Selamat Datang ke ...

Selamat Datang ke ...

Khabar dari Situ Sana Sini

Wednesday, January 28, 2009

Perhimpunan aman mengutuk kekejaman Israel di Pontian.



Perhimpunan aman mengutuk kekejaman Israel telah diadakan dengan jayanya dengan kerjasama Teras diwakili olih sdr chegu Ibrahim/Prm diwakili olih sdr peguam Hasan Karim/wakil ngo diwakili olih sdr Samsudin Jafar/Pas Tanjung Piai diwakili olih ustaz Ahmad Sani juga wakil UMNO diwakili olih yb Ahmad Maslan wakil Parlimen dan ahli2 umno pada hari Ahad 18 Jan 2009 .


Juga pihak penganjur mengucapkan terimakasih kepada pihak Polis IPD Pontian yang memberi kerjasama dan turut mengaminkan do'a qunut nazilah tersebut.



Malangnya ahli2 umno dan wakilnya Yb Ahmad Maslan tidak menghadirkan diri pada hari tersebut ini menunjukan sifat bermuka2nya mereka dalam menunjukan rasa simpati kepada saudara kita di Pelastin dibunuh kejam olih Israel laknatullah yang mana pihak Fatah menjadi kuda tunggangan yahudi dan jelas bagi kita wajah serta perjuangan umno yang sebenarnya ini dijelaskan olih sdr Hasan Karim dalam pidatunya pada pagi tersebut dengan disambut olih laungan takbir dan baruah umno olih peserta2 himpunan aman yang cukup bersemangat sekali.





Himpunan tersebut diakhiri olih tandatangan bantahan diruang kain rentang olih sebahgian peserta dan melakukan kutipan derma jihad untuk diberikan kepada wakil kita apabila jumlah itu mencukupi untuk dihantar sendiri kePelastin nanti.

HIDUP ISLAM > MAJULAH PAS UNTUK SEMUA INSAN.

ahlanwasahlan.wamarhaban

MANFAATKAN HARTA

Setiap kita bekerja keras untuk mencari harta untuk kegunaan sendiri dan apabila meninggal dunia ia bakal menjadi tinggalan untuk di warisi anak cucu.Tidak salah untuk mencari harta benda kerana itu juga satu amanah Allah yang harus di syukuri.Cara mensyukurinya adalah dengan membelanjakannya di jalan yang di perintah oleh agama.

harta yang di miliki hendaklah dijaga dengan baik bermaksud tidak digunakan secara boros dan sehingga habis sia-sia begitu sahaja.namun begitu tidaklah pula bermakna kita bersikap terlalu kedekut sehingga mengabaikan hak orang lain terutama anggota keluarga.

PELIHARALAH HARTAMU BAIK-BAIK
DAN JANGAN DIROSAKKAN
KERANA SETIAP ORANG DIBERI SATU PEMBERIAN
MAKA HARTA ITU MENJADI MILIK YANG DIBERI SELAMA HIDUPNYA
DAN APABILA MENINGGAL MENJADI MILIK KETURUNANNYA.

Untuk selesa di dunia dan bahagia di ahirat
Amalkan sikap sederhana dalam berbelanja

Keutamaan Menghubungkan Ukhuwah

Menjalinkan Ukhuwah dan menghidupkannya maka dia akan beroleh keutamaan :

-mendapat keredaan Allah kerana Allah amat suka kepada orang yang menghubungkan ukhuwah

-dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan harian

-menambahkan dan menimbulkan keberkatan kepada rezeki

-menambahkan amal pahala

-mencetuskan kegembiraan kepada dua belah pihak

-amalan yang baik mengembirakan hati orang yang beriman

-Allah melanjutkan usianya

-menjadikan iblis dan syaitan bertambah gelisah dan sakit hati

-disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada di sekeliling

BERSAUDARA

Sebagai orang Islam kita semua adalah bersaudara.Jesteru itu tidak perlu kita merasa terbuang atau tersisih kerana ikatan agama itu lebih kuat mengikat diri andai kata kita hayati pegangan kita sebagai orang islam.Di sebabkan itu juga umat islam di anjurkan supaya hidup bersatupadu dan harmoni kerana ini merupakan kunci kekuatan ummah.

Hindarilah sikap benci membenci dan hasad dengki kerana itu akan memberikan impak perpecahan dan kemunduran.

Kuatnya ikatan kasih kerana agama sehingga sanggup berkorban untuk saudara seagama kita rasa sakit andai saudara kita di sakiti dan kita rasa sedeh andai saudara kita di hina begitu lah rasa kita terhadap rakyat Palestin yang telah di serang oleh yahudi laknatullah apa yang dapat kita bantu hanya lah doa,derma dan memboikot barangan yahudi.

PERUMPAMAAN ORANG MUKMIN DALAM KASIH SAYANG
RAMAH MESRA DAN HUBUNGAN BAIK MEREKA
ADALAH SEPERTI SATU JASAD
APABILA SATU ANGGOTA PADANYA SAKIT
AKAN MENYEBABKAN SEMUA ANGGOTA
BERJAGA MALAM MENAHAN SAKIT

Sunday, January 25, 2009

Di mulai dengan Awal Muharam kemudian Masehi dan kini Tahun Baru Cina.

Kita bertuah mempunyai masyarakat berbilang bangsa dengan setiap satu adalah unik, semoga masyarakat Melayu dapat meningkatkan kefahaman mengenai perayaan Tahun Baru Cina, manakala kaum Cina pula faham akan upacara sambutan Awal Muharam.



Dari segi sejarahnya, kalender Hijrah ini mula diasaskan semasa pemerintahan Saidina Ummar al-Khattab. Beliau telah menetapkan 1 Hijrah bermula dari tahun di mana berlakunya peristiwa Hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinnah. Signifikannya peristiwa ini ialah bermulanya penyebaran Islam yang tertumpu di Kota Mekah ke kawasan di luar Mekah seperti di Madinnah. Dengan erti kata yang lain Hijrah adalah proses pengIslaman dunia atau dengan mudahnya globalisasi Islam.



Malangnya kita juga terjerumus kuat dengan 1 Januari yakni Tahun Baru Masihi (Gregorian). Jelasnya tahun Masihi yang disimbolkan dengan ringkasan A.D. (Anni Domini Nostri Jesu Christi" yang bermaksud "dalam tahun Tuhan Kami Jesus Christ"). Namun kini ringkasan A.D. itu diganti dengan C.E. (Chritian Era) yang turut kita kenali sebagai Tahun Masihi (TM)

.

Sejarah Tahun Baru Cina pula berlaku sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Ada kemungkinana bahawa awal tahun bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

Walau apa pun Selamat Tahun Baru kepada rakan-rakan Tiong Hua semua.



Man: Xin nian kuai le! Wan shi lu yi, Xin nian zhing bu, Xin nian gai ge!

Arti Kehidupan

Jangan berkata tidak
Bila Kau jatuh cinta
Terus terang sajalah buat apa berdusta

Cinta itu anugrah
maka berbahagialah
Sebab Kita sengsara bila tak punya cinta

Rintangan pasti datang menghadang
Cobaan pasti datang menghujam
Namun yakinlah bahwa cinta itu kan membuatmu
Mengerti akan arti kehidupan

Marilah sayang
Mari sirami
Cinta yang tumbuh di dalam diri
Marilah sayang
Mari sirami
Agar merekah sepanjang hari

BINGUNG!!!!

Ini mungkin lawak2 jer tapi ia adalah benar cuba pikir2kan......Thanks to my dear friend Jack Daniels.....
Kawan2,
Ada satu soalan dan masaelah.
Sekarang ni aku kerja kat ,
Bila tengah hampir hujung bulan aku makan , KFC
Nak shopping barang murah selalu kat ,CARREFOUR
Bila nak kuat selalu minum MILO cap , NESTLE
Bini pakai mekap nak pakai yang ada cap , LOREAL,MAYBELLINE,REVLON
Bila orang rumah bendera merah suruh beli KOTEX
Barang baby banyak pakai yang , JOHNSON N JOHNSON
Sekarang anak2 tak pakai lampin..........kini pamper... HUGGIES,KIMBERLY CLARK
Bila balik rumah tengok anak dok depan TV tengok DISNEY, yang belajar sekolah tengok NATIONAL GEOGRAPHIC
Aku marah suruh tukar pi tengok movie HBO,untuk berita sensasi terkini CNN
Sambil layan TV aku minum COKE N SPRITE dan makan , KIT KAT
Ahhhhhh.......cooooooo........ yang di guna KLEENEX
Teringat esok nak kerja terus pi kilat kasut pakai KIWI , pakai baju polo RALPH LAUREN
Nak bagi wangi dalam rumah pakai AMBI PUR, sebelum gi dating.....nah...sembur keliling badan GIORGO ARMANI,HUGO BOSS
Sambil tunggu date di MARKS N SPENCER habis baca surat khabar tempatan baca TIME
Balik rumah letih cari dalam peti ais ada, SUNKIST
Dan yang lebih penting nak cerita masalah ni kat u pun aku nak kena pakai telefon yang bercap NOKIA
FUhhhh...pening kepala..
Apapun aku tetap BOYCOTT ISRAEL

Stop supportting baby killers

BOYCOTT ISRAELI PRODUCTS CAMPAIGN

An Appeal to all Citizens of the World

As citizens of our individual countries, we at times become extremely frustrated by the policies of our governments that we deem unjust. We oftentimes feel powerless to change them as more and more of the governments and the politicians who run them become increasingly subservient to global corporate and banking interests. There is, however, one powerful weapon that if utilized collectively can accomplish far greater positive change than marches, protests and demonstrations. The weapon is the boycott of well targeted products. Mexican-American labor leader Cesar Chavez utilized this weapon with great success against the greedy grape growers of Alta California and managed to win many concessions for the exploited farmworkers. The boycott of grapes would not have been successful, however, if the world community did not support it.

Today, as the world community begins to see evidence of the barbaric massacre of Palestinians that took place in Jenin by the Butcher Ariel Sharon and his murderous Zionist Army, one is compelled to just and moral action. Here in Aztlan, we have become extremely frustrated at President George Bush and his inability or unwillingness to stop the horrible slaughter that is occurring in the Holy Land and that may culminate in the genocide of the Palestinian people. We individually have the power of choice to buy one product over another or to simply forgo a purchase entirely. If more and more people around the world do the same, the pressure will become powerful enough to force a positive change. We each can also help by asking our family members and friends to do the same.

Below are products and brands of corporations and businesses that are helping Ariel Sharon and Zionist Israel to continue their racist apartheid policies and illegal occupation of Palestinian lands. We are asking you to boycott these products. The products and brands have been well researched. Each of the companies have ties to Israel and support their policies against the Palestinian people. As an example, Estée Lauder's chairman, Ronald Lauder, served as the Chairman of the Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations and is the current President of the Jewish National Fund (JNF) - a quasi-governmental agency whose main function is to legitimize Israeli occupation of Palestinian land. Ronald Lauder is a hardcore Zionist and his views are often more extreme then those of the Israeli government.

Other examples are:

KIMBERLY-CLARK

In 1998 Mr. Robert P. Van der Merwe, chairman of Kimberly-Clark Europe received the Jubilee Award by the Israeli Prime Minister Netanyahu. This is the highest tribute ever awarded by the "State of Israel" in recognition of those individuals and organizations, that through their investments and trade relationships, have done the most to strengthen the Israeli economy.

COCA-COLA
From 1966 onward Coca-Cola has been a staunch supporter of Israel . Recently the Government of Israel Economic Mission honored Coca-Cola at the Israel Trade Award Dinner for its continued support of Israel for the last 30 years and for refusing to abide by the Arab League boycott of Israel .

NESTLE
Swiss food giant Nestle will set up a global research and development center for snack foods next year in Sderot, a town in Israel 's Negev desert, the Maariv newspaper reported on Sunday. Nestle owns 50.1 percent of Israeli food maker Osem Investments and the two together produce snack foods at a plant in Sderot.

INTEL
Intel is one of the biggest supporters of Israel . Their very first development center outside the US was opened in Haifa in 1974. Since then they have continued pouring investment in to Israel . By year 2000 they employed over 4000 Israelis. Exports from their Lachish-Qiryat Gat plant in israel total $3 million a day at peak capacity - approximately $ 1 billion a year. The Intel plant at "Qiryat Gat" is built on land Israel confiscated from the Palestinian villages of Iraq al Manshiya. Iraq al Manshiya was a village of 2000 people living in 300 houses with two mosques and one school. The original Palestinian inhabitants were terrorized out of the village and then the whole village was razed to the ground to prepare the way for the new Israeli settlement of Qiryat Gat. Today the remaining population from Iraq al Manshiya is still not allowed to return.

SARA LEE
In 1998, Mr. Lucien Nessim of Sara Lee Personal Products received the Jubilee Award by the Israeli Prime Minister Netanyahu. This is the highest tribute ever awarded by the "State of Israel" in recognition of those individuals and organizations, that through their investments and trade relationships, have done the most to strengthen the Israeli economy

DISNEY
The Disney Company is owned by Jewish Mogul Michael Eisner. He owns a vast media empire that includes the ABC television network, numerous news dailies, national magazines, Hollywood film companies and a large number of radio stations. One radio station in Los Angeles, KABC 790 AM recently broadcast comments by Jewess Gloria Alred to the effect that the Islamic prisoners at Guantanamo should be tortured by having their "balls" extracted with pliers in order to make them talk. The news and commentaries made through Michael Eisner's media octopus are extremely Islamophobic and anti-Palestinian.

Remember This!!!!

Thursday, January 22, 2009

BETAPA DERITANYA........


'I felt very fortunate to live in this part of the world. I promise I will never waste my food no matter how bad it can taste and how full I may be. I promise not to waste water. I pray that this little boy be alleviated from his suffering.

I pray that we will be more sensitive towards the suffering in the world around us and not be blinded by our own selfish nature and interests. I hope this picture will always serve as a reminder to us about how fortunate we are and that we must never ever take things for granted.




This is one more reason why we have to thank God for the food that we can have easily.
But in the otherhand....ironicly, we still waste the food that we buy
I feel very GRATEFUL for what I have today.......
We are so Blessed for the wonderful works of God's hand in our life today, just think of this ..............

Think & look at this...when you complain about your food and the food we waste daily...' MAY ALL HUMAN BEINGS BE FREE FROM SUFFERING!!!!
Please don't break this, keep on forwarding it to all our friends. On this good day, let's make a prayer for the suffering in any place around the globe and send this friendly reminder to others.

thanks to my dear NASRUL NAJMIE.....

Tuesday, January 20, 2009

Himpunan Solidariti Sejuta Umat



PAS Pusat akan menganjurkan "Himpunan Solidariti Satu Juta Umat" di hadapan Kedutaan Amerika, pada Jumaat, 23 Januari ini bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman berterusan tentera negara pengganas Israel di wilayah Gaza yang berlanjutan sejak 28 Disember lalu.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, program selepas solat Jumaat itu akan menggabungkan pelbagai pertubuhan politik dan badan bukan kerajaan (NGO) yang bersimpati dengan nasib umat Islam Palestin di Gaza yang terus diganyang tentera regim haram Israel.

Menurut Salahuddin, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan mengetuai perhimpunan tersebut sebelum menyerahkan memorandum bantahan kepada Duta Amerika di Kuala Lumpur.

Baca Seterusnya

Sunday, January 18, 2009

Munajat seorang hamba.....



Ya Allah ! kau hancurkanlah mereka2 yang menyokong Fatah yang dibelakangnya adalah Yahudi dan menghalalkan saudara2 mereka bergelimpangan mati kebanyakannya adalah kanak2 kecil/perempuan/orang2 tua yang uzur juga memusnahkan mesjid2 dan juga apa sahaja dihadapannya dan kau hinakanlah sehina2nya pemimpin2 negara yang mengakui Islam diseluruh dunia akan tetapi Pemimpin2nya dan Raja2nya atau Presiden2nya bersahabat baik dan mengadakan hubungan dengan musuh mu dan musuh semua umat Islam .......ya Allah kau dengarlah rayuan kami yang lemah tidak berdaya untuk membantu saudara kami disana olih sebab halangan2 dari pemerintah kami yang kebanyakannya bersifat bacul dan munafik !!

Ya Allah !! kau turunkanlah bala tentera mu samada yg kelihatan atau tidak dan sama ada dari langit atau dari bumi mu untuk menghapuskan musuh2 mu dan musuh2 kami sebagaimana kau hancurkan bala tentera Abrahah semasa mereka menyerang Mekah sebagaimana kau nukilkan didalam al qur'an surah Al Fill itu ya Allah bantulah kami yang lemah ini !!

Amin yarobballllllllll alameeeeennnnnn !

HIDUP ISLAM > MAJULAH PAS UNTUK SEMUA.

ahlanwasahlan.wamarhaban

Kemenangan PAS Kemenangan Untuk Semua

Tiada istilah menang dalam kamus Islam selagi umatnya tidak menghayati makna dan tanggungjawabnya sebagai penganut agama itu sendiri. Namun, jalan yang dirintis oleh manusia yang mahukan Islam itu ditegakkan adalah wajib kita sokong.

Bukan mudah juga manusia ingin membawa Islam itu sendiri, sebagaimana payahnya Pas mahu menarik minat masyarakat di negara ini menghayati maksud perjuangan mereka. Oleh itu, kemenangan Pas melalui calonnya YB Mohd Abdul Wahid Endut merupakan satu kemenangan untuk semua. Ia bukan milik Pas atau Pakatan Rakyat sahaja. Bukan jua untuk ahlinya semata. Malah , ia merupakan satu detik kemenangan seluruh rakyat negara ini yang cintakan Islam dan perubahan.

Renungkanlah barang sesaat; bagaimana kita dijadikan oleh Allah swt sebagai makhlukNya adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepadaNya. Justeru, adalah wajar kita merapati pintu hati kita kepada perjuangan yang lebih mendekatkan kita kepada Sang Pencipta; Allah Yang Maha Esa.

Lupakan sengketa, dan lupakan habuan dunia semata-mata. Ingat, kita akan dihidupkan kembali selepas kita dimatikan untuk dinilai. Buatlah pertimbangan sewajarnya. Apa yang nyata, perbandingan yang kufur dan yang batil terletak di dalam pemikiran anda!!

Allahu Akbar!!

PAS = HARAPAN RAKYAT

Israel dikecam pada sesi perhimpunan tergempar PBB



NEW YORK: Israel dikecam pada sesi perhimpunan tergempar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin kerana melanggar undang-undang antarabangsa dengan menyerang Jaluran Gaza, termasuk menyasarkan hospital, media dan bangunan badan dunia itu.

'Pencabulan undang-undang antarabangsa dalam serangan terhadap Gaza sekarang telah banyak dirakamkan, termasuk hukuman menyeluruh, kuasa ketenteraan melampau, serangan terhadap sasaran awam termasuk kediaman, masjid, universiti dan sekolah.

'Gaza sedang terbakar. Ia sudah ditukar menjadi neraka yang menyala,' kata Presiden Perhimpunan Agung PBB, Encik Miguel d'Escoto Brockmann.

Sesi khas itu, yang diminta 118 negara berkecuali, dilangsungkan selepas Israel gagal menghalangnya.

Kelmarin, Setiausaha Agung PBB, Encik Ban Ki-moon, menyatakan 'bantahan keras dan kemarahan' terhadap tindakan Israel membedil pejabat pelarian dan gudang badan dunia itu di Bandaraya Gaza.

Encik Ban yang berada di Israel menuntut siasatan terhadap serangan itu.

Beliau berkata Menteri Pertahanan Israel, Encik Ehud Barak, memberitahunya pengeboman itu adalah satu 'kesilapan besar'.

Sejak Israel melancarkan serangan pada 27 Disember lalu ke atas Gaza, lebih 1,100 rakyat Palestin, termasuk 355 kanak-kanak, terbunuh manakala sekurang-kurangnya 5,000 yang lain cedera.

Israel berkata 10 askar dan tiga orang awam telah terkorban sejauh ini.

Sementara itu, Hamas dilaporkan bersedia menerima gencatan senjata selama setahun jika Israel mengundurkan askarnya dari Gaza dan menarik balik sekatan yang dikenakan ke atas wilayah itu sejak 2007.

Hamas masih menantikan jawapan daripada Israel, kata salah seorang pemimpin Hamas, Encik Mussa Abu Marzuk.

Menteri Luar Israel, Cik Tzipi Livni, semalam dijadualkan berlepas ke Washington bagi menghalusi butiran Memorandum Persefahaman (MOU) yang bakal ditandatangani dengan Amerika berkaitan cara menghentikan penyeludupan senjata kepada Hamas.

Cik Livni dijadualkan bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika, Cik Condoleezza Rice.

Ketua perunding Israel, Encik Amos Gilad, pula dijadualkan berlepas ke Kahirah bagi membincangkan usul Mesir mengenai gencatan senjata.

Dalam pada itu, serangan udara Israel kelmarin telah membunuh Menteri Dalam Negeri Hamas, Encik Said Siam.

Beliau merupakan pegawai Hamas paling kanan yang terkorban sejauh ini.

Encik Siam dikatakan komander pasukan keselamatan Hamas dan sangat disegani di Gaza. -- AP, AFP, Reuters.



Man: Satu lagi tindakan barbarik israel :(

Saturday, January 17, 2009

Pengiraan undi P036 - BN, PAS kejar mengejar...


- Malaysiakini

9.29 malam Pengumuman rasmi dibuat oleh pegawai pengurus pilihanraya, Wan Mustapha Wan Hassan.

9.25 malam Calon PAS memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu menang dengan majoriti 2,631 undi. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.

9.12 malam Pegawai pengurus pilihanraya akan mengumumkan keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada bila-bila sekarang. Tiada pemimpin Umno kelihatan di Stadium negeri. Dan hanya calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut berada di situ.

kuala terengganu by election results 2009 170109 bm version9.10 malam Tidak rasmi - PAS mendapat 32,393 undi manakala BN mendapat 29,969 undi. PAS mendahului dengan 2,424 undi. Calon bebas mendapat 191 undi. Dua lagi kotak undi akan dikira. Pegawai pengurus pilihanraya telah memanggil semua calon naik ke pentas.

9.08 malam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin tinggi yang lain dalam perjalanan ke Stadium Negeri untuk pengumuman keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Sehingga ini, calon PAS masih mendahului pengiraan undi.

8.55 malam Ribuan penyokong PAS mula membanjiri Stadium Negeri untuk menunggu pengumuman keputusan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Dengan tinggal kurang daripada 10,000 undi lagi yang dibelum dikira, calon PAS sedang mendahului dengan kira-kira 1,700 undi.

8.50 malam Seorang pemimpin kanan PAS memberitahu bahawa calonnya memenangi pengundian di kesemua empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Menurutnya, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang akan mengadakan sidang akhbar sebentar lagi.

8.45 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 28,249 undi, BN mendapat 26,498 undi. PAS mendahului dengan 1,751 undi. Calon bebas mendapat 160 undi.

8.35 malam Dengan kira-kira baki 10,000 undi lagi yang belum dikira, PAS semakin jelas akan memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

8.30 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 26,976 undi manakala BN mendapat 24,839 undi. PAS mendahului dengan majoriti 2,132 undi.

8.25 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 26,971undi manakala BN mendapat 23,839 undi. PAS mendahului dengan majoriti 2,182 undi.

8.20 malam Keputusan tidak rasmi - Sumber-sumber BN percaya PAS akan berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Ini memandangkan hanya tinggal baki 15,125 undi lagi yang belum dikira. Sehingga ini, PAS dipercayai menang di semua empat DUN.

8.16 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 24,604 undi dan BN mendapat 22,380 undi. PAS mendahului dengan majoriti 2,224 undi. Sejumlah 48,842 undi telah dikira sehingga ini.

8.10 malam Keputusan tidak rasmi - PAS memenangi pengiraan undi bagi Dewan Undangan Negeri Bandar dengan majoriti 190 undi.

8.00 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 23,640 undi, BN mendapat 21,614 undi. PAS mendahului dengan 2,026 undi. Calon bebas mendapat 136 undi.

7.50 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 22,030 undi, BN mendapat 20,476 undi. PAS mendahului dengan 1,554 undi. Calon bebas mendapat 134 undi. Sehingga ini 43,000 undi telah dikira.

Di pusat perjumlahan SPR pula, selepas 50 kotak undi dikira, BN mendapat 11,120 undi, PAS 10,802 undi dan bebas 69 undi. Sejumlah 64 kotak lagi dalam perjalanan.

7.40 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 19,487 undi, BN mendapat 18,480 undi. PAS mendahului dengan 1,007 undi. PAS mendahuli di semua DUN. Ini bermakna lebih 50 peratus undi telah dikira, berdasarkan 79.3 peratus pengundian hari ini atau 63,967 yang keluar mengundi.

7.30 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 18,934 undi, BN mendapat 17,907 undi. PAS mendahului dengan 1,027 undi.Calon bebas mendapat 113 undi.

7.25 malam Keputusan tidak rasmi - Daripada 38,000 undi yang dikira sehingga ini, PAS mendahului dengan majoriti 1,078 undi.

7.22 malam Keputusan tidak ramsi - PAS mendapat 17,573 undi, BN mendapat 16,795 undi. PAS mendahului dengan 778 undi.

7.20 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 17,531 undi manakala BN mendapat 16,795 undi. PAS mendahului dengan majoriti 778 undi. Bebas pula mendapat 107 undi.

7.15 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 16,475 manakala BN mendapat 16,018 undi. PAS mendahului dengan 457 undi. PAS juga mendahului dengan majoriti 758 undi di Wakaf Mempelam, 355 undi di Bandar dan 308 undi di Batu Burok. BN mendahului dengan 9 undi di Ladang.

7.10 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 16,237 undi manakala BN mendapat 15,707 undi. Calon bebas mendapat 89 undi.

7.05 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 14,802 undi manakala BN mendapat 14,644 undi. PAS menang di semua dewan undangan negeri, kecuali Ladang. PAS mendapat majoriti terbesar di Wakaf Mempelam dan Batu Burok.

7.02 malam Keputusan tidak rasmi - BN mendapat 1,039 undi manakala PAS mendapat 86 undi. Calon bebas mendapat 1 undi.

7.00 malam Pada umumnya, PAS mendahulu di Wakaf Mempelam dan Batu Buruk dengan marginyang besar. Di bandar dan Ladang pula, PAS mendahului dengan margin yang kecil.

6.55 ptg Keputusan tidak rasmi - berdasarkan pengiraan setakat ini, Barisan Nasional (BN) mendapat 13,095 undi manakala PAS mendapat 13,042. Calon bebas mendapat 72 undi.

6.50 ptg Keputusan tidak rasmi - berdasarkan pengiraan setakat ini, Barisan Nasional (BN) mendapat 11,112 undi manakala PAS mendapat 11,000. Ini bermakna BN mendahului dengan 112 undi. Calon bebas mendapat 65 undi.

6.30 ptg Keputusan tidak rasmi - daripada 14,379 undi yang telah dikira sehingga ini, Barisan Nasional (BN) mendahului dengan 259 undi. 80 peratus lagi undi dalam proses pengiraan.

5.00 ptg Proses pengundian bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang bermula jam 8 pagi ini, ditutupkan tepat jam 5 petang ini.

Kesemua kertas undi akan dikira di 143 saluran sebelum dibawa ke pusat penjumlahan undi di Stadium Negeri di sini.

4.30 ptg Sebanyak 76 peratus pemilih telah keluar mengundi sehingga jam 4 petang tadi.

4.00 ptg Pengerusi Biro Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan beliau 'ditahan' skuad pemantau PAS kerana menyamar sebagai agen tempat mengundi. Berita mengenainya di siarkan dalam Harakahdaily.net hari ini, yang mendakwa Azeez ditahan ketika keluar dari tempat mengundi di SK Pusat Cabang Tiga. Ketika dihubungi Malaysiakini, Azeez berkata ia adalah satu fitnah kerana beliau sepanjang masa berada di pondok panas Tok Ku di DUN Bandar.Baca berita lanjut

2.45 ptg Dua jam lagi menjelang tamat tempoh mengundi pada jam 5 petang, petugas dan penyokong kedua-dua parti yang bertanding ramai semula. Pengundi mula mengundi selepas waktu makan tengahari. Bagaimanapun, jumlah mereka kurang daripada pagi tadi dan jalan-jalan juga agak lengang.

2.00 ptg Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) menyifatkan jumlah 42 peratus pemilih yang telah mengundi sehingga tengahari tadi sebagai perkara biasa. Badan itu belum menerima sebarang laporan mengenai insiden tidak diingini berlaku sehingga ini, kata Pengarah Mafrel, Kol (B) Shahrudin Othman.

1.30 t/hari Satu pergaduhan kecil dilaporkan berlaku antara penyokong Umno dan Pakatan Rakyat di depan Sekolah Menengah Gong Kapas tengahari tadi. Baca berita lanjut.

1.00 t/hari Kemeriahan penyokong petugas BN dan PAS yang dari Terengganu jelas kelihatan di jalan dan tempat membuang undi. Menurut penduduk, pilihanraya umum lalu tidak semeriah hari ini. Penyokong PAS bertakbir dan berselamat, manakala penyokong BN melaungkan gelombang biru.

12.40 t/hari Di DUN Batu Buruk, PKR menyediakan sukarelawan untuk membawa pengundi ke pusat pengundian di sana. Menurut ketua bahagian PKR Batu Burok, Zarawi Embong berkata, keadaan seperti pesta apabila kedua belah pihak bersorak ria antara satu sama lain.

12.30 t/hari Menurut Timbalan Pengerusi PKR Terengganu, Razali Alias berkata sehingga jam 12.15 tadi, hampir separuh pemilih di DUN Ladang telah keluar mengundi. Katanya, keadaan legang di kebanyakan kawasan kerana jumlah pengundi tidak ramai.

12 t/hari Semua saluran di SK Tengku Bariah mulai lengang jam 11.30 pagi tadi. Kawasan ini mempunyai lebih 3,000 pengundi dan merupakan antara pusat pengundian terbesar di DUN Ladang.

11.40 pagi Menurut pengerusi tugas-tugas khas Umno bahagian bagi pilihanraya kecil Parlimen Terengganu, Syed Abdul Rahim Tuan Besar berkita, pemantauan pihaknya di Gong Kapas, DUN Ladang, mendapati kira-kiro 40 peratus pemilih di situ telah keluar mengundi sehingga ini. Katanya, semua berjalan lancar dan tiada kejadian tidak diingin berlaku.

11.15 pagi Kesesakan teruk dilaporkan berlaku di Jalan Pasir Panjang, membabitkan lokasi tiga buah sekolah yang menjadi pusat mengundi Bukit Besar, Pasir Panjang dan Bukit Bayas.

11 pagi Kesesakan lalulintas dilaporkan berlaku kesesakan di sebelas pusat pembuangan undi di DUN Batu Burok, apabila orang ramai berkumpul untuk mengundi.Pengundian berjalan lancar.

10.30 pagi Proses pengundian di kebanyakan pusat tempat di DUN Bandar dilaporkan perlahan. Keadaan lalulintas juga tidak sesak. Menurut pekerja PKR di situ, setakat ini semua berjalan lancar dan tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.

9.50 pagi Di pusat pengundian di Dewan Tunku Abd Rahman, dalam DUN Bandar, di mana sebahagian besarnya pengundi Cina, ramai yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka pagi ini. Terdapat kira-kira 50 penyokong kedua parti di situ tetapi keadaan terkawal.

9.00 pagi Di SK Pusat Chabang Tiga station, kira-kira 100 penyokong PAS dan Umno berada di tepi jalan membawa sepanduk dan mengebar bendera parti masing-masing. Mereka saling melaung antara satu sama lain. Penyokong PAS melaungkan ' Allahu-akbar' dan dijawab oleh penyokong Umno dengan laungan "PAS kluk klek", "PAS bohong."

8.50 pagi Sekumpulan besar penyokong BN yang membawa bendera parti, mula berkumpul di luar SK Bukit Besar. Kedengaran laungan Allahu-akbar dan 'Hidup BN'.

8.30 pagi Keadaan cuaca dilaporkan baik di seluruh Kuala Tetangganu pagi ini. Anggota polis yang ramai kelihatan mengawal di luar beberapa pusat-pusat mengundi.

8.15 pagi Selepas mengundi Wan Farid memberitahu pemberita: "Insya-Allah, pengundi akan mengundi dengan bijak dan memilih kesinambungan melalui BN".

7.50 pagi
Calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid tiba untuk mengundi SK Bukit Besar. Beliau tiba bersama isterinya, Toh Puan Intan Baizura. Mereka mengundi pada jam 8.05 pagi.

7.45 pagi
calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut tiba di pusat pengundian di SK Pusat Chabang Tiga untuk mebuang undi. Beliau ditemani isterinya dan lima daripada sembilan orang anaknya. Mohd Abdul Wahid berkata beliau datang awal untuk menjadi orang pertama mengundi di situ.

Baca Seterusnya

p.s. Tahniah & Syabas buat PAS dan warga Kuala Terengganu

Buat Warga Palestin

TIDAK KALAH APABILA BERADA DI BAWAH
HANYA KALAH APABILA TIDAK BANGUN SEMULA
SEKALI JATUH TIDAK BANGUN KALAH
SEPULUH KALI JATUH
SEPULUH KALI BANGUN
TIDAK KALAH
SETIAP ORANG PERNAH JATUH
HANYA MEREKA YANG BANGUN
DAN TERUS BANGUN
SELEPAS SETIAP KEJATUHAN
AKHIRNYA AKAN MENJADI JUARA

Jahanam Israel !!!


GAZA: Kira-kira 500 pesakit dan kakitangan Hospital Al Quds di sini meluru keluar dari bangunan hospital yang terbakar selepas dibedil oleh kereta perisai Israel, semalam.

Sekurang-kurangnya tiga bayi dalam inkubator dan tiga pesakit yang menggunakan bantuan pernafasan di sorong keluar dari hospital itu.

Pesakit yang terlantar di atas pengusung dan katil juga dipindahkan ke jalan raya.

Kejadian berlaku selepas berpuluh-puluh keluarga tiba di hospital berkenaan beberapa jam sebelum itu untuk mencari tempat perlindungan.

Pegawai paramedik, Khaled Abu Zeid yang dihubungi menerusi telefon berkata, serangan Israel itu memusnahkan bahagian farmasi dan pesakit serta kakitangan terperangkap seketika dalam bangunan utama.

Man: Jenayah perang adalah suatu tindakan "pelanggaran undang-undang atau kelaziman perang", oleh satu atau beberapa orang, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada "pembunuhan, penganiayaan atau pengusiran penduduk awam wilayah diduduki ke kem buruh paksa", "pembunuhan atau penganiayaan tawanan perang", pembunuhan tebusan, "pemusnahan sewenang-wenang bandar, pekan dan kampung, dan apa-apa pembinasaan yang tidak berasaskan keperluan tentera"

Selamat mengundi buat warga Kuala Terengganu



Sabtu Januari 17, 2009
Pengundian bermula 8 pagi, warga Kuala Terengganu keluar mengundi

KUALA TERENGGANU: Hampir 80,000 warga Kuala Terengganu mula melangkah ke pusat-pusat mengundi untuk memilih ahli Parlimen yang baru pagi ini.

Proses pengundian bermula pukul 8 pagi ini dan akan ditutup pukul 5 petang.

Pilihan raya kecil ini yang dilihat sengit dan disifatkan sebagai sangat penting untuk Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menyaksikan persaingan tiga penjuru.

Baca Seterusnya

- mStar

p.s. Kami dari Karpet Kuning ingin mengucapkan Selamat mengundi buat warga Kuala Terengganu.

Friday, January 16, 2009

Kitak da makan sik? Kitak sik mok makan?

Oleh Jali & Mat Glamor



mulut raso lecah make xlalu
gula kunyit kuah semakok budu
penyek lado pedah celur pucuk ubi kayu
peroh ase lima suap laju selalu

budu..budu..jelighonyo aku..

sebuk kato budu soho rato2
kalu make xlalu budu buko selero

xduduk anok menatu sapa ke tok tuo
make nasi denge budu nyo kenye xberaso
nyo kenye xberaso...

mulut raso lecah make xlalu
gula kunyit kuah semakok budu
penyek lado pedah celur pucuk ubi kayu
peroh ase lima suap laju selalu



budu..budu..jelighonyo aku..

sedaknyo wei budu demo bulih raso
celur pucuk kayu capo kace botol
selero naik slalu air liur tugak belenjo
jaghe nasi budu nok tido xjenegho
nok tido xjenegho...

mulut raso lecah make xlalu
gula kunyit kuah semakok budu
penyek lado pedah celur pucuk ubi kayu
peroh ase lima suap laju selalu



budu..budu..jelighonyo aku..

ado oghe make budu capur poyok derie
kalu demo xtahu cobo tralah make
tapi ingat pok teh pok cu budu derie panah dale
jange hirup dgn sudu keno petak jaghe2
petak jaghe2..



mulut raso lecah make xlalu
gula kunyit kuah semakok budu
penyek lado pedah celur pucuk ubi kayu
peroh ase lima suap laju selalu

budu..budu..jelighonyo aku..



budu ule petai tamboh pucuk kayu
bakar ike tawa anok sepat anok puyu
perut braso lapar teringak ko budu
brungga ketar gega nok make selalu
nok make selalu..

mulut raso lecah make xlalu
gula kunyit kuah semakok budu
penyek lado pedah celur pucuk ubi kayu
peroh ase lima suap laju selalu

budu..budu..jelighonyo aku..

make nasi ule adonyo budu
ule pucuk teghe celur pucuk paku
kalu make soghe xberapo lalu
keno ado oghe buje kenye denge xtahu
kenye denge xtahu..

mulut raso lecah make xlalu
gula kunyit kuah semakok budu
penyek lado pedah celur pucuk ubi kayu
peroh ase lima suap laju selalu



budu..budu..jelighonyo aku..


Man: Ambo meme pehe benar guano nikmatnyo budu ni :)

Ayat-ayat Cinta.......

CINTA....>>>itu harus ditujukan kepada paling layak menerimanya....
Diberikan kepada yang pandai membalas CINTA....>>>>
CINTA....>>>>itu harus menyeluruh, ikhlas & jujur.....
Dan sebaik baik sasaran.....>>>>CINTA HANYALAH ALLAH SWT

Renungan di hari Jumaat

sesungguhnya telah datang
kepadamu cahaya dari allah
dan kitab yang menerangkan
dengan kitab itulah allah
menunjukkan orang orang
yang mengikuti keredhaannya
ke jalan keselamatan
dan dengan kitab itu pula
allah mengeluarkan
orang orang itu dari gelap gulita
kepada cahaya yang terang benderang
dengan izinnya dan menunjuk mereka
ke jalan yang lurus

<----------------------------------------------------->

tidak ada kebaikan bagi pembicaraan
KECUALI dengan amalan
tidak ada kebaikan bagi harta
KECUALI dengan kedermawaan
tidak ada kebaikan bagi sahabat
KECUALI dengan kesetiaan
tidak ada kebaikan bagi sedekah
KECUALI niat yang ikhlas
tidak ada kebaikan bagi kehidupan
KECUALI kesihatan dan keamanan

Wednesday, January 14, 2009

Rahsia Misi Dajjal Di Timur Tengah

oleh Ibnuyaacob



Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan.

Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ’salah satu faktor’.

Benarkah Dajjal Perlukan Wang?

Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?

Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan …

“Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan”

Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang

1. Imam Mahdi
2. Nabi Isa a.s.
3. Agama Islam

Baca Seterusnya

Tuesday, January 13, 2009

pulau produk yahudi

Bersama sokong PALESTIN, pulaukan barangan produk yahudi

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

Monday, January 12, 2009

Roket Palestin yang di takuti Israel

Untuk menghadapi peralatan perang milik Zionis Israel yang serba canggih, HAMAS dengan sayap militernya Briged Izzuddin Al-Qassam 'hanya' menggunakankan senjata-senjata 'hand made' hasil modifikasi dari senjata-senjata yang sudah ada. Berikut peralatan tempur yang digunakan HAMAS dalam menyerang Israel :
Roket Al-Qassam

Al-Qassam-1, pertama kali diluncurkan terhadap sasaran Israel pada bulan Oktober 2001, telah mampu menjangkau jarak 3 kilometer. Pada tahun 2007, Al-Qassam-1 jangkauannya meningkat menjadi sekitar 10 km. Untuk sasaran jarak pendek diproduksi Al-Qassam-2 dengan berat 35 kg (77 lbs), memiliki diameter 115 mm dan berat 8 kg untuk hulu ledaknya, panjang 180 cm , dan mampu menjangkau jarak 6-7 kilometer . Juga diproduksi Qassam-2 yang digunakan untuk sasaran jarak jauh , dengan berat 50 kg (110 lbs), panjang 250 cm (sekitar 8 kaki), memiliki diameter 115 mm dan 8kg untuk hulu ledaknya, dan telah mampu mencapai maksimum jarak 10 km (6 miles) .

Hamas juga memproduksi sebuah model roket dengan mesin yang terpisah yang pada dasarnya adalah standar roket jenis Grad. Model mesin terpisah ini, pertama kali diluncurkan pada bulan Jun 2006, dengan berat 40-50 kg, (88-110 pounds), memiliki diameter 115 mm, hulu ledak dengan berat 10 kg, dan dapat menjangkau hingga jarak 10 km.

Al-Qassam-2 telah mampu menyerang masyarakat Israel dan aset-aset strategik Israel di dekat ke Jalur Gaza. Pada tanggal 28 Ogos 2003, Operasi Hamas di Jalur Gaza telah menembakkan roket Al-Qassam-2 ke bahagian selatan kota pelabuhan Israel Ashkelon. Roket tersebut mendarat berhampiran tempat pembuatan bir Carlsberg,dan nyaris menghancurkan pusat jana elektrik di sana.
Pada bulan September 2005, Hamas melaporkan mengembangkan roket Al-Qassam dengan jangkauan 16.5 kilometer (10 mil) yang ditembakkan ke Ashkelon dari dari Jalur Gaza.
Pada Januari 2006, laporan media menunjukkan bahwa roket-roket Al-Qassam telah mampu menjangkau 10-40 kilometer (6-25 mil). Pada bulan Februari dan Mac, Jihad Islam mengembangkan roket yang berbasik pada roket Al-Qassam dan berhasil menghancurkan tempat-tempat strategik di Ashkelon.
Pada bulan Jun 2006, Hamas menembakkan roket Al-Qassam yang dilengkapi dengan dua mesin.

Roket Al-Bana Al-Yassin (Roket Anti Tank)

Kedua roket ini diproduksi oleh HAMAS yang merupakan modifikasi rudal PG-2 Rusia yang mampu menghancurkan kereta kebal Merkava dalam radius 500 meter.
Roket Al-Batar

Roket anti kereta kebal Al-Batar dilengkapi dengan hulu ledak seberat 3,5 kilogram dan memiliki jangkauan lebih dari 3,000 meter (1,86 mil).
Roket Al-Samoud
Roket kaliber 120mm Al-Samoud memiliki jangkauan hingga 8 kilometer (4,97 mil).

Rayyan Roket Anti Serangan Udara

Pada bulan November 2004, HAMAS telah mengembangkan Rayyan roket anti Serangan Udara pertama di Palestin. Menurut salah satu komandan Briged Al-Qassam, Nizar Rayan (yang telah syahid), roket ini mampu menjatuhkan helikopter Israel, UAV, dan pesawat-pesawat yang beroperasi di atas Jalur Gaza. Sumber HAMAS mengatakan projek roket anti Serangan Udara ini didasarkan pada keahlian dan pelatihan yang diberikan oleh Iran dan Hizbullah. Hamas telah berusaha untuk menghasilkan varian dari roket asal Soviet SA-7 – yang digunakan oleh Hizbullah di Lebanon selatan.(fq/dr berbagai sumber)
sumber

Tahniah Kanoute

Bola sepak Sepanyol punya cerita. Dalam pertandingan minggu lalu, antara kelab Sevilla menentang Deportivo La Coruna, Fredrick Kanoute, penyerang Sevilla yang beragama Islam dan berasal dari Mali, setelah menjaringkan bola ke gawang lawan, membuka bajunya untuk memperlihatkan kaos dalamnya yang bertuliskan "Palestine". Kata Palestin itu ditulis juga dalam beberapa bahasa yang lain. Ini tentu saja dimaksudkan sebagai dokongan Kanoute kepada Palestin yang tengah digempur oleh pasukan Israel di Gaza.

Aksi Kanoute tersebut tetap membuahkan hukuman kad kuning dari pengadil yang memimpin pertandingan. Esoknya, Federasi Sepak Bola Sepanyol (REF) mengenakan denda kepada Kanoute sebanyak 3000 euro atau sekitar Rp. 45 juta. Keputusan Federasi Sepak Bola Sepanyol ini menimbulkan aksi protes dari segala penjuru. Peraturan federasi Spanyol melarang para pemain menunjukkan berbagai publisiti atau slogan-slogan sepanjang pertandingan berlangsung. Menurut federasi itu, hukuman tersebut tidak mempermasalahkan sifat dasar politik dari pesan itu. Tetapi mereka menyoroti fakta bahawa sang pemain telah menunjukkan suatu maklumat yang dinilai melanggar peraturan.

Tanggapan Kaonute? "Itu merupakan sesuatu yang saya rasa mesti saya lakukan. Setiap orang seharusnya merasa bertanggung jawab saat menyaksikan ada suatu situasi yang sangat tidak adil itu. Saya merasa 100 persen bertanggung jawab atas apa yang saya lakukan dan saya tidak takut atas sanksi itu,” ujarnya kepada televisyen swasta Telecinco.

Sebenarnya, Kanoute sudah lama mahu melakukan aksi itu, seminggu setelah Israel menggempur Gaza. 4 Januari lalu, ia terlihat memakai baju dalam yang sama, yang tembus dari jersey-nya di tengah guyuran hujan. Sayangnya dia tidak berhasil menjaringkan gol.

Aksi Kanoute itu banyak mendapat dokongan, salah satunya dari Josep Guadiola, pelatih Barcelona. Sanksi yang dirasa Guardiola sebagai bentuk ketidakadilan untuk striker asal Mali tersebut. Menurutnya, seharusnya REF mempelajari lebih dulu apakah pemain itu patut diberikan denda atas tindakan dari pemain yang bersangkutan.

Kanoute memang dikenal sebagai muslim yang taat dan kerap bangga menunjukkan identiti keyakinannya itu. Pada tahun 2007 misalnya, pemain terbaik Afrika 2007 ini pernah memberikan gajinya selama setahun, sebesar 700.000 dolar AS atau sekitar Rp 7 miliar untuk menyelamatkan masjid terakhir yang ada di Sevilla. Masjid tersebut mulanya akan dijual kerana populasi Muslim di kota tersebut mulai menurun. Pemerintah setempat pun akhirnya memberi nama tempat ibadah tersebut sesuai dengan sang pembeli.

"Jika tidak ada Kanoute, kami tidak akan beribadah pada hari Jumat lagi, di mana itu adalah hari yang suci bagi umat muslim," tukas wakil dari komuniti Islam Sepanyol, sesaat setelah Kanoute membeli Masjid tersebut, seperti dilansir AFP.
Ketaatan Kanoute dalam mengamalkan ajaran Islam juga mendapat dokongan penuh dari Sevilla. Ia diberi jersey khusus tanpa sponsor. Hal itu kerana sponsor utama Los Palanganas, 888.com, adalah lamanjudi yang bertentangan dengan ajaran Islam. Ia juga menyumbangkan seluruh hasil penjualan kaosnya untuk beramal. (sa/berbagaisumber)
sumber

Produk AS yang Diboikot oleh Para Ulama

Restoran:
KFC, Arbys, McDonalds, McBurger, Pizza Hut, Chilies, Hardees, Paridies, Pizza Little Sitzer, Jack in the Box, A&W, Kantez, Baskin Robbins, Wimpy, Dominos Pizza, Texas, Slizer.

Produsen Makanan & Minuman AS: Minuman:
- Pepsi dan anak perusahaannya: Mirinda dan 7up - Coca-Cola dan anak perusahannya (Anda kalau membaca tulisan Cola-cola dari belakang botol, akan tertulis: no Muhammad, no Mecca): Sprite dan Fanta

Produk Hanes and Crystal: Mayonnaise, Kecap California Garden and Warner & Lambert
T-Shirt, Sepatu: Semua baju dan sepatu merk Nike (pernah tertulis kata "Allah" dalam sebuah produknya), Adidas, Kate dan Calvin Klein
Peralatan Listrik : Power, Union Air, Clifinitour , Admiral, Harmony, Alaska, Duncan, Motorola, Alcatel.
Baterei: Everydy, Energizer dan Doorsill Mobil: Ford, Chrysler, Hammer, Chevrolet, Puck Dan Semua produk General Electric
Perusahaan-Perusahaan AS Yang Mendanai Zionisme Internasional:
A & M FOODS, A & W BRANDS, A. CAMACHO, INC ., A. ZEREGA'S SONS, A. PANZA & SONS , A.E. STALEY MANUFACTURING COMPANY, A.J. ALTMAN, A.L. BAZZINI CO, A ARHUS, INC ABBA AB BEIJER COMPANY, ABCO LABORATORIES, ABEL & SCHAFER, ABELES & HEYMANN ABRAHAM'S NATURAL FOOD, ACCRU PAC GROUP, ACE BAKING CO . ACIME SMOKED FISH CORP, ADAMS VEG. OILS, ADAM MILLING, ADRIENNE'S GOURMET FOODS, ADVANCED SPICE & TRADING, AG PROCESSING, AGRO FOODS, AIR PRODUCTS & CHEMICALS,INC, AJINOMOTO, U.S.A, AK PHARMA, INC, AKZO & PACIFIC OLEOCHEMICALS ALBERTO-CULVER COMPANY, ALBRIGHT & WILSON CO ., ALCAN FOIL PRODUCTS ALEX FRIES & BROS .,ALGOOD FOOD COMPANY, ALL STAR FOODS, ALLE PROCESSING LLEN FOOD PRODUCTS, ALLFRESH FOOD PRODUCTS, ALLIED CUSTOM GYPSUM COMPANY ALLIED FOOD DISTRIBUTORS, ALLTECH, ALEO FARMS, ALTA DENA, � ALUMAX FOILS.

Bahan-Bahan Kimia dan Pembersih:
1. PT. Procter and Gamble (memproduksi: Oloiez, Pampers, Ferry, Downy, Ariel, Tide, Head and Shoulder, Pantene, Camay, Zeset, Mack Factor, Carmen)
2. PT. Johnson & Johnson (memproduksi: Shower to Shower, Cream Johnson�)
3. Nectar
4. Avon
5. Revlon
6. Gardena
7. Pasta gigi Corset
Alat Tulis: Bulpen merk Shiver, Parker dan Hear
Bank Amerika: Bank America International, American Express, Bank of America, Bank of New York
Lain-lain: Rokok AS seperti: Marlboro, Kant, Janstown, Lark, Merit, Gold Cost, Carlton, LM, More.
Para Ulama’ Tersebut Adalah:
1. Prof. DR. Yusuf Qardhawi, Ulama dan Cendekiawan Muslim di seluruh dunia. Kini tinggal di Doha, Qatar.
2. Syeikh Salman bin Fahd Al Audah, ulama' kharismatik dari Arab Saudi
3. Syeikh Muhammad Saed Ramadhan al Buthi, ulama' kharismatik tinggal di Suriah
4. Syeikh Abdullah Al-Jibrin, ulama' Arab Saudi dan anggota Persatuan Ulama Besar Arab Saudi 5. DR. Hammam Saed dan DR. Muhammad Abu Faris, Intelektual Muslim tinggal Amman, Yordania.
6. DR. Naser Farid Wasil, Mufti Mesir
7. Fatwa Majelis Ulama Sudan
8. Fatwa Majelis Ulama Palestina

Sumber: al Markaz al Filistini lil I'lam (PIC) (abu ais)

Save GAZA, say NO to WAR!

View SlideShare presentation or Upload your own. (tags: gaza palstean)

Monday, January 5, 2009

tokoh anti islam berkumpul di Israel


Media tidak banyak menyentuh tentang perhimpunan tokoh-tokoh anti-Islam dunia di Jerusalem pada 14 Disember baru-baru ini. Antara yang hadir ialah Geert Wilders yang membuat filem 'Fitna', Daniel Pipes dan Aryeh Eldad, seorang tokoh sayap kiri di parlimen Israel.


Mereka berhimpun di Jerusalem dalam acara konferens anti-Islam yang dianjurkan Israel. Dalam konferens sehari itu, Wilders dalam ucapannya mengakui dirinyaseorang pembenci Islam. Dia memuji Israel yang telah menganjurkan konferens tersebut dan mengatakan yang konferensi anti-Islam juga mesti diadakan di Belanda dan di negara-negara Eropah lainnya.

Wilders juga mengatakan invasi Barat ke negeri-negeri Muslim seharusnya tidak hanya menjadikan kelompok-kelompok Islam militan sebagai sasaran serangan mereka, tetapi juga harus menyerang agama Islam itu sendiri. Ucapan Wilders yang berisi penghinaan terhadap Islam, Muslim dan al-Quran mendapat sambutan "standing ovation" dari para hadirin.

Sambutan itu membuktikan peningkatan rasa kebencian terhadap Islam di Israel, yang memang bersikap 'hangat' pada tokoh-tokoh sayap kiri di Eropah yang terang-terangan bersikap rasis dan membenci Islam dan Muslim. Ketika ini, Wilders memang sedang berganding bahu dengan orang-orang Yahudi anti-Islam di Israel dan Amerika Utara, untuk menyebarkan kebencian dan fitnah terhadap Islam.

Berbeza dengan Wilders, Daniel Pipes mengatakan, tidak bijak jika agama Islam dijadikan sasaran serangan kerana jika yang dibidik ialah Islam, hal itu akan menimbulkan perlawanan dari umat Islam keseluruhannya dan umat Islam akan bersatu membela agamanya.

"Mereka yang menganggap Islam lebih penting untuk dijadikan musuh dan bukan jihad, tidak menyedari adanya perubahan yang terjadi beberapa tahun belakangan ini. Kalangan Islam moderat, meski jumlahnya kecil, tapi bertambah kuat dalam dua tahun belakangan ini," ujar Pipes.

Pipes dan pembicara lainnya dalam konferensi itu mendukung AS agar melanjutkan perangnya melawan kalangan yang mereka sebut sebagai "Islam radikal", melihat fakta makin menguatnya kelompok-kelompok Islam di banyak wilayah di dunia Islam. Salah satunya kelompok Taliban di Afghanistan.

Pipes juga menyatakan sokongannya terhadap kelompok-kelompok di Israel yang menolak proses perdamaian dengan Palestin di Jalur Gaza, Tebing Barat dan Jerusalem Timur dan menolak pembentukan negara Palestin merdeka.

"Saya menyarankan untuk menghancurkan harapan bangsa Palestin yang menginginkan kebebasan dan kemerdekaan kerana keinginan itu sama ertinya dengan keinginan untuk menghancurkan Israel," kata Pipes, seorang Yahudi Amerika yang mendukung sikap anti-Islam Presiden George W. Bush.

Dia menyarankan agar Israel mengusir warga non-Yahudi dari wilayah Palestin-Israel dan menerapkan apartheid secara penuh untuk menghapuskan hak-hak bangsa Palestin.

Seorang lagi yang memberikan ucapan iaitu Profesor John Lewis dari Universiti Duke mengatakan, perang melawan kalangan "Islam radikal" sebaiknya tidak hanya difokuskan di negara-negara Arab, tapi juga di negara-negara Muslim non-Arab seperti Indonesia dan Turki.

Mengomentari konferens itu, Profesor Kajian Islam di Universiti Hebron, Ismael Shindi mengatakan, konferens yang diadakan Israel di Jerusalem itu jelas sebuah konferens yang ingin menyebarkan kebencian.

"Orang-orang yang hadir di konferens itu bukan cendikiawan yang mahukan kebenaran, tetapi orang-orang termotivasi oleh penyakit dan kebencian buta terhadap Islam dan Muslim. Latar belakang dan reputasi mereka, telah merosakkan intelektual dan moral mereka," ujar Shindi.

"Mereka dengan mudahnya mengatakan Islam adalah musuh Barat atau Islam adalah agama kekerasan. Lantas, bagaimana mereka memandang aksi-aksi kekerasan, genosida dan holocaust yang dilakukan orang-orang Kristian di Barat selama 2000 tahun, dan kekejaman-kekejaman Yahudi di era moden sekarang ini?" papar Shindi.

Beliau mengatakan, jumlah korban perang Muslim sejak awal Islam tidak lebih banyak dari korban akibat satu perang yang dikobarkan orang Kristian atau Eropah. Shindi menambahkan, konferens anti-Islam itu menunjukkan makin berkembangnya persepakatan antara kekuata Nazi-Yudea di kalangan orang-orang fasis di Eropah dan Israel. Kerjasama itu, kata Shindi, membuktikan banyak Yahudi Zionis yang tidak lagi menentang prinsip-prinsip Nazisme. (ln/PIC)

Video Rumah Nizar Rayyan-selepas serangan Israel

">

Mayat-mayat dikeluarkan dari runtuhan rumah selepas serangan yang membunuh pemimpin Hamas itu bersama-sama isteri dan anak-anaknya.

Saturday, January 3, 2009

Bon Voyage !




I am feeling a little sad to say goodbye to my pal PIZ, but I think the "Bumi Kenyalang" is the right place for him. Sahabatku selamat menuju Harapan Baru ....

Man: Bila kitak maok pegi sarawak?


Salam Tahun Baru Salam Perjuangan

salam pada semua pengunjung walau terlewat mengucapkan selamat tahun baru tapi rasanya kita masih berada di ambang tahun baru lagi tahun lepas berkunjung ke Jakarta tetapi pada satu pagi berkunjung ke MONAS macam Dataran Merdeka kalu di Malaysia dan terlihat sekumpulan muslimat sedang berdemontrasi dalam memperjuangkan hak-hak wanita mereka ini dari kalangan pelajar2 universitas dan juga pelajar menengah ibu2 bahkan anak2 juga begitu bersemangat mereka melaungkan kebenaran di jalanan tanpa menghiraukan apa yang akan berlaku dan bersedia menempuh cabaran dan dugaan yang akan datang.Begitulah juga dengan penghijrahan kita tidak perlu gentar untuk menghadapi situasi2 yang akan terjadi tabahkan hati ingatlah allah sentiasa bersama kita dan orang2 yang benar......






Ayuh, Selamatkan Palestin!!




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, January 2, 2009

ISRAEL musnahkan 5 MASJID



BAITULMAQDIS 1 Jan. – Masjid dan kawasan ibadat umat Islam tidak terkecuali daripada menjadi sasaran serangan tentera Israel di Genting Gaza yang memasuki hari keenam, hari ini.
Tindakan menyerang masjid dan tempat ibadat umat Islam itu dibuat selepas Israel mendakwa terdapat pejuang Palestin yang menyalahgunakan kawasan berkenaan sebagai pusat pemerintahan tentera dan stor simpanan senjata.

Ketua Khidmat Keselamatan Shin Bet, Yuval Diskin memberitahu Kabinet Israel semalam bahawa pemimpin Hamas bersembunyi di masjid dengan anggapan tentera Zionis tidak akan menyerang mereka di kawasan suci tersebut.
Keadaan itu menyebabkan tentera Yahudi turut menjadikan masjid-masjid sebagai sasaran serangan.

Setakat ini serangan itu memusnahkan lima buah masjid dan dua dewan ibadat.
Israel sebelum ini sering menjadikan tempat suci umat Islam ini sebagai sasaran walaupun tindakan itu berpotensi untuk menyemarakkan kemarahan penduduk Islam di seluruh dunia.
Terbaru semalam, serangan oleh pesawat perang Israel telah memusnahkan Masjid Tel Al-Hawa.

Penduduk Palestin dan jemaah masjid berkenaan membantah keras tindakan tersebut dan menafikan ia digunakan sebagai markas tentera.

sumber

Thursday, January 1, 2009

Ucapan Terima Kasih dari PUTERAF

Hari ini saya sudah memutuskan akan menutup laman ini dan esok merupakan hari terakhir laman ini disiarkan, di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung laman. Sesungguhnya saya begitu kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku. Saya sangkakan dunia internet ini baik, tapi ada juga kebaikkan itu disalahertikan oleh orang yang mahir dalam dunia internet ini dan memanipulasikan untuk kepentingan diri. Semoga keputusan saya menutup laman ini dapat menamatkan segala hal-hal berbangkit. Dan saya mahu berehattttt sempena cuti tahu baruuuuuuuuuuu...

http://puteraf.blogspot.com/

Dicatat oleh puteraf di 1:53 AM

Man: Mohon maaf atas segalanya sahabat ku puteraf ...