Hari ini 31 Ogos 2009 genaplah 52 tahun negara tercinta mengecapi kemerdekaan. Walau apa istilah kemerdekaan yang tersirat dan tersurat yang pasti kita telah melepasi jubli emas pembebasan negara daripada cengkaman penjajah British. Kemerdekaan yang diperolehi secara rundingan ini telah memberi kesan jangka panjang dalam kehidupan kita.
Sedar atau tidak rundingan ini menimbulkan banyak persoalan. Perundingan yang menjurus kepada 'Win-win Situation', 'Win-lose Situation' atau 'Lose-lose Situation'? Tiada jawapan yang jelas tetapi kita dapat mengaggak kaedah mana yang diterima-pakai. Buktinya adalah selepas rombongan Perundingan pulang dari London, Suruhanjaya Reid ditubuhkan berperanan merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperolehi kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957.
Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid serta diikuti oleh Sir Ivor Jennings (Britain), Sir William McKell (Australia), B Malik (India) dan Abdul Hamid (Pakistan). Kenapa tiada wakil orang tempatan? Itu lah persoalannya... Baik lah usah dikenang barang yang sudah lepas kerana ianya telah termaktub sebagai Perlembagaan yang sah.
Fasa kedua kemerdekaan selepas berjaya melepasi tempoh 50 tahun pertama hakikatnya semakin mencabar. Kini kita diuji satu ujian yang paling getir iaitu keharmonian perhubungan kaum. Terbaru peristiwa Perarakan di Shah Alam yang berlaku Jumaat lalu. Tidak salah menyatakan bantahan tetapi hendaklah dilakukan dengan bijak dan tanggunjawab. Tidakkah perarakan kepala lembu yang dipenggal itu merupakan tindakan menghina?
Mungkin inilah yang dinamakan 'bom jangka' yang ditinggalkan oleh British untuk kita. Sistem pecah dan perintah masih terus diamalkan walaupun usia kemerdekaan menjangkau lebih 50 tahun.
Kita benar-benar terus dibelenggu dengan mitos rangka bangsa Melayu-Cina-India yang dicipta oleh British. Orang Melayu itu adalah rekaan semata-mata, kalau ikutkan hakikat yang ada adalah orang Jawa, Bugis, Minang, Banjar, Boyan, Siam, Acheh dan sebagainya. Orang Cina juga tidak wujud kerana yang ada adalah orang-orang Manchu, Hakka, Canton, Han dan sebagainya. Begitu juga dengan tidak wujudnya orang India akan tetapi yang ada adalah Hindi, Tamil, Malayalam, Sinhala dan sebagainya.
Maka atas dasar itu diadakan sekolah jenis kebangsaan yang mengajar dalam Bahasa Mandarin untuk Orang Cina dan Bahasa Tamil untuk orang India. Ini adalah Modus Operandi penjajah British. Tetapi amat malang sekali sistem Sekolah Vernakular (SJKC dan SJKT) masih terus diamalkan selepas 52 tahun mencapai kemerdekaan. Sistem Sekolah Vernakular ini adalah punca utama ketidakserasian dan ketegangan kaum di negara ini. Malah lebih malang lagi wujudnya sistem politik yang juga berteraskan perkauman yang menjadi suatu barah yang kian menular dalam kancah kerapuhan masyarakat Malaysia. Jika ini tidak dibendung, negara kita akan terus bergerak ke ambang kehancuran. Kesimpulannya, kedua-dua sistem ini harus ditamatkan, sudah bersediakah kita?
Penjajahan pemikiran akibat fahaman kepolitikan juga amat mendukacitakan. Maaf sekiranya pendapat ini kurang menyenangkan tetapi ini adalah kenyataan. Tidak dituju kepada mana-mana pihak tetapi ianya hendaklah di nilai dengan fikiran dan jiwa yang kritis yang penuh dengan keterbukaan. Pengaruh politik boleh sahaja antara pengaruh positif atau negatif. Minda kebanyakan orang kita kini seperti sudah beku dan tepu bila sahaja keputusan atau pendirian perlu dirujuk kepada sumber-sumber yang berkaitan politik.
Pendirian dan pemikiran menjadi tidak merdeka. Hitam kata ketua, hitamlah juga pilihannya. Bukan niat untuk mempertikai kewibawaan orang-orang politik, tapi wajarkah kita sentiasa meletakkan mereka-mereka ini diatas landasan pemikiran kita? Jangan mudah dimanipulasi dan menyokong dengan membabi-buta. Kita haruslah berteraskan kepada sumber yang pasti dan berteraskan kepada kewarasan pemikiran. Perjuangan politik adalah untuk matlamat yang singkat, paling lama pun lima tahun. Apa yang dapat dilakukan dalam tempoh yang terhad itu?
Perjuangan yang hakiki tiada ruang masa yang terhad kerana ianya perjuangan sepanjang masa. Rujuklah Al-Quran sebagai panduan yang sempurna untuk kehidupan dan As-Sunnah pula adalah contoh praktikal junjungan yang mulia. Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong... Wallahu a'lam.
Man: Merdekakanlah minda dan jiwa kita, itulah kemerdekaan yang sebenar.