
Khabar dari Situ Sana Sini
-
Rakyat Kelantan Pulangkan Balik "BO LA WEI" Kepada Najib - Hanya beberapa minggu sebelum pilihanraya umum ke 13 berlansung, Perdana Menteri, Najib Tun Razak tatkala menjejakkan kakinya di bumi Kelantan dengan sega...26 minutes ago
-
Adam Adli direman 5 hari - 10 Rejab 1434 H. [MOD] - Kuala Lumpur: Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd Halim, yang ditahan mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta...33 minutes ago
-
Video datuk bandar hisap kokain - [image: Toronto, Rob Ford] DATUK Bandar Toronto, Rob Ford diserbu oleh sekumpulan wartawan di luar pejabatnya di Toronto, Kanada selepas video yang mendakw...46 minutes ago
-
-
Kenyataan Saifuddin Sahkan BN Tidak demokratik - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad menyifatkan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa Barisan Nasional (BN) kal...1 hour ago
-
Boycott The Chinese Are You Mad Or Stupid ? - Hantu Laut About 20 Muslim/Malay NGOs have called for boycott of products made by Malaysian Chinese companies. I am not sure whether these people understa...3 hours ago
-
Siapa Mereka Ini? - Bhai..... mereka kata mereka pejuang .... mereka kata mereka pejuang golongan mustad'afin... mereka kata mereka pejuang ekonomi.... mereka kata mereka peju...3 hours ago
-
Where does Malaysia go from GE13? - SOME countries move from relatively democratic systems to more authoritarian ones such as Malaysia in the 1970s. Others from authoritarianism toward democr...3 hours ago
-
The article deleted by Al Jazeera English: The last of the Semites - The last of the Semites Last updated: 14 May 2013 It is Israel's claims that it represents and speaks for all Jews that are the most anti-Semitic claims ...10 hours ago
-
Adam Adli’s arrest: Lawyer’s update (Videos) - Lawyer Latheefa Koya briefs the media about student activist Adam Adli’s arrest under a sedition investigation. She argues that five days remand is excessi...17 hours ago
-
SOALAN YANG PERLU JAWAPAN - *NOTA* paling menarik ialah maklumat tentang india penduduk 1.1 bilion menteri kabinet hanya 32 orang dimalaysia penduduk 28 juta menteri kabinet 35 orang...1 day ago
-
(Gambar) Janji Telah Ditepati - Tahniah Rakyat Malaysia kerana mendapat hadiah utama selepas PRU13..1 day ago
-
MALAYSIA CANNOT GET A DUMBER CANDIDATE AS HOME MINISTER AS THIS ONE - [image: Ahmad Zahid Hamidi photo zahidhamidi-1_zpsdc4cc0d1.jpg]3 days ago
-
FIRST PAST THE POST - *Jah..aku menang badminton final lawan Najib. Aku dapat 59 mata, Najib 45 je!!! Yey yey aku menang! Errmm..Bang Non, Jah fenin ni! Najib menang 2 set, han...4 days ago
-
Najib Tuduh Orang Cina Untuk Menutup Kelemahan 1Malaysia - Kenyataan Media V.Sivakumar Timbalan Pengerusi DAP Perak di Pulau Pangkor pada 10/5/2013 Najib Tuduh Orang Cina Untuk Menutup Kelemahan 1Malaysia ...4 days ago
-
NGO Melayu Suruh Boikot Bisnes Cina? - Beberapa NGO Melayu tampil menggesa kaum itu memboikot perniagaan dan produk terkenal milik pengusaha Cina kerana didakwa mendanai pembangkang dalam pilihan ...5 days ago
-
BUBAR SAHAJA MCA - Pilihanraya kali kini kurang meriah jika hendak dibandingkan dizaman Pak Lah pada tahun 2008 --zaman sentimen menghukum pemimpin kata beberapa kenalan yang p...5 days ago
-
Polis tiga negara tangkap penjenayah berkaitan kecurian berlian 50 juta dolar - Brussels - Polis dari tiga negara, yakni Belgium, Perancis dan Swiss melakukan penangkapan massal terhadap para pelaku pencurian berlian spektakuler seni...1 week ago
-
Jangan Lupa Tuntutan BERSIH! - Semua orang bersemangat nak hadapi pilihanraya.. Semua orang yakin PR boleh menang pilihanraya umum kali ni.. Tapi terlupakah semua orang dengan 8 Tuntutan...4 weeks ago
-
"Allah" Tidak Diperjuangkan, Putrajaya Segalanya - PAS & DAP sering saling menuduh dan yang pastinya kita pengundi dapat lihat dengan jelas bahawa DAP konsisten dengan ungkapan dan polisi meeka. Contoh t...3 months ago
-
PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi - Pengunjung Pasar Sehari Pekan Bagan Datoh dikejutkan dengan kedatangan ramai pimpinan PAS dan PKR dari negeri Perak dan Kawasan Bg Datoh. Kunjungan mereka ...5 months ago
-
Cara mengatasi ganguan untuk melayari MediaPerak.Com - Bertarikh 20 oktober 2012 mediaperak.com telah mengalami masalah suapan tapak.Pembaca akan mengalami kesukaran untuk memasuki atau melayari web kami.Buat s...6 months ago
-
SINGAPORE MEMBER OF PARLIAMENT SHOWN THE EXIT - It does not come as a surprise to me when told that Worker’s Party of Singapore and Hougang MP Yaw Shin Leong (35) was expelled from the party Wednesday fo...1 year ago
Thursday, April 30, 2009
Pas boikot Dun Penanti (N12) ?

Wednesday, April 29, 2009
Apa itu One Malaysia?
Tuesday, April 28, 2009
BOLEH MELAKUKAN MAKSIAT???
Rasulullah pernah memberi tahu, jika kita BOLEH melakukan LIMA hal berikut ini, Kita BOLEH melakukan MAKSIAT.......
1. Lakukan di tempat yang tidak di lihat oleh ALLAH
2. Lakukan di tempat yang bukan buminya ALLAH
3. Lakukan dengan tidak menggunakan rezeki dari ALLAH
4. Lakukan jika boleh menolak kedatangan MALAIKAT IZRAIL yang mahu mencabut nyawa
DAN YANG TERAKHIR
5. Lakukan jika boleh melepaskan cengkaman MALAIKAT ZABANIYYAH yang akan melemparkan pelaku-pelaku keburukan dan maksiat ke dalam NERAKA.
BAGAIMANA DAN MANA MUNGKIN
Monday, April 27, 2009
Final Piala FA laluan ke Final Piala Malaysia
Sunday, April 26, 2009
Selangor juara Piala FA menerusi penentuan penalti 4-1


Friday, April 24, 2009
Piala FA: Kelantan lwn Selangor


Mencari........
kita tahu bahawa rumah adalah tempatyang aman dan nyaman kita tidak akan kepanasan,kehujanan,atau berjibaku dengan aneka kesulitan.namun semua itu tidak pernah mampu menjadikan kita dewasa dan optimal berkarya.
Jika ingin menjadi orang berilmu dan meraih kemulian hidup kita harus bergerak.carilah kurnia allah di muka bumi bertarunglah di lapangan kehidupan bersainglah dalam kebaikan dan carilah ilmu sebanyak mana yang kita mampu walau harus seberang lautan jika kita melakukan semua itu kita akan menjadi manusia sebenarnya......
berkait dengan rumah kita jadikan ia tempat singgah sekadar untuk mempersiapkan energi diri.......
surah 62 AL- JUMU'AH
ayat 10.....apabila solat telah di laksanakan maka bertebaranlah kamu di bumi carilah kurnia allah dan ingatlah allah banyak-banyak agar kamu beruntung....
Tazkirah Jumaat-nikmat solat sepertiga malam
Antara solat sunat yang amat digalakkan ialah yang dilakukan pada sepertiga malam.
Dalam Surah Al-Israa ayat 79 ada ditegaskan yang maksudnya:
'Dan bangunlah sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah 'sembahyang tahajud' padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.'
Dalam ayat tadi Allah swt telah memerintahkan Nabi-Nya supaya melaksanakan solat malam atau qiamullail.
Namun, ramai antara kita yang memandang remeh akan perintah Allah ini.
Meskipun sifatnya ini khusus untuk Rasulullah saw, ia merupakan amalan sunat buat umatnya memandangkan kita dianjurkan mencontohi keperibadian Nabi.
Maksud qiamullail ialah mendirikan (qiam) malam (lail) atau cakap mudahnya 'menghidupkan malam dengan mendekatkan diri kepada Ilahi'. Ada juga beberapa solat malam seperti sunat istikharah, tahajud, taubat, tasbih dan sebagainya.
Selain melakukan solat sunat, kita digalakkan membaca Al-Quran, berdoa, berzikir, beristighfar memohon keampunan daripada Allah.
Ia juga merupakan malam bagi umat Islam merebut peluang memohon keampunan, muhasabah diri sambil mendekatkan diri kepada Allah.
Membaca Al-Quran adalah satu ibadah yang mempunyai ganjaran besar kerana setiap huruf yang dibaca akan digandakan 10 kebajikan.
Ini bertepatan dengan sabda Nabi yang bermaksud:
'Bacalah olehmu Al-Quran kerana pada hari akhirat ia akan memberikan syafaat kepada pengamalnya.' - (Hadis Riwayat Muslim)
Antara surah yang baik untuk dibaca ialah:
Surah Yasin: Ia bak jantung Al-Quran.
Surah Al-'Ala: Ia merupakan surah yang sangat digemari oleh Rasulullah saw.
Surah Al-Fatihah: Ia merupakan pokok atau ibu Al-Quran.
Surah Al-Kahfi: Ia tempat naungan pada hari akhirat.
Surah As-Sajadah: Ia sangat digemari Rasulullah saw.
Surah Al-Mulk: Ia merupakan surah yang memberi syafaat di akhirat nanti.
Surah An-Nas dan Al-Falaq: Ia surah yang memberi perlindungan pada hari akhirat kelak.
Ada beberapa ayat dalam Al-Quran mengesahkan betapa besar keutamaan solat malam itu.
Allah menjelaskan bahawa orangorang yang menjaga solat malam itulah sebenarnya yang berhak dan layak menerima kebaikan sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
'Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk bersembahyang) pada malam hari kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah daripada seperdua itu sedikit, atau lebih daripada seperdua itu sedikit. Dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan.' (Surah Al-Muzzammil:1-4)
Sayidatinah Aisyah ra ada meriwayatkan yang maksudnya: 'Bahawa Rasulullah saw bangun sebahagian daripada malam bersembahyang hingga bengkak kedua-dua kakinya, maka aku (Aisyah) berkata kepada baginda, mengapa Rasulullah lakukan itu semua, bukankah dosa tuan telah diampunkan oleh Allah sama ada yang terdahulu ataupun yang terkemudian? Baginda menjawab: 'Salahkah aku menjadi hamba-Nya yang bersyukur?'.'
Ada banyak hadis yang menyentuh kelebihan ibadat qiamullail. Sahabat Jabir ra mengatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
'Pada malam hari ada satu saat (yang berkat) di mana jika seseorang Muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah swt memohon keberkatan dunia atau akhirat, nescaya Allah kabulkan doanya... Keadaan ini ada pada tiap-tiap malam.' - (HR Muslim)
Dalam sebuah hadis lain pula, Abdullah bin Salam berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud:
'Wahai manusia, hendaklah kamu banyak memberi salam, menjamu makan, bersembahyang pada waktu malam ketika manusia sedang nyenyak tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera.' (HR At-Tirmizi)
Ibadat qiamullail boleh dikerjakan pada awal malam, pertengahan dan pada akhir malam selama ia dilakukan selepas solat isyak.
Rasulullah saw tidak mengerjakan ibadat qiamullail pada satu waktu tertentu. Malah baginda bersolat mengikut kesempatan dan keselesaan yang diperolehinya. Namun yang paling afdal ialah pada tengah malam iaitu sepertiga malam yang akhir.
Nabi saw bersabda yang bermaksud: 'Buatlah amalan-amalan itu sekadar kemampuanmu kerana Allah itu tidak jemu hingga kamu jemu.'
Amalan yang sedikit tetapi diamalkan dengan tekun lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi jarang dilakukan.
Persoalan tentang waktu solat malam dan bilangan rakaatnya terserahlah kepada individu menimbangkannya berdasarkan keikhlasan dan sikap 'ubudiah' kepada Allah swt.
Namun yang afdal ialah 11 atau 13 rakaat seperti kebiasaan yang diamalkan oleh Rasulullah saw iaitu campur sekali satu rakaat atau tiga rakaat witir di akhirnya.
Sunday, April 19, 2009
Final Piala FA, Kelantan VS Selangor-Buku bertemu Ruas

ndiri apabila jaringan dari Norfarhan dan Indra Purta Mahyudin membantu kelantan layak Ke Final Piala FA buat kali pertama, sebelum itu jaringan Modh Asfraf al Japri pada minit ke 5 meletakkan skuad Hoben Jang Hoben mendahului perlawanan. Namun bagai sudah ditakdirkan skuad Negeri Sembila layu selepas itu dan memberi peluang Kelantan menguasaiperlawanan hingga tamat perlawanan.Selangor Bertemu Kelantan di Bukit Jalil
TANDUKAN ketua pasukan, Amri Yahyah pada minit ke-90 membawa Selangor ke perlawanan akhir Piala FA menerusi kemenangan 2-1 ke atas Perlis pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Selangor mara dengan agregat 3-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada perlawanan pertama di Kangar, 7 April lalu.
Beraksi di hadapan 30,000 penyokong sendiri, Selangor bermula garang menerusi dua percubaan berbahaya daripada Safee Sali pada minit ketujuh dan ke-11, namun kedua-duanya tidak menepati sasaran.
Usaha tuan rumah untuk mencari gol pembukaan berhasil pada minit ke-15 menerusi tandukan Amri, menyempurnakan hantaran Rudie Ramli dari sebelah kanan untuk menewaskan penjaga gol Perlis, Farizal Marlias.
Perlis bagaimanapun hanya memerlukan dua minit untuk menyamakan kedudukan apabila rembatan leret Azi Shahril Azmi dari luar kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad.
Selepas itu, Selangor terus garang dan hampir mendahului pada minit ke-32 tetapi sepakan percuma D. Surendran dari jarak 25 meter berjaya ditepis keluar Farizal menjadikan kedudukan 1-1 kekal sehingga waktu rehat.
Baru seminit babak kedua bersambung, Selangor memiliki peluang terbaik untuk menambah jaringan tetapi percubaan daripada Safee terkena tiang gol.
Aksi panas bermula pada minit ke-73 setelah penyerang Perlis, Nizaruddin Yusof dengan sengaja melanggar Hamsani tetapi bekas pemain kebangsaan itu hanya dilayangkan kad kuning.
Selangor terus mengasak namun usaha mereka terus menemui kegagalan setelah tandukan Safee pada minit ke-76 diselamatkan Farizal manakala tandukan Rudie pada minit ke-78 sedikit tersasar.
Malam gemilang Selangor itu hadir ketika permainan memasuki dua minit masa kecederaan.
Ia berpunca daripada sepakan percuma D. Surendran yang berjaya ditanduk masuk Amri untuk gol kemenangan Selangor.
Dua gol Amri itu membolehkan dia dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan separuh akhir kedua itu.
Sementara itu, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menyaksikan Kelantan mencatat sejarah tersendiri selepas menempah tempat ke perlawanan akhir.
Skuad Wira Merah itu menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan untuk mejadikan agregat 2-2.
Namun, Kelantan mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.
Pada aksi pertama di Kota Bharu minggu lalu, Kelantan tewas 0-1.
Begitupun, tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Mohd. Asyraf Al-Japri yang menyudahkan hantaran Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak pada minit kelima.
Namun, Kelantan bangkit pada babak kedua untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mohd. Norfarhan Mohammad pada minit ke-48 sebelum Indra Putra Mahayuddin meledak gol kemenangan pada minit ke-52 sekali gus mengesahkan tempat mereka ke akhir pada 25 April ini.
Tuesday, April 14, 2009
China mungkin menjadi pasaran utama di dunia

Askar Thailand lepaskan tembakan ke udara, bekas speaker minta raja campur tangan
Sunday, April 12, 2009
Datuk Ibrahim Ali kembali ke UMNO?

KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menunggu 'pinangan' daripada pimpinan Umno, untuk membolehkan beliau kembali menyertai parti yang pernah dianggotainya sebelum dipecat tujuh tahun lepas.
"Saya tidak akan meminang Umno, kecuali Umno yang meminang saya. Hingga kini saya tidak ada ilham lagi (bila ia akan berlaku)," katanya kepada pemberita ketika ditanya kedudukannya sama ada mahu mengekalkan status sebagai anggota Parlimen Bebas atau ingin kembali semula kepada Umno.
PETALING JAYA: Badan Perhubungan Umno Kelantan bersikap terbuka jika Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali ingin kembali menyertai parti itu. Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata Umno Kelantan menyambut baik hasrat ahli Parlimen Bebas itu jika kembali menyertai parti yang pernah dianggotainya sebelum dipecat tujuh tahun lepas. "Kalau anak dara bolehlah kita pinang...ini dah janda dua kali, susah tu," katanya dengan berseloloh.
Man: Tok Him, Nok ko Tok Sir ko Guano? Acu royak gak.
Berubahkah Nik Aziz ?

Namanya Abdul Aziz bin Nik Mat. Orang biasa memanggil beliau dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat. Lahir di Kampung Pulau Malaka, Kota Bharu pada tahun 1931.
Sejak kecil, Nik Abdul Aziz sudah gemar belajar ilmu-ilmu Islam. Saat itu, guru beliau adalah seorang ulama terkenal di daerahnya. Dan sang guru tak lain adalah ayah beliau sendiri yang biasa dipanggil masyarakat dengan Tuan Guru Haji Nik Mat.
Setelah dirasa cukup mendapat pendidikan dasar-dasar Islam, Nik Abdul Aziz disekolahkan ke Pondok di Jertih, Trengganu. Namanya Pondok Tuan Guru Haji Abbas.
Pada tahun 1952, Nik Abdul Aziz meninggalkan tanah air untuk melanjutkan pendidikannya ke Universiti Deobond, India. Di sana, ia berguru kepada ahli tarekat terkemuka, Maulana Husain Ahmad al-Madani.
Lima tahun kemudian, Nik Abdul Aziz melanjutkan pengajian ke Lahore, Pakistan untuk memperdalam tafsir Al-Qur'an. Setelah itu, beliau melanjutkan studinya ke Universitas Al-Azhar, Mesir untuk mengambil spesialisasi bahasa Arab dan dilanjutkan dengan memperdalam perundangan (hukum) Islam.
Setelah hampir sepuluh tahun belajar di negeri luar negara, Nik Abdul Aziz memutuskan kembali ke tanah kelahirannya. Dia ingin mengamalkan pengetahuan yang dimilikinya dengan berkiprah sebagai guru di sekolah menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor dan di Sekolah Agama Darul Annuar yang didirikan oleh ayahnya.
Selain mengajar, ayah sepuluh orang anak ini juga aktif memberikan ceramah-ceramah Islam. Mulai dari khutbah di masjid, hingga majelis taklim yang tersebar di masyarakat. Kiprahnya sebagai ulama, benar-benar disambut baik oleh masyarakat.

Yang menarik masyarakat dari sosok Nik Abdul Aziz adalah kesehariannya yang sarat dengan keteladanan. Mulai dari keluarganya yang terjaga dalam akhlak Islam, kedekatannya dengan kaum dhuafa, serta rumahnya yang sederhana dan akrab dengan lingkungan sekitar. Tidak jarang, hanya sekadar memotong rambut untuk bayi pun masyarakat rela antri ke Nik Abdul Aziz.
Pentas Politik Di tahun 1967, di usianya yang ke tiga puluh enam, Nik Abdul Aziz bergabung dengan Partai Islam Se-Malaysia (PAS). Dia memilih PAS bukan sekadar asasnya yang Islam, tapi juga visi perjuangannya yang benar-benar ingin menegakkan daulah Islam di Malaysia.
"Saya memilih PAS karena parti ini merupakan sebuah pergerakan yang landasannya jelas-jelas memperjuangkan akidah Islam. PAS di mata saya tidak memisahkan antara politik dan agama. Namun, bagaimana caranya bisa berjalan seiringan satu sama lain," ujarnya.
PAS lanjutnya, adalah harakah Islamiyah (pergerakan Islam) yang dicarinya. "Sebab, PAS memiliki cita-cita untuk menegakkan daulah Islamiyah seperti yang diidam-idamkan oleh setiap mukmin."
Sejak terjun di dunia politik bersama PAS, tekanan dan dukungan silih berganti dirasakan Nik Abdul Aziz. Di tahun pertama bergabung dengan PAS, Nik Abdul Aziz berhasil memenangkan pemilihan umum untuk daerah Kelantan. Sejak itu, daerah Kelantan menjadi basis kekuatan PAS. Walau dengan cara apa pun, Barisan Nasional (BN) yang merupakan partai pemerintah saat itu tidak pernah mengalahkan Nik Abdul Aziz dan PAS di daerah pemilihan itu.
Karena ketokohan dan sosok karismatiknya sebagai ulama, Nik Abdul Aziz diamanahkan pimpinan PAS untuk menjabat Ketua Dewan Ulama PAS. Di posisi itu, Nik Abdul Aziz menyerukan seluruh pimpinan dan kader PAS untuk kembali menghidupkan sunnah Rasul dalam semua sisi kehidupan. Perjuangan PAS menurutnya, harus dalam rangka menegakkan Islam, bukan untuk memuaskan ambisi atau syahwat kekuasaan semata.
Walau sudah menjadi pimpinan dengan berbagai kesibukan yang luar biasa, Nik Abdul Aziz tidak pernah melalaikan dakwah. Kesibukan mengisi ceramah dan taklim tidak mengendur dengan alasan apa pun. Baginya, politik adalah bagian dari dakwah. Bukan sebaliknya.
Menteri Besar Pada pemilu 1990, PAS mendapat perolehan suara luar biasa di Negeri Kelantan. Nik Abdul Aziz diberi amanah sebagai Menteri Besar atau setingkat gubernur untuk di Indonesia. Hingga pemilu 2004 lalu, PAS tetap unggul mayoritas di Kelantan. Dan selama 14 tahun itu pula, Nik Abdul Aziz memikul amanah berat itu. Di posisi yang strategis itu, Nik Abdul Aziz kian kuat menyampaikan dakwah dalam bentuk lain. Ia tidak mentolerir seluruh pejabat di jajarannya untuk menerima hadiah apa pun. Menurutnya, semua itu riswah. Ia pun memberikan teladan. Nik Abdul Aziz langsung memotong 40 persen gajinya untuk menambah pelayanan kepada masyarakat.
Berubahkah Nik Abdul Aziz? Sama sekali tidak. Ia tetap Nik Abdul Aziz yang dulu. Rumahnya tetap sederhana. Mobil yang dikendarai juga mobil seperti orang kebanyakan di negeri Kelantan. Setiap hari Jumat, ia mengkhususkan waktunya untuk mengisi pengajian umum di sebuah majelis taklim yang berada di pusat kota. Siapa pun boleh datang. Sedemikian besarnya sambutan masyarakat, hari Jumat menjadi hari pengajian untuk mereka. Mereka datang dari berbagai pelosok di negeri Kelantan. Bahkan, tidak sedikit yang sengaja membawa tenda agar bisa khusyuk mendengarkan kajian dari sang guru, Nik Abdul Aziz. (mn)
Saturday, April 11, 2009
Mahalnya Masa........
Kita boleh menganalogikan waktu hidup sebagai penyapu lidi yang kukuh.Setiap hari satu batang lidi gugur sampai pada satu saat tidak ada lagi lidi yang tersisa.Kalu kita memboroskannya berarti lidi itu hilang tanpa sempat menyapu.....
Maka menyapulah sebanyak dan sesering yg mungkin sebelum lidi-lidi berguguran.Gunakanlah waktu muda untuk berkarya besar sebelumnya datang waktu tua ketika tidak mampu lagi berbuat apa-apa!
WAHAI DIRIKU!JIKA ENGKAU MEMBACA PESAN INI TANDANYA ENGKAU MASIH HIDUP....
JIKA ENGKAU MASIH HIDUP TANDANYA ENGKAU DIBERI KESEMPATAN OLEH ALLAH.....
KESEMPATAN APA????
KESEMPATAN BERTAUBAT
KESEMPATAN MELAKUKAN KEWAJIPAN IBADAH PADA ALLAH
KESEMPATAN MEMBAIKI DIRI
KESEMPATAN MEMBAIKI KUALITI HIDUP DAN KEHIDUPAN
KESEMPATAN MENYINGKIR SEMUA DUKA DAN DERITA
KESEMPATAN UNTUK SUKSES DAN BERHASIL
KESEMPATAN UNTUK MENCAPAI CITA-CITA DAN KEINGINAN
KESEMPATAN MEMBANGUN MIMPI
DAN
KESEMPATAN UNTUK MENCARI CAHAYA DALAM DIRI.......
Thursday, April 9, 2009
Rakyat Malaysia mahukan perubahan II

Kedah mewakili semua rakyat Malaysia menolak kepimpinan BN
Wednesday, April 8, 2009
Rakyat Malaysia mahukan perubahan

KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengalami tamparan hebat apabila kalah dalam dua pilihan raya kecil - kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak, dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah - semalam.
BN bagaimanapun mengekalkan kerusi DUN Batang Ai, Sarawak, dengan majoriti 1,854 undi.
Encik Malcolm Mussen Lamoh, muka baru yang juga bekas jurutera Jabatan Pertanian Sarawak, mendapat 3,907 undi, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Jawah Gerang, tokoh politik veteran dan bekas Anggota Parlimen Lubok Antu selama lima penggal, yang meraih 2,053 undi.
Encik Mussen menyifatkan kemenangan itu sebagai hadiah hari jadinya ke-50.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada BN dan para pengundi Batang Ai kerana tidak membenarkan diri mereka diperdaya oleh PKR, lapor Bernama.
Dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, calon Pakatan Rakyat (PR) daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, mengalahkan calon BN, Encik Ismail Saffian, dan calon Bebas, Encik Kamarul Ramizu Idris, dengan undi majoriti 2,789 undi.
Datuk Seri Mohammad Nizar meraih 21,860 undi berbanding Encik Ismail, yang mendapat 19,071 undi, dan Encik Kamaraul Ramizu, cuma 62 undi.
Undi rosak 456. Sebanyak 75 peratus mengundi.
'Rakyat sudah bosan dengan pergolakan politik di Perak dan ini satu hukuman buat (kerajaan),' kata Timbalan Presiden PAS, Encik Nasharudin Mat Isa, seperti ditukil Reuters semalam.
Bagi kerusi DUN Bukit Selambau, calon PR daripada PKR, Encik S. Manikumar, mengalahkan calon BN, Datuk S. Ganesan, daripada Kongres India Malaysia (MIC), dengan kelebihan 2,403 undi.
Encik Manikumar mendapat 12,632 undi manakala Datuk Ganesan mendapat 10,229 undi.
Seramai 13 calon Bebas yang bertanding dalam pilihan raya DUN itu hilang wang pertaruhan mereka.
Bilangan 15 calon yang bertanding bagi kerusi DUN Bukit Selambau mencatatkan rekod sebagai calon teramai bertanding dalam pilihan raya Malaysia.
Para pengamat politik dan pakatan pembangkang melihat pilihan raya kecil di Bukit Gantang sebagai satu 'pungutan suara' terhadap Perdana Menteri baru Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini menyusuli isu peralihan kerajaan negeri Perak daripada PR kepada BN yang dipimpin beliau hingga mencetuskan krisis perlembagaan di negeri itu.
Semasa ditanya Berita Harian mengenai mesej yang ditonjolkan menerusi kemenangan PR di kerusi Parlimen Bukit Gantang, pemimpin pembangkang dan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata:
'Rakyat Malaysia mahukan perubahan. Tidak kira sama ada mereka mempunyai perdana menteri baru, mereka masih mahukan perubahan. Mereka lebih kuat sokongannya terhadap Pakatan Rakyat.'
Mengulas kemenangan PKR di Bukit Selambau pula, beliau berkata: 'Ia satu kemenangan besar. Saya amat gembira dengan kemenangan di Bukit Selambau.'
Menurut beliau, PR memang tidak menjangka sebarang kemenangan di kerusi DUN Batang Ai.
'Walaupun terdapat laporan media berniat jahat dan wang yang di taburkan kerajaan, Pakatan Rakyat telah berjaya mengatasi semua hambatan,' kata beliau.
Sementara itu di Sarawak, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, ketika mengulas kemenangan calon BN di Batang Ai, ditukil Associated Press sebagai berkata:
'Saya rasa ia satu isyarat jelas yang mencerminkan sentimen rakyat Sarawak bahawa kami menyokong penuh perdana menteri baru kita.
'Mereka alu-alukan kepimpinan Datuk Seri Najib. Mereka yakin perubahan positif akan berlaku dengan pelantikan beliau.'
Saturday, April 4, 2009
Keluarga kecewa tahanan ISA tidak dibebas hari ini...

Beberapa ahli keluarga tahanan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) yang menunggu sejak awal pagi di Kem Tahanan Kamunting kelihatan kecewa apabila tidak seorang pun tahanan di kem itu dibebaskan hari ini.
Kira-kira 20 ahli keluarga dan penyokong, kebanyakannya kaum India yang berkumpul di hadapan pintu utama kem tersebut, beransur-ansur beredar dari situ apabila diberitahu bahawa kem tersebut belum mendapat arahan bertulis untuk pembebasan tersebut.
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam ucapan sulungnya sebagai perdana menteri malam tadi mengumumkan mengenai pembebasan serta merta 13 tahanan ISA.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan malam tadi dilaporkan berkata, dua peguam Hindraf V. Ganabatirau, 40, dan R. Kenghadharan, 40, adalah antara 13 tahanan ISA yang dibebaskan itu.
Baca Seterusnya
bukit gantang menanti suara rakyat
Ketiga-tiga calon yang ingin merebut kerusi parlimen itu dan para penyokong masing-masing gigih meningkatkan kempen mereka.
Pelbagai taktik digunakan, termasuk taktik 'cemar-mencemari' satu sama lain dan janji-janji pembangunan bagi penduduk tempatan disajikan dalam majlis-majlis ceramah, dialog rakyat dan kunjungan calon demi meraih undi untuk Selasa ini.
Namun, usaha memancing undi sekitar 63.5 peratus pengundi Melayu di Bukit Gantang dipercayai menjadi faktor kritikal dan tumpuan di kalangan calon-calon yang bertanding untuk menjadi Ahli Parlimen (AP) kawasan itu - khususnya Barisan Nasional (BN) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS).
Keseluruhannya, kawasan Parlimen Bukit Gantang mempunyai sejumlah 55,562 pengundi berdaftar. Kira-kira 27.1 peratus daripadanya adalah pengundi Cina, manakala 9.1 peratus adalah pengundi India, dan 0.2 peratus pengundi kaum lain.
Kawasan pilihan raya kecil itu merangkumi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) - Terong, Changkat Jering dan Kuala Sepatang.
Ia diadakan selepas penyandang kerusi kawasan itu, Haji Roslan Shahrom, wakil PAS, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 9 Februari lalu.
Tiga calon - Encik Ismail Saffian (Umno-BN), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) dan Encik Kamarul Ramizu Idris (calon Bebas) - akan bertanding untuk mengisi kerusi parlimen tersebut.
Undi Melayu
Bisikan-bisikan awal suara akar umbi dari kawasan-kawasan perkampungan Parlimen Bukit Gantang lebih memihak kepada Umno-BN berbanding PAS.
Seorang sumber Umno Bahagian Bukit Gantang berkata beliau yakin paras sokongan pengundi Melayu yang diberikan kepada parti itu selepas berkempen selama enam hari sejak hari penamaan calon kini melebihi 50 peratus.
Kelmarin, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyifatkan kemampuan Umno-BN menambat hati pengundi Melayu sebagai berpunca daripada 'angin perubahan sikap yang amat menggalakkan' bagi pihaknya.
BN melihat 'kejayaan' itu berpunca daripada keberkesanannya dalam melaksanakan pendekatan yang lebih mesra rakyat.
PAS pula mengakui parti itu berada di belakang Umno. Ia akur bahawa kurang mendapat sokongan khususnya di kalangan penduduk lebih tua di kawasan perkampungan.
Malah, satu sumber PAS semalam memberitahu akhbar Berita Harian bahawa parti itu telah memulakan kempen dengan sokongan kirakira 43 peratus daripada 35, 281 pengundi Melayu.
Namun, Pengarah Pilihan Raya Bukit Gantang PAS, Datuk Mustafa Ali, dalam sidang akhbarnya di markas PAS di Air Kuning, semalam berkata partinya tidak kehilangan pengundi lalu kerana PAS memang memulakan kempen pada paras sokongan lebih rendah daripada Umno.
'Sekarang ini kita sedang mengejar (mereka)... sudah dekat dah, tapi saya tidak akan dedahkan,' katanya.
Para pemerhati politik yang dihubungi semalam melihat beberapa isu, termasuk kedaulatan institusi raja, kekurangan pendedahan di kalangan penduduk kampung kepada media selain daripada media arus perdana, dan dakwaan calon PAS sebenarnya calon Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebagai faktor yang menarik pengundi Melayu daripada PAS kepada Umno.
Datuk Mustafa, bagaimanapun, menolak andaian itu sambil menekankan bahawa jumlah pengundi yang berbelah bahagi terhadap isu institusi raja hampir sama.
Namun, penekanan isu perkauman yang sering ditimbulkan UmnoBN kepada pengundi Melayu - contohnya, penyebaran risalah 'Melayu Mesti Bijak Berpolitik' yang menggesa para pengundi Melayu di sana agar mengambil 'iktibar' daripada apa yang berlaku dalam senario sejarah politik Singapura - jelas memperlihatkan Umno sanggup melakukan apa sahaja untuk memancing undi Melayu.
Ini, walaupun fakta yang diberikan dalam risalah itu bercorak negatif dan tidak objektif terhadap negara jirannya itu.
Namun, adanya pandangan di kalangan sesetengah pengundi Melayu bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar 'dianiayai' jentera BN boleh mengubah haluan pengundi Melayu terhadap PAS atas dasar simpati.
'Menjelang 7 April ini kita akan menutup jurang itu, insya-Allah. Bagaimanapun, dari segi sokongan pengundi Cina dan India di Bukit Gantang, PAS masih lagi mendahului BN,' kata Datuk Mustafa.
Berdasarkan beberapa pilihan raya lalu di kawasan berkenaan, undian Melayu hampir sama rata antara BN dengan PAS
Pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, 53 peratus pengundi menyokong BN, dan jika jentera Umno menjalankan tugasnya dengan baik, ia mungkin dapat menambat hati lebih ramai pengundi Melayu - lebihlebih lagi jika isu tengkarah pembangkang terhadap institusi diraja ditimbulkan dengan kerap.
Satu tinjauan Merdeka Centre baru-baru ini menunjukkan sebahagian besar tidak menyokong peralihan kuasa negeri Perak melalui lompat parti, tetapi lebih condong kepada diadakan pilihan raya untuk menghurai masalah perlembagaan negeri itu.
Namun, ia juga menunjukkan bahawa 50 peratus orang Melayu melihat peranan Istana mencerminkan keinginan rakyat, manakala 36 peratus menyatakan krisis politik di Perak itu akan menguntungkan pembangkang.
Satu lagi, perubahan kepimpinan dan pembaharuan yang cuba dibawa BN, serta penyertaan semula Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Umno dijangka berita positif dan pendorong kepada pengundi Melayu yang masih menyokongnya untuk mengundi Umno.
Berdasarkan tinjauan rambang ke atas beberapa penduduk, ia satu kemungkinan yang tidak boleh diambil ringan.
Yang jelas, sokongan pengundi Melayu menjadi tumpuan BN dan PAS.
Kedua-dua parti, khususnya PAS, dijangka gigih menambat hati pengundi Melayu dalam dua tiga hari ini.
Undi Bukan Melayu
Mereka, khususnya pengundi Cina dan India, difahamkan menjadi tunggak kekuatan PAS di Bukit Gantang sejak pilihan raya umum Mac tahun lalu.
BN pula mengakui ia memerlukan lebih masa bagi menarik sokongan masyarakat Cina berbanding pengundi Melayu dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang.
'Masyarakat Melayu agak mudah. Masyarakat Cina, mengambil masa sedikit. Sebab itu kita perlu memberikan penjelasan, bercakap dengan mereka, berjumpa dengan pemimpin masyarakat mereka,' kata Tan Sri Muhyiddin malam kelmarin.
Ada lebih 15,000 pengundi Cina berdaftar di kawasan Parlimen Bukit Gantang, manakala pengundi India pula membentuk lebih 5,000 orang.
Bagi BN, fokusnya ialah untuk memancing peratusan undi lebih besar di kalangan 36.2 peratus pengundi itu.
Namun, difahamkan bahawa calon PAS-Pakatan Rakyat (PR) telah bekerja keras dan berupaya menguasai sebahagian besar peratusan pengundi itu.
Maklumlah, Datuk Seri Mohammad Nizar fasih berbahasa Cina dan Tamil.
Setakat ini, calon PAS-PR dilihat mendahului pesaing lain.
Akhir kata...
Berdasarkan isu-isu yang ditimbulkan dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan seringnya penekanan diberikan terhadapnya, memancing undi Melayu adalah penting bagi BN dan PAS.
Malah, ia boleh menjadi penentu keputusan pilihan raya kali ini.
Sejauh ini, isyarat daripada kempen-kempen BN dan PAS menunjukkan bahawa pihak pembangkang perlu bekerja lebih keras untuk merebut kerusi parlimen kawasan itu daripada BN.
Namun, sedang masing-masing mempunyai peluang sama rata, perkembangan saat-saat akhir kempen mungkin tetap condong kepada pihak pembangkang Selasa ini
Friday, April 3, 2009
Islam Mekar diseluruh dunia

DAHULU, umat Islam pernah tertindas masa empayar tsar Russia, diikuti zaman komunis Soviet Union (1917-1989) tetapi kini tidak lagi.
Terdapat 20 juta Muslim di Persekutuan Russia (15 peratus daripada 140 juta jiwa penduduknya) yang seluas 17 juta kilometer persegi iaitu negara terbesar di dunia.
Tidak seperti kebanyakan warga Muslim di sejumlah negara Eropah, umat Islam Russia bukanlah asal kaum pendatang asing.
Mereka boleh disifatkan sebagai 'anak negeri' dan tidak dapat lagi diasingkan daripada denyutan nadi kehidupan masyarakat dan negara Russia.
Pada Sukan Olimpik Beijing tahun lalu, daripada 23 pingat emas yang diraih pasukan Russia, 10 pingat emas merupakan sumbangan ahli sukan Muslim.
Kebanyakan Muslim Russia tinggal di kawasan Volga-Ural dan Caucasus Utara. Terdapat juga tebaran Muslim di kota besar Russia seperti ibu kota Moscow dan Saint Petersburg (pernah dinamakan Leningrad).
Bahkan sebagai persekutuan, Russia mempunyai tujuh negeri dengan majoriti Muslim iaitu Bashkortostan dan Tatarstan (keduaduanya dalam rantau Volga-Ural), Chechnya (yang pernah cuba merdeka daripada Russia), Ingushetia, Dagestan, Kabardino-Balkaria dan Karachay-Cherkessia (selebihnya di kawasan banjaran Caucasus Utara).
Agama Islam tersebar ke Russia dari selatan melalui Dagestan pada pertengahan abad ketujuh Masihi.
Panglima Abdul Rahman ibn Rabiah (dari kerajaan Bani Umayyah) telah memimpin tenteranya sehingga Caucasus Selatan setelah mengambil alih Farsi (kini Iran) dan Baitulmakdis.
Maka terbentuklah sebuah negeri majoriti Muslim yang pertama di rantau Eropah-Asia iaitu Volga Bulgaria pada 922. Dari sinilah Islam tersebar ke timur Russia sehingga kawasan dingin Siberia.
Sumbangan Islam kepada tamadun Russia amat besar sehingga ciri-ciri seni bina istana dan gereja turut terpengaruh.
Gelombang kedua penyebaran Islam di Russia berlaku di sebalik serangan tentera Mongol pimpinan Jusi Ulusi atau Altan Ordon dari utara Mongolia pada 1242. Mereka dengan kejam telah menguasai Caucasus dan Dagestan.
Namun kaum Mongol yang kasar dan bengis itu akhirnya dapat dijinakkan oleh ajaran suci Islam.
Pada abad ke-15 Masihi, muncul kerajaan Islam di rantau Caucasus dan Volga. Namun Islam tidak berkembang di jalur ke barat iaitu dari Moscow dan Kiev (ibu kota Ukraine) yang dihuni kaum Slav yang beragama Kristian.
Namun, tamadun Muslim merosot pada awal abad ke-16 dan dikuasai oleh kaisar Russia.
Pada 15 Oktober 1552, Kerajaan Kazan, kerajaan terkuat majoriti Muslim, dikalahkan oleh kaisar Russia yang cuba menyebarkan ajaran Kristian. Sejak pertengahan abad ke-18, Muslim Russia dilarang keras daripada beribadah, membangun masjid dan madrasah.
Suasana penindasan itu memuncak ketika Revolusi Bolshevik pada 1917 yang menjadikan seluruh Russia dan republik-republik Asia Tengah menjadi sebuah empayar komunis yang dipanggil Soviet Union. Ramai Muslim dibunuh atau dibuang negeri sehingga ke Siberia.
Namun akhirnya komunisme Russia tumbang dengan sendirinya pada 1989. Seluruh republik Asia Tengah yang bermajoriti Muslim telah merdeka.
Bagaimanapun, sejumlah republik majoriti Muslim dalam Russia masih terus disekat walaupun berlaku pemberontakan di Chechnya dan Dagestan.
Sejak Soviet berkecai, muncul Persekutuan Russia yang cuba mendakap demokrasi dan hak asasi termasuk memberikan kebebasan beragama.
Difahamkan Islam terus berkembang dan menarik ramai penganut baru kerana sistem komunisme meninggalkan kekosongan dalam jiwa rakyat Russia.
Dalam pada itu, penduduk Kristian Ortodoks Russia pula mengalami kemerosotan pertumbuhan.
Hal ini bak mencabar pemerintah Russia pimpinan Presiden Dmitry Medvedev dan Perdana Menteri Vladimir Putin yang asalnya ateis tetapi kembali menjadi pemeluk Kristian Ortodoks.
Terdapat unjuran bahawa umat Islam mungkin menjadi majoriti rakyat Russia dalam tempoh dua dekad. -- IslamOnline
Thursday, April 2, 2009
Budu lawan penuaan
MUNGKIN perkataan budu agak janggal atau dipandang sepi sesetengah orang.Namun bagi peminat fanatik, ia dianggap makanan tradisi yang wajib ada dalam menu harian mereka.
Percayakah jika dikatakan budu iaitu sejenis cairan yang diperam dalam tempoh tertentu bersama ikan bilis atau pekasam lain dan enak dicicah bersama ulam-ulaman, boleh dijadikan antara medium terbaik untuk mencantikkan wajah seseorang?
Barangkali ada pihak yang tersenyum sinis namun kajian sekumpulan penyelidik di Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) membuktikan ia mampu direalisasikan.
Menurut Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek, kajian terhadap budu menunjukkan ia mempunyai potensi tinggi dalam pertumbuhan sel kulit.
Selain membentuk sel biak terbaik terhadap kolagen serta bersifat elastin, budu dikatakan mempunyai nisbah 50 peratus dalam membantu dari segi antipenuaan.
"Berdasarkan penyelidikan terperinci mengenainya, proses sintesis terhadap kolagen didapati lebih baik daripada vitamin C berdasarkan kandungan makanan itu.
"Kulit perlu dilindungi daripada elemen negatif selain mengimbangi sel manakala bahan berkenaan juga mampu melindungi daripada pancaran ultra ungu matahari," katanya.
Menurutnya, Sirim sedang mencari pelabur atau peniaga dalam bidang kosmetik untuk melariskan formula yang dirintis.
Katanya, budu keluaran Ketereh antara ramuan tertua dan begitu sinonim dalam sajian makanan di negeri Pantai Timur, malah menjadi sajian di seluruh Semenanjung Malaysia.
Menggunakan BK sebagai singkatan Budu Kelantan atau Budu Ketereh pada rumusan produk yang bakal dilonjakkan, beliau berharap impian untuk melihat budu menjadi jenama popular satu hari nanti bukan hanya terbatas di Malaysia, bahkan melonjak ke luar negara.
Dia turut menafikan kesan penggunaan budu boleh menyebabkan kegatalan pada kulit atau menimbulkan bau kurang menyenangkan.
Baginya, kebanyakan produk berjenama dunia yang eksklusif juga mengandungi bauan yang tidak enak.
Menurutnya, penemuan saintifik yang diolah dengan bioteknologi terkini untuk menyah bauan yang kurang disenangi boleh dilakukan dengan campuran ekstrak tertentu.
Ramuan yang terdapat dalam budu mempunyai kandungan tertentu turut bergabung dengan ekstrak lain yang bersifat bebas radikal, tiada campuran kimia atau bahan pengawet yang memudaratkan tubuh.
Katanya, unsur yang digunakan seperti raksa atau plumbum diselitkan dan diseimbangi dalam tahap yang dibenarkan Kementerian Kesihatan.
"Kami berhasrat mensasarkan produk ini di kalangan masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang sendiri sebagai sasaran utama memandangkan budu berasal dari negeri itu. Tetapi kami tidak menolak jika ada pengusaha lain yang meyakinkan untuk menaik taraf budu ini ke tahap lebih tinggi.
"Keyakinan kami didukung kuat oleh sifat masyarakatnya yang sinonim dengan makanan berkenaan selain menunjukkan sikap jangan perlekehkan budu kerana ia mampu menjadi bahan terpenting dalam produk kecantikan.
"Bukan sekadar makanan, tetapi ia sekali gus mampu melakar sejarah tersendiri dalam dunia kecantikan yang tiada sempadan. Namun, kami ada cara dalam melonjakkannya untuk menjadi jenama terkenal dan perkataan budu itu tidak akan ditekankan jika dikhuatiri mengundang pandangan negatif segelintir masyarakat terhadapnya.
"Mungkin pendekatan yang diguna pakai untuk lebih komersial adalah proses penapaian bahan berasaskan marin untuk penggunaan kosmetik. Kami percaya ia akan melindungi atau memberi kesan terhadap pembaikan kulit secara perlahan-lahan.
"Berdasarkan kajian, keluaran yang baik adalah produk yang tidak memberi kesan terlalu cepat terhadap kulit wajah seperti didakwa sesetengah pengusaha produk kecantikan. "Mungkin ada bahan campuran kimia tertentu dan pengguna harus ada pengetahuan mengenai produk supaya tidak memberi kesan buruk kelak.
"Sebenarnya, kesan melebihi tiga minggu lebih memberi kesan berpanjangan bagi kebaikan kulit wajah," katanya.
Sebagai pertubuhan yang dipertanggungjawabkan terhadap aspek mutu atau piawaian dalam jenama atau pembuatan bahan di negara ini, Sirim turut meletakkan syarat tertentu kepada mana-mana syarikat yang bakal terpilih untuk meletakkan jenama berkenaan pada tahap sewajarnya kerana pelbagai aspek diambil kira sebelum 'menjual' formula itu kepada pihak pembeli.
Lebih membanggakan, usaha lapan penyelidik Sirim itu turut mendapat penghargaan di Jepun ketika persidangan di negara itu baru-baru ini yang mengiktiraf usaha dilakukan kumpulan penyelidik berkenaan yang dikatakan antara penyelidikan terbaik.
"Sebenarnya sewaktu menghadiri seminar dan membentangkan hasil penyelidikan di Jepun, kita berasa jauh ketinggalan dalam aspek teknologi berbanding negara lain termasuk Korea. Tetapi ia tidak menjadi halangan kepada kami untuk terus mengkaji pelbagai lagi penemuan baru untuk diketengahkan.
"Apa yang terpenting, aspek bioteknologi amat penting dalam memastikan ia bebas bahan kimia yang boleh memberi kesan tidak baik kepada tubuh seseorang. Untuk itu, kajian kami lebih mengutamakan aspek bahan tempatan yang boleh dikomersialkan," katanya.
Menurutnya, jika beberapa jenama kecantikan dari luar negara begitu terkenal menggunakan bahan penapaian atau yang diperam bahkan ada yang berbau busuk, dia menyangkal BK yang menjadi penemuan pertama Sirim akan ditolak.
Sebagai ketua penyelidik, Hamidah tidak menolak tanggapan mungkin budu menjadi penyebab beberapa aspek lain seperti kebanyakan wanita Kelantan mempunyai tekstur kulit lebih menarik atau ia mungkin atas faktor genetik.
"Mungkin kajian pihak lain boleh membuktikannya apabila ada yang mengatakan ramai golongan cerdik pandai terdiri daripada orang Kelantan mungkin disebabkan budu menjadi sarapan mereka.
"Ia ada seribu kemungkinan cuma kajian kami hanya menjurus kepada budu sebagai satu aspek penapaian yang boleh jadi formula menarik dari aspek kecantikan," katanya.
Artikel dari: MyMetro
piz: No comment!!! Hehehe


