Selamat Datang ke ...

Selamat Datang ke ...

Khabar dari Situ Sana Sini

Thursday, November 26, 2009

Kerajaan Arab Saudi bersiap sedia kawal keselamatan jemaah haji.


MINA: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi kelmarin berkata ia tidak menjangka berlaku sebarang serangan oleh 'penyusup' terutama dari Yaman, semasa musim haji sekarang.

'Saya menegaskan tidak akan berlaku serangan mengejut. Kami tidak akan membiarkan sebarang serangan dilancarkan.

'Kami sudah melakar rancangan pencegahan berdasarkan pengalaman mengendalikan jemaah haji sebelum ini,' tegas Mejar Jeneral Mansour Al-Turki, jurucakap kementerian Dalam Negeri, di ibu pejabat Keselamatan Awam di Mina, Selasa lalu.

'Timbalan Kedua Perdana Menteri, Putera Nayif bin Abd al-Aziz Al Saud, yang juga Menteri Dalam Negeri, sudah menggariskan dengan jelas persiapan keselamatan bagi ibadah haji, terutamanya bagi mencegah apa saja yang boleh membahayakan jemaah haji,' tegas Mejar Jeneral Al-Turki seperti ditukil laman web akhbar Arab News semalam.

Putera Nayif berkata pasukannya sudah bersiap sedia bagi mencegah sebarang keganasan dan memastikan setiap jemaah dalam keadaan selamat.

Pasukan khas Saudi telah menjalankan latihan di Makkah sebagai persiapan.

Kenderaan berperisai, ambulans, kereta bomba, kenderaan polis, helikopter dan pesawat digunakan dalam latihan bagi menangani keganasan atau sebarang bencana.

Pusat pemeriksaan dan kawalan keselamatan telah didirikan sepanjang jalan menuju ke kota suci Makkah dan Madinah.

Putera Nayif kelmarin memberitahu pemberita bahawa beliau bimbang mengenai situasi keselamatan, memandangkan konflik yang sedang berlaku di sepanjang sempadan dengan Yaman.

Beliau menegaskan pasukannya sedang berjaga-jaga terhadap kemungkinan sabotaj atau keganasan oleh pemberontak Yaman yang mungkin menyusup masuk ke negaranya.

Para pegawai keselamatan Saudi berkata tiada seorang pun akan dibenarkan masuk ke Makkah atau Madinah untuk menunaikan ibadah haji tanpa permit haji.

'Para pegawai di pusat pemeriksaan ke Makkah dan tempat suci lain akan sentiasa berwaspada terhadap jemaah tanpa izin sehingga Jumaat ini,' tegas Mejar Jeneral Al-Turki.

'Lebih 20,000 pegawai keselamatan sudah dikerah ke Jambatan Jamarat untuk mengawal orang ramai bagi memastikan keselamatan jemaah haji (semasa melontar jamrah) ,' tegas beliau. -- Agensi.

Melayu Sri Lanka - Sepupu yang hilang.


Oleh Mohd Raman Daud

BERSEMBANG dengan Dr B.A. Hussainmiya, Profesor Madya Sejarah di Universiti Brunei Darussalam seolah-olah menemui 'sepupu yang hilang' dari Sri Lanka.

Karya besarnya, Orang Rejimen: The Malays of The Ceylon Rifle Regiment, yang berdasarkan tesis doktoratnya merupakan sumber penting untuk memahami 60,000 keturunan Melayu yang kini menghuni bumi Sri Lanka.

Beliau berada Singapura baru-baru ini atas undangan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (NUS). Menurut ketua jabatan itu, Profesor Madya Dr Farid Alatas, pihaknya kini bercadang mengadakan seminar mengenai Diaspora Melayu seperti di Sri Lanka, Cape Town dan mungkin sejauh Surinam.

'Melayu Sri Lanka memang kecil bilangannya dan hampir saja dilupakan. Daripada 21 juta penduduk Sri Lanka, kaum Melayu pernah dikategorikan dalam masyarakat Muslim atau Sri Lankan Moors iaitu sekitar 7.2 peratus penduduk negara itu,' katanya di ruang studi Masjid Ba'alwie, petang Jumaat lalu.

Katanya, kehadiran Melayu Sri Lanka mula ketara akhir-akhir ini sehingga disebut dalam ucapan Presiden Mahinda Rajapakse tidak lama dulu.

'Ini menunjukkan sumbangan Melayu Sri Lanka cukup bererti sejak zaman Belanda sehingga zaman British,' tambah ilmiawan berusia 62 tahun yang mempunyai dua anak dewasa (lelaki dan perempuan) itu.

Terdapat pelbagai teori mengenai kehadiran orang Melayu di Sri Lanka.

Satu teori ialah usaha penaklukan yang gagal oleh seorang raja Melayu, Chandrabhanu, dari kerajaan Trambalinga (di pesisir barat Thailand) dalam awal abad ke-13 Masihi, ke atas Sri Lanka, termasuk kota pelabuhan Trincomalee.

Sri Lanka pernah dijajah Portugis mulai 1498 sehinggalah Belanda pula berkuasa (1658-1796). Belanda yang juga menjajah Indonesia (Hindia Timur) telah membawa banyak keluarga diraja yang memberontak dan ditawan untuk dibuang ke sana.

Bahkan Belanda telah membawa sesetengah tokoh diraja Melayu untuk dibuang ke Afrika Selatan dan sekali gus mewujudkan diaspora Melayu di sana.

Namun kajian Dr Hussainmiya lebih menjurus pada tindakan British yang membawa orang Melayu (rakyat biasa) untuk menjadi askar di Sri Lanka. Askar Melayu terkenal gagah berani sehingga dapat menakluk tempat-tempat yang sukar ditembusi British seperti Kandy.

Menurutnya, calon Orang Rejimen direkrut di Pulau Pinang dan kemudian di Singapura. Kebanyakan mereka datang 'membujang' ke Sri Lanka dan berkahwin dengan wanita tempatan yang beragama Islam.

Oleh itu, terdapat dua lapisan orang Melayu di Sri Lanka - yang berketurunan diraja yang awal dan golongan askar. Selain bidang pasukan keselamatan, orang Melayu juga terkenal sebagai pedagang.

Antara sumbangan penting orang Melayu Sri Lanka terpapar dalam bidang persuratan seperti penerbitan akhbar pertama di Dunia Melayu, Alamat Langkapuri (1869-1870), yang diasuh Baba Ounos (sebut 'Yunus') Saldin (1838-1906) - enam tahun lebih awal daripada Jawi Peranakan yang diterbitkan di Singapura.

'Namun orang Melayu Sri Lanka hari ini sudah jauh tertinggal. Jadi tujuan saya ialah menonjolkan kehadiran saudara kita dan cuba menolong mereka,' kata Dr Hussainmiya yang pernah menganjurkan Simposium Dunia Melayu pada 1985 yang dirasmikan oleh Presiden Jayawardene.

Beliau pernah mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum bertugas di Universiti Brunei Darussalam. Oleh itu, beliau akrab dengan para tokoh gerakan Dunia Melayu yang diasaskan di Malaysia seperti Tan Sri Profesor Emeritus Dr Ismail Hussein, Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional Malaysia (Gapena).

Pertemuan Dunia Melayu pertama diadakan di Melaka pada Disember 1982 dan dirasmikan oleh Dr Mahathir Mohamad yang baru setahun menjadi perdana menteri Malaysia. Ketika inilah Dr Hussainmiya memperkenalkan orang Melayu Sri Lanka.

Sejak itu, berlangsung beberapa pertemuan Dunia Melayu termasuk di Cape Town, Afrika Selatan, dan Malagasy.

Orang Melayu yang bertebaran jauh telah tampil untuk menceritakan pengalaman dan harapan mereka.

Sayangnya, Sekretariat Dunia Melayu yang pernah dibentuk di Shah Alam kini kelam begitu saja, terutama selepas ketiadaan naungan Menteri Besar Selangor, Muhammad bin Muhammad Taib.

Berbeza pula diaspora bangsa-bangsa lain seperti Jepun, Yahudi, India dan China, kegiatan mereka masih utuh dan bahkan berkembang.

Baru-baru ini Menteri Luar Singapura, Encik George Yeo, menyambut ketetapan bagi pertemuan Dunia Usahawan Cina untuk mengadakan sidangnya di Singapura tahun depan. Kekuatan rangkaian usahawan Cina yang dikaitkan dengan amalan guanxi (keterjalinan) merupakan sebab jalinan diaspora ini masih bertahan makmur sejak dilancarkan dalam awal 1990-an di Singapura.

Sebaliknya, rangkaian Dunia Melayu lebih bersifat pertemuan kerinduan budaya tanpa kekuatan usahawanan. Saya pernah menyarankan Tan Sri Ismail Hussein agar mewujudkan kad keanggotaan bersifat kad kredit dari sebuah bank Malaysia untuk menjadi antara cara mewujudkan dana khas Pertemuan Dunia Melayu bagi mengeluarkan biasiswa dan sebagainya. Namun saranan ini tidak kesampaian.

Jadi, bagaimana dengan nasib Melayu Sri Lanka?

'Kita cuba menyelamatkan jati diri Melayu dengan mengadakan kelas bahasa dan kebudayaan Melayu kecil-kecilan di Sri Lanka. Sambutannya agak memuaskan.

'Namun bahasa Melayu jarang digunakan kecuali di rumah, itu pun dalam kalangan generasi lama,' hujah Dr Hussainmiya yang sedang mengkaji peranan kaum Chulia dari India dalam penyebaran Islam termasuk ke rantau ini.'

Tambahnya, Melayu Sri Lanka masih lagi boleh bertutur bahasa Melayu pasar berbanding Melayu Cape Town. Namun yang jelas, tanpa sokongan dana dan kepakaran serta pemupukan semangat, penanda jati diri seperti bahasa dan budaya pun boleh terhakis pada generasi muda.

Wednesday, November 25, 2009

Sejarah - Tiada siapa yang tahu, tiada siapa yang mahu tahu.


Oleh M. Effendy A. Hamid

SAYA baru membaca berita bahawa Mahkamah Jenayah Perang di Kemboja pada hari Sabtu lalu telah memulakan hujah akhir dalam sidang pertamanya.

Akhir keadilan bakal membawa ketua penjara rejim Khmer Rouge (KR) kepada hukuman setimpal atas kesalahannya hampir 30 tahun yang lalu.

Kaing Guek Eav atau lebih dikenali sebagai Duch telah meminta maaf atas peranannya dalam kekejaman rejim komunis tegar yang mengorbankan sekitar dua juta jiwa. Tetapi peguam yang mewakili mangsa menyatakan bahawa Duch telah gagal mengakui sepenuhnya akan kesalahannya.

Duch telah berulang kali meminta maaf ke atas pembunuhan sekitar 15,000 orang termasuk lelaki, wanita dan anak-anak di penjara S-21, yang juga disebut Tuol Sleng. Dia menghadapi tuduhan jenayah kemanusiaan, jenayah perang, penyeksaan dan pembunuhan terancang.

Keputusan muktamad diharapkan awal tahun depan.

Khmer Rouge merupakan antara rejim terkejam di dunia. Ramai rakyat Kemboja menjadi korbannya. Sesiapa yang pernah melawat S-21, yang telah diubah suai menjadi sebuah muzium, akan terperanjat melihat kekejaman KR yang menguasai Kemboja antara 1975 dengan 1979.

Saya pernah melihat bagaimana bilik darjah digunakan sebagai penjara dan juga tempat penyeksaan orang yang disyaki sebagai 'musuh negara'.

Anehnya, KR menyimpan banyak dokumen yang mengandungi nota dan butir yang diperolehi daripada mangsa ketika mangsa diseksa. Gambar mangsa juga akan diambil sebelum dibunuh. Di dalam muzium S-21 juga, terdapat sebahagian tulang mangsa.

Mengapakah KR kejam?

Banyak faktor yang dibahaskan para ilmiawan. Ada yang menuduh Pol Pot, ketua Khmer Rouge, sebagai pesalah utama kerana mengatur apa jua demi citap-citanya untuk mengembalikan negaranya kepada sebuah tahap kegemilangan seperti tamadun Angkor - kuasa terbesar dalam sejarah silam Asia Tenggara.

Namun wajar juga difikirkan peranan Vietnam dalam menamatkan zaman KR.

Memang banyak pihak yang tidak setuju dengan tindakan Vietnam ini. Ada hujah yang mengatakan Vietnam ada motif lain seperti menguasai negara Kemboja - lebih daripada sekadar menamatkan KR.

Hal ini mengingatkan saya tentang makalah Merle Pribbenow, A Tale of Five Generals: Vietnam's Invasion of Cambodia, dalam The Journal of Military History, Vol. 70, No. 2 (April, 2006), halaman 459 hingga 486.

Matlamat utama makalah itu adalah untuk memahami motif serangan menurut pandangan ketenteraan Vietnam. Hal ini jarang dibincangkan kerana terdapat tanggapan luas bahawa Vietnam pada awalnya merancang untuk mengambil hanya bahagian Kemboja di sebelah timur Sungai Mekong sahaja.

Hanya selepas kegagalan tentera KR dan Pol Pot melarikan diri meninggalkan Phnom Penh, maka tentera Vietnam memutuskan untuk bergerak menguasai seluruh Kampuchea (kini disebut kembali dengan nama lamanya, Kemboja).

Tetapi peninjauan sumber-sumber baru Vietnam mendedahkan bahawa serangan Vietnam telah direncanakan dari awal dan lebih penting lagi dilaksanakan oleh beberapa jeneral Vietnam yang terbaik dan paling berpengalaman dalam pertempuran itu seperti Le Duc Anh, Le Trong Tan, Nguyen Huu An dan Kim Tuan, hujah Pribbenow. Mereka terlibat dalam perperangan dengan Perancis dan Amerika.

Pribbenow mengatakan bahawa panglima paling berpengalaman ialah Jeneral Le Trong Tan yang merancang serangan ke atas tentera Khmer Rouge.

Jeneral Le ialah veteran perang melawan Perancis. Beliau telah bertempur di medan Dien Bien Phu, perang yang menyaksikan kekalahan tentera Perancis dalam Perang Indochina.

Jeneral Le juga bertempur dengan tentera Amerika sehingga membawa kemenangan Vietnam Utara atas Vietnam Selatan.

Saya membaca cara Jeneral Le dan sekutunya merancang serangan. Semangat tentera KR dapat dipatahkan dengan senang sekali. Tentera Khmer Rouge terpaksa berundur setiap kali tentera Vietnam.

Tentera KR terperanjat dan hairan dengan ketangkasan tentera Vietnam yang lebih berpengalaman dan lengkap bersenjata daripada peninggalan tentera Amerika dan sokongan Soviet Union.

Pasukan Khmer Rouge terkepung dan tanpa sumber bekalan. Mereka telah melarikan diri ke perbukitan dan hutan di Kampot, Kompong Speu, Kompong Chhnang dan Pursat. Khmer Rouge tidak boleh menandingi kekuatan tentera Vietnam yang menggunakan kereta kebal, meriam berat dan memang pengalaman.

Selepas menghancurkan Khmer Rouge, Vietnam seperti naik tocang.

Tiba-tiba 600,000 askar China pula menyerang pada 17 Februari 1979 sehingga memasuki sempadan Utara Vietnam. China mahu 'mengajar' Vietnam yang dikatakan angkuh sehingga menyerang Kemboja. Namun serangan itu tidak membuat Vietnam segera keluar dari Kemboja.

Seorang kawan Vietnam memberitahu saya mengenai motif Vietnam di Kemboja:

'Kalau Vietnam tak menyerang dan menghentikan kezaliman itu, siapa lagi yang sanggup bertindak? Amerika? China? Perancis? Mereka peduli sangat?

'Vietnam menerima kutukan yang hebat selepas menyerang Kampuchea. Tetapi harus diingat kita berjaya menamatkan kezaliman Khmer Rouge dengan tumpah darah tentera Vietnam sendiri. Tiada negeri lain yang mahu buat apa-apa pada masa itu.'

Yang menjadi tanda tanya, mengapa Vietnam terlalu lama di Kemboja (1979-1989) sehingga mendesak Asean dan dunia mengutuk kehadirannya.

Saya dengar dengan khusyuk hujah kawan Vietnam saya dan bertutur dalam bahasa Vietnam dengan maksud:

'Tiada siapa yang tahu, tiada siapa yang mahu tahu. Tetapi kebenaran sejarah adalah kebenaran sejarah.'

Tuesday, November 24, 2009

Perubahan Iklim Dunia - Hidup manusia terjejas dek perbuatan sendiri.



IA ANTARA frasa yang sering terbit di televisyen atau akhbar kebelakangan ini. Bahkan, ketua negara sedunia akan mengadakan rundingan mengenainya di Copenhagen, Denmark bulan hadapan.

Namun apakah sebenarnya Perubahan Iklim (climate change) dan bagaimanakah ia akan menjejas kehidupan kita?

1) Aktiviti manusia selama 50 tahun yang lalu seperti pembakaran bahan api telah melepaskan karbon dioksida dan gas 'rumah hijau' ke udara. Kini, kandungan gas itu, terutamanya karbon dioksida, telah bertambah sekitar 30 peratus. Hasilnya, kehangatan cahaya matahari kini terperangkap di atmosfera Bumi dan menjejas kesihatan manusia dan mengubah cara penyakit berjangkit menular.

2) Satu contoh padah perubahan iklim ialah cuaca melampau seperti hujan lebat dan bencana alam seperti ribut taufan Katrina yang merobek New Orleans di Amerika Syarikat pada 2005. Lebih 600,000 kematian berlaku di seluruh dunia akibat bencana berkaitan cuaca pada 1990-an.

3) Perubahan suhu dalam jangka masa pendek menyebabkan penyakit seperti stres hangat (hyperthermia). Peningkatan suhu di Eropah Barat pada 2003 dikaitkan dengan lebih 70,000 kematian.

4) Kadar habuk di udara dijangka meningkat sejajar dengan peningkatan suhu dan ini membahayakan individu yang menghidap penyakit semput. Kematian berkaitan semput dijangka meningkat hampir 20 peratus dalam tempoh masa 10 tahun akan datang.

5) Risiko banjir akan meningkat apabila paras air di laut meninggi. Ia akan mengancam lebih separuh daripada penduduk Bumi yang tinggal hanya 60 kilometer daripada kawasan pantai seperti di Indonesia, Bangladesh, Mesir dan kepulauan Maldives. Akibatnya, berjuta-juta orang terpaksa berpindah dan risiko dijangkiti penyakit juga akan meningkat.

6) Trend hujan yang semakin berubah bermakna bekalan air tawar akan berkurangan. Buat masa ini, kehidupan sebanyak dua daripada lima warga Bumi terjejas kerana masalah ini. Penyakit seperti cirit-birit yang dikaitkan dengan kekurangan air dan kadar kebersihan membunuh 1.8 juta manusia setiap tahun.

7) Kekurangan air bermakna penduduk di pedalaman terpaksa menyimpan air di rumah dalam keadaan kotor atau kurang bersih. Ini akan menyebabkan penyakit menular.

8) Penyakit yang bergantung kepada iklim untuk merebak adalah antara pembunuh warga Bumi yang paling dahsyat. Perubahan iklim akan meningkatkan lagi jumlah tiga juta kematian akibat cirit-birit, malaria dan kekurangan zat di kalangan insan miskin, terutama sekali di Afrika.

9) Hasil pertanian akan meruncing dan ini akan menyebabkan kebuluran dan kekurangan zat di kalangan berjuta-juta insan di negara miskin. Satu contoh ialah di Guatemala di mana penduduknya kini semakin tersepit kerana kekurangan makanan.

10) Langkah yang diambil pemerintah negara untuk mengekang perubahan iklim akan memberi faedah kepada kesihatan penduduknya. Lebih ramai orang diharapkan akan berbasikal atau berjalan untuk mengurangkan 'tapak kaki karbon' masing-masing.

Sumber: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Monday, November 23, 2009

Malaysia terus dilanda inflasi.


PUTRAJAYA - Kadar inflasi Malaysia merosot Oktober lalu, buat lima bulan berturut-turut.

Harga Indeks Pengguna (CPI) merosot 1.6 peratus berbanding setahun sebelumnya, selepas merosot 2 peratus pada September, menurut kenyataan Jabatan Statistik Putrajaya semalam.

Perangkaan itu melebihi ramalan media yang meramalkan kemerosotan 1.5 peratus, berdasarkan tinjauan agensi berita Bloomberg.

Asia sedang menerajui pemulihan ekonomi dunia dan bank-bank pusat dari Australia hingga India telah mula mengetatkan dasar kewangan masing-masing menerusi kenaikan kadar faedah dan cara-cara lain.

Langkah melonggarkan inflasi telah membolehkan Bank Negara Malaysia mengekalkan kadar faedahnya tanpa berubah bagi lima bulan berturut-turut dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata minggu lalu bahawa negara itu masih tetap menumpukan perhatian terhadap menyokong permintaan dalam negeri.

'Risiko inflasi dan pertumbuhan kekal seimbang walaupun tidak terdapat rangsangan bagi Bank Negara untuk bertindak mengubah dasar kewangan dalam mesyuarat akan datang,' kata seorang pengamat ekonomi di DBS Bank, Encik Irvin Seah.

Bank Negara mengekalkan kos pinjaman pada kadar rekod terendah 2 peratus bagi menyokong pemulihan ekonomi.

Para penggubal dasar akan mengadakan mesyuarat selanjutnya pada 24 November. Kesemua 15 ekonomi yang ditinjau oleh agensi berita Bloomberg meramalkan bahawa kadar faedah akan kekal tidak berubah.

Bank Dunia minggu ini berkata tidak ada tanda-tanda peningkatan dalam inflasi atau peningkatan harga aset di Malaysia yang boleh menjadi faktor kebimbangan.

Bank Dunia menjangkakan deflasi sederhana di Malaysia tahun ini sedang harga komoditi merosot daripada rekod tertinggi pada 2008. -- Agensi

TGNA - Datuk Husam Musa diberi cuti rehat.


KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya II Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kelantan, Datuk Husam Musa (gambar), dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan.

Ini merupakan satu lagi episod yang menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu, demikian menurut sebuah akhbar tempatan semalam.

Bagaimanapun, hasrat itu tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata akhbar Mingguan Malaysia.

Sebaliknya, kata laporan itu, Datuk Nik Aziz telah memberikan cuti selama lima hari, bermula semalam, kepada Datuk Husam, yang juga exco kanan kerajaan negeri itu untuk berehat dan menenangkan fikirannya.

Tindakan Datuk Husam untuk melepaskan semua jawatan dalam PAS dan kerajaan negeri dikatakan berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang diterajui oleh Encik Abdul Ariffahmi Abdul Rahman.

Encik Abdul Ariffahmi, yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), adalah menantu Datuk Nik Aziz, kata Mingguan Malaysia.

Bagaimanapun, dalam satu sidang akhbar di sini semalam, Datuk Nik Aziz menafikan desas-desus seperti yang dilaporkan oleh media milik Umno-Barisan Nasional (BN) itu, kata laman berita Harakahdaily.net, yang juga media rasmi PAS.

Datuk Nik Aziz dipetik Harakahdaily.net sebagai berkata Datuk Husam juga tidak pernah menghantar surat meletak jawatan seperti didakwa dan beliau diberi cuti rehat kerana perlu menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguh sejak dua bulan lalu.

Menurut Mursyidul Am PAS itu, Datuk Husam ada bertemu beliau di pejabatnya minggu lalu untuk memberitahu bahawa doktor menasihatkan beliau masuk hospital dan berehat selama lima hari kerana masaalah tulang belakang.

'Itulah sebenarnya tak lebih tak kurang. Masalah nak undur langsung tak timbul, baik dalam kepala dia, baik dalam kepala saya.

'Saya baru terbaca sebuah surat khabar hari ini (semalam), saya rasa amat terkejut di atas laporan sebuah akhbar hari ini (semalam), muka depan, tajuk dia Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal,'ujarnya.

Datuk Nik Aziz berkata, tiada sebab Datuk Husam mahu melepaskan semua jawatannya termasuk sebagai anggota exco kerajaan negeri yang menjaga portfolio perancangan ekonomi dan kewangan.

'Kalau benar sekalipun Husam memohon untuk melepaskan jawatannya, saya tetap tidak akan mengizinkannya, kerana kebijaksanaan dia telah berjaya menyelesaikan pelbagai masaalah rakyat sama ada di peringkat negeri mahupun politik Malaysia,' kata Datuk Nik Aziz.

'Husam ni saya nak sebut, Allah Taala buat dia bukan sahaja untuk Kelantan, tetapi untuk Malaysia, budaknya cerdik, pengalamannya banyak, dan pemikirannya jauh ke depan,' tambahnya. -- Agensi





Sunday, November 22, 2009

Azwan Ali - Selamat Tinggal Dunia Pondan.


PERSONALITI televisyen, Azwan Ali, yang pernah dicap sebagai 'Pengacara Mulut Laser Nombor 1' di Malaysia akan menerbitkan sebuah buku peribadi yang bakal mencetuskan kontroversi. Diberi tajuk Selamat Tinggal Dunia Pondan, buku ini mengisahkan perjalanan seni Azwan selama beliau menjadi seorang artis.

Menurut laporan media seberang, Azwan didatangi seorang penerbit untuk membukukan kisah beliau sebelum beliau berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah pada Ramadan lalu.

Azwan sengaja memilih tajuk buku yang boleh menimbulkan kontroversi hangat demi menarik perhatian pembaca dan melariskan penjualan buku itu kelak.

'Biarlah pembaca sendiri yang menilai hasil tulisan saya. Yang pasti isi kandungannya sesuatu yang dinanti-nantikan. Saya sendiri dapat rasa yang kehidupan saya semakin indah sejak saya berubah. Keindahan itu hanya saya dan orang yang rapat dengan saya dapat rasakan,' kata Azwan sambil menjelaskan isu pondan yang dikaitkan tidak semestinya mengisahkan tentang gaya kehidupannya.

Selamat Tinggal Dunia Pondan dijangka dilancarkan pada bulan Ramadan tahun depan sempena ulang tahun pertama 'penghijrahan' beliau ke 'dunia baru'. -- Agensi

Saturday, November 21, 2009

Thierry Henry 'Hand Ball'?


LONDON: Tindakan Thierry Henry menggunakan tangan untuk mengawal bola yang membantu Perancis melayakkan diri ke final Piala Dunia menimbulkan semula gesaan supaya pengadil diberikan bantuan tambahan untuk membuat keputusan yang betul.

Bantuan tersebut sama ada dengan teknologi video atau pun pengadil tambahan.

Sejauh ini, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) telah menolak tekanan untuk membenarkan para pegawai menyaksikan rakaman video insiden-insiden yang genting seperti yang berlaku dalam sukan-sukan ragbi, tenis dan kriket.

Para penentang langkah-langkah serupa ini memberikan hujah bahawa bukti-bukti yang diperolehi menerusi rakaman video sering tidak konklusif dan menjejas kelancaran perjalanan permainan.

Tetapi pada musim ini telah disaksikan pengenalan eksperimen dengan dua pengadil tambahan bagi perlawanan-perlawanan Liga Eropah.

Mereka bertugas berhampiran dengan garisan gol, dengan pegawai-pegawai berkenaan bertindak sebagai 'kamera manusia' bagi membantu pengadil mengesan kekasaran yang dilakukan, gelagat sengaja merebahkan diri atau kesalahan-kesalahan lain dalam kawasan penalti.

Sejauh ini, eksperimen tersebut telah mendapat maklum balas berbeza daripada para pemain dan pegawai.

Tetapi Alex McLeish, bekas pengurus Scotland dan kini memimpin Birmingham City dalam Liga Perdana England, percaya sistem tersebut akan memastikan bola yang terkena tangan Henry dapat 'dikesan' oleh pegawai yang bertugas.

'Pegawai tambahan tentunya akan melihat insiden tersebut kerana pembantu pengadil berada di seberang padang dan tidak dapat melihatnya dan pengadil pula terlindung,' ujar McLeish.

Pengurus Sunderland, Steve Bruce, berkata Henry menggunakan tangannya untuk mengawal bola sebelum mengumpan kepada William Gallas bagi menjaringkan gol pada masa tambahan dan ia merupakan insiden paling kontroversial dalam sejarah bola sepak.

'Sudah tiba masanya teknologi digunakan dalam permainan ini,' kata Bruce. 'Saya simpati kepada pengadil, malah televisyen tidak menunjukkannya sehingga selepas ulang tayang.

'Tetapi tentu sekali daripada reaksi para pemain Ireland, sesuatu yang tidak kena berlaku.

'TV memerlukan 15 saat untuk menunjukkan insiden memegang bola dengan sengaja itu - beliau tidak memegang bola sekali, malah dua kali.

'Ia mungkin kesilapan manusia tetapi kita boleh mengubahnya dengan teknologi yang ada. Inilah harus dilakukan.'

Pandangan ini mendapat sokongan Gordon Taylor, ketua eksekutif Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional England.

Katanya: 'Bagi sukan berprofil tinggi ini, dengan jumlah wang yang besar dibelanjakan dan maruah menjadi taruhan, teknologi video mesti digunakan.

'Anda tidak boleh meletakkan terlalu ramai pembantu pengadil di belakang gawang seperti yang ada mahukan tetapi sehingga teknologi belum digunakan, akan terus berlaku keputusan-keputusan yang dipertikaikan.' - AFP

20 jemaah haji positif Influenza A (H1N1)


JEDDAH: Sebanyak 20 kes Influenza A (H1N1) dilaporkan di kalangan jemaah haji sejak umat Islam dari seluruh pelosok dunia tiba di tanah suci, menurut laporan akhbar harian berbahasa Inggeris Arab Saudi, Daily Arab News, semalam.

Akhbar itu memetik Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Abdullah AlRabeeah, sebagai berkata 12 daripada pesakit telah dirawati manakala yang lain dalam pemerhatian.

'Kami berharap mereka akan sembuh dalam masa dua hari,' katanya.

Dr Al-Rabeeah berkata tiada kes jangkitan penyakit lain dilaporkan di kalangan jemaah haji dan tindakan kementerian melakukan persediaan awal pada musim haji kali ini mendatangkan hasil.

'Tumpuan kami pada tahun ini ialah terhadap selesema babi dan Jabatan Bagi Pencegahan Perubatan serta agensi haji melantik 80 konsultan bagi pusat-pusat penjagaan rapi pada musim ini,' katanya.

Menurut beliau, para konsultan itu termasuk pakar dari pusat-pusat jangkitan penyakit Arab Saudi, negara-negara Arab lain dan Amerika Syarikat.

Selain itu, 10,000 petugas kesihatan, termasuk 100 doktor, yang turut merangkumi 60 pakar penyakit berjangkit asing, dan 147 jururawat asing, disediakan di unit-unit penjagaan rapi (ICU) dan pusat-pusat kecemasan.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi, menurutnya, menyediakan 14 hospital di Makkah, dengan 2,782 katil, termasuk 244 katil ICU dan 287 katil di wad kecemasan.

Terdapat juga 35 pusat kesihatan tetap di Makkah, sembilan pusat kesihatan bermusim di sepanjang Lebuh Raya Makkah-Madinah dan empat pusat di Masjidil Haram di Makkah serta 28 pusat kesihatan di Mina, 46 di Arafat dan enam di Muzdalifah.

Sementara itu di Beijing, China berjanji akan mengenakan hukuman ke atas pegawai yang didapati menyembunyikan maklumat kematian akibat flu H1N1 selepas seorang pakar perubatan berkata keskes yang disyaki di sana mungkin telah disembunyikan pihak pemerintah tempatannya.

Kementerian Kesihatan China berkata negara itu telah menggunakan satu kaedah baru mengira kes H1N1 awal bulan ini. -- Bernama, Reuters.

Friday, November 20, 2009

Ibadah haji yang sebenar adalah untuk meraih keredaan Allah.


Oleh M. Zuhal A. Lathif

IBADAH haji merupakan perhimpunan besar manusia dari segala bangsa.

Ia bukanlah sekadar upacara atau ritual, malah terkandung di dalamnya ialah syarat tempoh dan tempat tertentu bagi melaksanakan kewajipan dan menegakkan lambang syiar Islam yang unggul.

Terlebih dahulu, seseorang dewasa wajib mempunyai niat suci untuk pergi haji dan memenuhi syarat iaitu mampu dari segi kesihatan, harta untuk dirinya dan orang yang menjadi tanggungjawabnya dan keselamatan perjalanan.

Keberangkatan seseorang untuk menunaikan haji yang dihantar oleh ramai kaum kerabat, keluarga dan kawan dengan pelukan dan tangisan sebenarnya mencerminkan keberangkatan seseorang ke alam kubur.

Mentelah seorang lelaki disunatkan memakai kain ihram yang putih sebagai lambang kematian - kain kapan atau kesucian, dan persamaan semua jemaah tanpa mengira darjat. Hal ini bertepatan dengan peringatan Allah bahawa semua makhluk-Nya sama tetapi yang termulia ialah yang paling bertakwa (Surah Al Hujurat: 13).

Pakaian ihram yang tidak berjahit melambangkan hati seorang Muslim tidak terikat dan tercantum dengan kemaksiatan dan keduniawian.

Berwuquf di Arafah bermakna mengenali dirinya sendiri sebagai hamba Allah yang mempunyai tugas sebagai khalifah-Nya di bumi, untuk sentiasa berbuat kebaikan dan menyebarkan kebaikan.

Bermohonlah sebanyak mungkin akan kebebasan kita daripada api neraka kerana 'tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya daripada neraka melebihi hari arafah....' (Al-Hadis). Maka arafah sebagai pengakuan diri hamba yang penuh dengan dosa dan harapan untuk diampunkan oleh-Nya agar dibebaskan daripada neraka.

Ketika bermalam di Muzdalifah, kita berbumbungkan langit dan berhiaskan lampu bintang-gemintang dengan bertikarkan tanah, ia menunjukkan kekerdilan manusia di hadapan Allah yang Maha Agung.

Ketika melontar jamrah, ia bukan hanya melontar batu pada ketiga-tiga kawah jamaraat, malah ia melontarkan segala sifat kejahatan, sifat syaitan yang ada di tiga alam dimensi manusia, alam jasad, alam jiwa dan alam fikiran kita.

Sunat berkorban kambing, lembu atau unta sebagai lambang ketabahan manusia untuk melepaskan apa jua yang disayangi untuk keperluan manusia.

Bertawaf (mengelilingi) Kaa'bah bak amalan para malaikat di alam mereka iaitu mengelilingi Baitulmakmur. Keadaannya juga serupa dengan peredaran alam semesta. Bumi dalam peredaran cakerawala The Milky Way dan semua planet menurut gugusannya - semuanya bertawaf mengelilingi Lowong Hitam (Black Hole).

Bertawaf sambil berlari anak dan bersai (berlari anak tujuh kali seperti perbuatan Siti Hajar antara Bukit Safa dengan Marwah) juga bermakna manusia akan sentiasa berkeliling dan mengejar rahmat dan keampunan Allah:

'Berlarilah kamu mengejar (ampunan) Allah...' (Surah Adz Dzariaat: 50)

Beridtibak, membuka bahu kanan dan berlari anak ketika tawaf dan sai, bermakna Islam mengajarkan kepada pemeluknya agar menjadi Muslim yang lasak, tahan ujian dan cubaan, tidak lemah dan lembap.

Bertahallul, bergunting atau bercukur, ibarat memutus ikatan manusia dengan kejahatan yang pernah mereka lakukan, membuang dan meninggalkannya.

Menukil pendakwah terkenal Indonesia, Dr Ary Ginanjar: 'Ketika menunaikan haji, sucikan hatimu ketika berihram, kenali dirimu dan Tuhanmu ketika berwukuf, buang belenggu dan kejahatan ketika melontar, tauhidkan hatimu ketika bertawaf dan keluarkan potensimu ketika bersai.'

Destinasi perjalanan haji yang sebenar adalah untuk meraih keredaan Allah iaitu haji mabrur. Rasulullah saw bersabda: 'Haji yang mabrur itu tiada balasan yang sesuai kecuali syurga.'

Mabrur merupakan pencapaian tinggi seorang jemaah haji - lebih daripada gelaran 'Tuan Haji' dan 'Puan Hajah'.

Thursday, November 19, 2009

Dr Asri tidak mengaku salah.


KUALA LUMPUR: Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, tidak mengaku salah di Mahkamah Syariah Gombak Timur di sini semalam terhadap pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah.

Dr Mohd Asri, 38 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay, Ampang Daerah Gombak, antara 8.10 malam dengan 9.45 malam, pada 1 November lalu.

Bagi kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membenarkan Dr Mohd Asri dilepaskan dengan bon jaminan RM3,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 5 Januari depan untuk perbicaraan.

Pendakwaan dilakukan Ketua Pendakwa Syarie Abdul Shukor Abdul Hamid, yang memohon kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi antara lain atas alasan kes itu mendapat liputan media massa dan juga tertuduh mempunyai pengaruh besar ke atas masyarakat luar.

Hakim Wan Mahyuddin bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwaan secara lisan atas alasan permohonan itu hanya dibenarkan jika pihak pendakwaan mengemukakan alasan yang munasabah dan lebih tepat kerana mahkamah berpandangan kes itu perlu dibicarakan dengan segera.

Ketika ditemui di pekarangan mahkamah semalam, Dr Mohd Asri berkata beliau akan terus mengajar agama meskipun sedang menghadapi dakwaan mengajar agama tanpa tauliah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

'Kalau saya tak boleh mengajar secara terbuka banyak lagi kaedah lain yang boleh digunakan seperti Internet dan sebagainya. Saya akan teruskan menyampaikan mesej agama Islam.

'Mungkin bagi sesetengah orang, apabila dihalang mengajar agama bukan sesuatu yang besar pada diri mereka dan mereka boleh berdiam diri. Tapi bagi diri saya, ini adalah sesuatu yang besar. Mengajar agama adalah kerja saya dan saya dihalang meneruskan kerja saya,' katanya yang ditukil laman web mStar Online.

Jelasnya lagi, beliau akan terus menyampaikan dakwah Islam kerana perkara itu akan memberi rahmat kepada semua orang.

Dr Mohd Asri menganggap kes yang sedang dihadapinya agak unik kerana 'orang agama sendiri menghalang penceramah agama untuk menyampaikan dakwah'.

'Mungkin kalau orang maki hamun perkara ini dibenarkan tapi bila bercakap baik-baik pasal agama kena ada tauliah,' kata Dr Mohd Asri. -- Agensi.

Wednesday, November 18, 2009

Bala oh Bala !!! Dulu hilang Kini kembali?


KUALA LUMPUR: Penyiasat sulit yang menghilangkan diri, Encik P. Balasubramaniam (gambar), kini berkata beliau membatalkan akuan berkanun (SD) pertamanya yang mengaitkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, dengan pembunuhan seorang wanita Mongolia, selepas keluarganya diancam pada hari yang sama beliau mengeluarkan kenyataan itu Julai tahun lalu, lapor laman berita Malaysia.

Encik Bala turut mendedahkan dalam wawancaranya dengan laman berita dan blog, Malaysia-Today.net, beliau terpaksa meninggalkan Malaysia untuk ke Singapura pada hari yang sama beliau mengeluarkan SD keduanya, sebelum berangkat ke Bangkok, Thailand, demikian menurut The Malaysian Insider, semalam.

Menurutnya, beliau telah menandatangani SD kedua itu tanpa terdahulu membacanya.

Bekas anggota polis itu juga mendakwa beliau telah diberikan sejumlah wang bersamaan dengan RM20,000 dalam mata wang dolar Hongkong bagi perbelanjaan kerana dia dan keluarganya ketika itu diarah ke bandar China itu. Namun, mereka menukar destinasi ke Chennai, India, lapor The Malaysian Insider.

Dalam wawancara bahagian keduanya dengan penulis blog buruan polis, Raja Petra Kamarudin, atau RPK, dalam Malaysia-Today.net semalam, Encik Bala berkata keseluruhan proses membatalkan SD pertamanya diselaras oleh seorang peniaga bernama 'Deepak', yang didakwa RPK sebagai sekutu rapat Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Datuk Seri Najib.

Bahagian pertama wawancara itu dibuat minggu lalu, berserta klip video 88 saat.

Pengakuan Encik Bala itu dibuat kerana beliau salah seorang saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Khidmatnya pernah digunakan oleh Abdul Razak Baginda, bekas pakar strategi politik Malaysia yang dibebas daripada tuduhan merancang pembunuhan wanita Mongolia itu.

'Saya bimbangkan keselamatan keluarga saya. Deepak beritahu saya dia mahu saya tarik balik akuan berkanun pertama saya dan kemudian tinggalkan negara dengan keluarga,' kata Bala.

'Saya terkejut atas apa yang berlaku. Saya menjangkakan saya akan ditangkap dan disoal siasat selepas mengeluarkan akuan berkanun pertama tetapi saya tidak menjangkakan keluarga saya akan diancam, jadi saya tidak bersedia untuk semua itu,' tambahnya.

Bala turut menceritakan bagaimana beliau memberitahu isterinya perkara itu dan mengarahkan isterinya memohon pasport untuk anak-anaknya dan membaharui pasportnya sendiri, sebelum meninggalkan Malaysia, kata The Malaysian Insider.

Mengulas SD keduanya, Encik Bala berkata ia dibuat pada 7.45 pagi, 3 Julai tahun lalu, selepas diberikan salinan drafnya oleh seorang yang berkunjung ke hotelnya bersama Deepak.

Beliau diminta menandatangani SD baru itu di hadapan lelaki Melayu yang dikatakan seorang pesuruhjaya dan saksi penandatangan SD itu. Apabila selesai, Deepak keluar dengan menaiki kereta lain.

Malaysia-Today.net dijangka menyiarkan lebih banyak kandungan wawancaranya itu dalam beberapa minggu ini.

Setakat ini, belum ada reaksi oleh pihak Datuk Seri Najib dan keluarganya terhadap dakwaan Encik Bala itu tetapi beberapa blog pro-Umno mendakwa ia kempen memburukkan nama pemimpin itu dan usaha cuba menjatuhkannya. -- Agensi

Kuasa Rakyat tentukan kelangsungan Kuasa Politik.


Oleh Hishamuddin Rais

Terlalu ramai antara kita yang tidak memahami dengan jelas perjalanan sejarah. Ramai aktivis politik, pemerhati politik dan juga mereka yang mencampuri parti politik tidak memahami bagaimana sejarah bergerak.

Kesilapan wujud kerana penekanan pembelajaran sejarah amat dikaitkan dan disangkutkan dengan beberapa tokoh dan individu. Ketika kita belajar sejarah atau tawarikh – anak-anak sekolah selalu dipaksa untuk mengenal nama, apa yang berlaku dan tahun berapa kejadiannya.

Pembelajaran dan pemahaman sejarah cara ini tidak penuh. Sejarah menobatkan si anu dan si anu sebagai manifestasi dalam babak-babak sejarah agar ia dapat difahami. Hakikatnya, perjalanan sejarah tamadun manusia lebih luas daripada hanya mengenali nama orang, nama tempat dan tarikh berlaku.

Pendekatan sejarah jenis ini dilakukan untuk permulaan pengenalan kita dengan babak sejarah. Contohnya, memang lebih senang untuk kita memahami Revolusi Bolshevik 1917 atau Revolusi Tiongkok 1949 dengan melihat peranan yang dimiankan oleh Marx, Lenin, Trotsky, Mao, Chao En Lai atau Sun Yat Sen.

Tetapi harus disedari bahawa susuk-susuk ini sebenarnya hanyalah manifestasi daripada babak sejarah itu. Melalui susuk-susuk ini, kita akan dapat memahami perjalanan babak sejarah tersebut. Kita memahami sejarah melalui peranan yang dimainkan oleh susuk ini. Tetapi sejarah perjalanan tamadun manusia lebih luas daripada peranan sejarah susuk-susuk ini.

Individu memang diakui memainkan peranan dalam sejarah tetapi ia hanya sebahagian daripada lakaran sejarah pergerakan tamadun manusia.

Sejarah perubahan sosial manusia bukan dibuat oleh individu tetapi oleh orang ramai. Orang ramai - rakyat jelatalah - yang sebenarnya mengubah perjalanan sejarah. Kemerdekaan republik Indonesia tidak akan wujud jika orang Indonesia tidak menyahut panggilan Bung Karno. Tiongkok akan terus dijajah jika suara Mao tidak dipedulikan oleh berjuta-juta orang China.

Di Malaysia, terlalu ramai politikus yang menyangka bahawa susuk mereka cukup penting untuk membawa perubahan sosial. Ia anggapan yang amat salah. Susuk memang penting tetapi jika rakyat tidak mengambil pot, susuk ini akan terpeleok.

Cuba perhatian bagaimana Mat Ezam (Mohd Nor) dilihat bagitu gedebe ketika zaman Reformasi. Beribu-ribu orang datang mendengar ucapan Mat Ezam. Mat Ezam dilihat gah hingga dia berasa bahawa tanpa dirinya maka reformasi boleh kecut dan kempis. Congak ini salah.

Mat Ezam hanya menyuarakan pandangan dan keinganan orang ramai yang ingin berubah dan melakuan rombakan sosial. Mat Ezam hanyalah manifestasi daripada harapan ini.

Buktinya: sebaik sahaja Mat Ezam meninggalkan PKR, Mat Ezam sendiri menjadi kempis dan kecut. Kalau dulu berduyun-duyun rakyat datang berkumpul mendengar Mat Ezam. Sekarang mereka berduyun-duyun meninggaklkan Mat Ezam.

Kesian, apabila dilaporkan bahawa ada kalanya ceramah Mat Ezam tidak cukup jemaah - untuk bersembahyang Jumaat; kalau dahulu, sepuluh masjid tidak mencukupi. Ini adalah hakikat sejarah - kerana sejarah dibuat oleh orang ramai, bukan oleh individu.

Lapan tiga dua kosong kosong lapan (832008) menjadi contoh bagaimana rakyat di negara kita ini bertindak untuk membuat perubahan. Mereka berhasrat untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation yang semakin haprak. Rakyat merasakan masanya telah tiba untuk mereka melakukan perubahan.

Jika ada politikus, YB atau pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang menganggap bahawa susuk - merekalah yang membawa satu anjakan politik ini - maka mereka samalah seperti Mat Ezam.

Mereka tersalah baca dan tersalah congak. Mereka juga akan dibungkus dalam kotak-kotaknya.

Jika Zulkifli Noordin (ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu) atau Hassan Ali (exco kerajaan Selangor) menganggap tanpa diri mereka maka Pakatan Rakyat tidak boleh berjaya, maka mereka juga akan dihanyutkan oleh rakyat.

Jika Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang) menganggap susuk dirinya begitu penting, maka dia juga tersalah baca. Dalam gerakan sosial, tidak ada satu susuk yang penting.

Ombak rakyat yang mahukan perubahan tidak akan mengambil kira berapa tebal lilitan serban sang politikus. Tidak kira berapa banyak ijazah yang telah dibeli, tidak kira berapa ramai raja yang telah memberi gelaran Tun Tan Tin.

Apabila ombak rakyat sudah sampai – semua akan lingkup.

Dalam arus perubahan yang kita lihat pada tanggal 832008 dahulu adalah contoh orang ramai telah membuktikan bahawa mereka ingin berubah. Apabila rakyat ingin melakukan perubahan, tidak ada satu pun kuasa dalam dunia ini dapat menahan ombak itu.

Betul, rakyat boleh didodoi-dodoikan. Betul, rakyat boleh ditipu dengan pelbagai helah. Betul, rakyat boleh diberi gula-gula dan nasi bungkus. Tetapi akan sampai ke satu tahap di mana semua pembohongan ini akan terbuka. Semua lebong akan dilihat sebagai lebong.

Dalam perjalanan tamadun manusia tidak ada yang lebih jitu daripada kebenaran, tidak ada yang lebih kompak daripada yang hak. Kebenaran dan hak ini mungkin untuk sementara waktu boleh dikaburkan – boleh dipesong alih – tetapi akhirnya kebenaran pasti akan muncul.

Sejarah tamadun manusia adalah sejarah perjuangan - ini wajib diingati untuk dijadikan pedoman dan garis jika ingin bersama dalam arus perubahan sosial. Sesiapa yang memekikan laungan "lawan" dan "berjuang", maka di situlah rakyat akan berkumpul dan berpayung.

Perhatikan dan ingatkan kembali bagaimana pada minggu pertama dan minggu kedua ketika Anwar Ibrahim dibuang daripada kerajaan dahulu. Anwar masih membodek Mahathir dengan kata-kata seperti "dia mentor saya", "saya anggap Mahathir sebagai bapa..." dan lain-lain. Ucapan-ucapan bodek ini tidak menjemput sesiapa pun untuk turun menyokong.

Ketika itu Anwar Ibrahim tidak memekikkan perlawanan, maka tidak ada sesiapa pun yang akan ambil pot atau bersimpati terhadap apa yang dilakukan oleh Mahathir Mohamad.

Tetapi apabila slogan "lawan tetap lawan" muncul, maka ratusan, ribuan anak muda mula turun ke jalan-jalan raya. Pekikan bangun melawan adalah hukum sejarah tamadun manusia.

Perlawaan adalah hukum dialetika yang saintifik – hukum yang menjadi asas penggerak perubahan apa sahaja dalam dunia ini.

Melaungkan perlawanan terbukti lagi dalam kes Musa Hitam. Ketika Musa dibuang, dia menikus – tidak melawan. Maka hingga ke hari ini Musa akan terus menjadi Tun tikus. Begitu juga nasib Anwar. Jika ketika dibuang dahulu dia tidak melaungkan perlawanan, dia juga akan menjadi Dato Seri tikus-tikus.

Tetapi waspada, jika Musa dan Anwar menikus, ini tidak bererti rakyat tidak memiliki niat untuk bangun melawan. Melawan adalah fitrah semua umat manusia. Jika ada si polan menjadi tun tikus, maka akan muncul susuk baru mengacung tangan membawa gelombang perlawanan.

Individu dan susuk-susuk ini hanya berperanan untuk mengolah fitrah hakiki keinginan rakyat untuk bangun melawan. Tidak lebih daripada itu.

Susuk yang nama mereka disabitkan dengan sejarah revolusi sosial adalah pengolah yang cekap dan pembawa garis politik yang tepat. Susuk ini dapat membetongkan keinginan rakyat yang ingin berjuang untuk mendobrak kezaliman yang sedia wujud.

Sejarah perlawanan akan berterusan tidak putus-putus. Jalan yang diteroka bukan siratul mustakim tetapi bengkang-bengok dengan ranjau di sepanjang jalan.

Kita akan bertemu dengan banyak lagi watak Mat Kotak, Mat Ezam, Mat Badrul Hisham, Mat Zul Nordin, Mat Hasan Ali dan pelbagai jenis mat malaon yang akan cuba memberatkan tangan kita ketika rakyat ingin menampar United Malays National Organisation hingga ke liang lahad.

Tetapi yakinlah, tidak ada satupun kuasa yang akan dapat menundukkan ombak rakyat. Hanya rakyat yang melakar sejarah.

Tuesday, November 17, 2009

Amerika & China tidak akan bermusuh?


SHANGHAI: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, semalam membuat pengisytiharan bahawa Amerika dan China tidak perlu bermusuhan.

Sambil menyifatkan China sebagai sebuah negara 'hebat', Encik Obama berkata hubungan baik di antara Beijing dengan Washington akan dapat menjadikan dunia lebih makmur dan aman.

Berucap di forum yang disertai para pelajar terbaik universiti serata Shanghai, Encik Obama berkata: 'Tanggapan bahawa kita harus bermusuhan bukan satu perkara yang tidak boleh ubah.'

China merupakan negara ketiga dalam lawatan Encik Obama ke Asia, selepas Jepun dan Singapura.

Dalam ucapannya, Encik Obama turut menarik perhatian bahawa kebebasan bersuara bukan prinsip yang hanya dipegang oleh Amerika tetapi hak universal yang harus diamalkan semua.

'Kami tidak berniat memaksa sebarang sistem pemerintahan ke atas negara lain. Tetapi kami juga tidak percaya bahawa prinsip yang kami pegang ini unik bagi negara kami saja.

'Kebebasan bersuara, mengamalkan agama, mendapatkan maklumat serta penyertaan politik - kami percaya ini semua hak universal. Ia seharusnya dapat diamalkan oleh semua orang, termasuk golongan minoriti etnik dan agama, sama ada di Amerika Syarikat, China atau di mana-mana negara,' kata beliau.

Sebelum ini, Amerika telah menyuarakan keprihatinan mengenai rekod hak asasi kemanusiaan di China.

Encik Obama berkata tidak banyak cabaran sejagat yang dapat dihuraikan, kecuali Amerika dan China bekerjasama.

Sedang negara-negara dunia bersiap sedia untuk menghadiri persidangan berkaitan perubahan iklim di Copenhagen bulan depan, Encik Obama berkata para pemimpin dunia semua akan menumpukan perhatian kepada apa yang akan Amerika dan China lakukan untuk menangani isu itu.

Amerika dan China kini berbeza pendapat mengenai matlamat khusus bagi kadar pengurangan gas rumah hijau.

Dalam isu nuklear, China menyokong sekatan lebih ketat bagi mengekang program nuklear Korea Utara tetapi tidak setuju dengan pendekatan lebih agresif ke atas program nuklear Iran.

Antara agenda utama Encik Obama semasa lawatannya ke China ialah membincangkan mengenai perdagangan dan ekonomi sejagat.

Encik Obama berkata perdagangan dua hala merupakan penggerak pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara.

Namun, hubungan dagangan yang lebih seimbang mampu memberikan lebih kemakmuran. -- Agensi.

Monday, November 16, 2009

Apa ada dengan sejarah?


Oleh Dr Azhar Ibrahim Alwee

SERING kita dengar bahawa sejarah itu penting diketahui, diamati dan dipelajari. Pendapat ini memang munasabah tetapi masih dalam tingkat seruan.

Sejarah bukan setakat rakaman apa jua peristiwa yang sudah berlaku. Sejarah adalah medan tafsiran idea dan peristiwa yang dipilih sebagai korpus atau data. Jadi, sejarah mencerminkan pemikiran dan nilai para sejarawan yang terlibat.

Tiada versi sejarah yang boleh dianggap 'neutral' (tidak memihak mana-mana). Sebenarnya kisah sejarah mencerminkan persaingan idea yang diketengahkan oleh sesebuah aliran atau kelompok. Ini mengajak kita memikirkan jenis sejarah apa yang mahu kita bangunkan dalam budaya intelektual kita.

Kita pilih sejarah yang produktif dan progresif. Sebaliknya, sejarah yang mandul dan gersang kita tolak kerana menghambat penyuburan pemikiran, visi moral dan kepedulian kebudayaan yang kritis dan kreatif.

Sejarah yang produktif mendorong kejayaan individu dan masyarakat. Sejarah yang mandul berakibat daripada fahaman bahawa sejarah itu sebagai deretan peristiwa yang disusun menurut tarikh semata. Kemudian ia dilanjutkan dengan penentuan mana aspek yang dianggap 'sejarah' dan yang tidak.

Peristiwa penting dalam sejarah bererti tarikh dan kejadian utama bagi kelompok yang menulis sejarah tadi, termasuk pihak berkuasa. Akibatnya, kisah atau sejarah golongan rakyat biasa atau umum tidak diambil kira. Demikianlah bentuk sejarah yang telah mendominasi budaya sejarah kita. Sayangnya, hal ini jarang dipersoal.

Terdapat beberapa corak pensejarahan (penulisan sejarah):

Pemandulan: Ia terjadi apabila ada sejarawan dijangkiti sindrom sikap yang berobjektif, berkecuali dan tidak mahu menyelebelahi 'sesiapa' atas dasar mahu adil dan seimbang kepada 'semua'. Maka tanpa disedari, sikap neutral tadi tidak mempersoal kedudukan pihak yang berkuasa. Pemandulan sejarah juga berlaku kerana mengharapkan visi dan faham sejarah yang bersifat akademis sehingga tidak dapat dibezakan apa yang relevan dalam sejarah untuk kesedaran kemanusiaan.

Pendustaan: Ini terjadi akibat sengaja memutarbelitkan fakta dan tafsir sejarah secara terang-terangan atau halus. Golongan berkepentingan akan memaksakan versi sejarah mereka sebagai satu versi yang rasmi dan benar. Pemaksaan ini digerakkan oleh kepentingan ideologi tertentu. Pendustaan sejarah ini merangkul kejayaaan apabila tiada usaha untuk menyanggahnya. Akhirnya sejarah dusta itu dianggap sah dan munasabah.

Penyap: Sejarah boleh dipenyapkan. Cara ini lebih licik daripada pendustaan sejarah yang dapat dikesan dengan mudah. Hal ini terjadi guna meminggirkan satu kelompok agar kehadiran dan peranannya tidak lagi diberi perhatian. Menulis sejarah bagi negara majmuk memang mencabar. Sering, sejarah pribumi yang sudah terpinggir seperti kaum Aborigin di Australia dianggap sebagai bernilai sejarahnya dan sekadar disebut selayang pandang.

Pembutaan: Ini berlaku kerana muslihat kelompok berkepentingan untuk mencapai matlamat tertentu. Dalam hal ini, sejarah tidak diberikan penekanan atau dikesampingkan. Pembutaan juga terjadi apabila sejarah dalam pendidikan umum dan tinggi diajar untuk pelajar menghafal peristiwa sejarah - bukan untuk mencedok teladan moral, mengenal pasti bentuk cita sempurna dan cita bencana dalam sejarah.

Memang penting orang Melayu memetakan jenis sejarah yang telah menguasai sejarah kebudayaan dan pemikiran kita.

Pertama ialah sejarah feudal yang terakam dalam catatan istana seperti peristiwa besar yang menjadi kepedulian golongan bangsawan dengan segala macam konflik dan perebutan kuasa, selain perbalahan dengan kerajaan lain.

Kedua ialah sejarah zaman penjajahan Barat yang menobatkan kehadirannya sebagai zaman pencerahan (Age of Enlightening) dan 'pembebasan' daripada kejahilan dan kezaliman penguasa pribumi.

Ketiga ialah sejarah semangat kebangsaan (nasionalisme) dalam pengertian kelompok etnik/suku sebagai golongan pribumi bangun tersedar untuk merdeka daripada cengkaman penjajah. Sejarah nasionalistik awal ini banyak memaparkan ciri-ciri pemikiran yang kadangkala bersifat perkauman - misalnya, kebencian terhadap golongan pendatang yang dianggap meraih untung daripada sistem penjajahan.

Keempat ialah sejarah nasional negara-bangsa yang baru bergerak untuk mentafsir sejarah dengan semangat baru selepas kemerdekaan. Namun sejarah nasional ini juga diwarnai unsur sejarah yang menjerat sama ada dengan pukauan romantisme terhadap feudalisme yang lalu, atau pun minda yang tertawan oleh pemikiran penjajahan.

Tujuan utama sejarah ialah membebaskan kita daripada belenggu terpegun dek kehebatan zaman lalu sehingga mengaburkan kita akan keadaan semasa. Sejarah silam sudah berlalu dan sukar berulang kerana konteks dan keperluan sudah jauh berbeza.

Oleh itu, kita perlu ambil peduli mengenai peri penting membangunkan kesedaran sejarah secara kritis dan bervisi. Tujuannya demi membawa pemerdekaan manusia dan masyarakat. Kita harus waspada bahawa keilmiahan sejarah bukanlah penentu mutlak sama ada sejarah yang diwacanakan itu relevan atau tidak.

Ini kerana pakar sejarah lebih cenderung menyatakan versi sejarahnya saja yang betul tanpa dapat merangsang visi dan dimensi moral dalam pemahaman sejarah itu sendiri. Sejarah telah dan boleh digunakan oleh golongan tertentu untuk menjana semangat rakyat untuk merdeka daripada penjajah sehingga membina tamadun besar. Oleh itu, kita perlu teliti menilai sejarah - arif memanfaatkan yang terbaik dan menolak apa jua yang merugikan jiwa kita.

Nota: Penulis ialah pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura dan sedang melakukan kajian pascadoktoral di Fakulti Teologi, Universiti Copenhagen, Denmark.

Ke mana akhirnya krisis Palestin?




Oleh Ahmad Khalis Abdul Ghani

PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu baru saja bertemu Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Rumah Putih dalam rangka menghidupkan semula proses damai Timur Tengah.

Para pengamat berpendapat bahawa PM Israel wajar menjelaskan mengapa pemerintahnya enggan menghentikan projek perumahan walaupun sudah didesak oleh Amerika Syarikat. Apa pun yang dibincangkan, tampak kemungkinan projek perumahan Israel dihentikan agak tipis.

Penempatan semula (resettlement) bukanlah perkara baru. Sejak negara Israel ditubuhkan pada 1948, usaha ini sudah giat dilakukan. Apabila projek perumahan ini berlaku dalam wilayah Israel, ia tidak mendatangkan masalah besar. Sebaliknya pula jika dilakukan di kawasan Palestin, termasuk tanah rampasan atau yang didakwa dibeli oleh kaum Yahudi daripada tetuan tanah Palestin.

Penempatan merupakan antara langkah strategik Israel demi mewujudkan sebuah watan Yahudi yang besar.

Pertama, ia memperteguh kedudukan Israel di kawasan terlibat. Kedua, ia meluaskan kawasan sempadan antara masyarakat Yahudi dengan Palestin dan dengan itu mempertingkat keselamatan kawasan Yahudi. Ketiga, ia meluaskan kawasan yang dikuasai Israel secara hakiki, walaupun mungkin kawasan tersebut sepatutnya ditadbir oleh pihak lain. Keempat, ia menambah tekanan pada pihak lawan. Kelima, ia memperkasa kedudukan Israel ketika berunding dengan pihak lain. Pendeknya, ia mengukuhkan lagi kedudukan Israel berbanding pihak lain, sama ada Palestin atau dunia antarabangsa.

Warga Palestin dan Dunia Arab memang menyedari hal ini. Sebab itu, penempatan Israel pernah dibalas oleh sesetengah kumpulan Palestin dengan serangan roket. Ini kerana projek perumahan seperti ini membawa kesan hampir sama dengan penaklukan Israel menerusi peperangan.

Serangan roket ke atas kediaman Israel acapkali dianggap oleh Israel sebagai tindakan perang, dan ia dibalas pula dengan operasi ketenteraan ke atas wilayah Palestin. Sudah tentu, apabila tentera Israel menyerang penempatan Palestin, pihak Palestin tidak punya pilihan - berperang dengan meriam, senapang atau batu kerikil. Ada kalanya keadaan perang ini berlangsung beberapa hari sehingga berbulan-bulan.

Setelah itu perang mula reda, mungkin kerana tekanan antarabangsa atau kerana desakan tempatan. Pada waktu reda begini, pihak Palestin menyambung usaha memperelok negaranya yang semakin musnah, dan bersiap bagi kemungkinan perang lagi demi mendapatkan semula wilayah yang dianggap dirampas oleh Israel secara zalim. Pihak Israel pula mengalihkan perhatian pada pembangunan ekonomi dan memperkasa keupayaan ketenteraannya untuk menghadapi ancaman Palestin atau musuh lain.

Kemudian, sampai pada waktunya, sama ada Israel akan memulakan semula projek perumahannya, ataupun pihak Palestin melancarkan serangan roket atau operasi gerila. Tindakan begini mempelawa tindak balas, maka mulalah pusingan peperangan sekali lagi. Dan putaran projek-roket-perang-reda-projek (putaran PRPR ) ini berulang, dari bulan ke bulan, dari tahun ke tahun.

Terakhir putaran PRPR ini terjadi pada hujung tahun sudah. Kali ini perangnya lebih dahsyat dan keadaan redanya juga agak panjang. Namun, baru-baru ini Israel menyambung semula penempatannya tanpa serik.

Pada mata kasar, putaran PRPR ini tidak menguntungkan sesiapa. Tetapi jika dilihat kesan jangka panjang, kedudukan Israel semakin mantap berbanding Palestin. Wilayah yang ditadbir dan ditakluk olehnya bertambah luas jika dibandingkan dengan 1948, atau 1967, atau 1973. Dan setiap kali putaran PRPR berlaku, wilayah di bawah penguasaannya bertambah.

Antara sebabnya ialah keupayaan Israel yang jauh lebih kuat daripada Palestin termasuk semua negara yang menyokongnya. Israel amat bijak melaksanakan dan menangani putaran PRPR. Projek perumahannya sukar dianggap oleh sesiapa pun sebagai tindakan perang. Ketika perang, Israel hanya bertindak melemahkan Palestin sampai tidak menghancurkan walaupun mampu berbuat demikian.

Jika Israel menewaskan watan Palestin secara mutlak, pasti masyarakat antarabangsa amat marah dan mengutuknya. Kesannya boleh mengheret peperangan menyeluruh kerana tindakannya menggoyah imbangan politik serta keselamatan rantau Timur Tengah. Oleh itu, Israel memilih bertindak secara berdikit-dikit.

Israel pula merupakan negara yang dijamin naungannya oleh Amerika. Sebelum Encik Netanyahu ke Amerika, Setiausaha Negara Amerika Hillary Clinton telah memuji dasar penempatan Israel. Hal ini mencetuskan kemarahan Palestin kerana dengan tiba-tiba pentadbiran Obama seperti berubah taktik dalam menjayakan huraian Dua Watan.

Dengan sokongan Amerika, keupayaan Israel meningkat. Sebaliknya, Palestin semakin lemah, apatah lagi perpecahan Fatah dan Hamas, masalah silap tadbir dan rasuah.

Pada masa ini keadaan serta masa depan warga Palestin bak ditentukan oleh rejim Tel Aviv. Apa pun gugatan yang mampu dilakukan oleh pihak Palestin dalam keadaan mereka kini dapat ditangani oleh Israel dengan berkesan, malah dengan cara yang semakin melemahkan negara Palestin.

Walaupun keadaan ini mungkin tidak ideal bagi Israel, ia nampaknya lebih baik daripada zaman perang 1948 atau 1967. Oleh itu, Israel nampaknya berkepentingan membiarkan keadaan begini berterusan.

Sementara itu, apakah yang sedang berlaku di kalangan warga Palestin? Ramai pemimpin politik golongan Hamas enggan mengiktiraf Encik Mahmud Abbas atau Encik Abu Mazen sebagai Presiden. Encik Abu Mazen sendiri merajuk dan mahu berundur daripada pucuk pimpinan negara.

Fatah masih diselubungi masalah rasuah dan pentadbiran yang lemah. Palestin masih terbahagi dua - dengan Tebing Barat di tangan Fatah dan Gaza di tangan Hamas. Jalan penyelesaian di kalangan warga Palestin sendiri kelihatan begitu berduri dan berapi.

Belum nampak ada anjakan sosiopolitik dalaman Palestin, meskipun penyemakan strategi berhadapan dengan Israel. Dalam suasana yang amat mencabar, warga Palestin mencari-cari huraian kemelut kepimpinannya sendiri. Pujukan Liga Arab masih belum dapat mendamaikan puak-puak Palestin.

Perasaan benci dan balas dendam sentiasa membara pada diri generasi muda Palestin kerana hidup terseksa dalam penjara 'watan' yang terkepung. Diberi kesempatan, rakyat Palestin akan berjuang, sanggup menggadai nyawa, dan jika perlu, memakai tali pinggang bom.

Tindak-tanduk pemimpin dan warga Palestin belum menampakkan kesediaan merubah sikap dan strategi mereka. Padahal, sejarah menunjukkan bahawa sikap dan strategi mereka selama ini gagal mendatangkan keamanan tulen.

Sekalipun pentadbiran Obama ingin lebih aktif di rantau itu, amat sukar untuk merubah sikap warga Israel terhadap Palestin dan sebaliknya.

Jadi, ke mana akhirnya krisis Palestin?

Israel tampak hanya menunggu serangan roket atau letupan pengebom nekad. PRPR akan berputar semula.

Penulis pernah bertemu seorang pekedai di kota lama Baitulmakdis, beberapa depa dari Masjid Aqsa dan Haram Al-Sharif. Beliau keturunan Palestin. Ketika ditanya bagaimana beliau boleh berniaga dalam keadaan yang sentiasa tegang, jawabnya selamba:

'Apabila gaduh, saya tutup kedai. Apabila aman, saya buka semula.'

Tidak tergambar berapa kali lagi beliau harus berbuat begitu.

Nota: Penulis seorang pengarah undang-undang dan kini bertugas di Timur Tengah. Beliau juga anggota lembaga Pusat Pengajian Islam Kontemporari, Singapura.

Sunday, November 15, 2009

Chelsea memang wajar menang.


Oleh Steve McMahon

KEMENANGAN Chelsea ke atas Manchester United menghangatkan lagi persaingan memenangi mahkota Liga Perdana.

Menurut pihak media di England, keadaannya kini kelihatan sukar bagi United. Chelsea pula kelihatan kuat musim ini dan kini mendahului Liga Perdana dengan kelebihan lima mata.

Meskipun ada benarnya kenyataan itu, United masih dalam kedudukan yang baik dan mereka masih belum menentang Chelsea di Old Trafford dan perjalanan masih jauh lagi. United mempunyai pengalaman yang amat luas dan mereka akan terus mengenakan tekanan ke atas Chelsea.

Tetapi saya fikir gelaran tersebut kini milik Chelsea, kecuali jika mereka tiba-tiba hilang arah.

Di Asia, pihak media pula berkata semasa berlangsung Piala Negara-Negara Afrika pada Januari nanti adalah tempoh Chelsea akan tergelincir. Mungkin, tetapi apabila anda melihat pada jadual perlawanan, Chelsea menghadapi perlawanan yang agak selesa dalam tempoh tersebut.

Saya tidak fikir mereka akan terjejas - skuad mereka, seperti yang saya selalu percaya, adalah antara yang terkuat dalam liga.

Dan untuk satu lagi hujung minggu, pengadil telah menjadi bahan tajuk berita sekali lagi. Tiap kali anda membaca akhbar, beritanya mengenai pengadil. Dan terdapat lebih banyak isu yang kontroversial selepas perlawanan Liverpool menentang Birmingham.

Tetapi saya fikir itu adalah perkara biasa. Tiada isu kontroversial di Stamford Bridge. Saya tidak fikir terdapat offside atau kekasaran semasa Chelsea mengatur serangan hingga menghasilkan gol mereka. Didier Drogba jelas sekali tidak offside. Terdapat tolak-menolak antara beliau dengan Wes Brown, dan itu sahaja. Ini berlaku setiap masa.

Pada akhirnya, saya fikir Chelsea memang wajar menang. Mereka kelihatan lebih kuat dan lebih mengancam.

Saya benar-benar menjangka United akan membelanjakan wang pada Januari ini. Mereka juga memerlukan seorang lagi penyerang. Saya juga rasa mereka kehilangan seorang dua pemain midfield. Kehilangan Cristiano Ronaldo telah mencetuskan lebih banyak masalah daripada yang disangkakan sebelum ini. Dalam permainan hari ini, pemain bertaraf dunia seperti Ronaldo akan membuat perbezaannya. Antonio Valencia adalah seorang pemain yang bagus, tetapi apakah beliau bertaraf dunia?

United memerlukan pemain yang bermutu - seseorang yang boleh mencipta dan seseorang yang boleh menjaringkan gol kemenangan. Tetapi para pemain seperti itu memang sukar diperolehi dalam tempoh pemindahan pemain pada Januari. Semua kelab mahukan pemain seperti itu.

Sebaliknya bagi Chelsea, penggantungan hukuman yang mengharamkan mereka daripada mendapatkan pemain baru tidak mengejutkan saya. Kita semua tahu apa yang akan berlaku. Kenapa semua orang terkejut? Pada akhirnya, pemain berhak untuk menentukan kelab mana yang mereka inginkan.

Pada Januari ini, Chelsea akan membuat pembelian juga. Meskipun saya fikir Chelsea kuat dalam semua aspek, mereka akan mencari pemain yang boleh membantu menggantikan kekosongan akibat pemain yang akan bermain dalam Piala Negara-Negara Afrika.

Seseorang yang sesuai dengan sistem jurulatih Carlo Ancelotti.

Nota: Steve McMahon, bekas pemain midfield Liverpool dan England, ialah penganalisis tetap bola sepak di Football Focus dan Football Forecast ESPN.

Friday, November 13, 2009

Qardhawi Centre untuk kefahaman islam

SEJAK peristiwa serangan pengganas 11 September 2001, Muslim sedunia menghadapi tentangan yang begitu berat.

Islam dipaparkan oleh media Barat sebagai agama yang mengajarkan kekerasan.

Untuk mematahkan gambaran ini, sebuah pusat keislaman yang berupaya memperkenalkan ajaran Islam yang toleran dan penuh kedamaian kepada Dunia Barat telah dibangunkan di Doha, ibu kota Qatar.

Pusat keislaman itu, Qardhawi Center, sempena alim terkemuka di dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Bagi umat Islam, nama Syekh Qardhawi menjadi sebutan. Beliau presiden Persatuan Ulama Islam Antarabangsa.

Qardhawi Center secara rasmi mulai beroperasi 6 September lalu.

'Alasan utama pendirian Qardhawi Center ini kerana kita telah terganggu oleh bahaya ekstremisme dan pencemaran nama baik Islam,' ujar Encik Muhammad Ahmad, pengarah Pusat Qardhawi bagi Pembaharuan dan Penyederhanaan.

Menurutnya, stigma buruk terhadap Islam tidak hanya terjadi di Dunia Barat, malah di seluruh penjuru dunia.

Qardhawi Center dirasmikan oleh Syeikha Mozah Nasser, isteri penguasa Qatar.

Beliau mendirikan lembaga keislaman itu untuk memperkenalkan kepada Dunia Barat tentang wajah Islam yang sebenarnya.

Pada 2011 mendatang, pusat keislaman itu akan mengadakan sidang antarabangsa tentang amalan kesederhanaan, yang akan dihadiri para tokoh lintas agama.

'Suasana di Qatar sangat membina untuk meniti jurang antara Dunia Muslim dengan Barat,' jelas Ahmad.

'Qatar sangat terbuka bagi negara lain di seluruh dunia. Selain akan mengenalkan wajah Islam yang sebenarnya kepada Dunia Barat, Qardhawi Center juga bakal memperjuangkan hak-hak kaum wanita,' tambahnya.

Pusat keislaman itu juga akan berjuang meluruskan salah faham tentang status perempuan di dalam Islam.

Dunia Barat kerap menyebut Islam merendahkan dan mendiskriminasikan perempuan.

Padahal Islam adalah agama yang menghormati dan memuliakan kaum wanita.

'Kami harus memberdayakan peranan wanita Muslim untuk memberi mereka hak politik dan demokrasi yang sepenuhnya,' kata Encik Ahmad.

Qardhawi Center juga memiliki misi menebarkan ajaran Islam yang sebenar kepada seluruh dunia.

'Kebangkitan Islam dan pembaharuan pemikiran adalah semacam reaksi terhadap dunia moden,' kata Ahmad.

Menurutnya, umat Islam harus memikirkan kembali dan mengubah bentuk sebahagian ajaran Islam agar sesuai dengan perkembangan dunia moden.

Syeikh Qardhawi merupakan salah satu ulama paling berpengaruh di dunia. Beliau terkenal kerana memiliki pandangan-pandangan yang sesuai dengan tuntutan semasa.

Pendapat dan fatwanya dihormati umat Muslim di seluruh dunia. Beliau diamanahkan sebagai ketua Dewan Eropah untuk Fatwa dan Penelitian dan pengamanah Pusat Pengajian Islam di Universiti Oxford.

Sederet judul buku yang telah ditulis Syekh Qardhawi menjadi pegangan para ulama, pemikir, dan umat Islam di hampir seluruh dunia.

Beliau memang antikekerasan. Syeikh Qardhawi mengutuk keras setiap aksi terorisme yang terjadi di pelbagai belahan dunia, termasuk peristiwa 9/11 dan pengeboman di Madrid, London dan Bali.

Syeikh Qardhawi juga mengecam serangan di negara-negara Arab, termasuk pengeboman pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Algiers.

Mantan Datuk Bandar London, Ken Livingstone, menggambarkan susuk Syeikh Qardhawi sebagai seorang 'pemimpin progresif Muslim'. -- Islamonline, Arab News

Wednesday, November 11, 2009

Apa Sebenarnya Berlaku Disebalik Kejadian Keganasan Penonton Di Stadium Bukit Jalil.


AMPANG - Tahniah diucapkan kepada Pasukan Negeri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia edisi yang ke 84 pada 7hb November 2009. Saya sebagai pemerhati bolasepak ingin memberi komen terhadap kejadian yang berlaku di Stadium Bukit Jalil pada hari tersebut.

Saya berada disekitar stadium seawal pukul 11 pagi kerana ingin melihat sendiri kemeriahan suasana sebelum pertandingan. Apa yang dilihat, pihak FAM, Pengurusan Stadium dan Polis yang dari awal mengetahui tiket sudah terjual 85,000 keping tidak mengambil kira kedatangan penonton yang datang dari jauh.

Penonton yang kebanyakannya datang dengan keluarga, ada yang membawa anak kecil. Selain daripada khemah untuk gerai yang menjual jersi dan cenderamata, tiada khemah atau tempat yang tertutup lain di luar stadium disediakan untuk penonton berteduh. Semua sudah maklum yang tiap-tiap petang hujan lebat akan berlaku di Lembah Kelang.

Suasana yang tenang pada mulanya telah bertukar menjadi sedikit tegang apabila petir dan kilat sabung menyabung tepat jam 3.30 petang. Penonton yang tiada tempat yang hendak dituju terpaksa berasak-asak kearah pintu masuk stadium dengan harapan pintu dibuka segera. Tiada tujuan lain selain untuk berteduh daripada hujan lebat. Pihak polis dan pengurusan stadium macam buat tak nampak saja apa yang berlaku diluar sana.

Padahal anak-anak kecil terpaksa berasak-asak ditengah-tengah lautan manusia. Hujan turun selebat-lebatnya pada jam 4.00 petang. Semua berada didalam risiko disambar petir atau pun lemas dipijak. Semua pihak yang tengok dari dalam stadium hanya memandang sinis hanya kerana mereka tersebut adalah penonton Kelantan yang sememangnya di anak tiri dalam segala hal.

Pada pukul 4.30 petang suasana tidak berubah, hujan makin lebat, penonton tiada pilihan selain menggoncang dan merempuh pagar. Pagar yang dirempuh akhirnya terbuka dan seramai kira-kira 5000 penonton bolos. Pada ketika itu, hanya ada 3 orang polis yang bertugas. Tidak seperti yang digembar-gembur kan dalam berita TV dan Radio sehari sebelum nya yang kira-kira 1500 polis akan bertugas. Disitulah “turning point” kesilapan terbesar yang berlaku, penonton yang masuk tanpa diperiksa oleh pihak pengurusan stadium, FAM, polis dan RELA, membawa segala-galanya.

Suka saya bertanya, siapa yang salah dalam hal ni dan siapa yang menjadi tuan rumah didalam perlawanan akhir ini? Pintu akhirnya berjaya ditutup kembali oleh pihak polis pada pukul 5.00 petang. Mulai daripada pukul 5.00 petang baru lah penonton yang berada diluar dibenarkan masuk melalui “official gate”. Tetapi apa yang menyedihkan, beg-beg tidak diperiksa. Ini tidak seperti Perlawanan Akhir Piala FA tempohari di mana beg-beg diperiksa dengan begitu rapi, air mineral berbotol tidak dibenarkan masuk. Tapi pada malam tersebut, bukan setakat tidak memeriksa botol air mineral, beg dan mercun, malah air mineral dijual terbuka di dalam stadium.

Tindakan pro-aktif dari pihak FAM dan Pengurusan Stadium Bukit Jalil perlu, berdasarkan pengalaman yang lepas semasa Pertandingan Akhir Piala FA dimana ianya juga membabitkan Pasukan Kelantan. Atau pihak FAM menunggu perkara ini berlaku dan akan menuding jari serta-merta kepada pihak KAFA.

Apa salahnya “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Bayangkan 85,000 manusia berada diluar stadium, dan pihak pengurusan Stadium bercadang membuka “official gate” pada pukul 5.30 petang. Kalaulah “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang maka ia memberi ketenangan kepada semua pihak yang terlibat. Pihak polis dan RELA akan mempunyai masa yang cukup untuk memeriksa penonton secara teliti dan ini akan mengelakkan kejadian membawa masuk mercun dan botol air.

Apa yang dilihat, pada pukul 8.45 malam di mana perlawanan sudah hendak bermula, beribu-ribu lagi penonton masih berbaris diluar. Di dalam hati setiap penonton yang berbaris tersimpan “eagerness” yang tinggi untuk menonton perlawanan tersebut. Ini menimbulkan “creating un-necessary tension” terhadap penonton yang masih berada diluar dikala wisel perlawanan dibunyikan. Kenapa perkara ini tiada langsung dibenak mereka-meraka yang bertanggungjawab menguruskan perlawanan ini.

Apabila penonton yang bolos akibat dari rempuhan pintu pagar tadi sudah berselerak di dalam stadium, apa lagi yang boleh dibuat oleh pihak pengurusan stadium, FAM dan polis. Mereka hanya menunggu untuk menyalahkan pihak lain. Pihak yang selalu disalahkan ialah KAFA.

Kejadian ini adalah 100% diluar kawalan KAFA. Pihak KAFA tidak boleh dipersalahkan kerana mereka bukan yang menguruskan stadium dan mereka juga bukan tuan rumah.

Memang semua pihak yang hadir termasuk saya sendiri tidak selesa dengan dentuman mercun yang tiada henti dari permulaan sehingga akhir perlawanan. “Semacam berada di Baghdad” kata pengulas sukan Zainal Abidin Rawop. Tetapi apakan daya, bak kata pepatah, membenteras lebih baik dari mengubatinya.

Sekarang, tiada pilihan lain, selain menyalahkan 100% kejadian ini kepada KAFA. Mereka akan didenda tidak kurang dari RM100,000, atau bermain stadium yang kosong atau tidak dibenarkan langsung dari menyertai MSL musim depan. Apabila dilihat dari sudut yang berbeza, “contribution” oleh penonton Kelantan dari segi kutipan tiket, kalau mengambil kira jumlah penonton 65,000 orang, RM 1,300,000 telah berjaya dikutip pada malam tersebut. Tidak termasuk penonton Kelantan yang membeli tiket yang dikhaskan kepada penyokong Negri Sembilan, dan tidak termasuk “consequences cost” seperti jualan jersi, cenderamata, makanan dan minuman pada hari tersebut. Penyokong Kelantan dan KAFA adalah pihak yang kalah dalam segala hal, walaupun kejadian ini boleh dibendung oleh pihak berwajib.

Saya sebagai pemerhati sukan ingin memberi gambaran tindakan yang diambil oleh FAM terhadap KAFA dilihat sentiasa berat sebelah. Contohnya kejadian membakar trak polis di luar perkarangan Stadium Kota Bharu, yang tiada kena mengena dengan penonton (peniaga yang bergaduh dengan polis), pihak KAFA juga disalahkan. KAFA didenda lebih RM100,000 dan tidak dibenarkan beraksi di stadium tersebut untuk beberapa perlawanan. Kerugian setiap perlawanan semasa beraksi di Kuala Lumpur juga ditanggung oleh KAFA.

Berbanding kejadian penonton masuk ke padang dan ingin menumbuk pengadil di Stadium Ismail Nasirudin Shah di Kuala Terengganu, pihak PBNT hanya didenda RM 5,000 sahaja. Kejadian lontar mercun terhadap pemain Selangor (T. Surendran) ketika meraikan jaringan oleh peminat Terengganu, PBNT hanya didenda RM 6,000 sahaja. Tahap keselamatan pagar stadium tersebut juga tidak melepasi tahap FAM, serta kualiti padang yang teruk seperti yang dikomen oleh jurulatih mereka sendiri (Ken Worden) dan Peter Butler, tetapi pihak FAM masih membenarkan perlawanan diadakan di Stadium tersebut. Kalau lah perkara ini berlaku di Kota Bharu, tindakan berlainan akan dilakukan. Kenapa tidak disuruh pasukan Terengganu beraksi di Kuantan yang mempunyai Stadium bertaraf antarabangsa? Kenapa FAM berdiam diri semasa kejadian memecah cermin kereta dan bas penyokong Kelantan di Perlis? Kenapa FAM berdiam diri apabila pemain Kelantan (Farisham) yang menunggu rawatan ditepi padang tercedera dibaling mercun di kepala oleh penonton Perlis ketika perlawanan separuh akhir tersebut, dimana ianya berlaku terang-terangan di saluran TV1 yang dipancarkan diseluruh Malaysia?

Kenapa dilihat “in-consistency” berlaku? Dilihat terdapat keputusan yang “bias” dan bertindak hanya untuk “pleased”kan pihak atasan sahaja. Kelemahan sendiri ditutup rapi. Harus diingat, fenomena bolasepak Malaysia kini kembali diwarnai kerana “turning point” yang dilakukan oleh pihak pengurusan KAFA yang menguruskan secara professional ala EPL dan sokongan peminat-peminat bolasepak Kelantan. Sehinggakan pihak pengurusan Tentera dan KL Plus juga berterima kasih kepada Kelantan kerana peningkatan hasil “gate collection” mereka semasa bertemu Kelantan di Stadium Selayang dan Cheras. Saya berharap pihak FAM membuat pertimbangan yang sewajarnya dan mengkaji dari segenap sudut sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman terhadap KAFA.

Sekian, terima kasih.

Ir. Azizan Razak

TGNA melahirkan rasa dukacita atas sikap penyokong Kelantan.


Oleh Ismail Muhamad

TINDAKAN liar segelintir penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia tidak mencerminkan mereka sebagai anak jati negeri yang terkenal dengan jolokan negeri Serambi Makkah.

Sambil melahirkan rasa dukacita, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan penyokong yang turut melemparkan botol, mercun dan membakar kerusi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu, tidak sepatutnya berlaku.

“Kita pergi tengok bola untuk beri sokongan dan bukannya mencetuskan tindakan seperti membakar, melemparkan mercun dan botol.

“Saya dukacita dengan apa yang berlaku di Bukit Jalil. Tindakan penyokong Kelantan itu tidak mencerminkan sebagai rakyat Kelantan negeri Serambi Makkah,” katanya ketika ditemui di pejabat Menteri Besar Kelantan di Kota Darul Naim, Kota Bharu, semalam, merujuk tindakan segelintir penyokong Kelantan yang bertindak agresif pada perlawanan akhir antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Pada perlawanan itu, Kelantan tewas kepada Negeri Sembilan dengan keputusan 1-3, sekali gus menghancurkan harapan pasukan negeri membawa pulang piala berprestij itu ke Kota Bharu sejak 40 tahun lalu.

Kali terakhir Kelantan ke final Piala Malaysia pada 1970 tetapi kecundang kepada Perak dengan 2-0.

Berikutan kegagalan skuad The Red Warriors itu, segelintir penyokong Kelantan bertindak agresif termasuk membakar kerusi, melemparkan mercun di dalam padang ketika aksi perlawanan masih berlangsung.

Menurut Nik Abdul Aziz, beliau berharap kejadian seperti itu tidak berulang lagi pada masa akan datang kerana ia memberi gambaran dan imej tidak baik kepada Kelantan.

Katanya, penyokong Kelantan sepatutnya tidak melakukan tindakan yang boleh menjejaskan imej mereka kerana tujuan sebenarnya adalah untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.

“Sebab itu saya anggap sukan ini riadah dan kita pergi tengok bola sepak untuk beri sokongan kepada pasukan Kelantan yang layak ke final dan bukannya mencetuskan suasana tidak baik,” katanya.

FAM bertanggungjawab kerosakan Stadium Nasional.


KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bertanggungjawab terhadap kerosakan Stadium Nasional Bukit Jalil yang berjumlah RM214,000 kerana persatuan itu menyewa stadium tersebut, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

"Dalam soal ini FAM yang menyewa stadium, sewaan kepada FAM rendah berbanding sewaan untuk mengadakan konsert dan sebagainya, kerana ini penganjuran sukan.

"Walaupun FAM menjanjikan beberapa peratus daripada kutipan, tetapi mereka juga bertanggungjawab dari segi kerosakan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata, FAM akan dimaklumkan berhubung jumlah kerosakan yang dinilai oleh Perbadanan Stadium Bukit Jalil dan kos untuk membaik pulih stadium berkenaan akibat tindakan penyokong Kelantan semasa tewas 3-1 kepada Negeri Sembilan pada perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia Sabtu lepas.

Ditanya mengenai cadangan menghadkan jumlah penyokong pasukan yang fanatik dan mempunyai rekod buruk daripada memasuki stadium, beliau berkata langkah itu bertentangan dengan konsep industri sukan.

"Kemajuan sesuatu sukan berkait dengan penonton, kalau ada satu tindakan terlalu keras sehingga menyebabkan orang rasa susah nak tengok, akhirnya sukan-sukan berkenaan akan menjadi hambar," katanya.

Ahmad Shabery berkata, penonton yang membeli tiket memberikan hasil pendapatan kepada sesuatu pasukan itu selain populariti yang dikecapi boleh menarik tajaan syarikat swasta dan hak penyiaran yang tinggi seperti yang berlaku di negara barat. -- BERNAMA

Tuesday, November 10, 2009

MU kalah dengan Chelsea?


Oleh Yusoff A. Rahman

SELEPAS Liverpool, Manchester United pula menjadi mangsa gigitan Chelsea.

Tetapi dengan kemenangan 1-0 ke atas juara bertahan, United, di Stamford Bridge dinihari semalam, apakah Chelsea wajar disebut-sebut akan menjadi juara Liga Perdana England musim ini?

Jawapannya, masih diselubungi dengan tanda tanya.

Sebab, dalam bola sepak moden, soal kecederaan yang berlarutan, kes penggantungan, kemerosotan dari segi tahap permainan secara mendadak, keputusan-keputusan pengadil yang diragukan dan soal berlainan nasib memainkan peranan penting atas kejayaan sesebuah pasukan.

Tetapi pengurus pasukan Chelsea, Carlo Ancelotti, mempunyai jawapannya.

Apa kata Ancelotti?

'Perjuangan dalam pertandingan ini masih jauh sekalipun kami telah memungut tiga mata tetapi kami akan berdepan dengan perlawanan-perlawanan yang sukar.

'Persaingan pertandingan ini bukan melibatkan antara Chelsea dengan United sebab jika Arsenal terus mengecap kemenangan, mereka boleh menjadi saingan,' kata Ancelotti.

Benar, kata Ancelotti.

Tetapi sekurang-kurangnya, Chelsea dengan kemenangan 2-0 ke atas Liverpool pada 4 Oktober lalu dan kemudian United 1-0 dinihari semalam, pasukan dari Stamford Bridge itu telah menewaskan dua pasukan utama musim lalu.

Ini bermakna Liverpool pimpinan Rafael Benitez lebih gerun dengan Chelsea. Ini bererti anak buah Ferguson dalam pasukan United lebih mengkhuatiri Chelsea.

Tetapi untuk berlaku adil kepada Chelsea, pasukan itu mempunyai pakej lengkap untuk bergelar juara.

Pertama, Chelsea mempunyai pengurus pasukan yang berpengalaman.

Kedua, Chelsea mempunyai gabungan pengalaman dan kemahiran yang seimbang. Itu bermakna pasukan itu mantap.

Ketiga, di bawah Ancelotti, permainan Chelsea lebih tersusun.

Tetapi seperti yang disebutkan sebelum ini, dalam bola sepak, faktor pengadil dan nasib memainkan peranan penting dalam perlawanan.

Sebagai contoh, kita lihat apa yang berlaku pada minit ke-76.

Pengurus pasukan United, Sir Alex Ferguson, boleh mempertikaikan keputusan pengadil, Martin Atkinson, kerana memberikan tendangan percuma kepada Chelsea setelah mendapati Darren Fletcher telah mencabar Ashley Cole.

Itu kata Ferguson. Tetapi Atkinson mempunyai pandangan yang berbeza.

Selepas itu, Ferguson juga mendakwa Didier Drogba telah menarik Wes Brown sehingga John Terry memanfaatkan tendangan percuma Frank Lampard melalui tandukan yang mengelirukan.

Dilihat dari sudut United, pasukan itu seperti tidak bernasib baik.

Tetapi United barangkali terlupa Terry bukan orang baru dari segi membuat jaringan.

Dalam kerjayanya sebagai kapten pasukan Chelsea, Terry kerap menjaringkan gol-gol penting pasukannya.

Itu bererti United yang cuai dalam mengawasi Terry. Itu bermakna United yang leka memberikan perhatian kepada kapten Chelsea itu.

Dalam pertarungan itu, United bukan sahaja menguasai permainan 53 peratus bahkan mempunyai 18 percubaan berbanding Chelsea, 12.

Jadi, jika United gagal memanfaatkan beberapa peluangnya, ia adalah kesilapan pasukan itu sendiri.

Ia adalah kesilapan Wayne Rooney. Kelemahan Antonio Valencia. Kegagalan Ryan Giggs. Mudah cakap, kekurangan United dalam pertarungan itu.

Chelsea bukan tiada kekurangannya dalam pertarungan itu. Tetapi ada satu ketika dalam pertarungan itu, Chelsea berjaya mencari sasarannya - bukan melalui Drogba atau Nicolas Anelka tetapi melalui Terry.

Sesungguhnya, inilah kelebihan Chelsea yang paling menonjol dalam pertarungan itu.

Dengan kekalahan tersebut, Ferguson kini bukan sahaja berada di belakang Ancelotti bahkan Arsene Wenger.

DSAI - memberi amaran kepada anggota PKR.


PULAU PINANG: Selepas menghadapi kritikan bertubi-tubi bahawa beliau gagal menumpukan perhatiannya kepada isu-isu parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya memberi amaran kepada para pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menunjukkan taat setia mereka atau berhenti sahaja daripada parti itu, lapor media setempat.

Dalam satu ucapan beliau pada Konvensyen PKR di sini malam kelmarin, pemimpin de facto parti tersebut berkata beliau boleh menerima kritikan terhadap partinya tetapi tidak boleh berkompromi dengan para pemimpin dan anggota yang tidak mahu mengikut dasar-dasar parti yang ditetapkan.

'Kesemua anggota parti harus menyokong agenda transformasi, bekerja untuk Pakatan Rakyat (PR) atau dipecat daripada parti,' kata Datuk Seri Anwar, yang dipetik dalam laporan laman berita The Malaysian Insider, semalam.

Sumber-sumber dalam parti mengeluh bahawa Datuk Seri Anwar kelihatannya lebih menumpukan perhatian kepada lawatan dan ucapan antarabangsa beliau berbanding menumpukan perhatiannya kepada isu dalam partinya.

Menyentuh hal itu, Datuk Seri Anwar berkata pendiriannya itu dibuat menyusuli permintaan ramai pemimpin PKR yang mahukan tindakan tegas ke atas para anggota yang menyeleweng.

'Berikan komitmen anda kepada parti atau tinggalkan sahaja parti dan sertailah Umno,' tegasnya.

Sementara itu, Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Klang, semalam, mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Encik Badrul Hisham Abdullah, supaya meletakkan jawatannya, demikian menurut satu laporan dalam talian sebuah akhbar arus perdana Utusan Malaysia.

Akhbar itu semalam melaporkan bahawa satu piket aman yang disertai kira-kira 20 orang telah diadakan di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor.

Encik Badrul Hisham kini menjadi calon Bebas setelah keluar daripada PKR pada hujung bulan lalu dan kini dikatakan menyokong Barisan Nasional (BN).

Malah, laman berita Malaysiakini pula melaporkan bahawa Encik Badrul Hisham telah dilihat duduk di belakang Adun BN apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bersidang semalam. -- Agensi

Monday, November 9, 2009

Adat pertandingan kalau ada yang menang, tentu ada yang kalah.


Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB

KOTA BHARU - Umpama kijang hutan yang sesat di pekan dan mula kemabukan lampu sehingga lemah dan tidak bermaya.

Barangkali, itu analogi sesuai apabila melihatkan gaya pasukan Kelantan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, di tengah majoriti lautan penyokong mereka dan berjuta-juta lagi terpaku di depan kaca televisyen.

Ya, mereka berhak untuk kalah dan tidak selayaknya untuk menang kerana tindak-tanduk mereka bukan aksi untuk muncul sebagai juara.

Mereka seolah-olah bukan lagi bertanding tetapi sekadar bermain bola sepak dengan menyepak ke sana-sini, corak kekalahan yang boleh dikategorikan tanpa maruah.

Seolah-olah prestasi mereka sudah sampai ke kemuncaknya sewaktu menundukkan Perlis bagi melayakkan diri ke peringkat akhir Piala Malaysia dengan corak permainan yang jauh berbeza.

Bagaikan tiada apa lagi yang perlu dikejarkan. Mereka mengecewakan seluruh harapan penyokong Kelantan dan peminat bola sepak keseluruhannya yang ingin melihat persembahan yang menarik, tanda kebangkitan sukan itu di peringkat negara.

Mereka mengecewakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang berhempas pulas memberi nafas semula kepada sukan yang menuntut kepada dana yang begitu besar selain komitmen yang begitu tinggi.

Para penyokong yang berkorban masa dan wang ringgit bagi memenuhi stadium pula hanya menang sorak dan sebahagian daripada mereka bukan sekadar pulang kecewa tetapi memburukkan lagi keadaan dengan perangai yang memalukan, mengaibkan dan memualkan.

Mungkin belum pernah insiden seburuk ini dicetuskan oleh mana-mana penyokong ketika pasukan mereka beraksi di final bagi merebut piala berprestij itu.

Mereka seperti lazimnya mudah berpaling tadah apabila pasukan mula menunjukkan tanda-tanda untuk kalah.

Namun apabila mereka mula merusuh dengan lontaran botol air, mercun dan membakar kerusi dan bendera negeri, mereka membenarkan persepi umum bahawa selama ini penyokong Kelantan liar dengan menunjukkan gedede dan onar tak bertempat.

Sedangkan saban tahun, akan ada pasukan yang kalah dalam perlawanan akhir, tetapi para penyokong mereka masih boleh menerima kenyataan.

Justeru Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu juga mentarbiahkan mereka.

Malam kelmarin, ketika harapan menggunung tinggi, dalam keghairahan yang meluap, prestasi sang Kijang tersembam ke peringkat paling dalam dan cuti umum yang diisytiharkan oleh kerajaan negeri Kelantan bertukar menjadi hari berkabung bola sepak Kelantan.

Kesalahan mulai dituding ke sana-sini, daripada pemain, jurulatih dan pemimpin persatuan ketika sebenarnya, umum tiada yang menyangka Kelantan mampu mara sebegitu jauh dengan beraksi di peringkat akhir dalam dua kejuaraan tahun ini.

Namun ramai percaya bahawa ketidakupayaan pemain menerima tekanan dalam perlawanan yang begitu besar menyebabkan para pemain hilang punca - gugup dan gopoh serta tidak mampu mengawal bola dengan hantaran-hantaran meliar.

Tiba-tiba sahaja, tiada seorang pemain pun yang berupaya mencaturkan rentak dan corak permainan manakala barisan pertahanan pula masih jauh dari kesesuaian taraf bagi mengisi skuad negeri.

Ketika pelbagai ganjaran menunggu jika pulang sebagai juara serta masa depan yang lebih baik bagi mereka sebagai pemain bertaraf profesional, tahap ketahanan mental yang masih rapuh memusnahkan segala impian peribadi mereka.

Jika diukur dengan usia kebangkitan semula skuad Kelantan dalam tempoh yang sungguh singkat setelah meredah begitu banyak halangan, ia terlalu awal untuk mereka beraksi di pentas akhir. Ke tahap ini sudah boleh dibanggakan.

Justeru Tan Sri Annuar Musa tidak harus patah semangat dalam menerajui Kafa ketika politik bola sepak kadangkala lebih hebat daripada politik parti. Cuma jangan biarkan Kelantan menunggu empat dekad lagi.