Khabar dari Situ Sana Sini
-
Kekebalan Gua Telah DItarik Balik - Bhai..... selama lebih dari 17 tahun gua menulis dalam Internet.... dengan berbekalkan kekebalan (immuniti) dari Jabatan "E" Bukit Aman...... akhirnya sem...22 minutes ago
-
[LIVE] Himpunan Black505 Di Kota Sarang Semut, Kedah - Himpunan Black 505, peringkat negeri Kedah malam ini yang pada awalnya dijadualkan di Stadium Sultan Abdul Halim dipindahkan ke Kompleks PAS Kedah, Batu 9...27 minutes ago
-
Kenyataan Media Polis Diraja Malaysia berkaitan Adam Adli bin Abdul Halim - *Suara Rakyat Suara Keramat* *Suara Rakyat Suara Keramat* Kenyataan Media Polis Diraja Malaysia berkaitan Adam Adli bin Abdul Halim [image: Kenyataan Media ...40 minutes ago
-
Vigil for Adam Adli continues - The vigil for detained student activist Adam Adli continues. @latheefakoya speaking to the hundreds gathered outside the lokap berpusat KL! Free AdamAdli n...1 hour ago
-
PKR dakwa pegawai SPR buka beg kertas undi - 11 Rejab 1434 H. [MOD] - - Seorang pemimpin cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya membuka beg mengandungi k...5 hours ago
-
Analisa PRU13, Bandar VS Luar Bandar! - Antara analisa yang dijalankan oleh PoleTweet.Org BN menguasai Kerusi di Luar Bandar manakalah PR pula hamper merangkumi semua kerusi Bandar! Terb...5 hours ago
-
Isu Perlantikan Exco Selangor: DAP dan PAS Bergaduh? - Maka riuhlah media arus perdana milik BN yang ingin sangat memberikan gambaran bahawa DAP dan PAS sedang bergaduh bagi merebut kerusi exco di Selangor. Dik...1 day ago
-
-
Boycott The Chinese Are You Mad Or Stupid ? - Hantu Laut About 20 Muslim/Malay NGOs have called for boycott of products made by Malaysian Chinese companies. I am not sure whether these people understa...1 day ago
-
Where does Malaysia go from GE13? - SOME countries move from relatively democratic systems to more authoritarian ones such as Malaysia in the 1970s. Others from authoritarianism toward democr...1 day ago
-
The article deleted by Al Jazeera English: The last of the Semites - The last of the Semites Last updated: 14 May 2013 It is Israel's claims that it represents and speaks for all Jews that are the most anti-Semitic claims ...1 day ago
-
SOALAN YANG PERLU JAWAPAN - *NOTA* paling menarik ialah maklumat tentang india penduduk 1.1 bilion menteri kabinet hanya 32 orang dimalaysia penduduk 28 juta menteri kabinet 35 orang...3 days ago
-
MALAYSIA CANNOT GET A DUMBER CANDIDATE AS HOME MINISTER AS THIS ONE - [image: Ahmad Zahid Hamidi photo zahidhamidi-1_zpsdc4cc0d1.jpg]4 days ago
-
FIRST PAST THE POST - *Jah..aku menang badminton final lawan Najib. Aku dapat 59 mata, Najib 45 je!!! Yey yey aku menang! Errmm..Bang Non, Jah fenin ni! Najib menang 2 set, han...6 days ago
-
Najib Tuduh Orang Cina Untuk Menutup Kelemahan 1Malaysia - Kenyataan Media V.Sivakumar Timbalan Pengerusi DAP Perak di Pulau Pangkor pada 10/5/2013 Najib Tuduh Orang Cina Untuk Menutup Kelemahan 1Malaysia ...6 days ago
-
NGO Melayu Suruh Boikot Bisnes Cina? - Beberapa NGO Melayu tampil menggesa kaum itu memboikot perniagaan dan produk terkenal milik pengusaha Cina kerana didakwa mendanai pembangkang dalam pilihan ...1 week ago
-
BUBAR SAHAJA MCA - Pilihanraya kali kini kurang meriah jika hendak dibandingkan dizaman Pak Lah pada tahun 2008 --zaman sentimen menghukum pemimpin kata beberapa kenalan yang p...1 week ago
-
Polis tiga negara tangkap penjenayah berkaitan kecurian berlian 50 juta dolar - Brussels - Polis dari tiga negara, yakni Belgium, Perancis dan Swiss melakukan penangkapan massal terhadap para pelaku pencurian berlian spektakuler seni...1 week ago
-
Jangan Lupa Tuntutan BERSIH! - Semua orang bersemangat nak hadapi pilihanraya.. Semua orang yakin PR boleh menang pilihanraya umum kali ni.. Tapi terlupakah semua orang dengan 8 Tuntutan...5 weeks ago
-
"Allah" Tidak Diperjuangkan, Putrajaya Segalanya - PAS & DAP sering saling menuduh dan yang pastinya kita pengundi dapat lihat dengan jelas bahawa DAP konsisten dengan ungkapan dan polisi meeka. Contoh t...3 months ago
-
PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi - Pengunjung Pasar Sehari Pekan Bagan Datoh dikejutkan dengan kedatangan ramai pimpinan PAS dan PKR dari negeri Perak dan Kawasan Bg Datoh. Kunjungan mereka ...5 months ago
-
Cara mengatasi ganguan untuk melayari MediaPerak.Com - Bertarikh 20 oktober 2012 mediaperak.com telah mengalami masalah suapan tapak.Pembaca akan mengalami kesukaran untuk memasuki atau melayari web kami.Buat s...6 months ago
-
SINGAPORE MEMBER OF PARLIAMENT SHOWN THE EXIT - It does not come as a surprise to me when told that Worker’s Party of Singapore and Hougang MP Yaw Shin Leong (35) was expelled from the party Wednesday fo...1 year ago
Tuesday, March 31, 2009
Luasnya NERAKA........
kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &
semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH..
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,
namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah
segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....
Luasnya Neraka
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang
kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan
berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:
"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan
selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun
sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam
gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus
engkau dengan hak,andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar
penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya
yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg
kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun
yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.Wallahua'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk".
Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
Insiden 'rampas mikrofon' di Masjid Ikhwaniah Simpang

Wednesday, March 25, 2009
Status Wanita
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh
Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga...
Rasullullah SAW bersabda ' Tiada si bujang di dalam syurga' (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.'
2.Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin
sesudahnya.
'Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada
ahli syurga'
3.Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga
'Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan
suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan
serorang daripada lelaki yang masuk syurga.'
4.Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
'Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya
suaminya masuk syurga'
5.Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya
'Wanita ini akan tetal bersama suaminya yang dikahwini di dunia
sekiranya suaminya masuk syurga'
6.Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya
'Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang
terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin.
Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. 'wanita adalah kepunyaan
suaminya yang terakhir'.
Siapa ingin bela kematian P ramlee

Tuesday, March 24, 2009
405 Club?

Datuk Seri Mohd Nizar calon PAS di Bukit Gantang

Monday, March 16, 2009
nik normadihah buktikan gen ~budu pun hebat~

Sunday, March 15, 2009
Tahniah buat semua...

Pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan, tetapi mungkin tak masuk dalam senarai kot...sebab sekolah Agama di bawah kerajaan Negeri Kelantan (YIK) kan...
SPM: Pelajar Maahad Perempuan dapat 20A
KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.
Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.
Dengan keputusan itu Nik Nur Madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di Kelantan dalam peperiksaan terbabit.
Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).
Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 memperolehi keputusan 17A.
Manakala Suhazlinda Ghazali diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila memperolehi pencapaian 10 mumtaz dalam peperiksaan itu tahun lepas.
Hadir sama pada majlis penuh bersejarah tersebut, ibu Nik Nur Madihah, Mariani Omar, 42 dan ayahnya Nik Mohammad Kamal.
Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ustaz Zakaria Mohamad dan penolong-penolong pengarah Yik, tenaga pengajar sekolah terbabit, pelajar serta ibu bapa serta pelajar cemerlang SPM 2006, Siti Fatimah.
Mohd Amar ketika mengumumkan keputusan berkenaan berkata, sebanyak 17 sekolah Yik memperolehi keputusan peperiksaan 100 peratus dalam SPM termasuk Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang pertama kali menduduki SPM.
Katanya, dua pelajar Maahad Tahfiz Sains mendapat 11A.
“Pencapaian keseluruhan membanggakan memandangkan tahun 2007 hanya 15 sekolah Yik memperolehi kelulusan 100 peratus,” katanya.
Beliau juga berkata, seramai tiga pelajar memperolehi keputusan 13A, 11 orang (12A) dan lima orang (11A).
Kata beliau secara keseluruhannya pencapaian peperiksaan SPM 2008 meningkat sebanyak 2.45 peratus apabila melonjak kepada 98.01 peratus.
Mohd Amar juga meluahkan rasa kecewa apabila keputusan peperiksaan tersebut lewat diumumkan kerana kurang mendapat kerjasama pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPN).
Difahamkan pegawai JPN melengah-lengah penyerahan slip keputusan sekolah agama kepada pegawai Yik yang datang mengambil keputusan tersebut pagi tadi. 
“Tak perlulah kita nak sorok atau rahsiakan kejayaan pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Apa salahnya kalau dimaklumkan awal kepada kami,” ujarnya.
Mohd Amar juga berkata, antara rahsia kejayaan pelajar agama di bawah Yik kerana tidak pernah membelakangkan syariat dalam semua hal termasuk pendidikan.
“Namun sikap pihak tertentu yang memperlekehkan sekolah agama dan hari ini mereka melihat sendiri kejayaannya,” kata beliau.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Pelajar cemerlang Maahad Lelaki dapat 12A1
KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Tidak mengabaikan pelajaran di mana sahaja berada menjadi resepi kejayaan buat Muhammad Afnan Mohd Fakrurazi, pelajar terbaik Maahad Muhammadi (Lelaki) dalam peperiksaan SPM 2008.
Beliau mendapat keputusan cemerlang iaitu 12A1 dan 1A2.Manakala rakannya Muhammad Zulfadhli Mahadi pula mendapat 11A1 dan 2A2, Muhamad Syiham Rosli (11A1 dan 1A2) dan Aimatnuddin Husairi Hussain (11A1 dan 1A2).
Turut mendapat keputusan cemerlang Ahmad Zulfahmi Sha�ari (11A1 dan 1A2), Muhammad Firdaus Mazri (10A1 dan 2A2), Mohd Naim Kamaruddin (10A1, 1 A2 dan 1 B3), Mohd Hilmi Mohd Rosli (7A1, 5A2 dan 1B3).
Manakala Mohammad Haseef Izani mendapat 6A1, 5A2 dan 2B3 dan Wan Muhammad Adlan Wan Muhammad (7A1, 4 A2 dan 1 B3).
Pengetua Maahad Muhammadi (lelaki), Zainuddin Che Ismail berkata, pencapaian tahun lepas meningkat berbanding sebelumnya, dan berharap ia dapat ditingkatkan lagi tahun ini.
Sementara itu, pelajar terbaik Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekolah itu Ahmad Hamidi Hussain mendapat 10 Mumtaz.
Pelajar cemerlang lain ialah Ahmad Shakir Muhammad Faleh (9 Mumtaz dan 1 Jayyid Jiddan), Ahnaf Wafi Alias (9 Mumtaz dan 1 Jayyid Jiddan), Muhamad Za'imul Umam Shamsudin (9 Mumtaz dan 1 Jayyid Jiddan).
Umar Muhammad Malcom (9 Mumtaz dan 1 Jayyid Jiddan), Muhamad Najib Muhamad Azani (8 Mumtaz dan 2 Jayyid Jiddan) dan Mohd Faiq Ab Rahim (8 Mumtaz dan 2 Jayyid Jiddan).
Ahmad Hamidi ketika ditemui berkata, beliau sentiasa meletakkan dirinya dalam keadaan tidak relaks dan bertungkus lumus dari awal lagi.
"Selain itu, berbincang dengan kawan. Kita hendaklah yakin dengan teknik perbincangan selain yakin dengan ajaran guru," katanya.
Manakala Muhammad Afnan berpendapat teknik belajar hendaklah lebih bersistematik.
"Jangan terlalu rasa tertekan dengan pelajaran. Hendaklah sembahyang hajat setiap hari, dan sebelum pergi sekolah dan sebelum memasuki peperiksaan hendaklah sembahyang sunat Isyraq," katanya.
Muhammad Syiham berkata, belajar hendaklah fokus kepada subjek dan jangan bertangguh menyiapkan kerja sekolah. - mj_
http://www.harakahdaily.net
piz: Tahniah buat semua adik-adik yang berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan STPM, STAM dan SPM 2008, teruskan perjuangan dan perjalanan untuk terus cemerlang, tidak diiktiraf pun takpe... yang pasti: من جد وجد ....
Teringat pulak, kali pertama tengok berita malam (12 Mac 2008) kat tv3, cakap pelajar cemerlang keseluruhan dari negeri Kelantan ni pelajar dari SMA Naim Lilbanat... terkejut jg ambo sbb tengok ada Nik Amar pulak kat majlis tu... tup tup, malam keesokannya (13 Mac 2009), tetiba cakap Nik Madiha ni pelajar dari SMA Maahad Muhammadi Lilbanat... pulak dah... emmm orang bersalah memang gtu... Benda berkait dengan pendidikan macam ni pun boleh buat macam ni,, kalau benda lain... tak tau nak kata la...
Friday, March 13, 2009
MENILAI FENOMENA MELAYU BIADAB

Ungkapan ini baru ditimbulkan Sultan Selangor sebagai cetusan rasa kecewa dan murkanya terhadap pergolakan politik mutakhir di Malaysia.
Menurut Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pergolakan itu menimbulkan sikap dan tindakan tidak lagi menghormati raja dan institusi beraja. Inilah yang beliau maksudkan sebagai biadab.

Agak menarik apabila beliau memilih memakai istilah 'biadab' dan bukannya 'derhaka'.
Dalam zaman moden, dengan lebih ramai orang terdedah kepada pemikiran liberal dan fahaman demokrasi, 'derhaka' kepada raja yang dilihat sebahagian pihak sebagai dosa, mungkin tidak dilihat demikian oleh sebahagian pihak yang lain. Bahkan, si penderhaka kepada raja itu mungkin pula disanjung sebagai wira yang membela kepentingan masyarakat umum.
Sebaliknya, istilah 'biadab' yang membawa makna 'tidak ada budi bahasa, tidak beradat' (Kamus Dewan, 1970) berkemungkinan akan dapat lebih memenangi simpati dan sokongan sosial orang ramai. Ia juga membawa makna negatif yang lebih berat ke atas pihak yang dikenakan dengan istilah itu.
Sebabnya, 'biadab' tidak pernah terpakai dalam menggambarkan ciri jati diri orang Melayu. Orang Melayu, sebaliknya, lebih banyak digambarkan, dan dikenali, dengan ciri sopan santun dan berbudi bahasa.
Kuek rumah karano sendi,rusak sandi rumah binaso, kuek bangso karano budi, rusak budi hancuahlah bangso! (Kuat rumah kerana sendi, rosak sendi rumah binasa; kuat bangsa kerana budi, rosak budi hancurlah bangsa!)
Tenas Effendy, seorang lagi budayawan Melayu Nusantara, turut menggambarkan sikap berbudi bahasa orang Melayu dalam puisi epiknya, Nasib Melayu (diterbitkan semula dalam terjemahan Inggeris dalam buku Contesting Malayness - Malay Identity Across Boundaries, suntingan Timothy P. Barnard, 2004). Antaranya, Pak Tenas menyifatkan orang Melayu takut melawan balik kerana tidak mahu dilihat sebagai biadab.
Bahkan Sir Frank Swettenham sendiri menulis mengenai orang Melayu (dalam bukunya Perihal Orang Melayu, terjemahan Zubaidah Ibrahim, 2003), sebagai 'bersifat baik hati, gerak-gerinya sopan dan senang berbicara'. Swettenham ialah ketua residen Negeri-negeri Melayu Bersekutu (yang pada masa itu sebahagian daripada Jajahan Takluk British), 1896-1901.

Ini disebabkan 'raja' merupakan satu ciri penting yang menjadi asas kepada pengenalan jati diri orang Melayu di Malaysia, selain daripada dua ciri yang lain, iaitu bahasa (Melayu) dan agama (Islam).
Ciri-ciri tersebut dirumuskan oleh Profesor A. B. Shamsul dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam beberapa esei yang memperkatakan isu pembentukan jati diri di Malaysia.
Maksudnya, jati diri orang Melayu Malaysia akan terjejas jika salah satu atau semua ciri yang menjadi asas kepada jati diri mereka itu tercabar.
Adakah kehadiran orang Melayu biadab itu satu fenomena bersifat sementara atau kekal?
Kalau ia hanya satu fenomena sementara, ciri itu belum boleh menjadi satu ciri jati diri orang Melayu.
Ciri itu mungkin akan terhakis dengan tamatnya peristiwa yang menjadi latar belakang yang menghasilkan ciri tersebut. Dalam konteks di Malaysia, ini dimaksudkan dengan berakhirnya pergolakan politik di antara pemimpin dengan pendukung parti-parti politik yang bertelingkah berebut kuasa dengan melibatkan raja dan institusi raja.
Memang sikap biadab dalam maksud 'tidak berbudi bahasa', secara umumnya tidak disenangi atau dialu-alukan. Oleh itu, wajar bagi semua orang menghindarinya. Ertinya, dalam berhadapan dengan sebarang situasi yang amat tidak disenangi pun, termasuk yang bersifat mungkar dan berbahaya, harus bagi seseorang itu menanganinya dengan cara yang terbaik atau mengurangkan kemudaratan.
Bagaimana pula dalam mentafsirkan biadab sebagai sikap 'tidak beradat'? Adat bagaimanakah, atau adat yang manakah, yang harus dipatuhi dan yang tidak harus dipatuhi?
Di sinilah akan timbul masalahnya.
Jika tidak menghormati raja (dalam konteks di Malaysia), atau pemimpin (dalam konteks kehidupan orang Melayu yang tidak mengamalkan sistem beraja seperti di Singapura), secara tuntas dianggap biadab kerana menggambarkan sikap 'tidak beradat', ini pastinya akan menimbulkan persoalan yang rumit.
Bukankah adat itu sendiri dipelihara dan dimajukan demi kemaslahatan dan kebajikan seluruh bangsa?
Wednesday, March 11, 2009
Global economy will shrink for first time since WW2

NEW YORK, March 9 – The World Bank said Sunday that the global economy will shrink this year for the first time since World War II and that the global financial crisis will make it tougher for poor and developing nations to access needed financing.
Trade is forecast to fall to its lowest point in 80 years in 2009, as economic hardship ripples across the globe, the bank said. The most drastic trade slowdowns are expected in East Asia, where growth had been robust, the bank said in a paper prepared for a meeting of finance ministers and central bank officials next week.
The impact on the poorest countries will be severe, the bank said, predicting that a group of 129 countries face a shortfall of $270 to $700 billion this year.
The bank, which offers low-interest loans and grants to developing nations, warned international financial institutions will not be able to cover even the low end of that estimate.
Only one-quarter of those vulnerable countries will be able to ease the economic downturn through job creation or “safety net” programmes, the bank said.
The ramifications of the growing financial crisis on the world’s poorest nations will likely remain for some time, the bank said.
Because richer nations are borrowing more, developing nations are being squeezed out and many financial organizations that have provided financing to lower-income countries “have virtually disappeared.”
Developing countries that are still able to get credit will face higher borrowing costs and lower cash flow which will lead to weaker investment and slower growth, the bank said.
To ease the burden on developing nations, the bank urged cooperation from developed nations, global institutions and the private sector.
“We need to react in real time to a growing crisis that is hurting people in developing countries,” World Bank Group President Robert B. Zoellick said. “This global crisis needs a global solution and preventing an economic catastrophe in developing countries is important for global efforts to overcome this crisis. We need investments in safety nets, infrastructure, and small and medium size companies to create jobs and to avoid social and political unrest.”
Developed countries should spend some of their billions in stimulus funds in poorer nations to ease the burden on those countries, World Bank Chief Economist and Senior Vice President Justin Yifu Lin said.
“Clearly, fiscal resources do have to be injected in rich countries that are at the epicentre of the crisis, but channeling infrastructure investment to the developing world where it can release bottlenecks to growth and quickly restore demand can have an even bigger bang for the buck and should be a key element to recovery,” Lin said. – AP
Tuesday, March 10, 2009
Hal Ehwal Ekonomi Semasa

LAPORAN terbaru Bank Dunia menggambarkan dilema banyak negara berkembang yang kekurangan antara AS$270 bilion dengan AS$700 bilion akibat kemerosotan dagangan dan pelaburan daripada negara maju. Negara berkembang atau juga disebut negara sedang membangun membentuk dua pertiga atau 129 negara di dunia. Masalah mereka perlu mendapat perhatian pertemuan sekumpulan 20 negara (G20) pada 2 April ini. China, India, Indonesia dan Arab Saudi turut serta pada pertemuan ini.
Setakat ini, Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) telah mengeluarkan berbilion dolar untuk menampung keperluan pembangunan negara berkembang ketika sebelum kegawatan. Kini, dengan kian sedikit suntikan wang daripada negara maju, keupayaan dua agensi bantuan kewangan jagat itu tentulah semakin terhad. Krisis kali ini, yang terburuk sejak Zaman Kemelesetan 1929, menjejas pendapatan eksport dan kiriman wang daripada para pekerja negara berkembang yang menetap di negara maju. Bahkan kemungkinan besar pekerja terbabit disuruh kembali ke negara asal dan sekali gus menimbulkan masalah sosial yang besar.
Dek bebanan hutang yang sampai tempoh matangnya di kebanyakan negara berkembang, ada kemungkinan besar timbul krisis keyakinan. Kebanyakan hutang negara berkembang diberikan menerusi Bank Dunia atau IMF atau bank negara maju. Selain hutang pemerintah, negara berkembang juga menanggung hutang syarikat yang dijangka mencecah AS$3 trilion.
Adakah Dunia Maju terus berdiam diri saja dan mengutamakan kebajikannya saja? Persoalan inilah yang ditimbulkan Bank Dunia agar keprihatinan dan kepedulian jagat diperteguh. Dasar perlindungan negara maju untuk menyuntik ekonomi dengan produknya saja tentu akan menjejas negara-negara berkembang atau miskin. Kegawatan ini hanya dapat diatasi dengan menyemarakkan perdagangan yang bermakna menjamin dan menjana pekerjaan di setiap negara. Dalam pada itu, bantuan segera perlu dihulurkan kepada negara yang mengalami kebuluran atau dilanda petaka alam dan krisis kepimpinan. Ujian perikemanusiaan jagat kini berada di tahap amat perih. Tanpa kerjasama antarabangsa yang dipimpin oleh liga negara maju untuk menghulurkan bantuan dan menggalak pelaburan, nestapa dunia akan berterusan.
Saturday, March 7, 2009
Change slow in coming in Malaysia a year after historic vote.

Kemelut Perak tidak selesai dibawah pokok

Oleh Darwis Said
PERAK sedang menjalani tempoh kegawatan yang belum pernah dihadapi dalam sejarahnya.
Negeri di barat laut Malaysia itu sedang menghadapi pergolakan politik dan perlembagaan yang dijangka berterusan tanpa huraian bernas dalam masa terdekat.
Malah, bahang pergolakan politik di negeri tersebut naik sedarjah lagi baru-baru ini hingga menimbulkan kemarahan rakyat Perak.
Ia bermula dengan satu peristiwa berlakunya satu sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di bawah pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, Selasa lalu.
Pada hari itu, Mahkamah Tinggi Ipoh sebelum itu telah mengeluarkan perintah melarang Speaker DUN Perak, Encik V. Sivakumar, daripada mengadakan sidang DUN itu kerana ia tidak mengikut undang-undang.
Namun, sidang DUN itu diteruskan juga di sebuah kawasan meletak kereta di bawah naungan sebatang pokok hujan-hujan bersama wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) dan ratusan penyokongnya kerana speaker tersebut merasakan beliau masih berhak berbuat demikian.
Tiga usul dibentang dalam sidang tergempar itu:
Ketiga-tiganya disokong hadirin dalam sidang.
Namun, sidang tersebut diboikot oleh wakil rakyat Barisan Nasional (BN).
Insiden itu bagaimanapun mencerminkan kekecohan politik di Perak Darul Ridwan yang bertambah buruk setelah urutan peristiwa 'lompat parti' pada awal bulan lalu dan serpihan kesan jangka panjang 'tsunami politik' pada pilihan raya umum Malaysia ke-12 yang genap setahun, esok.
Penguasaan majoriti tipis PR dalam kerajaan negeri Perak sejak 8 Mac 2008 hanya menunggu masa digugat keras BN.
Malah, pada 6 Februari lalu, wakil BN, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, telah dilantik rasmi menjadi Menteri Besar (MB) Perak yang baru setelah diperkenan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Sejak itu sekitaran politik Perak semakin membingungkan rakyatnya sendiri.
Kes saman-menyaman yang merumitkan dan hubungannya dengan isu perlembagaan negeri Perak mula difailkan di mahkamah.
Dakwaan berlakunya penipuan dan rasuah semakin berleluasa.
Malah, aduan dan laporan insiden keganasan semakin membanjiri ibu pejabat polis di sana.
Urutan peristiwa
Pada 18 Februari lalu, Encik Sivakumar menggantung dan melarang Dr Zambry serta enam ahli exco beliau daripada menghadiri sidang DUN antara 12 dengan 18 bulan berkuatkuasa serta-merta kerana mendakwa tindakan Dr Zambry dan para exconya mengangkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN.
Datuk Seri Mohammad Nizar, yang mengosongkan kediaman rasmi MB di Ipoh pada 22 Februari lalu kemudian menegaskan bahawa beliau akan membawa usul undi percaya terhadap 'kepimpinannya' sebagai ketua kerajaan Perak yang 'sah' dalam sidang DUN.
Encik Sivakumar menyusuli kenyataan mantan MB Perak itu dengan mengumumkan pada 27 Februari lalu untuk mengadakan sidang DUN tergempar pada 3 Mac lalu. Pengumuman beliau disanggah Setiausahanya, Encik Abdullah Antong Sabri, sambil mengatakan ia 'tidak sah' dan tidak diperkenan oleh Sultan Perak, berdasarkan Perintah Tetap Dewan Negeri dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Namun, Encik Sivakumar bertegas sambil berkata sidang tergempar itu sah dan akan terus diadakan setelah beliau dan pakar undang-undang perlembagaannya meneliti peruntukan dalam dua perlembagaan tersebut.
Akhirnya, berlakulah peristiwa sidang di bawah pokok Selasa lalu.
Sekali lagi sumber tenaga polis dikerahkan untuk menenteramkan keadaan dan menjalankan siasatan lanjutan terhadap mereka yang didakwa terlibat dalam perhimpunan haram dan berkelakuan ganas.
Sumber kehakiman pula dijangka sibuk mendengar kes-kes berkaitan dengan perkembangan itu yang diketengahkan oleh kedua-dua pihak yang sedang bertelagah, atau wakil-wakil rakyat dari BN dan PR.
Masalah asas dan huraiannya
Semua ini berlaku sedang rakyat Perak terdesak untuk mengatasi kesan negatif kegawatan ekonomi sejagat yang bertambah meruncing di negeri itu dan Malaysia amnya.
Keadaan itu menyebabkan keresahan di kalangan rakyat negeri tersebut.
Akibatnya, krisis politik dan perlembagaan yang berlaku di Perak kini bertukar menjadi satu masalah yang lebih asas: terhakisnya keyakinan rakyat Perak terhadap kepimpinan negeri itu.
Suara-suara kurang puas hati daripada rakyat Perak bergema di saluran-saluran media dan laman-laman blog setiap hari.
Mereka meminta pihak istana Perak membubarkan DUN Perak yang sedia ada serta mengadakan satu pilihan raya baru di negeri itu bagi menyelesaikan kebuntuan politik yang sedang mereka alami itu.
Ini walaupun Sultan Azlan Shah telah memperkenankan kerajaan baru Perak di bawah BN.
'Apabila drama itu bermula dengan penyingkiran Nizar sebagai MB, beberapa pengamat telah memberi amaran kepada negara dan pihak istana Perak mengenai ketidakstabilan politik dalam negeri itu.
'Saya berpendapat bahawa kerajaan baru BN akan lebih tidak stabil berbanding dengan yang terdahulu,' kata pengamat bebas, Encik Khoo Kay Peng, dalam laman blognya, Straight Talk, baru-baru ini.
Beliau mengusulkan agar diadakan satu pilihan raya tergempar bagi mengatasi masalah politik di Perak itu walaupun BN kini menguasai kerajaan negeri itu setelah mendapat perkenan pihak istana.
'Apabila berlaku kebuntuan (seperti ini), adalah penting dikembalikan (perkara itu) kepada rakyat,' tegas Encik Khoo dalam tulisannya itu.
Malah, anggota BN dan mantan menteri kewangan Malaysia, Tengku Razaleigh Hamzah, baru-baru ini turut menyertai suara rakyat Perak yang meminta diadakan pilihan raya baru di Perak bagi menyelesaikan kebuntuan politiknya itu.
'Saya fikir pemerintahan berperlembagaan di Perak sudah runtuh dan satu-satu caranya untuk membetulkan keadaan itu ialah untuk kembali kepada rakyatnya,' kata beliau dalam satu wawancara eksklusif dengan akhbar The Business Times kelmarin.
'Ia adalah sesuatu yang wajar dilakukan oleh Sultannya,' tegas beliau.
Tengku Razaleigh memberikan pandangan demikian apabila diminta mengulas keputusan Sultan Azlan Shah pada 2 Februari lalu, yang menolak permintaan Datuk Seri Mohammad Nizar untuk membubarkan DUN Perak dan mengadakan pilihan raya baru.
Menurutnya, satu sebab mengapa usul pilihan raya itu ditolak oleh Umno dan BN ketika Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menemui Sultan Azlan adalah kerana 'kemungkinan kami (BN) akan kalah teruk di Perak' dan 'itu sebabnya mereka (BN) keberatan untuk mengusulkan kepada Sultan supaya membubarkan dewan'.
'Ini tidak baik dan saya khuatirkan masa depan (Perak),' tambah beliau.
Yang pasti, tinjauan akhbar Berita Harian ke atas beberapa kenalan dan sumber di Perak menunjukkan bahawa semakin ramai warga negeri itu yang mahu pilihan raya tergempar diadakan sebagai jalan keluar kebuntuan politik di sana ekoran insiden sidang di bawah pokok itu.
Pensyarah Kanan Jabatan Politik Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang, Dr P. Sivamurugan, semasa dihubungi semalam, bagaimanapun, berkata permintaan itu mungkin sukar menjadi kenyataan.
'Sultan telah memutuskan perkara itu menurut bagaimana beliau memahami undang-undang dan ini satu ujian kepada demokrasi di Malaysia.
'Walaupun jika rakyat masih mahukan dewan dibubarkan, kita harus memikirkan sama ada raja bersedia mengubah (keputusannya),' jelas beliau.
Dalam hal ini, menurutnya, beliau tidak nampak Sultan Azlan Shah akan mengubah pendiriannya kerana Sultan Perak itu telah 'menggunakan mekanisme yang sama digunakannya pada 8 Mac tahun lalu' apabila beliau memperkenankan kerajaan campuran pembangkang untuk mentadbir Perak.
Bagaimanapun, para pemimpin politik di negeri yang kaya dengan sumber bijih timah itu masih boleh meneroka satu lagi jalan keluar.
Kedua-dua pihak, PR dan BN, harus mengadakan 'gencatan senjata' dan membentuk kerjasama 'yang longgar' buat sementara ini atas nama kemaslahatan rakyat Perak, menurut Dr Sivamurugan.
Jika tidak, kemelut politik di Perak akan lebih 'kotor' dan virusnya akan merebak ke arena ekonomi negeri itu.
Friday, March 6, 2009
Tengku Razaleigh calls for fresh polls in Perak

Tuesday, March 3, 2009
Under a tree, assembly votes for fresh polls

Power of Speaker to convene Legislative Assembly

MARCH 2 – I have been asked to advise whether the Speaker of the Legislative Assembly of Perak was entitled in law to convene the Legislative Assembly on 3rd March 2009.
Ultimately, the issue turns on whether the last meeting of the Assembly in November 2008 was prorogued (“di-berhentikan”) or adjourned (“di-tangguhkan”). If it was prorogued, only the Sultan of Perak (“HRH”) can summon the Assembly: if it was adjourned, then the Speaker can convene.
According to my instructions, what was adjourned sine die in November 2008, was the Third Sitting of the First Session of the 12th Legislative Assembly of Perak. This opinion is written on that factual basis.
A. THE STATE CONSTITUTION OF PERAK
2. The starting point in the analysis is the Laws of the Constitution of Perak, and in particular Articles 36 and 44. Article 36 deals with the summoning, prorogation and dissolution of the Legislative Assembly. Article 36 (1) and (2) read as follows:-
“(i) His Royal Highness shall from time to time summon the Legislative Assembly and shall not allow six months to lapse between the last sitting in one session and the date appointed for its first sitting in the next session.
(ii) His Royal Highness may prorogue or dissolve the Legislative Assembly”.
It should be noted that Article 36 does not deal with adjournment of the Assembly. Article 44 (1) states that the Legislative Assembly shall regulate its own procedure and may make Standing Rules and Orders for “the regulation and orderly conduct of its own proceedings and the conduct of business”. Article 44 (1) recognises the well settled constitutional principle that the Assembly is the master of its procedure, and its sovereignty over its internal affairs cannot be questioned by any external body.
3. Pursuant to Article 44 (1) of the State Constitution, the First Meeting of the Second Session of the Seventh State Legislative Assembly of Perak passed Standing Orders on 23rd March 1988. Standing Order (“SO”) 88 is the definition order. The expressions “meeting”, “session” and “sitting” are defined in SO 88 as follows:-
“ ‘meeting’ means any sitting or sittings of the Assembly when the Assembly first meets after being summoned at any time and terminating when the Assembly is adjourned for more than fourteen days or sine die at the conclusion of a sessions”;
“ ‘session means the sittings of the Assembly commencing when the Assembly first meets after being constituted, or after its prorogation or dissolution at any time, and terminating when the Assembly is prorogued or dissolved without having been prorogued”;
“ ‘sitting’ means a period during which the Assembly is sitting continuously (apart from any suspension) without adjournment, and includes any period during which the Assembly is in Committee”.
A review of the definitions given to the 3 terms would indicate that a meeting is the shortest period, followed by a sitting, while a session is of the longest duration.
“adjourn: put off, postpone, break off with the intention of resuming later.
prorogue: discontinue the meetings (of Parliament) without dissolving it.
sitting: a time during which an assembly is engaged in business.
meeting: persons assembled.
session: a period during which meetings of assembly are regularly held.”
5. Adjournment is the subject matter of 3 Standing Orders. Pursuant to SO 15 and 16, upon a motion for adjournment after the completion of all business in a sitting, Mr Speaker is entitled to adjourn the Assembly. The first pre-condition for such adjournment is the completion of all business. What is thus being adjourned is a sitting, and not a session ? a session can consist of numerous sittings. When an adjournment motion made under SO 15 and 16 is carried, Mr Speaker declares “That this Assembly do now adjourn”. The adjournment referred to in SO 17 is entirely different because it entitles Mr Speaker (with the support of the majority of members) to change the order of business of a meeting of the Assembly by permitting a “definite matter of urgent public importance” to be debated on an urgent basis. Thus SO 17 is not relevant for present purposes.
6. It appears as if no express SO gives Mr Speaker the power to recall the sitting of an Assembly that was adjourned by him, as occurred in November 2008. Because what was adjourned in November 2008 was only a sitting, and not a session, what is clear is that HRH’s power to summon does not at present arise because Article 36 (1) of the State Constitution refers to “one session” and the “next session”. If it is not a question of the discretion of HRH to summon a session, then by implication only, Mr Speaker has such power with regard to sittings and meetings of the Assembly. In the event of doubt regarding his power, Mr Speaker can rely on the residuary powers conferred on him under SO 90. Further, a decision or ruling by Mr Speaker on his power is final and not open to appeal pursuant to SO 43 and 89 : only a substantive motion passed in the House can review it.
C. THE BRITISH PRACTICE
7. SO 90 provides that when the Standing Orders are silent on any matter, Mr. Speaker may give directions, “and in giving such direction Mr. Speaker shall have regard to the usages of Commonwealth Parliamentary practice so far as such usages can be applied to the proceedings of the Assembly”. Accordingly, reliance can be made on the practice and procedure of the British Parliament, which is the mother of all Parliaments. Erskine May ’s Treatise on the Law, Privileges, Proceedings and Usage of Parliament is the leading text on the subject in the Commonwealth. I have reviewed the relevant commentary in Chapter 13 in its 23rd Edition (2004).
8. According to the learned authors of Erskine May (all of whom are clerks of the House of Commons):-
“ ‘A Parliament’, in the sense of a parliamentary period, is a period not exceeding 5 years which may be regarded as a cycle beginning and ending with a proclamation.
A session is the period of time between the meeting of a Parliament, whether after a prorogation or a dissolution, and its prorogation. During the course of a session either House (Commons or Lords) may adjourn itself on its own motion to such date as it pleases. Sessions are of indeterminate length but …….usually run from October or November of one year to October or November of the next.
The period between the prorogation of Parliament and its reassembly in a new session is termed a ‘recess’, while the period between the adjournment of either House and the resumption of its sitting is properly called an ‘adjournment’ (although in practice the word ‘recess’ is generally used in this sense also). A prorogation terminates a session; an adjournment is an interruption in the course of a single session.” (my emphasis)
(See Page 272)
9. In a discussion under the caption “Prorogation and Adjournment”, Erskine May states:-
“The prorogation of Parliament is a prerogative act of the Crown. Just as Parliament can commence its deliberations only at the time appointed by the Queen, so it cannot continue them any longer than she pleases. But each House exercises its right to adjourn itself independently of the Crown and of the other House… (my emphasis)
(Page 274)
The difference between prorogation and adjournment becomes clearer from a practical perspective by considering their effect. The effect of a prorogation is to suspend all business, including committee proceedings, until Parliament is summoned again, and to end the sittings of Parliament. Further, all pending proceedings are quashed. An adjournment does not have the same effect on parliamentary proceedings as does a prorogation. Upon reassembling, each House proceeds to transact the business previously appointed, and all proceedings are resumed at the stage at which they were left before the adjournment. Erskine May also discusses the recall of Parliament during adjournment. “When Parliament is dispersed through the adjournment of both Houses its reassembly can be effected either by proclamation or under powers specifically conferred by each House on its Speaker”. (Page 277).
10. A similar distinction between prorogation and adjournment is made in Halsbury Laws of England (4th Ed, 1997 Reissue) in Vol. 34 : see Paragraphs 720 to 727. In Paragraph 720 under the heading “Power of each House to adjourn”, Halsbury states: “Each House of Parliament has the power to adjourn its sittings for any period of time to be determined by an Order of the House. Power is given by standing orders of the two Houses to the Lord Chancellor and the Speaker respectively, if they are satisfied that the public interest requires it, to summon the Houses to meet on an earlier date than that to which they have been adjourned”. (my emphasis)
11. The practical advantages of an adjournment over a prorogation are discussed by Eric Taylor in “The House of Commons at Work” (9th Ed. 1979) as follows:-
“Since the beginning of the last war it has been thought better not to prorogue on 31st July, after all, but merely to adjourn the House for the summer, the reason being partly that it is more difficult to summon the House together again quickly after a prorogation, and during an adjournment the Speaker has power to summon it in case of emergency. This expedient was felt to be necessary during the uneasy war and post-war years. It is also useful to have a week or so after the Recess to clear up odd business. In any case the result was that the House was, and still is solemnly prorogue one day, and solemnly opened again by the Queen a day or two later, there being now no intervening Christmas holiday. (my emphasis)
It may occur to the reader to ask why Parliament is prorogued at all, and why the House should not remain in Session from the time that it is elected until the time that it is dissolved, and a new Parliament is elected.
The natural answer will be that Parliament likes to “clear its books”, just as a business firm clears its book at the end of a financial year. All Bills which have not reached the statute books by the end of the Session are killed automatically by prorogation. All notices of motions disappear from the Order Paper. It is a drastic but quite salutary process.”
(Page 52)
12. These practical aspects are also considered in a leading British constitutional law text. In “Constitutional and Administrative Law” by de Smith and Brazier (8th Ed, 1998), the following commentary appears:-
“Sessions: prorogation and adjournment. It is the invariable custom for the life of a Parliament to be divided up into a number of sessions. These are usually of about one year’s duration, though there is no fixed practice……..;
……Nowadays the Commons sit for about 180 days altogether during a calendar year. Each House determines, on the Government’s initiative, on which dates it will adjourn and reassemble…….;
…..A session of Parliament is terminated by prorogation, a prerogative act; a short formal speech is made on behalf of the Queen, summarizing the work done during the session, and the Parliament stands prorogued till a named dated, which (unless prorogation precedes a dissolution) will be only a few days later, when a new session will be opened by the reading of the Queen’s speech…….;
…..The reason why Parliament is adjourned, instead of standing prorogued, in midsummer is strictly practical. In the first place, if it becomes necessary to recall a prorogued Parliament to deal with a matter of unexpected urgency, a royal proclamation has to be issued. It is simpler and may be more expeditious to reassemble an adjourned Parliament; this can be done by the Speaker and the Lord Chancellor acting on the Prime Minister’s quest…...” (my emphasis)
(Page 230)
13. It is thus plain and obvious that the Speaker in the elected House of the British Parliament, the House of Commons, has the discretion to recall the House during an adjournment, which is factually a different category from prorogation. Thus, the Speaker of the Perak Legislative Assembly is entitled under SO 90 to “have regard to the usages of Commonwealth Parliamentary practice”, in this case, the settled practice in the House of Commons, as to his own power to convene a sitting of the Assembly during adjournment.
D. CONCLUSION
For these reasons, in my opinion, Mr Speaker is lawfully empowered to convene the Fourth Sitting of the First Session of the 12th Legislative Assembly of Perak on 3rd March 2009.
Dated this 1st day of March, 2009.
Tommy Thomas

