanistan adalah lokasi strategik yang tidak akan dilepaskan oleh Amerika Syarikat.

Selain daripada mempunyai sempadan dengan Iran dan Pakistan, Afghanistan turut berhampiran dengan China. Selain daripada itu, ianya juga bersempadan dengan negara-negara bekas Kesatuan Soviet seperti Uzbekistan,Turkmenistan dan Tajikistan. Uzbekistan pula bersempadan dengan Kazakhstan yang bersempadan dengan Russia.

Dengan mempunyai pengkalan di Afghanistan, Amerika Syarikat dapat mengawal musuh lamanya Russia dan ancaman terbarunya China sekaligus Iran yang semakin membimbangkan mereka.

Sebab itu Taliban merupakan watak yang penting bagi Amerika Syarikat untuk meneruskan pendudukan mereka di Aghanistan. Jika tiada Taliban, tiada sebab bagi Amerika Syarikat untuk terus bertapak.

Malahan sudah banyak teori (anda boleh mencari dengan menggunakan khidmat Google) yang menyatakan bahawa Amerika Syarikat itu sendiri yang menaja Taliban bagi memastikan pergerakkan tersebut terus hidup dan menjadi “momok” bagi menakutkan dunia dan sekaligus menghalalkan pendudukan mereka di negara tersebut.

Lihatlah selepas 18 bulan nanti, pasti akan keluar alasan dan sebab-sebab yang baru mengapa Obama tidak boleh membawa tentera Amerika Syarikat meninggalkan Afghanistan!

Sehingga kini masih belum terdengar bantahan dari Malaysia sama ada dari mengenai pelan terbaru Barack Obama menghantar 30,000 tentera tambahan di Afghanistan.

Dimanakah Aman Malaysia (Malaysians for Peace)? Apakah organisasi tersebut telah dibubarkan? Atau semuanya terlena kerana mendengarkan retorik dari Obama? Atau pimpinannya terlalu sibuk berpolitik (Pengerusi Aman Malaysia adalah ahli politik)?

Satu ketika dahulu, Malaysia adalah di antara negara yang aktif dalam menyuarakan bantahan mereka terhadap perperangan. Tidak kira dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Badan bukan kerajaan dan mahasiswa tidak ketinggalan dalam menyuarakan bantahan mereka.

Kini suara-suara bantahan terhadap perperangan sudah tidak lagi kedengaran. Apakah ini salah satu “sindrom” selepas Tsunama 8 Mac 2008 dimana rakyat Malaysia terlalu sibuk berpolitik dalam negara sehingga terlupakan tanggungjawab sosial terhadap negara-negara jiran?


SISTEM DUA PARTI

Pada ketika ini, perbincangan mengenai sistem dua parti sedang hangat diperkatakan. Malahan ada yang mengatakan bahawa BN hanya dapat ditumbangkan apabila PR menjadi sebuah gabungan yang kuat seperti BN.

Ada yang menyokong dan ada yang menentang. Biasalah, adat demokrasi. Ramai juga yang menyokong dan ramai juga yang menentang.

PR juga telah mengambil langkah untuk menjadi sebuah pakatan politik yang formal seperti BN. Dengan harapan untuk mengambil alih kepimpinan negara dari BN pada PRU 13.

Namun, apakah jaminan bahawa PR bukan Pepsi Cola?

Dari segi polisi ekonomi, BN dan PR seakan-akan sama. Kedua-dua BN dan PR menyokong pasaran bebas. Sebab itu apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan dasar untuk liberalisasi ekonomi seperti syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) tidak lagi perlu memperuntukan 30 peratus saham kepada Bumiputera tidak ada tentangan daripada PR.

Memang benar PR tidak bersetuju dengan polisi yang menjaga hanya kepentingan Bumiputera, tetapi bukankah PR mahu membela semua rakyat tertindas? Jadi mengapa PR tidak menentang tindakan Najib dan mencadangkan agar syarat 30 peratus saham bagi syarikat yang disenaraikan di BSKL itu tidak harus dimiliki oleh Bumiputera akan tetapi 30 peratus saham itu harus dimiliki oleh rakyat Malaysia?

Jawapannya ialah PR menyokong apa yang dilakukan oleh Najib oleh kerana itulah polisi ekonomi PR. Tiada beza di antara polisi ekonomi BN dan PR. Kedua-duanya bertujuan untuk menjaga kepentingan kaum pemodal untuk membuat keuntungan.

Yang hanya menentang tindakan Najib ialah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurut Dr Mahathir, “Najib harus berwaspada terhadap pelabur asing yang mahukan kawalan sepenuh ke atas syarikat-syarikat pengurusan dana kerana “mereka tidak ada sebarang nilai kesetiaan kepada negara.”

“Mereka berada di negara ini untuk membuat untung. Apabila mereka tidak dapat berbuat demikian, mereka meninggalkan negara ini dan kita menanggung kesannya,” kata Dr Mahathir.

Apakah rakyat Malaysia juga hanya mempunyai pilihan di antara Coca Cola dan Pepsi Cola dalam setiap pilihanraya bermula PRU 13?

Man - kenyataan adalah realiti...

Friday, December 11, 2009

How will the Dubai crisis affect oil prices?


By MERLIN LAFLEUR

It could be called a bolt from the blue: On November 25, the Dubai government announced that it was seeking a standstill on debt worth $60 billion. The six month delay being sought from creditors for two flagship firms, Dubai World and Nakheel-its real estate development arm. Nakheel has an Islamic bond or sukuk, due to mature on December 14 and another bond due January 2011. Credit companies, unhappy with the developments said they would consider the plan 'a default'.

Dubai, the land of luxury is one of the seven states in the UAE. Its property boom grew at a frenzied pace, piling up debt but also building dream projects like the Palm shaped islands, a new urban metro, the world's largest tower, a waterfront to the size of Hong Kong, a leisure park called 'Dubailand' and more. The now infamous 'Dubai World' has stakes in holdings around the world from New York to Las Vegas. Many business enterprises from Iran, India, Pakistan, and within the Arab world flocked to Dubai to do business due to the liberal policies and incredible returns.

Now, many of the works have come to a standstill and Dubai is seeking a bailout from Abu Dhabi another of the seven states in the UAE. The crisis could end if Abu Dhabi helps. But Abu Dhabi, guessing from the initial reaction will not cover for the debts completely but rather "look into each case on its own".

Critically, this crisis comes at a time when the world economy was recovering from the financial crisis. Needless to say, markets around the world tumbled on hearing the news-stock markets in London, Asia, New York, Hong Kong and South Korea fell. Construction companies from Australia, Japan, South Korea involved in Dubai were affected because of their presence in Dubai. Banks like HSBC, Royal Bank of Scotland and Standard Chartered could lose because of their substantial operation in the Middle East and understandably their shares have fallen since.

Dubai crisis and Oil

Of course, the oil prices fell immediately. On November 27, the January contract for benchmark US light sweet crude slid to $76.05/bbl, a decline of 1.91, and the February contract dropped to $77.36/bbl, declining by $1.83, this after the thanksgiving holiday on Thursday (November 26). In London, though the January delivery of Brent crude dropped on Thursday (November 26), it gained nineteen cents closing at $77.18 in the ICE Futures exchange.

For a bit of background, Dubai's oil reached its peak in the eighties. The country has only two percent (at about 80,000 barrels a day now) of the about 98.2 billion barrels of UAE's oil, and oil contributes to less than six percent of its economy. Dubai became a wall street of the Middle East to diversify away from oil since their reserves were getting exhausted. It wanted and almost succeeded in becoming the service centre of the world. But real estate proved to be a sore point, and analysts believe that the correction had to happen as the debts were hovering dangerously.

Against this backdrop comes the scheduled meeting of OPEC in Luanda on December 22, where discussion on prices and output quotas would take place. OPEC contributes about forty percent of word's oil.

The last meeting of OPEC saw the cartel leavings its production quotas unchanged. Would there be any change this time?

The signs point otherwise; some of the rhetoric:
"Given the circumstances, there will not be an output increase and OPEC will not permit members to do it," Iran's Oil Minister Masoud Mirkazemi said at a press conference, "These days the market situation is not right to raise output. This is my forecast" he added. Venezuela which has a quota of 24.84 million barrels per day is also expected to maintain the same production level. Kuwaiti Oil Minister Sheikh Ahmad al-Abdullah al-Sabah said "The oil prices at $75-80 per barrel are good and acceptable". Iran, the second largest oil producer in OPEC, has said that his country didn't expect the oil cartel to increase output.

Possible effects of the crisis on Oil

In winter, as often is the case, the oil prices go northward but this time around oil prices may slide. Of course there are many voices trying to play down the effects of the crisis. The British Prime Minster, Gordon Brown said that the Dubai crisis will not cause major damage to world economy. "My own view is the world financial system is stronger now and able to deal with the problems that arise," said Brown. Finance Minister Yuval Steinitz said that he also forecasts only minor effects, if any, on the Israeli economy from the Dubai crisis.

Fine, the oil prices did bounce back the next week, but it came on the backdrop of the standoff between Iran which detained five British soldiers (since been released from custody). So, oil prices recovered as investors feared a standoff between the crude exporter and western powers. And also, Pirates seized a tanker carrying crude oil from Saudi Arabia to the US.

There will be demand from China, India, Russia and Brazil. In fact it's, at least, a cover for China to buy oil and gold as there is a need to invest in oil and other resources needed for the growing economy. As most of the $2.27 trillion in foreign exchange reserves have been held in dollar-linked U.S treasuries, it poses a high risk as they don't have stable value like oil and gold. Economic Information Daily from China published comments of Ji Xiaonan, Chairman of the Supervisory Committee saying that Dubai's debt crisis could be a good opportunity for China to purchase gold and oil assets. Ji Xiaonan was quoted as saying that the Dubai debt crisis "could give China an opportunity to put some of its foreign exchange reserves into gold or oil".

Yet, not to forget, the investor confidence is low while the anxiety is more, as the markets-commodities as well as equities- believe there is more chances of Dubai defaulting on its other debts. Yes, outside the Middle East Dubai does not, indeed, have that much influence but this could be the beginning of further defaults. For instance, countries like Bulgaria, Hungary and the Baltic states of Latvia, Lithuania and Estonia have debts exceeding their GDP (Gross Domestic Products).

Since there is still a big black hole in investor confidence, demand may not rise in the immediate future. Furthermore, banks may tighten their lending for investors and investments are a huge risk in the real estate sector. As of today, no one is able to predict the impact on the banking sector. A report in Sucden Financial Research said "It should be noted that fundamentals remain weak, as current above-average temperatures raise concerns for oil demand levels in the US".

Analyst in KBC market services, a division of KBC Process Technology Ltd. in the UK, have this to say, "We keep making the point that for the developed economies there is little sign that demand is improving - yet. Everybody talks about demand recovery but lift-off keeps being postponed."

Bottom-line

Remember, Dubai has already achieved its peak in oil and it will be hard to raise capital with knowingly depleted oil wells. This crisis is a setback pushing them to rely more on oil revenue. They will have to pump more oil out to finance their debt. And, as OPEC is not expected to increase the production quotas, expect oil prices to go even lower.

PAS terus 'berbalah' sesama sendiri?


KOTA BHARU: Naib Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Mahfuz Omar, disifatkan sebagai 'memandai-mandai' kerana kembali mencungkil isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menegaskan perkara itu telah dibincangkan dan diselesaikan selepas pertemuan dengan pimpinan PAS Pusat baru-baru ini.

Oleh itu, Datuk Mahfuz tidak perlu lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak sepatutnya kepada media.

Datuk Nik Aziz berkata, tindakan Datuk Mahfuz itu adalah satu kesilapan yang tidak mempunyai strategi dan hanya memberi peluang kepada Umno untuk 'berpesta'.

'Ucapan Mahfuz itu betul-betul memberi peluang kepada Umno untuk berpesta. Itu kesilapan dia kerana ini benda yang sudah disiar dan dibincangkan, kenapa tidak berjumpa saya.

'Kalau benda ini belum siap lagi, dia boleh bercakap tetapi ia sudah selesai dengan pejabat agung (kepimpinan PAS pusat). Tetapi dia bercakap dengan umum juga, dia pandai-pandai. Itu tidak ada strategi,' katanya di sini kelmarin.

Sebelum ini, Datuk Mahfuz dilaporkan meminta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBK, Encik Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, yang juga menantu Datuk Nik Aziz melepaskan jawatannya dengan segera bukannya menunggu sehingga Mac tahun depan.

Sementara itu, Datuk Mahfuz mempertahankan cadangannya dengan berkata saranannya itu bukan bermakna beliau mahu mengajar Datuk Nik Aziz.

Sebaliknya, ia dilakukan demi cinta dan sayangnya terhadap parti serta Mursyidul Am PAS itu.

'Tidak... (cadangan) bukan hendak mengajar sesiapa, ia satu pandangan saya kerana saya sayang pada Tok Guru.... kerana saya tidak mahu ada pihak mencerca Tok Guru atas isu ini,' katanya ketika ditemui kelmarin.

Datuk Mahfuz berkata beliau tidak mahu melihat Datuk Nik Aziz terus dikecam kerana ia bukan saja mencemarkan imej Menteri Besar itu sebagai seorang Tok Guru, malah secara tidak langsung turut memberi kesan kepada parti.

'Lagi panjang (lama), lagi banyak fitnah dan kecaman. Saya sayang sangat Tok Guru... kecaman kepada Tok Guru akan memberi kesan pada PAS,' katanya. -- Agensi

Thursday, December 10, 2009

Penduduk tempatan dakwa Pattani adalah sebahagian daripada wilayah Malaysia?


NARATHIWAT: Dua orang terbunuh dan 17 lagi cedera selepas sembilan butir bom meletup dan sejumlah tembakan menggegar selatan Thailand, sewaktu Perdana Menteri Thai, Encik Abhisit Vejjajiva, dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, membuat lawatan bersejarah ke wilayah Narathiwat, semalam.

Kedua-dua pemimpin menghadiri upacara menamakan semula jambatan yang menghubungkan Bukit Bunga di Jeli, Kelantan, ke Ban Buketa di Narathiwat, sebagai Jambatan Persahabatan.

Mereka berdua tiba di jambatan dekat bandar Bukit Ta dengan menaiki helikopter tentera.

Helikopter tentera berlegar di kawasan itu dan pihak berkuasa memotong isyarat telefon bagi mengelak serangan bom kawalan jauh.

Ratusan askar Thai berkawal di pusat pemeriksaan sempadan dan skuad bom memeriksa kawasan itu, manakala bot polis meronda perairan Sungai Golok yang mengalir di bawah jambatan itu.

'Dengan ramai orang dan barangan menyeberangi jambatan ini setiap hari, kita mengukuhkan lagi persahabatan kita,' kata Encik Abhisit.

'Saya tidak ragu lagi bahawa Jambatan Persahabatan ini akan memenuhi matlamat yang murni,' kata Datuk Seri Najib.

Beliau dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, kemudian melawat Institut Islam Attarkiah di pusat bandar Narathiwat.

Mereka menggulung lawatan dengan mengunjungi Ban Rotunbatu, sebuah kampung yang didirikan kerajaan Thai bagi balu askar yang terkorban dalam konflik yang berlarutan selama lima tahun.

Awal dari itu di Bangkok, Datuk Seri Najib berkata bahawa Malaysia tidak akan campur tangan dalam ehwal dalaman Thailand.

Kedua-dua pemimpin berikrar akan bekerjasama bagi menangani keganasan dengan berkongsi maklumat perisikan, memajukan ekonomi setempat dan memantau pergerakan mereka yang disyaki pengganas.

Seorang jurucakap tentera Thai berkata bahawa enam letupan bom berlaku di Yala menyebabkan seorang anggota pasukan skuad bom terkorban.

Beliau mati selepas satu lagi bom meletup sewaktu askar dan polis menyiasat letupan pertama.

Beberapa letupan bom turut berlaku di daerah Khopo di Pattani.

Di Narathiwat dua askar cedera semasa hendak membuang sepanduk dalam tulisan Jawi yang mengatakan Pattani adalah sebahagian daripada wilayah Malaysia. -- AFP, Reuters, Bernama.

Wednesday, December 9, 2009

Akan wujud keamanan di Selatan Thailand?


BANGKOK: Kerajaan Thailand harus mengubah pendekatan dan berusaha mengadakan rundingan dengan kumpulan pemisah bagi mengakhiri konflik di wilayah selatan negara itu, menurut satu laporan semalam.

Menurut Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG), kerajaan tidak mencapai sebarang kemajuan dalam menghuraikan krisis itu sejak keganasan bermula di Yala, Pattani dan Narathiwat enam tahun lalu.

Sehingga kini, lebih 3,700 orang telah terkorban dalam konflik itu.

'Ada banyak idea yang telah ditimbulkan berkaitan huraian politik yang selari dengan matlamat kerajaan untuk memastikan negara itu tetap bersatu, yang harus dibincang secara terbuka.

'Jika kerajaan serius dalam usaha menentang pemberontakan, ia harus mengubah pendekatannya. Pendekatan baru ini harus melibatkan rundingan dengan wakil kumpulan pemisah,' kata pengarah projek Asia Tenggera ICG, Encik Jim Della-Giacoma.

Menurut laporan itu, usaha kerajaan memperkenalkan langkah merangsang ekonomi di wilayah selatan sejauh ini adalah sia-sia.

Bajet bernilai 54 bilion baht bagi projek pembangunan bagi tempoh tiga tahun mendatang juga tidak produktif kerana ia hanya akan menggalakkan rasuah.

Sementara itu, lawatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan rakan sejawatannya dari Thailand, Encik Abhisit Vejjajiva, ke wilayah Narathiwat hari ini tidak akan dibatalkan.

Ini walaupun berlaku serangan bom dan kematian tiga orang di wilayah selatan Thailand itu kelmarin.

Dalam salah satu kejadian, sebutir bom meletup di pasar menyebabkan seorang lelaki dan isterinya terbunuh.

Pasar tempat letupan bom itu berlaku terletak 1.5 kilometer dari hotel yang menjadi tempat penginapan pegawai-pegawai Malaysia dan Thailand yang membuat persiapan bagi lawatan kedua-dua perdana menteri itu.

Encik Abhisit berkata lawatannya bersama Datuk Seri Najib ke wilayah itu amat bermakna dan merupakan satu isyarat bahawa kedua-dua negara mahu melihat keamanan wujud di situ. -- Bernama, Reuters.

Tuesday, December 8, 2009

Thailand harap Malaysia dapat bantu capai keamanan di wilayah selatan.




BANGKOK: Thailand berharap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, boleh membantu mencapai keamanan dan kemantapan di wilayah selatan negara itu.

Menteri Luar Thailand, Encik Kasit Piromya, berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Encik Abhisit Vejjajiva, yakin dengan peranan yang boleh dimainkan Datuk Seri Najib dalam membantu membangunkan sosio- ekonomi di Yala, Pattani dan Narathiwat yang dilanda keganasan sejak 2004.

'Sesetengah menteri kami mengenali (Datuk Seri) Najib dan pemimpin lain dalam kerajaannya selama 20 hingga 30 tahun.

'Kami membesar bersama dari segi politik. Kami tahu cara berfikir satu sama lain. Ini yang menggariskan keyakinan kami,' tegas beliau kelmarin.

Encik Kasit berkata demikian sehari sebelum lawatan rasmi Datuk Seri Najib selama tiga hari ke negara itu.

'Kami membesar bersama dan perlu bekerjasama. Malaysia dan Thailand ibarat kembar.

'Kami tidak boleh ada salah faham dan mencetuskan isu negatif,' tegas beliau dalam satu wawancara dengan akhbar Berita Harian Malaysia di sini.

Hari ini, Datuk Seri Najib dan Encik Abhisit akan membincangkan kerjasama Thai-Malaysia dalam pelbagai bidang, lapor laman web akhbar The Nation.

Mereka berdua akan melawat wilayah Narathiwat esok untuk menghadiri upacara menamakan semula jambatan yang merentasi Sungai Golok sebagai 'Jambatan Persahabatan'.

'Lawatan ini akan meningkatkan lagi hubungan antara kedua-dua negara dan memberi kami peluang mengenali satu sama lain dengan lebih rapat lagi,' kata Encik Kasit.

'Lawatan ke selatan Thailand akan memberi peluang kepada (Datuk Seri) Najib untuk melihat sendiri apa yang sedang berlaku.

'Saya berpendapat bahawa peranan Malaysia dalam membantu memulihkan keamanan, kemakmuran dan keharmonian amat penting,' tambah Encik Kasit.

Menurut beliau, Thailand mengakui Malaysia sebagai satu contoh yang baik untuk dijadikan teladan berhubung perpaduan kaum, pendidikan dan pembangunan usahawan. -- Agensi.

Polis syariah Aceh mula bertugas.


BANDA ACEH (Indonesia): Gambar ini yang diambil Jumaat lalu menunjukkan tiga pemuda Aceh ditahan polis syariah.

Mereka ditahan kerana disyaki berjudi.

Polis syariah kini berperanan melaksanakan undang-undang syariah yang baru di wilayah itu.

Di bawah undang-undang itu hukuman sehingga 400 sebatan boleh dikenakan ke atas pesalah yang melakukan kesalahan merogol, meminum arak, meliwat dan berjudi. -- AFP.

Saturday, December 5, 2009

Ariffahmi akan serah surat letak jawatan


KOTA BHARU: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Encik Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, akan menyerahkan notis letak jawatan tiga bulan pada 24 Disember ini.

Ini bermakna, peletakan jawatannya akan hanya berkuatkuasa pada 24 Mac tahun depan.

Menantu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, itu berkata sehingga tarikh tersebut beliau akan terus memberi fokus kepada 'urusan-urusan yang belum selesai'.

Dalam satu kenyataan di sini kelmarin, Encik Abdul Ariffahmi berkata mengikut terma pelantikannya, beliau mempunyai tempoh masa sehingga Mac tahun depan untuk meletakkan jawatan.

Encik Abdul Ariffahmi, 35 tahun, berkata beliau mengambil keputusan meletak jawatan sebagai menghormati Datuk Nik Aziz yang telah mengarahkannya meletak jawatan sebagai CEO PMBK pada 23 November lalu.

Encik Abdul Ariffahmi menarik perhatian negara ekoran satu serbuan di pejabatnya pada 11 November lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat dakwaan mengenai penyelewengan kewangan.

Kontroversi itu bertambah buruk selepas Encik Abdul Ariffahmi memecat pegawai perhubungan korporat perbadanan itu, Syed Azidi Ayed Abdul Aziz, atau dikenali sebagai Kickdefella di kalangan dunia blog pada 10 November lalu.

Sejak itu, Syed Azidi telah melancarkan kempen untuk menjatuhkan Encik Abdul Ariffahmi menerusi blognya, termasuk mendedahkan arahan Datuk Nik Aziz kepada menantunya untuk mengundurkan diri dan keengganan Encik Abdul Ariffahmi berbuat demikian.

Syed Azidi turut mendakwa bahawa Encik Abdul Ariffahmi telah merancang plot untuk menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan bahawa Encik Abdull Ariffahmi adalah seorang ahli Umno.

Encik Abdul Ariffahmi menafikan sekeras-kerasnya semua dakwaan tersebut.

Sementara itu, dalam ucapannya kepada para penyokong PAS yang mengadakan demonstrasi di Kota Bharu semalam, Datuk Nik Aziz menyifatkan penafian kerajaan pusat terhadap bayaran royalti minyak seperti dituntut kerajaan negeri sebagai 'melanggar keadilan asasi'.

'Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu,' kata Mursyidul Am PAS itu, dengan disambut sorakan para penyokongnya.

Selasa lalu, ratusan penyokong Umno mengadakan demonstrasi di Kota Bharu mendesak Datuk Nik Aziz memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung ugutan berdoa bala terhadapnya. -- Agensi

Friday, December 4, 2009

Dilemma umat Islam Eropah.


PELBAGAI reaksi para pemimpin, cendekia, pengamat dan media antarabangsa dapat dicerna selepas majoriti tipis rakyat Switzerland menyokong larangan pembinaan menara masjid. Walaupun kesan pungutan suara itu memihak kepada Parti Rakyat Swiss yang memerintah, terbukti ada kegenjotan pada cara Switzerland membina semangat kenegaraan untuk setiap rakyatnya, termasuk 400,000 Muslim daripada 7.5 juta penduduknya.

Sebagaimana dihujahkan oleh Dr Tariq Ramadan, warga Muslim Swiss yang keluarganya berasal dari Mesir, bahawa kemajmukan masih sukar diterima oleh Switzerland. Padahal watan yang memancarkan sikap berkecuali dan cinta damai itu sering menjadi hab pertemuan dunia terutama bagi pelbagai agensi di bawah riayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Oleh itu, terpapar keadaan cakap tidak serupa bikin di Switzerland. Namun, apakah pengalaman di Switzerland ini tersendiri dan bagaimana pula dengan negara Eropah yang lain?

Sejak peristiwa 9/11 di Amerika Syarikat dan serangan pengganas di Sepanyol dan Britain, memang dapat dikesan suasana bimbang dalam kalangan majoriti rakyat Eropah terhadap kebangkitan Islam. Hal ini, antara lain, menjelaskan sebab Turkey masih sukar diterima permohonannya untuk menjadi anggota Kesatuan Eropah (EU). Bilangan umat Islam terus meningkat di benua tua ini walaupun selepas Perang Bosnia. Islam kini merupakan agama kedua terbesar di benua itu. Dalam pada itu, gerakan perkauman semakin menonjol di Eropah yang seolah-olah ditujukan kepada umat Islam.

Daripada bersikap marah, wajar sekali umat Islam Eropah membuktikan bahawa mereka dapat memberi sumbangan dan sanggup berada dalam arus perdana. Dengan menampilkan kesederhanaan, sanggup berdialog dan menghulur salam damai serta membuktikan jaya diri dalam apa jua bidang, umat Islam boleh menjadi masyarakat contoh di Eropah. Pelbagai cabaran sewajarnya menjadikan mereka lebih tabah dan gagah untuk membentangkan prestasi mereka. Bahkan pencapaian ini kelak akan menjadi perangsang kepada seluruh jagat. -- Agensi

Thursday, December 3, 2009

Isu menara masjid papar sikap sebenar warga Eropah


Oleh Mohd Raman Daud

GARA-GARA soal menara masjid, timbul gegaran di watan syurgawi dunia, Switzerland.

Hasilnya 57.5 peratus pengundi menyokong larangan membina menara masjid tetapi 52.2 menolaknya. Hanya 53 peratus pengundi yang terlibat. Empat daripada 26 wilayah (disebut 'canton') mencatatkan 70 peratus undi penolakan pada hari referendum 30 November lalu.

Mengapa hal ini terjadi?

Padahal, baru terdapat empat masjid dengan menara di seluruh Switzerland, negara jantung Eropah. Bukankah negara di Banjaran Alps ini sering dikenali sebagai watan berkecuali, aman dan bebas?

Namun dengan kehadiran 400,000 Muslim dalam kalangan 7.5 juta rakyatnya, timbul semacam kebimbangan bahawa jati diri Swiss kian terhakis.

Parti Rakyat Swiss (SVP), yang konservatif dan memerintah Switzerland, dilaporkan gigih berkempen dengan poster yang memaparkan Muslim memakai burqa dan menara yang seolah-olah berceracak pada bendera Swiss.

Menurut warga Muslim Swiss, Dr Tariq Ramadan (cucu Hassan Al-Bana, pengasas Ikhwanul Muslimin di Mesir) dan kini profesor di Universiti Oxford, pungutan suara merupakan suatu gambaran diskriminasi yang pertama kali timbul di Switzerland sejak 1893. Ia mencerminkan rasa tidak toleran terhadap kemajmukan.

Dalam tulisannya dalam harian Britain, The Guardian, Dr Tariq berhujah bahawa Switzerland merupakan sebuah negara sekular yang mengamalkan kebebasan beragama.

Namun, sebagai parti konservatif, SVP telah cuba menggunakan alasan dasar kebangsaan Swiss untuk menegaskan peranannya. Ia pernah cuba menentang penyembelihan cara Islam tetapi tidak meneruskan kerana mendapati cara itu serupa dilakukan oleh kaum Yahudi Swiss.

Oleh itu, hujah Dr Tariq, SVP mencari pasal dengan isu menara masjid yang kononnya mencemar jati diri watan Swiss.

Tindakan rakyat Swiss mendapat bidasan pemimpin Islam di seluruh dunia, termasuk Pertubuhan Muktamar Islam (OIC), yang menghimpun 57 negara anggota majoriti Muslim.

Adakah Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah akan membatalkan undian Ahad lalu itu? Hal ini menjadi tanda tanya.

Namun, bagi Dr Tariq, suasana benci Muslim dan Islam kian ketara sejak peristiwa 9/11. Islamofobia (benci Islam) kini menjadi agenda sesetengah negara yang banyak penduduk Islam seperti Perancis. Mentelah beberapa negara Eropah seperti Britain dan Sepanyol telah menjadi sasaran serangan bom pengganas.

Hakikatnya, majoriti warga Swiss berhak bertindak demikian. Lebih ketara kebimbangan mereka, lebih baik lagi bagi umat Islam di negara itu untuk memikirkan strategi selanjutnya.

Menurut Dr Tariq, umat Islam di Eropah perlu berani dan tabah dalam mendampingi setiap lapisan masyarakat secara cergas. Kegagalan menampilkan Islam sebagai warna dalam jati diri Switzerland atau mana-mana negara Eropah merupakan tanggungjawab Muslim.

'Siapakah yang patut disalahkan? Saya sudah mengulangi selama bertahun-tahun bahawa Muslim perlu menampilkan diri, bertindak aktif dan proaktif dalam masyarakat Barat,' hujah Dr Tariq.

Sayangnya, sikap majoriti umat Islam yang ditukil oleh media Barat juga kurang mencerminkan semangat membina.

Misalnya, Maskuri Abdillah dari Nahdlatul Ulama, pertubuhan Muslim terbesar di Indonesia dengan 40 juta ahli, berpendapat 'undian itu sebagai kebencian rakyat Swiss terhadap umat Islam'.

Seorang alim besar Mesir, Ali Gomaa, juga membidas pungutan suara itu sebagai suatu penghinaan.

OIC berpendapat 'Eropah kian menunjukkan sikap antipendatang, benci orang asing yang dijalankan oleh ahli politik berfahaman kebangsaan yang melampau sehingga di luar batas kewarasan'.

Pemerintah Switzerland memang tertekan sehingga mengerahkan diplomatnya cuba menerangkan duduk perkara dengan negara-negara Muslim.

Silap hari bulan, Switzerland mungkin menghadapi pemulauan produk dan khidmatnya oleh negara majoriti Muslim seperti yang berlaku ke atas Denmark pada 2005. Mentelah dipercayai Switzerland juga menyimpan berbilion wang dari Timur Tengah atau pemimpin Islam.

Kerajaan Denmark menggunakan alasan kebebasan bersuara untuk tidak menghalang penerbitan kartun yang menghina Nabi Muhammad lima tahun lalu.

Bezanya dengan kerajaan Denmark, pemerintah Swiss mengkaji kesan kemarahan umat Islam terlebih dulu dan melancarkan tindakan diplomasi daripada peringkat negara sehingga syarikat.

Itulah sebabnya selepas pungutan suara itu, hanya selaran saja disampaikan oleh pemimpin Islam - tidak ada ancaman sekatan ekonomi atau memutuskan hubungan diplomatik buat masa kini.

Bahkan, firma Swiss juga bertindak dengan kurang menonjolkan kehadiran mereka di negara majoriti Muslim. Padahal, syarikat seperti ABB Ltd (firma kejuruteraan) dan syarikat makanan gergasi, Nestle SA, mempunyai kepentingan besar di banyak negara majoriti Muslim.

Nestle dipercayai mempunyai 50 kilang di Dunia Muslim. Ia juga pengeluar makanan halal terbesar di dunia.

Itulah sebabnya persatuan majikan Swiss, Economiesuisse, meminta pemerintah Swiss 'agar mengurangi kesan kemarahan Muslim' dengan mengadakan dialog terbuka.

Dalam sidang niaga di Zurich, Hans-Ulrich Meister, ketua Kumpulan Bank Credit Suisse di Switzerland, berkata kebanyakan pelanggan Muslimnya memang kaya raya dan sangat profesional. 'Mereka dapat membezakan antara kesan demokrasi yang melarang menara masjid dengan kebebasan beragama.'

Namun, Menteri Keadilan Swiss, Eveline Widmer-Schlumpf, mengakui dalam sidang akhbar baru-baru ini bahawa hubungan watannya dengan negara majoriti Muslim tidak akan semulus dulu.

Trend kehadiran Muslim di Eropah merupakan kesan daripada campuran faktor tolak dan terima. Faktor tolak ialah keadaan kurang selesa seperti kezaliman, pengangguran dan kemiskinan di negara asal Muslim seperti Afrika. Faktor terima pula ialah suasana penerimaan pendatang asing kerana sebab-sebab suaka politik, penderitaan dan peluang pekerjaan di Eropah.

Hakikat bahawa masih banyak negara Eropah masih berat menerima kemasukan Turkey dalam Kesatuan Eropah mencerminkan kebimbangan bahawa Islam kian berpengaruh di benua itu.

Islam kini agama kedua terbesar di Eropah. Tidak menjadi kehairanan bahawa ada bekas gereja dan sinagog (rumah ibadah Yahudi) yang dijadikan masjid.

Namun, bak saranan Dr Tariq, umat Islam perlu menampilkan diri dengan turut membina masyarakat Eropah. Sayangnya, masalah kemunduran masyarakat Muslim Eropah dengan pelbagai isu sosial dan diperburuk dengan ancaman pengganasan mengurangi sikap penerimaan majoriti bukan Muslim Eropah.

Terdapat laporan media bahawa Muslimah bertudung kian dapat diterima. Namun, yang memakai burqa disekat - hal ini dapat difahami kerana sukar mengenal pasti diri Muslimah sedemikian. Lagipun Muslimah memakai burqa memang segelintir.

Tanpa ada dasar ketara menyekat kebebasan beragama, bermakna Muslim di Eropah, termasuk Switzerland, masih boleh mengamalkan Islam. Pokoknya, mereka perlu tabah lagi bijaksana mengatur langkah.

Tetapi bagaimana dengan bentuk masjid yang tanpa menara?

Seorang alim setempat menceritakan pengalamannya mengembara ke Jawa.

'Di Kudus, Jawa, terdapat masjid yang dikaitkan dengan Sunan Kudus tetapi bentuknya macam pura Hindu. Ini disebabkan tempat ini daerah Hindu yang kuat pada zaman selepas Majapahit. Bahkan, sampai kini, tidak ada korban lembu (binatang yang dimuliakan dalam agama Hindu). Yang ada hanyalah korban kambing atau domba sampailah hari ini. Pun Islam tetap mekar di sana.'

Saya menatap gambar sebuah masjid di China yang dibina seribu tahun lalu - pagoda yang boleh disalah tafsir sebagai kuil. Pun ia tetap masjid yang sehingga kini makmur diisi oleh umat Muslim Hui.

'Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'. Peribahasa ini menjelaskan betapa perlu seseorang menyesuaikan diri di tempatnya agar dapat diterima masyarakat setempat.

Perjalanan umat Islam Swiss kini bak mendaki Matterhorn setinggi 4,478 meter, gunungnya yang paling terkenal. Namun ia bukanlah puncak tertingginya. Yang tertinggi ialah Monte Rosa, 4,643 meter.

Alim besar Indonesia, almarhum Hamka dalam novelnya, Merantau Ke Deli, menyatakan bahawa ketika dalam pendakian usahlah menangis kerana di sebaliknya menanti tempat yang mendatar. Maka kuatkanlah azam dan kaki agar tidak tergelincir.

Wednesday, December 2, 2009

Ekonomi Malaysia merosot sepanjang dekad lalu.


EKONOMI Malaysia bagi sepanjang sedekad lalu tumbuh mendatar dan ia terkebelakang berbanding negara-negara jiran lain, menurut seorang menteri kanan negara itu semalam, sambil menggesa reformasi segera dan lebih meluas.

Negara yang bergantung kepada eksport itu terjejas teruk dengan kemelesetan sejagat apabila ia diramalkan merosot 3 peratus tahun ini dan sekali gus menjejas impiannya untuk menjadi negara maju menjelang 2020.

'Malaysia terperangkap dalam struktur nilai tambahan rendah, gaji rendah dan daya penghasilan yang rendah,' ujar Menteri Kedua Kewangan negara itu, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, dalam satu sidang akhbar mengenai prospek ekonomi negara itu semalam.

Di kalangan rakan-rakannya - China, India, Vietnam, Indonesia, Filipina dan Thailand - pertumbuhan ekonomi Malaysia sepanjang tiga tahun lalu adalah kedua paling rendah sepanjang tiga tahun lalu, kata beliau.

'Ekonomi kita merosot sepanjang sedekad lalu. Kita telah hilang daya saing untuk kekal sebagai pemimpin dalam pelbagai sektor ekonomi. Pelaburan swasta kita telah merosot secara perlahan.

'Sementara Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) per kapita Singapura dan Korea Selatan tumbuh sepanjang tiga dekad lalu sebanyak sembilan hingga 12 kali ganda, kita cuma tumbuh empat kali ganda,' ujar beliau.

Dalam penilaian terbuka itu, Datuk Ahmad Husni berkata sektor perkhidmatan masih belum dibangunkan sepenuhnya, pelaburan swasta masih di bawah paras krisis Asia 1997-98, dan sektor perkilangan masih menghadapi masalah menarik pelaburan.

'Keperluan untuk reformasi adalah penting apabila kita mengambil kira sekitaran luar.

'Sekitaran luar sedang mengalami perubahan. Kita tidak boleh lagi bergantung kepada rakan dagang tradisional kita dan kita perlu menangani tekanan persaingan daripada pasaran-pasaran baru bagi eksport kita sekarang,' ujarnya.

Beliau menggesa agar langkah-langkah menyeluruh, termasuk penekanan dalam meritokrasi, dan memastikan semua rakyat Malaysia diberikan peluang 'yang adil bagi menyertai pembangunan ekonomi'.

Malaysia telah beberapa dekad mengamalkan sistem bumiputera, tetapi ia dikritik kerana menyebabkan rasuah dan menjejas daya saing negara itu.

'Kita harus menimbangkan secara perlahan pelonggaran terhadap perlindungan dalam beberapa sektor utama yang telah menimbulkan sekitaran mudah puas hati dan bekalan yang bukan tulen.

'Kejayaan jangka panjang ekonomi negara ini harus mengatasi kepentingan jangka pendek bagi kumpulan kecil yang dilindungi,' kata Datuk Ahmad Husni.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, - yang juga Menteri Kewangan yang mula bertugas April lalu - menjanjikan pelan bagi menangani rasuah yang semakin meluas di negara itu, lapor AFP.

Semalam, beliau juga berkata kerajaan negara itu yakin sasaran pertumbuhan ekonomi negara tersebut boleh mencapai 5 peratus tahun depan.

Beliau berkata kerajaan sudah mengenal pasti beberapa projek dalam perancangan yang akan disegerakan pelaksanaannya pada suku pertama 2010. -- Agensi

Krisis Kewangan Dubai mempengaruhi pasaran dunia?


TINDAKAN Bank Pusat Amiriah Arab Bersatu (UAE) untuk memberikan pinjaman kepada bank-bank Dubai telah menampan krisis hutang Dubai World daripada menjejas pasaran jagat. Syarikat milik kerajaan Dubai itu berhutang AS$59 bilion yang mengejutkan dunia. Jika Dubai World gagal mendapat kelonggaran tempoh dan bantuan kredit untuk menyusun operasinya, memang dikhuatiri kesannya akan menjejas suasana pemulihan ekonomi jagat pasca kemelesetan.

Memang terdapat keprihatinan akan cara Dubai membina prestasi dengan pesat sebagai pusat kewangan dan perdagangan serta pelancongan mewah dalam tempoh sedekad saja. Dubai adalah satu daripada tujuh kerajaan dalam UAE di Teluk Parsi. Walaupun pendapatan minyak dan gasnya kian kecil (6 peratus), Dubai menakat dengan mencipta semula kehadirannya sebagai pusat utama pertumbuhan ekonomi UAE, Dunia Arab dan jagat.

Pencapaian Dubai amat mengagumkan sehingga menjadi model beberapa negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Qatar dari segi pembentukan zon dagangan bebas, pusat kewangan, prasarana maju dan pengambilan bakat asing. Namun sejak dilanda kemelesetan dunia, Dubai kian kurang dikunjungi pelancong dan pelabur mewah. Akibatnya banyak projek pembangunannya terbengkalai. Kalangan pemimpin utama dunia yakin bahawa sistem kewangan dunia tidak akan tergugat oleh krisis Dubai. Pandangan optimis ini telah melegakan banyak pihak. Mentelah, kebanyakan institusi kewangan dunia pasti telah belajar daripada krisis ekonomi sekarang dan mengambil langkah-langkah memperkukuh kewangan dan rizab mereka.

Seluas lebih 4,000 km persegi dengan penduduk lebih dua juta jiwa yang kebanyakannya orang asing, Dubai pimpinan keluarga Al-Maktoum masih boleh diselamatkan. Pokoknya, seluruh negeri anggota UAE terutama Abu Dhabi yang kaya minyak sanggup membantu atau menjadi penjamin. Dalam pada itu, Dubai perlu menyusun 'keadaan rumah tangganya' dengan memastikan apa jua penyelewengan dan kesilapan dapat diatasi. Urusan kewangan cekap, telus dan bervisi merupakan prasyarat Dubai untuk meningkatkan prestasinya sebagai tarikan kosmopolitan di Dunia Arab. Diharap peristiwa pahit ini menjadi pengajarannya. Ia tidak mampu gagal sekali lagi. -- Agensi