Selamat Datang ke ...

Selamat Datang ke ...

Khabar dari Situ Sana Sini

Saturday, December 27, 2008

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Mangkat

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.

Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul RahmanSetiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.

"Baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi dan pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,' kata beliau dalam sidang akhbar khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini, lapor Bernama.

Turut hadir ialah anggota kerabat diraja Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Arifin Omar.

Norzam berkata ketika dua pakar itu tiba di Istana Hinggap pada jam 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan supaya baginda di bawa ke HTJ untuk rawatan segera.

"Berdasarkan itu, baginda telah dibawa ke HTJ dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh doktor pakar termasuklah memberi rawatan kecemasan.

"Saya ingin memaklumkan di sini bahawa Tuanku Ja'afar telah mangkat pada pukul 11.45 pagi di HTJ," katanya.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa jenazah Almarhum baginda akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah petang ini untuk majlis penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.



Baca seterusnya

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah



Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Man: Selamat Tahun Baru Hijrah.

Friday, December 26, 2008

Sejauhmana indahnya hubungan Islam dan Kristian?



Menjelangnya Hari Natal, saya teringat sebuah filem yang pernah saya tonton. Hassan wa Morkos (Hassan dan Marcus) adalah satu filem keluaran Mesir yang bersulamkan babak-babak dan watak-watak komedi.

Dan babak yang selebihnya berunsurkan isu-isu keagamaan yang bernada agak serius juga. Tapi, genre filem ini adalah komedi. Saya tidak tahu apakah hal ini disengajakan untuk mengelakkan berlakunya isu-isu kontroversi. Mungkin ini adalah salah satu strategi juga. Siapa tahu?

  1. Paderi Baulus menukar namanya kepada Syeikh Hassan al-Attar
  2. Rahsia mula terbongkar
  3. Kekeruhan hubungan antara Islam dan Kristian, antara ideal dan realiti
"Para penganut Kristian yang menggunakan kekerasan itu, bukanlah daripada kalangan kami," tegas Paderi Baulus. "Gereja mengecam tindakan mereka yang melakukan keganasan ini atas nama agama."

"..Dan demi sesungguhnya, engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: Bahasa kami ini ialah orang-orang Nasrani." Yang demikian itu, disebabkan ada antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong." Surah al-Ma'idah, ayat 82

Baca Selanjutnya

Man: Satu ulasan yang sangat menarik, syabas "Sekolah pemikiran Kg Baru"

Thursday, December 25, 2008

Bertugaslah kerana Allah SWT & Berbaktilah dengan keikhlasan

Khas ku tujukan buat sahabat baikku yang akan

Meninggalkan kita menuju ke Bumi Kenyalang.


Dengan iringan doa agar berkelanalah dengan hati yang ikhlas demi mencari sesuap rezeki dan mendidik anak bangsa.. Selamat jalan dan selamat bertugas sahabatku.


Description:

Sarawak :

1. Mas Gading (Tanjong Datu / Tanjung Datu, Tasik Biru).

2. Santubong (Pantai Damai, Demak Laut).

3. Petra Jaya (Tupong, Satok, Samariang).

4. Kuching (Padungan, Pending).

5. Stampin (Batu Lintang, Batu Kawah).

6. Kota Samarahan (Asajaya, Muara Tuang).

7. Mambong (Bengoh, Tarat).

8. Serian (Tebedu, Kedup).

9. Batang Sadong (Sadong Jaya, Simunjan).

10.Batang Lupar (Sebuyau, Beting Maro).

11.Sri Aman (Bukit Begunan, Simanggang).

12.Lubok Antu (Engkili, Batang Ai).

13.Betong (Saribas, Layar).

14.Saratok (Kalaka, Krian).

15.Kuala Rajang (Belawai, Serdeng, Matu Daro).

16.Sarikei (Meradong, Repok).

17.Julau (Pakan, Meluan).

18.Kanowit (Ngemah, Machan).

19.Lanang (Bukit Assek, Dudong).

20.Sibu (Bawang Assan, Pelawan, Nangka).

21.Mukah (Dalat, Balingian).

22.Selangau (Tamin, Kakus).

23.Kapit (Pelagus, Katibas).

24.Hulu Rajang (Baleh, Belaga).

25.Bintulu (Kemena, Kidurong, Jepak).

26.Miri (Lambir, Piasau, Senadin).

27.Baram (Marudi, Telang Usan).

28.Bukit Mas (Limbang, Lawas, Ba'Kelalan / Ba Kelalan).


Buatlah pilihan sahabat samada mahu menaiki kenderaan ini...

...atau yang ini...

Namun keheningan Sungai Rajang pasti mengamit kedatangan mu sahabat...

SELAMAT MENEMPUHI ALAM PERGURUAN

DAN SELAMAT BERTUGAS!!

Tuesday, December 23, 2008

Kelahiran




TAHNIAH buat sahabat kita, LB sekeluarga kerana selamat melahirkan anak perempuan pada jam 4.30 petang tadi...
Semoga anak ini dapat menjadi anak yg solehah...

hubungan rengang kenapa?

Seorang teman mengemukakan satu masalah kepada saya, masalah beliau ialah berkaitan dengan perhubungan antara rakan sepejabat.
"Saya tak suka la cara Azri (bukan nama sebenar) tue, tak suka ambik tau hal orang lain, buat hal dia je" kata Azizah (bukan nama sebenar) kepada saya.

Tambahnya lagi " Muka dia tak pernah senyum, bayangkan kami berada di dalam satu pejabat dah dekat lima tahun, tapi hanya beberapa kali bertegur sapa"

Saya yang terkejut dengan kata-kata Azizah tadi cuba mencari punca kenapa Aizzah dan Azrie tidak betegur dan mesra walau berada di dakam satu pejabat.

Bila saya berjumpa dengan Azrie saya mendapati tidak ada masalah pun, saya boleh berbual mesra dengan Azrie tidak seperti yang digambarkan Azizah.

Pada saya masalah hubungan ini berlaku kerana Azizah tidak cuba memahami latar belakang Azrie. Setiap orang sebenarnya mempunyai karekter tersendiri dan kebanyakkannya dipengaruhi oleh latar belakang seseorang samaada dari segi kerjaya, keluarga ataupun persekitaran.

Dalam kes Azrie hasil pengamatan saya, beliau merupakan pegawai di Bahagian Teknologi Maklumat dan sudah tentu sikapnya adalah tidak sama dengan pegawai yang bekerja di bahagian Komunikasi Korporat. Untuk membolehkan kita mewujudkan hubungan dengan Azrie ini kita perlu cari topik yang dekat dengan diri beliau. Dari situ kita boleh memulakan hubungan dan seterusnya meneroka hubungan yang lebih baik.


Sekiranya kita gagal memahami seseorang itu ia akan memberi tanggapan negatif pada diri kita dan akhirnya perhubungan gagal diwujudkan malah akan wujud perbedaan pendapat yang akhirnya akan menjadi krisis ataupun konflik.


Tanggapan yang keterlaluan juga akan membentuk emosi yang negatif terhadap rakan kita, sebab itu kebanyakkan organisasimengadakan pelbagai program seperti hari keluarga atau Majlis makan malam, semua ini dilakukan dengan tujuan untuk membolehkan anggota dalam sesebuah organisasi berhubung baik antara satu sama lain.

Friday, December 19, 2008

Melihat Kepada Diri


Anda telah hidup berapa tahun? 15? 20? 23? 30? 35? 40? 48? 56? 60? 79? 80?
Mungkin antara umur-umur itu. Jika anda berumur 100 tahun, maka bersyukurlah kepada ALLAH kerana anda diberikan umur yang panjang untuk beribadah dan diberi masa yang lebih untuk bertaubat.
Baiklah, sepanjang kita hidup ini, sudah berapa kali kah kita memandang kepada diri kita sendiri?
Muhasabah?

Ya, maksud saya lebih kurang demikian. Cuba, kita ambil masa sebentar, duduk tenang dan menilai kembali perjalanan hidup kita.
Perkara ini tidak memerlukan masa yang panjang. Saya hanya hendak kita ambil masa 10 minit untuk duduk dan mengingat kembali perjalanan hidup kita.
Bagaimana dengan hidup kita?
Adakah anda merasakan, sepanjang bertahun-tahun anda menjalani kehidupan, anda lahir, anda belajar berjalan, anda melalui kehidupan anak-anak, anda menjadi remaja, kemudian dewasa, belajar, bekerja, berkahwin, mempunyai anak, mempunyai cucu dan sebagainya, adakah anda merasakan kehidupan anda sepanjang itu adalah bermakna?

Adakah anda pernah cuba menilai semula, bagaimana anda mengisi kehidupan anda yang telah berlalu. Saya tak berapa suka kalau kita nak ingat kebaikan-kebaikan kita terlebih dahulu. Marilah kita bersama cuba muhasabah balik dosa-dosa kita.

Sepanjang umur kita, telah berapa banyak dosa kita lakukan? Berapa banyak jenis dosa kita? Berapa banyak kali kita mengulanginya?
Sebenarnya, kalau kita kira-kira, pasti dada kita akan terasa sesak. Kerana banyaknya dosa kita. Cuma, sebahagian dari kita memilih buat-buat tak nampak dari melihatnya secara serius. Bagi mereka, yang telah lepas biar lepas.

Benar, kita tidak boleh membiarkan diri kita terikat dengan peristiwa lalu, tetapi cuba anda lihat diri anda hari ini. Adakah anda semakin baik atau semakin teruk apabila anda tidak melihat ke belakang? Kita bukan hendak melihat kehidupan kita, untuk terikat dengannya. Tetapi kita hendak melihat kehidupan kita untuk kita mempertingkatkan kualiti hidup kita, untuk kita mengambil pengajaran dari kesilapan yang telah kita lakukan agar tidak berulang.
Sekarang kita telah sampai pada hari ini. Tidakkah kita merasakan bahawa, kita telah membazirkan kehidupan kita yang telah lepas.
Kita hendak kembali kepada siapa?
Kita hendak balik bertemu dengan siapa?

Tahukah kita bahawa, seluruh detik kehidupan kita ini akan kita bawa bersama?
Tahukah kita bahawa,pemeriksaan ALLAH di akhirat nanti teramat ketat dan dasyat untuk dibayangkan oleh kita?
Apakah yang hendak kita jawab mengenai umur kita yang telah kita bazirkan?
Perasan atau tidak, ketika anda sedang membaca artikel saya ini, anda masih lagi bernafas. Tahukah anda, setiap helaan nafas kita ini adalah tanda ALLAH masih memberikan kita peluang lagi untuk memperbaiki kehidupan kita.

Ketika inilah baru saya katakan kepada diri kita semua,
“ Jangan kita pandang berapa banyak dan berapa besar dosa kita yang lalu, marilah kita bersegera bertaubat dan mendekatkan diri kita kepada ALLAH!!!”
Kerana pintu taubat masih belum tertutup!

Kenapa saya mengajak kita menilai diri?
Terdapat hadith Rasulullah SAW yang mafhumnya begini,
“ Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalamnya, maka dia adalah orang yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalamnya, maka dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia lebih teruk dari semalamnya, maka dia adalah dari kalangan orang-orang yang celaka”
Nah… Anda celaka?
Atau anda ingin menjadi celaka?

Anda masih bernafas... Kenapa anda biarkan sahaja masa terus berlalu?
Mari kita berusaha mempertingkatkan kualiti hidup kita!
Mari kita bermula dengan melihat terlebih dahulu diri kita!
Mari kita bersama-sama bergerak!
“Sesungguhnya ALLAH amat mencintai hamba-hambaNya yang sering bertaubat, dan membersihkan diri”


Hilal Asyraf

Sang Murabi Filem dakwah ke Malaysia


Sebuah filem yang memaparkan kisah kehidupan seorang insan yang dipenuhi pengorbanan, kesungguhan, kesabaran dan istiqamah sebagai da’ie kepada ummah. Zaman remajanya penuh sibuk dengan gerakan dakwah. Usia tua terus dihabiskan untuk urusan dakwah. Bertemankan seorang isteri yang sangat tabah, cukup memahami, memangku tugas suami dirumah, menjadi penyokong, pendorong dan penenang suami dikala letih pulang dari memikirkan kepentingan Islam dan ummahnya.



Nada yang lembut, prinsip yang tegas membuatkan beliau dihormati teman dan lawan dalam arena politik Indonesia sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) – ahli Parlimen. Itulah sosok tubuh Al-Marhum Kiyai Haji Rahmat Abdullah ( Sang Murabbi ). Beliau merupakan guru tarbiah kepada Partai Keadilan Sejahtera ( PKS ) Indonesia. Pelbagai buku-buku dan artikel tentang dakwah hasil tulisannya bertebaran di seluruh Indonesia.Beliau kembali ke rahmatullah tahun 2005 yang lalu.

Sesuai ditonton oleh sesiapa sahaja khasnya kader-kader dakwah di bumi Malaysia, pimpinan gerakan Islam, pimpinan mahasiswa Islam dan sesiapa sahaja yang ingin hidup diatas jalan dakwah, bersedia hadapi susah dalam perjuangan, rela memikir masalah ummah lebih dari kepentingan diri dan sebagai motivasi agar terus istiqamah. File mini dilakonkan oleh sebahagian besar kader-kader yang telah menerima tarbiah PKS dan bintang filem Indonesia yang rata-rata telah merasai suntikan dakwah dari PKS.



Maklumat Lanjut:
sang-murabbi.blogspot.com

Thursday, December 18, 2008

Cakap Orang Tua - Belajar Jimat Cermat


HAI... pejam celik pejam celik, kita sudah pun berada dalam pertengahan Disember. Ini bermakna kira-kira dua minggu lagi, dah masuk Tahun Baru 2009. Tahun Baru bermakna juga murid-murid semua akan mula bersekolah. Jadi, tentulah ibu bapa sudah sibuk mempersiap anak-anak dengan buku-buku baru untuk tahun persekolahan baru.


Ada juga yang siap dengan beg baru, uniform baru dan kasut baru. 'Ibu, kita tak beli baju baru ke buka sekolah nanti? Takkanlah nak pakai uniform tahun lepas,' kata Adam, cucu nenek.


'Tak payahlah... baju tu masih muat, masih baik. Kita mesti jimat-jimat sikit berbelanja. Sekarang ni barang semuanya mahal Adam. Baju, kasut dan beg sekolah Adam semua masih baik... pakai saja,' kata Noni, ibunya. Muncung mulut Adam.


'Tapi baju tu dah jadi kuning, bukan putih warnanya. Lengannya pun dah ketat sikit,' kata Adam lagi. 'Takpe... nanti ibu ke... Nenek ke... taruh clorox bila cuci uniform tu, biar warnanya putih bersih dan nampak macam baru,' sampuk Nenek pula. Makin muncung muka Adam. Dia ni cerewet sikit, tidak seperti kakaknya, Lina, dan adiknya, Haziq, yang tidak kisah soal baju, beg atau kasut baru.


'Adam... baju tu masih muat. Kak Lina dan Haziq pun tak ganti baju baru. Kita orang pakai uniform lama. Membazir tau sebab uniform lama pun masih boleh dipakai,' kata Lina. Adam muncung lagi.


Memang begitulah kanak-kanak. Semua nak yang baru, yang baik. Tetapi kita sebagai orang tua tidak boleh ikutkan sangat kehendak anak-anak. Malah, dalam usia muda beginilah, ibu bapa dan datuk nenek mesti mendidik anak-anak cucu mereka agar berjimat cermat, apatah lagi dalam keadaan ekonomi meleset ini.


'Betul kata Kak Lina tu Adam. Kita mesti berjimat cermat. Tak bolehlah asyik nak tukar uniform baru tiap-tiap tahun.' Cuba tengok ramai anak-anak yang susah hidup keluarganya, mereka ke sekoplah kadang-kadang tak bawa wang makan.


'Adam, Lina dan Haziq beruntung sebab tak pernah ke sekolah dengan perut lapar,' kata Noni. 'Yalah... yalah... tak payah tukar baju baru, nanti biar Adam pakai saja baju sekolah lama yang dah buruk tu,' kata Adam dengan nada merajuk dan terus masuk ke biliknya.


Memang benar. Hampir semua kanak-kanak mahu yang baru, yang cantik apatah lagi beg sekolah yang kini ada bermacam-macam corak dan gambar.


Namun, sebagaimana Nenek katakan tadi, kita mesti mendidik mereka agar berjimat, lihat dan prihatin ke atas kesusahan orang lain dan ajar mereka untuk sama-sama membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama. Kata orang, melentur buluh biar dari rebungnya.


Jika dari sekarang kita selalu menanamkan ciri-ciri yang baik ke dalam diri mereka, Nenek yakin apabila mereka membesar dan semakin dewasa nanti, nilai-nilai moral yang baik itu pasti akan tertanam dalam diri anak-anak itu. Siapalah tidak sayangkan anak cucu... tetapi 'sayang anak tangan-tangankan'.


Kalau kita terlalu memanjakan mereka, mengikut apa saja kemahuan mereka dan membeli apa saja yang mereka mahukan, Nenek tidak hairan jika suatu hari nanti, anak-anak itu menjadi anak-anak yang boros dan tidak memikirkan kesusahan orang lain.


Jadi, marilah kita didik anak-anak kita menjadi anak-anak yang sentiasa berjimat cermat dan tidak memikirkan diri sendiri semata-mata.


- Nenek

Man: Terima kasih atas nasihat Nenek itu!

Aku bukan musuh harta


wartawan baling kasut dihadap ke mahkamah

Penyokong-penyokong Islam Pakistan, Jamaat I Islami memegang satu model sebelah kasut yang sangat besar sebagai menyokong tindakan wartawan Iraq yang melontar kasut kepada Presiden AS George Bush semasa sidang akhbar di Iraq minggu ini

BAGHDAD: Wartawan Iraq yang menjadi 'bintang segera' selepas membaling kasut ke arah Presiden Presiden George W Bush, Ahad lalu, tampil di hadapan hakim yang mengadili kejadian berkenaan, semalam.
Menurut abang dan ahli keluarganya, Muntazer al-Zeidi, 29, seorang wartawan televisyen yang berbuat demikian kerana kebenciannya terhadap Bush dan Amerika, dibawa ke mahkamah dengan kawalan keselamatan yang ketat. Abangnya, Durgham al-Zeidi berkata, beliau dan seorang lagi abangnya diberitahu oleh hakim bahawa al-Zeidi memberi kerjasama baik.
Bagaimanapun, katanya mereka tidak dibenar menghadiri sesi perbicaraan serta tidak mempunyai maklumat lain mengenai adiknya itu. Mengikut undang-undang Iraq, Al-Zeidi boleh dihukum sehingga tujuh tahun penjara kerana 'mengkasari kepala ketua negara asing'.
Ketua Peguam yang mewakili Al-Zeidi, Dhiya al-Saadi berkata, beliau masih belum dapat bertemu anak guamnya itu tetapi akan meminta kebenaran berbuat demikian, hari ini serta akan berusaha mendapatkan jaminan pembebasan Al-Zeidi. Katanya, beliau tidak nampak kenapa mahkamah tidak membenarkan anak guamnnya tidak dibenarkan diikat jamin. “Penyaisatan kes ini selesai sepenuhnya dan tiada risiko jika tertuduh dibebaskan dengan jaminan," katanya. -


AFP sumber- Berita Harian

Wednesday, December 17, 2008

CERITA BUDU...


Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".


Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif sep erti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea cirit (diarrhoea)] , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.

Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain sep erti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin) .

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun. Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) sep erti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sep iring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.



Petikan dari tko

piz: ambo suko make budu rajo, sedap :D

Pamit


Terima kasih buat kalian yang mampir di sini
Aku pohon untuk pamit dan minggir barang sebentar
Mahu menghela nafas yang langlai
Mahu menepis semangat yang campah
Mahu menghirup hawa segar di rimbunan
Mahu mencecah kakiku di gigi pantai
Mahu berpunduk sendirian
Menjadi saksi langit lazuardi
Menjadi saksi langit aurora
Moga ketemu bianglala yang sepi



Usah gusar
Pabila rasa terhimpun semula
Kukembali berinspirasi di sini

Monday, December 15, 2008

Petrol Dan Diesel Turun 10 Sen Berkuatkuasa Esok (16 Dis)

15 Disember, 2008



KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Kerajaan hari ini mengurangkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuatkuasa esok 16 Disember.

Dengan itu harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter; petrol RON92 daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter dan diesel daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.

- BERNAMA

Man: Harga minyak turun lagi, baik untuk pengguna tetapi bagaimana dengan ekonomi? Pendapatan negara dari sumber petroleum pasti akan terjejas.

Lawatan akhir Bush ke Iraq disambut balingan kasut

Isnin Disember 15, 2008 (mStar)


BAGHDAD: Kunjungan Presiden George W. Bush semalam sepatutnya menjadi lawatan terakhir ke Iraq sebelum meninggalkan White House bulan depan. Beliau tidak menerima "cenderamata penghargaan" daripada rakyat Iraq, sebaliknya menerima balingan kasut ketika mengadakan sidang media bersama Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki.

Seorang wartawan Iraq melemparkan dua kasut terhadap Bush tetapi tidak menepati sasaran kerana beliau sempat mengelak balingan.


Kasut itu kemudian mengenai dinding belakang. Nouri bagaimanapun cuba menyelamatkan Bush walapun balingan itu tidak mengena. "Ini ciuman perpisahan untuk anda, anda anjing!" jerit wartawan berkenaan dalam bahasa Arab.


Dia kemudian dikenali sebagai Muntadar al-Zeidi iaitu koresponden bagi saluran televisyen Iraq, Al-Baghdadia yang berpangkalan di Kaherah, Mesir.


Kemudian Bush bergurau: "Ia (kasut) bersaiz 10." Kunjungan itu diadakan 37 hari sebelum Bush meninggalkan White House. Bush akan digantikan Barack Obama pada 20 Januari ini.


Bush menggerakkan tindakan ketenteraan ke atas Iraq pada 2003 dalam usaha menggulingkan Saddam Hussein. Ketika Saddam digulingkan, pentadbiran Bush disanjung tinggi.


"Perang belum berakhir lagi," kata Bush sambil menambah, perang itu akan mencapai kemenangan kelak. Selepas itu Bush berlepas ke Afghanistan yang turut diserang Amerika Syarikat atas nama peperangan ke atas pengganas pada tahun 2001.



Man: Nasib baik kasut... hehehe :)

Sunday, December 14, 2008

Raihan ft. Awie - Dari Tuhan

Tuhan
Berombak lautan
Tajam duri di hutan
Begitu kuasaMu
Kepada alam
(Ya Robb)

Insan
Renangi lautan
Tempuhi onak tajam
Ada balasan
Untukmu insan

Bila mentari terpadam
Kita akan dibangkitkan
Menerima harapan
Atau kepanasan

Insan
Berseri cahayamu
Bersinarlah budimu

Kerna ketakwaan
Kepada Tuhan

Bila mentari terpadam
Kita akan dibangkitkan
Menerima harapan
Atau kepanasan
Ohhh..Ohh..Ohh...




Man: Walaupun berlainan genre muzik tetapi mereka berjaya bersatu menyampaikan mesej yang menginsafkan.

Thursday, December 11, 2008

Tanah Tinggi Lojing Destinasi Pelancongan Terbaru

TERLETAK kira-kira 86 kilometer (km) dari Gua Musang dan hanya 30 km dari Cameron Highlands, Pahang, tanah tinggi Lojing di barat daya Kelantan menyimpan seribu satu khazanah semula jadi untuk diteroka. Malah, hasil kajian pelajar beberapa universiti tempatan yang menyertai Ekpedisi Saintifik Tanah Tinggi Lojing, baru-baru ini menemui pelbagai spesies hutan khususnya bunga terbesar dunia, Rafflesia atau bunga pakma. Walaupun giat dibuka untuk kawasan pertanian, iklim nyaman di sini masih nyaman, sesuai bagi mereka yang gemarkan percutian di tanah tinggi.Pada ketinggian 1,400 meter dari paras laut, pengunjung dapat menyaksikan keindahan alam semula jadi yang belum terjejas. Walaupun tanah di Lojing pernah menimbulkan kontroversi berikutan pembalakan tidak terkawal, ia tidak mengurangkan kehadiran pelancong yang mahu melihat keindahan flora dan faunanya.Enam bukit yang sering menjadi tumpuan pengunjung dan pengkaji ialah Bukit Senjot, Pangas, Tajam, Gunung Tanggsa, Chall dan Gunung Warpu.Pakar dan penyelidik dari universiti tempatan menyifatkan hutan di sekitar Lojing perlu dikekalkan kerana ada pihak cuba mengambil untung atas angin dengan menjual spesies yang sukar ditemui kepada pihak tidak bertanggungjawab.Menurut seorang penyelidik, tumbuhan seperti bunga pakma mempunyai nilai yang amat tinggi dan sukar ditemui di hutan lain di seluruh dunia.

Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datin Dr Maryati Mohamed, berkata kajian yang dilakukan bersama dengan lima lagi universiti tempatan itu menunjukkan Lojing berpotensi dimajukan sebagai destinasi pelancongan di Kelantan.

"Bunga pakma di lereng dan cerun bukit berkembang dengan ukuran 57 sentimeter dan mengikut kajian ia boleh berkembang lebih besar sehingga 70 sentimeter," katanya. Selain itu, katanya, kawasan Lojing kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna yang menjadi tarikan utama pelancong di samping boleh dijadikan lokasi sukan lasak seperti merentas denai hutan dan mendaki bukit.

"Saya yakin kawasan tanah tinggi ini mempunyai potensi besar untuk dipromosikan sebagai destinasi pelancongan."Ini juga adalah peluang terbaik bagi Orang Asli untuk meraih pendapatan tambahan dengan menjadi pemandu pelancong atau menjual kraftangan," katanya.

Sementara itu, pemandu pelancong Orang Asli, Adun Serayang, 52, mengakui bilangan pelancong yang mengunjungi Lojing semakin meningkat terutama kumpulan ekspedisi yang mahu melihat bunga pakma.

"Dalam seminggu, saya menjadi pemandu pelancong kepada dua atau tiga kumpulan."Upahnya agak berpatutan. Kita juga sentiasa melarang pelancong daripada mengambil atau memetik tumbuhan liar bagi memelihara khazanah semula jadi tanah tinggi Lojing," katanya.

Sumber harianmetro.com.my

banjir bawa tragedi,bawa rezeki

Musim banjir bawa tragedi. Tetapi ia juga membawa rezeki. Ikan dan burung mudah diperangkap. Selepas banjir sawah dan kebun subur semula.Waktu malam, bersenjatakan lampu picit enam bateri dan jala yang dipanggil “tebah” saya dan tok wan saya, Haji Hassan , akan meredah banjir untuk ke banggol.Banggol adalah tanah tinggi di padang ragut yang tidak ditenggelami banjir di mana kerbau lembu menyelamatkan diri.


Pada waktu malam, banyak burung kembara tidur di situ.Sekarang, setiap kali banjir ramailah penduduk pinggir Sungai Pendang yang riuh rendah dan hingar bingar berpindah.Bukan kerana Sungai Pendang lebih mengganas. Malah ia telah dijinakkan oleh projek perairan Muda hampir 40 tahun lalu.Mereka berpindah kerana rumah kayu bertiang tinggi telah digantikan dengan rumah batu tidak bertiang. Sekaki dua naik air, tenggelamlah ia.


Perahu sudah digantikan kereta dan motosikal. Anak-anak tidak lagi pandai meredah banjir dan menangkap ikan keli dan puyu.Maka banjir yang dulunya bukan cerita dan berita, hari ini dianggap mala petaka dan menjadi bahan muka depan serta waktu meminta dan memberi bantuan.


Rumah orang tua saya di kampung masih bertiang tinggi walaupun di bawahnya tidak lagi disimpan kerbau atau kelengkapan sawah. Sudah dijadikan dapur dan bilik tidur. Tetapi kalau banjir besar, ayah dan ibu saya masih ada atas rumah untuk berlindung.Musim banjir adalah musim bahagia bagi saya dan budak-budak kampung yang sebaya. Ada alasan untuk tidak ke sekolah dan boleh memancing dan menjerat burung sepanjang hari dan sesuka hati.Risikonya ada.


Tetapi, umpama kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Ular, yang berbisa dan tidak berbisa, ada merata-rata. Mereka juga lari dari banjir mencari tempat selamat.Pada satu musim banjir, Allahyarhamah nenek saya, Hajah Putih, dipatuk ular tedung yang bersembunyi di dalam guri tempat dia menyimpan beras. Nenek menyeluk untuk mengambil beras dan dipatuk.Nasib baik dia sempat dibawa ke hospital di Alor Setar dan diberikan suntikan “anti venom” bagi melawan racun ular itu. Demikian hukum Tuhan. Penawar bisa adalah bisa juga.

gambar hiasan

Dulu pun ada tanah runtuh. Tetapi orang tidak riuh. Mereka tahu risikonya dan mereka pula adalah orang biasa yang memugar tanah untuk dijadikan kebun dan dusun.Rumah mereka dari bahan-bahan rimba. Mereka bukan Tan Sri atau orang bernama. Jadi kalau ditimbus tanah runtuh pun, tidaklah riuh, tidaklah heboh.Menteri pun tidaklah bergegas datang atau membuat janji tidak membenarkan rumah di lereng bukit lagi. Itulah janji yang kita dengar berulang kali apabila berlaku tragedi.


Jadi saya pun tidaklah berapa peduli kalau ada banglo (daripada perkataan Gujerat yang bermaksud rumah satu tingkat) yang ditelan bumi dan orang mati kerana berumah di lereng bukit adalah “vogue” bagi orang yang berduit.Ibarat kata orang tua-tua, kalau takut dilanda badai jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut ditimbus tanah, di lereng bukit jangan berumah.




Sumber dari http://kadirjasin.blogspot.com/

Don't worry, be happy ?



The whole world, except Malaysia, is still struggling with one of the worst economic downturn not seen in decades.Bail-outs and financial re-structuring in the US have not shown any sign of lifting the economic gloom.

Singapore, one of the more successful economies in the world projected serious decline of its economic growth in 2009.A projected growth rate of as low as 1.5% with high possibility of going into negative territory. The global downturn in demand will pull down its export earnings and hence decline in its GDP (Gross Domestic Product)

Malaysia, on the other hand has been sending out euphonious messages to its citizens not to worry about the impending economics gloom.The leaders say they have everything under control without spelling out the measures taken or to be taken in the event of a precipitous decline in the economy.The first-half of 2009 would be crucial for Malaysia if the export market continue to shrink and prices of its primary products and manufactured goods declined drastically.

Read More Here

Man: Don't worry, be happy ?

Wednesday, December 10, 2008



kalu kita ubah logo mcm nie leh ke?buat la pilihan

Sunday, December 7, 2008

Demi cinta Allah “Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua putera Adam (Habil danQabil) menurut yang sebenarnya ketika mereka mempersembahkan korban
maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil).
Ia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu!
Berkata Habil: Sesungguhnya Allah (SWT) hanya menerimakorban daripada orang yang bertakwa.” (Surah al-Maidah, ayat 27)
Direkodkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas dalam hadis yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah (SWT) menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidiladha dan Aidilfitri.”

Hidup ini adalah keyakinan dan perjuangan. Dan perjuangan seorang mukmin sejati tidak akan berhenti kecuali ketika kedua telapak kakinya telah menginjak pintu syurga. (Dari novel Ayat-Ayat Cinta)-
- WEB SUTERA



salam semua ini logo karpet kita, ada cadangan atau semua bersetuju? logo ini adalah hasil usaha salsa...

Raya korban -Erti pengorbanan manusia terhebat


Insyallah bermula esok umat Islam di malaysia akan meraikan Aidiladha, perayaan terbesar umat Islam ini diraikan oleh seluruh Umat Islam di dunia, walaupun orang Melayu menyambut perayaan ini secara sederhana tetapi umat islam di benua lain meraikannya secara besar-besaran.


Pixel Code Graphics



Perayaan yang kita raikan dan sambut esok sebenarnya mengandungi kisah sejarah tiga manusia hebat yang sepatutnya dicontohi oleh segenap lapisan masyarakat umat islam.

Mereka adalah Nabi Ibrahim sebagai bapa. Siti Hajar sebagai isteri solehah yang bertakwa kepada Allah dan ibu penyayang serta mempunyai kesabaran luar biasa yang tiada tolok bandingnya. Seorang lagi, ialah Nabi Ismail yang merupakan sebagai anak soleh yang berjiwa takwa, tawakal hingga sanggup disembelih oleh bapanya demi menjunjung dan mengikut titah perintah Allah.

Nabi Ibrahim merupakan salah seorang Rasul bergelar ‘Ulul-azmi’. Baginda memiliki kesabaran dan ketabahan luar biasa, sanggup menanggung seribu satu kesusahan dan penderitaan serta cabaran semata-mata untuk meninggikan dan mendaulatkan agama Allah.

Nabi Ibrahim sentiasa berdakwah bukan saja kepada diri dan keluarganya, malah kepada kaumnya dan orang lain. Baginda berdakwah bukan saja di tanah airnya, malah berpindah-randah, mengajak manusia beriman dan membangun agama.

Dalam melaksanakan tugas mulia dan suci ini, baginda menghadapi tentangan yang hebat daripada kaumnya hingga ke peringkat rancangan membunuhnya oleh Raja Namrud. Nabi Ibrahim ditangkap, lalu dicampakkan ke dalam unggun api yang marak menyala menjulang tinggi.

Semua itu tidak mematahkan semangatnya. Baginda hadapi dengan sabar dan penuh tawakal. Nabi Ibrahim diselamatkan oleh Allah kerana baginda adalah khalilullah (yakni rasul yang mempunyai hubungan sangat akrab dengan Tuhannya)

Nabi Ibrahim menempa sejarah gemilang, meninggalkan warisan berharga kepada umat Islam seluruhnya. Ia terus dinikmati dari dahulu hinggalah sekarang, bahkan selagi masih wujud cahaya matahari dan bulan. Nabi Ibrahim bersama isterinya, Siti Hajar dan puteranya, Nabi Ismail meneroka dan membangun Makkah yang menjadi kota suci dan pusat ibadat bagi orang Islam.

Nabi Ibrahim telah membawa Siti Hajar bersama Ismail yang masih bayi, meredah kegersangan padang pasir yang luas dalam cuaca panas terik pada siang dan terlalu dingin pada malam dari Palestin ke Makkah, yang jaraknya lebih seribu kilometer.

Betapa sulit dan susahnya pada waktu itu, tiada sebarang kemudahan kenderaan seperti yang ada sekarang ini. Kalau ada tunggangan pada waktu itu, mungkin hanya unta.

Alhamdulillah, berkat kesabaran serta cita-cita yang menggunung tinggi, akhirnya Nabi Ibrahim bersama isteri dan anaknya selamat menjejakkan kaki di bumi suci di sisi Baitullahilharam.

Kemudian tidak lama selepas itu Nabi Ibrahim dan Siti Hajar menerima satu lagi ujian yang lebih berat. Allah memerintahkan Nabi Ibrahim pulang ke Palestin.

Keadaan itu kerana di sana sudah ada ramai manusia yang perlu terus dipimpin, diberi dakwah serta tarbiah oleh Nabi Ibrahim.

Cuba gambarkan betapa sedih dan pilunya seorang insan hendak berpisah daripada isteri dan anak yang disayangi.

Demikian juga Siti Hajar, betapa derita yang bakal ditanggung kerana ditinggalkan oleh suami tersayang di tempat yang sunyi sepi, tiada manusia, air dan tumbuh-tumbuhan. Namun, ujian yang sangat berat itu diterima oleh Nabi Ibrahim dan isterinya dengan penuh rela dan kesabaran.

Sebelum meninggalkan anak dan isteri yang disayangi di sisi Kaabah, Nabi Ibrahim berdoa seperti terakam di dalam al-Quran, surah Ibrahim, ayat 37 bermaksud: “Wahai Tuhanku, aku telah menempatkan keluargaku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tandus, tiada tumbuh-tumbuhan di sana, di sisi rumahmu yang diharamkan mencerobohnya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di sana) supaya mendirikan solat (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah sebahagian daripada manusia tertarik hati kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke sana), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka daripada pelbagai jenis buah-buahan, semoga mereka bersyukur."

Nabi Allah Ibrahim berdoa lagi, maksudnya: “Wahai Tuhanku, jadikanlah (negeri Makkah) ini sebagai negeri yang aman dan sentosa, dan berikanlah rezeki daripada pelbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya iaitu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka."

Berkat doa Nabi Ibrahim serta ketakwaan dan kesabaran Siti Hajar, akhirnya wujud telaga Zam-Zam, yang airnya tidak putus-putus dan Makkah pula mula dikunjungi manusia.

Akhirnya, Makkah menjadi sebuah kota suci yang aman dan makmur. Makkah sentiasa dikunjungi umat Islam dari seluruh pelosok muka bumi sepanjang tahun kerana menunaikan umrah, ziarah dan haji.

Pada satu peringkat, Nabi Ibrahim menerima ujian yang sangat berat. Sewaktu sedang bermesra dengan anak kesayangannya selepas sekian lama tidak bertemu, tiba-tiba diperintahkan oleh Allah supaya menyembelih anak itu.

Allah merakamkan kisah simbolik yang amat bermakna dan menyayat hati ini di dalam al-Quran, surah as-Saffat ayat 102 hingga 108 bermaksud:

"Maka anak itu sampai (kepada kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Anaknya menjawab: "Wahai bapaku!, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah, ayah akan mendapati daku daripada orang yang sabar."

Maksud ayat: "Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu - telah menjalankan perintah kami), serta kami menyerunya: "Wahai Ibrahim ! engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu! demikianlah sebenarnya kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini ialah satu ujian yang nyata. Dan kami telah tebuskan anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar dan kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang yang datang kemudian."

Begitulah perjuangan dan pengorbanan agung yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan keluarganya.



Ubi rezeki musim tengkujuh



LAZIMNYA musim tengkujuh yang tiba setiap penghujung tahun ke pantai timur amat dinantikan Sharifah Mahmod.
Apa tidaknya, itulah masanya beliau memasarkan pelbagai jenis ubi yang ditanam tidak jauh dari rumahnya di Kampung Pangkal Berangan, di sini.

Hampir semua jenis ubi yang ditanamnya dijual di gerai di tepi jalan Machang-Tanah Merah.
Yang menariknya, lebih 20 deretan gerai menjual ubi di situ akan hanya muncul setiap kali tiba musim tengkujuh dan beroperasi dalam masa lima hingga enam minggu, bergantung kepada bekalan.

Seorang penjual ubi kayu Faezah Hassan (kiri) menjual ubi kayu di tepi jalan antara Jalan Kampung Batu Enam - Kuala Terengganu dekat Kampung Kubang Jela di Kuala Terengganu, kepada seorang pelanggan pada musim tengkujuh yang berlaku di negeri itu sejak beberapa hari lalu. -foto BERNAMA
Ketika ditemui Bernama di gerainya, Sharifah, 43, berkata beliau menanam pelbagai jenis ubi seperti ubi kayu, ubi keledek, ubi keladi, ubi itik, ubi badak dan ubi tongkol dengan menganggarkan masa matangnya pada musim tengkujuh, iaitu pada bulan November dan Disember.

"Biasanya kami di sini mula menanam ubi pada bulan Februari dan Mac, bergantung kepada tempoh matang jenisjenis ubi, ada yang lambat matang, seperti ubi kayu dan ubi badak, kami tanam awal tahun untuk pastikan ia sudah boleh dijual pada hujung tahun," katanya.
Pendapatan lumayan
Ubi-ubi berkenaan, bergantung kepada jenisnya, dijual dengan harga antara RM2 hingga RM4 sekilogram.
Sharifah juga mendapatkan bekalan ubi daripada penduduk kampung itu yang kebanyakannya rajin bertani.

"Gerai ini dibuka setahun sekali. Musim tengkujuh di sini bagaikan pesta ubi. Semua jenis ubi ada dan ramai pengguna jalan ini berhenti beli ubi di sini. Kami bersyukur kerana rezeki penduduk pun bertambah setiap kali datangnya musim tengkujuh," katanya.
Jelasnya, beliau mampu memperoleh pendapatan lumayan setiap musim dan cukup untuk menampung perbelanjaan persekolahan anakanak di awal tahun.

Ulam-ulaman
Selain ubi, pelbagai jenis ulamulaman dan ikan air tawar turut dijual di gerai yang dibuka setiap hari sehingga lewat petang itu.
Ahmad Ikhsan Osman, 16, turut menggunakan masa cuti sekolahnya untuk mengumpul pendapatan sampingan dengan menjual ubi di gerai itu.
Selain ubi, dia juga menjual ikan air tawar yang ditangkap kawan-kawannya.


Faridah Yusof, 43, dari Kota Baharu berkata beliau berkunjung ke gerai berkenaan hampir setiap tahun membeli pelbagai jenis ubi, termasuk ubi keledek dan ubi kayu untuk dibuat kuih.
Katanya di gerai-gerai itu, beliau mempunyai banyak pilihan ubi segar yang murah harganya, menyebabkan beliau tidak kisah berkunjung ke situ walaupun agak jauh dari Kota Baharu.
"Tak apa jalan jauh sikit, asalkan anak-anak Kak Dah puas hati dapat merasa kuih muih tradisional yang Kak Dah buat sendiri," katanya. BERNAMA

Bapa temui anak maut pegang telefon bimbit



MUSNAH... Beginilah keadaan rumah-rumah banglo di satu daripada dua taman perumahan di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat Kuala Lumpur awal pagi ini, yang rosak teruk akibat tanah runtuh. Rumah-rumah banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah. Kejadian turut menyebabkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus-ratus orang terperangkap. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: "Masa kejadian pukul 3 lebih itu saya terdengar anak saya memekik dan berkata rumah kami bergegar dan bergerak. Ketika gelongsoran pertama saya masih terdengar suaranya, sehinggalah gelongsoran yang ketiga," kata bapa kepada seorang mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di sekitar Bukit Antarabangsa pagi tadi.

Datuk Shahrudin Adnan, 63, berkata, anak bongsunya dari dua orang adik-beradik itu, Shaiful Khas Shahrudin, 20, dipercayai tertimbus selepas runtuhan ketiga di banglo dua tingkat mereka.

DATUK Sharudin Adnan bersama anaknya, Noreennur, 19, ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur. - foto The Star oleh AZMAN GHANI

"Saya menggunakan telefon bimbit untuk mengesan anak saya yang tertimbus. Shaiful kemudiannya ditemui dengan tangannya yang sejuk dan masih memegang telefon bimbit, dan dia disahkan telah meninggal dunia," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur hari ini.
Shaiful Khas adalah antara tiga orang yang dilaporkan terkorban setakat 10.30 pagi tadi dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama pada 4 pagi tadi.
Shahrudin berkata, beliau bersama isteri dan seorang anak saudara mereka berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui bumbung.
"Penghuni di apartmen hadapan rumah kami menghubungi polis dan bomba. Bila bomba sampai baru saya dapat mengesan anak saya melalui deringan telefon bimbit yang dipegangnya ketika itu," katanya.
Beliau berkata malam tadi, anaknya memberitahu dia mahu tidur di tingkat bawah sementara beliau sendiri bersama isterinya serta anak saudara mereka itu tidur di tingkat atas.
Beliau berkata, kejadian mungkin berpunca daripada projek perumahan yang terbengkalai di atas bukit sejak 10 tahun lepas.
"Ada enam unit rumah di atas, mungkin disebabkan tidak dapat menahan unit rumah tersebut, menyebabkan runtuhan tanah berlaku," katanya yang menginap di situ sejak 13 tahun lepas.
Katanya sebelum ini berlaku gegaran kecil pada bukit itu tetapi disangka berlaku kejadian lebih buruk seperti hari ini.
Seorang doktor haiwan, S. Yogeswari, 40, turut maut semasa cuba menyelamatkan anaknya Thidesh, 10, dalam suasana gelap di rumah mereka akibat terputus bekalan elektrik.
Bagaimanapun suami mangsa, yang hanya dikenali sebagai Thanarajah, 40, berjaya menyelamatkan anaknya itu tetapi gagal menyelamatkan Yogeswari.
Thanarajah, seorang jurutera berkata dalam keadaan panik itu, beliau turut sempat menyelamatkan dua lagi anaknya, Avinesh, 11, dan Priyanka, 3.
"Saya masuk semula ke dalam rumah untuk selamatkan anak saya yang berusia 10 tahun (Thidesh), dan bila saya masuk kali ketiga untuk menyelamatkan isteri saya, saya terperangkap di dalam rumah," katanya kepada pemberita dalam keadaan sedih di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Kesemua anaknya cuma cedera ringan dan kini dirawat di HKL, katanya.
Thanarajah berkata ketika kejadian, rumahnya yang agak hampir dengan kaki bukit bergegar sebelum lantai rumah mereka mengelongsor.
"Waktu itu saya tengah tidur, kemudian terdengar bunyi dentuman kuat berhampiran bukit. Saya selamatkan anakanak, namun ketika saya hendak menyelamatkan isteri saya, saya terperangkap di dalam rumah dan kemudian diselamatkan oleh bomba," katanya yang cedera di tangan.

BERNAMA

Friday, December 5, 2008

Kerajaan Selangor bantu 68 keluarga Kg. Berembang

Assalamualaikum sahabat,

Kerajaan Selangor bantu 68 keluarga Kg. Berembang

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dipetik oleh Malaysiakini sebagai berkata, kerajaan negeri sedang memberi perhatian kepada isu perumahan Kampung Berembang yang sudah lama dibangkitkan sejak zaman pemerintahan terdahulu (BN) yang belum mendapat perhatian sewajarnya.

Berikutan itu kerajaan negeri akan memberi bantuan sewajarnya kepada 68 keluarga dari Kampung Berembang yang telah dikenal pasti untuk mendapat bantuan yang sepatutnya, seperti rumah pangsa.

Khalid berkata ini selaras dengan prinsip “Merakyatkan Ekonomi Selangor".

Untuk rekod, pada 7 Mac 2007, pemaju atas arahan sebuah syarikat tersenarai di bawah Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) - pemilik tanah tersebut - telah merobohkan semua rumah di Kampung Berembang yang wujud sejak 30 tahun lalu.

Perkampungan tersebut teletak kurang 10km dari Menara Berkembar KLCC dan didiami oleh kira-kira 470 penduduk.

Mereka yang menjalankan kerja-kerja meroboh rumah di situ dibantu oleh pasukan polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Enam orang ditahan hari itu dan dua orang lagi cedera ketika pergelutan berlaku antara penduduk setinggan dengan anggota pihak berkuasa.

Iskandar Abdul Samad berkata semasa ucapan penggulungan bajet Selangor 2009 pada Oktober lepas:

“Dari segi menyelesaikan masalah peneroka bandar, kerajaan negeri bukannya tidak ada polisi, tetapi ianya tidaklah seperti polisi “Setinggan Sifar” yang untuk beberapa tahun menjadi bahan berita utama (tetapi “for the wrong reasons”).

“Kerajaan negeri tetap akan meningkatkan kualiti hidup mereka. Fokus adalah untuk meningkatkan kualiti hidup bukan untuk menghapuskan mereka seolah-olah para peneroka bandar adalah makhluk-makhluk perosak, penjenayah atau wabak penyakit.

“Cara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat memindahkan peneroka bandar keluar dari penempatan-penempatan mereka adalah berlainan.”

-- WEB SUTERA

berita pilihan

'Soksek-soksek' lepas kongres PKR dalam Rencana
PAS boleh rampas K.T'ganu dari Umno kalau... dalam Analisis
Mat Sabu pilihan hati Tok Guru, 'Bang Mat ready anytime' dalam Politik
PKR 'bukak' pintu, mahukah Zaid masuk? dalam Politik
Idris Buang, Wan Hazani dilantik senator dalam Umum
Najib mungkin tak jadi PM - Tun dalam Rencana
Puteri Anwar bidas putera Mahathir dalam Umum
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula Kak Pidah dan Kak Ijat dalam Politik
Rebut kuasa: Tak ganggu fokus Wanita pertahan K.T'ganu - Rafidah dalam Politik
Abdullah kata Arif tak minat parti lain selain Umno dalam Politik
Akhirnya Zaid ditendang Umno, Abdullah kata 'no rayu-rayu' dalam Politik
Arif dakwa Jalil 'kencing' Utusan, pertimbang tawaran PKR dalam Eksklusif
The Reds gagal lari jauh-jauh dari The Blues dalam Sukan
Mahkamah Thai haramkan PM Somchai Wongsawat dalam Luar Negara
Ketuanan Melayu adalah institusi Raja-Raja Melayu dalam Umum
'Battle of KT': Wan Mutalib vs Wan Farid? dalam Politik
Lebih baik PPP keluar saja - Nazri dalam Politik
6 pegawai timb KM P. Pinang letak jawatan Rahmah Ghazali
Rayuan kes Siti Fatimah keluar Islam ditangguh
Hisham: Kenyataan Mukhriz disalah tafsir S Pathmawathy
Calon tepat penentu kemenangan BN Muda Mohd Noor

Sumber Malaysia kini dan KL POS.

Thursday, December 4, 2008

Kali Pertama Air Asia Rugi RM466J

read more

Contohi Muslimat Pas

Timbalan Ketua Muslimat Pas Terengganu, Safinah Jusoh berkata, Wanita Umno perlu mencontohi muslimat Pas dalam menentukan kepimpinan tertinggi mereka agar tidak timbul sebarang masalah.

Beliau berpendapat, sebagai pemimpin (ketua) mereka perlu menyerahkan kepada ahli akar umbi untuk memilih dan memastikan kepimpinan Wanita terus kekal sambil mencadangkan agar Wanita Umno mengikut prosedur biasa.

readmore

Masjid Agung Rom Ditinggalkan Jemaah

Meskipun terletak di kawasan cukup strategik dan memiliki dewan solat yang cukup besar, Masjid Agung Roma hanya dikunjungi ramai pada hari Jumat atau hari-hari kebesaran agama Islam. Selebihnya, apabila tiba waktu solat , masjid itu sepi tanpa jemaah. Paling cuma tiga atau empat orang yang mengerjakan solat, itupun di kalangan kakitangan masjid.


Masjid Agung Roma yang dirasmikan pada tahun 1995 juga berperanan sebagai Pusat Islam. Dibangunkan di atas tanah seluas 30.000 meter persegi dan ruang untuk solat seluas 100 meter persegi, Masjid Agung Roma merupakan masjid terbesar di Itali yang dibiayai pembangunannya oleh 23 negara Arab dan negara islam.
Masjid ini mampu menampung 5.000 lebih jemaah dan didirikan untuk memenuhi keperluan warga Muslim Itali yang jumlahnya makin bertambah. Tapi ternyata masjid itu tidak setiap hari dipenuhi jemaah apabila waktu solat tiba.


Penjaga masjid Ahmed Adam Ya'qoub mengakui bahawa Masjid Agung Roma relatif sepi tanpa pengunjung. Padahal di Itali terdapat 1,2 juta umat Islam, termasuk para mualaf yang jumlahnya mencapai 20.000 orang. Menurut Ya'quoub, ketiadaan jemaah masjid disebabkan kerana masalah administrasi masjid sendiri.


"Orang biasanya datang ke sebuah masjid kerana imam masjidnya terkenal atau pelbagai aktiviti diadakan. Di masjid kami, keadaan tidak seperti itu," ujar Ya'qoub.


Pentadbiran Masjid Agung Roma dijalankan oleh wakil autoriti dari negara-negara Muslim dan Arab yang memberikan dana pembangunan masjid itu. Misalnya, pemilihan ketua Pusat Islam diserahkan ke Liga Muslim yang berpusat di Makkah, pemilihan pengurus masjid diserahkan pada wakil dari negara-negara Afrika Barat laut dan pemilihan imam masjid dilakukan oleh owakil dari Mesir.


Orang Muslim di Itali tidak tertarik dengan keadaan sistem pentadbiran Masjid Agung Roma sehingga tidak banyak jemaah yang tertarik datang ke masjid itu.
"Afialiasi masjid dengan banyak wakil di negara-negara Arab menjadi penyebab situasi yang sekarang ini terjadi. Mereka hanya mementingkan masalah dekorasi masjid, hanya sebagai tempat untuk menyambut perayaan-perayaan umat Islam dan tempat solat di hari Jumaat," kata Hamza Picardo, mantan ketua Union Islamic Communities and Organizations di Itali.


Menurut beliau, sedikitnya kegiatan di Masjid Agung Roma menyebabkan jemaah jadi jarang berkunjung ke masjid itu dan beralih ke masjid lain yang lokasinya lebih jauh dan masjidnya tidak terlalu besar, misalnya Masjid al-Huda yang juga terdapat di Rom.


Menurut Imam Masjid al-Huda, Samir El-Khaledi, masjid disana ramai kerana setiap hari dan setiap minggu selalu ada kegiatan yang melibatkan anak-anak, remaja dan para mualaf. "Masjid kami, meski lokasinya 20 kilometer di selatan Rom, setiap harinya dikunjungi 300 hingga 800 jemaah pada saat solat Jumat," ujar El-Khaledi.


Ia membayangkan sepinya jamaah yang datang ke Masjid Agung Rom hanya kerana persoalan pentadbiran yang tidak cekap. "Sepinya Masjid Agung Roma merupakan kerugian besar bagi seluruh Muslim di Itali," sambung El-Khaledi. (ln/iol)



petikan dan terjemahan dari ERAMULIM

ketuanan Melayu atau ketuanan Islam

Ada pihak (baca MCA) yang mainkan lagu, irama dan lenggok lama dalam isu ketuanan Melayu. Lantas pihak yang satu lagi (baca Umno) melatah, juga latahan teknik lama. Mengapa? Tidakkah saudara nampak udang di sebalik batu? Ingatkah peristiwa lepas?

mengapa ketuanan Melayu ditolak oleh orang bukan Melayu di Malaysia?

(sekadar gambar hiasan)


Mutakhir ini, banyak isu-isu yang dikatakan berbau perkauman dicetuskan oleh pemimpin-pemimpin BN. Ia ditujukan kepada Umno khususnya dan menjurus kepada mempersoalkan isu sosial kontrak antara kaum. Apa sikap PAS dalam perkara ini?

Haji Hadi: Sikap PAS adalah jelas melalui kenyataan-kenyataan saya dan ucapan-ucapan saya iaitu ketuanan ini bukan hanya milik orang Melayu tetapi milik semua kaum. Kalau kita bincang soal ketuanan, ia mestilah ketuanan semua kaum, tak kira Melayu, Cina dan India atau kaum-kaum lain kerana mereka ini juga rakyat negara ini. Jadi PAS lebih ke arah memperjuangkan ketuanan rakyat bukan ketuanan satu kaum sahaja.

Oleh kerana majoriti rakyat adalah Islam maka dalam soal ini PAS tetap dengan pendirian kepimpinan Islam. Tetapi bukan bermakna kita akan meminggirkan agama lain. Kita menghormati agama lain dan penganutnya cuma kepimpinan yang PAS perjuangkan adalah kepimpinan Islam kerana ianya sudah menjadi dasar kita.


ketuanan islam yang dilaungkan tidak mengenepikan hak orang bukan islam

(gambar hiasan)


Sebagaimana yang disebut oleh ulama-ulama fekah, yang membincangkan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang telah dihuraikan oleh Ibnu Khaldun yang dianggap bapa kepada ilmu sosiologi, yang menjadi rujukan kepada ilmu politik, ilmu ekonomi dan ilmu yang berkaitan dengan kemasyarakatan.Beliau mengatakan di zaman awal Islam, kaum yang paling ramai menganut Islam adalah kaum Quraisy jadi pemimpin yang dipilih adalah dari kaum Quraisy. Jadi bila sudah ada kaum lain yang menganut Islam dan kaum Arab pula semakin lemah, maka kaum lain pula dipilih menjadi pemimpin tetapi masih lagi penganut Islam.

Sebagai contohnya Sallehuddin Al-Ayubi daripada kaum lain. Ada juga pemimpin yang dipilih dari kalangan kaum yang menjadi hamba. Amerika baru sekarang melantik Obama yang datang dari bangsa yang menjadi hamba sedangkan Islam seribu tahun dulu sudah pun mengangkat golongan hamba menjadi pemimpin.


Maknanya Tuan Guru menegaskan orang yang layak untuk memimpin negara ini mesti dari kalangan Melayu beragama Islam... Begitu?

Haji Hadi: Ya. Begitulah dalam negara ini, kerana Islam dan Melayu merupakan yang majoriti maka pemimpin Islam dan Melayu yang diangkat menjadi pemimpin negara.Perkara ini telah diterima oleh semua pihak, kita lihat MCA, MIC dan Gerakan pun menyokong pemimpin Umno yang beragama Islam dan berbangsa Melayu menjadi Perdana Menteri.Cuma Umno meletakkan Islam di belakang tak seperti PAS yang meletakkan Islam menjadi keutamaan, di depan. Itu yang tak betul dengan Umno.Islam diletakkan di belakang dan hanya memperjuangkan ketuanan Melayu sahaja sedangkan kalau kita bercakap tentang ketuanan mesti untuk semua kaum kerana mereka juga rakyat negara ini.


Jadi, kaum lain selain Melayu tak boleh memimpin negara ini? Itu dalam konteks sekarang. Bagaimana pada masa akan datang, masyarakat dan lanskap politik berubah?

Haji Hadi: Di Malaysia ini, kalau satu masa nanti orang Melayu sudah semakin kurang menguasai ilmu termasuk ilmu Islam dan kaum lain pula semakin ramai memeluk Islam dan menguasai semua bidang ilmu, maka tidak menjadi masalah lagi untuk diangkat kaum lain menjadi pemimpin dengan syarat mereka adalah Islam.


Jadi konsep ketuanan Melayu tidak selari dengan ketuanan Islam. Begitu?

Haji Hadi: Ya. Jelas sekali ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh Umno itu tidak serasi dengan ketuanan Islam.

(Sumber: Harakahdaily)-- WEB SUTERA