Khabar dari Situ Sana Sini
-
[IKTIBAR] Ku Sangka Dia Orang Gila - Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Teren...54 minutes ago
-
Saudi Arabia: Of Identities and Institutions - Saudi Arabia is in the throes of an identity crisis that could ultimately lead to a redefining of its founding pact. Under the norms prevalent in Saudi...2 hours ago
-
Ooooo... Macam Itu Kisahnya - Bhai..... tadi gua dimaklumkan oleh seorang rakan..... lama dier bercerita dengan gua... macam-macam segmen cerita dier... dari tahun 1980 punya cerita sa...2 hours ago
-
Photo of the day – No to more dams - Indigenous protesters confront International Hydropower Association executive director Richard Taylor during an IHA conference in Kuching. The protesters a...3 hours ago
-
'Tak suka sistem p'raya, duduk dalam hutan' - 12 Rejab 1434 H. [MOD] - Gambar hiasan dari blog http://alhusseyn51.blogspot.com Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Selangor Datuk Seri Noh Omar menyokong ...3 hours ago
-
Teruskan demonstrasi jalanan, baik untuk ekonomi negara - [image: demonstrasi jalanan] *Suara Rakyat Suara Keramat* *Suara Rakyat Suara Keramat* Peningkatan demonstrasi jalanan di Malaysia secara umumnya tidak membe...4 hours ago
-
(Gambar) Live Dari Himpunan Bebaskan Adam Adli - (Gambar) Live Dari Himpunan Bebaskan Adam Adli4 hours ago
-
"CHINESE TSUNAMI" WAS A LIE BY UMNO-BN AND PRIME MINISTER NAJIB - Read here for MORE Pakatan Rakyat (PR) won in 59 mixed-race federal seats, almost double its 30 wins in Chinese-majority seats in Malaysia’s Election 2013...6 hours ago
-
Corruption's "Great White Shark" - Hantu Laut Money the roots of all evil they say. Corruption in government is the scourge that besieged many countries that can lead to failure of the deli...10 hours ago
-
Isu Perlantikan Exco Selangor: DAP dan PAS Bergaduh? - Maka riuhlah media arus perdana milik BN yang ingin sangat memberikan gambaran bahawa DAP dan PAS sedang bergaduh bagi merebut kerusi exco di Selangor. Dik...2 days ago
-
-
Where does Malaysia go from GE13? - SOME countries move from relatively democratic systems to more authoritarian ones such as Malaysia in the 1970s. Others from authoritarianism toward democr...2 days ago
-
SOALAN YANG PERLU JAWAPAN - *NOTA* paling menarik ialah maklumat tentang india penduduk 1.1 bilion menteri kabinet hanya 32 orang dimalaysia penduduk 28 juta menteri kabinet 35 orang...4 days ago
-
FIRST PAST THE POST - *Jah..aku menang badminton final lawan Najib. Aku dapat 59 mata, Najib 45 je!!! Yey yey aku menang! Errmm..Bang Non, Jah fenin ni! Najib menang 2 set, han...1 week ago
-
Najib Tuduh Orang Cina Untuk Menutup Kelemahan 1Malaysia - Kenyataan Media V.Sivakumar Timbalan Pengerusi DAP Perak di Pulau Pangkor pada 10/5/2013 Najib Tuduh Orang Cina Untuk Menutup Kelemahan 1Malaysia ...1 week ago
-
NGO Melayu Suruh Boikot Bisnes Cina? - Beberapa NGO Melayu tampil menggesa kaum itu memboikot perniagaan dan produk terkenal milik pengusaha Cina kerana didakwa mendanai pembangkang dalam pilihan ...1 week ago
-
BUBAR SAHAJA MCA - Pilihanraya kali kini kurang meriah jika hendak dibandingkan dizaman Pak Lah pada tahun 2008 --zaman sentimen menghukum pemimpin kata beberapa kenalan yang p...1 week ago
-
Polis tiga negara tangkap penjenayah berkaitan kecurian berlian 50 juta dolar - Brussels - Polis dari tiga negara, yakni Belgium, Perancis dan Swiss melakukan penangkapan massal terhadap para pelaku pencurian berlian spektakuler seni...1 week ago
-
Jangan Lupa Tuntutan BERSIH! - Semua orang bersemangat nak hadapi pilihanraya.. Semua orang yakin PR boleh menang pilihanraya umum kali ni.. Tapi terlupakah semua orang dengan 8 Tuntutan...5 weeks ago
-
"Allah" Tidak Diperjuangkan, Putrajaya Segalanya - PAS & DAP sering saling menuduh dan yang pastinya kita pengundi dapat lihat dengan jelas bahawa DAP konsisten dengan ungkapan dan polisi meeka. Contoh t...3 months ago
-
PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi - Pengunjung Pasar Sehari Pekan Bagan Datoh dikejutkan dengan kedatangan ramai pimpinan PAS dan PKR dari negeri Perak dan Kawasan Bg Datoh. Kunjungan mereka ...5 months ago
-
Cara mengatasi ganguan untuk melayari MediaPerak.Com - Bertarikh 20 oktober 2012 mediaperak.com telah mengalami masalah suapan tapak.Pembaca akan mengalami kesukaran untuk memasuki atau melayari web kami.Buat s...7 months ago
-
SINGAPORE MEMBER OF PARLIAMENT SHOWN THE EXIT - It does not come as a surprise to me when told that Worker’s Party of Singapore and Hougang MP Yaw Shin Leong (35) was expelled from the party Wednesday fo...1 year ago
Sunday, November 30, 2008
Lebih Baik Jadi Pembangkang...(huhuhu..memang patut pun...)

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan lebih baik bagi pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menyertai sahaja parti pembangkang sekiranya mahu terus mengungkit sejarah dan fakta negara. ...
Read more
Penganjur : Protes gejala 'mak nyah dulu baru konsert Inul
PETALING JAYA: "Bukan saja terkilan tetapi saya rasa teraniaya...," luah penganjur konsert Inul Daratista, IMS Sdn Bhd, Nasir Abu Bakar apabila diberitahu pembatalan konsert Inul di saat-saat akhir.
Pihak penganjur diberikan tiga sebab kenapa konsert Inul, yang dijadualkan berlangsung malam ini di Stadium Putra, Bukit Jalil terpaksa dibatalkan.

Konsert Inul dibatalkan buat kali ketiganya.
Selain dari tidak mendapat permit dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), konsert itu mendapat bantahan dari Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan pihak polis enggan memberi kelulusan atas sebab keselamatan.
Difahamkan, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan telah menyerahkan memorandum mengandungi bantahan tersebut kepada Ketua Pengarah Jakim, Dato' Wan Mohamad Dato' Sheikh Abdul Aziz baru-baru ini.
Ketika mengesahkan berita pembatalan konsert Inul semalam, Nasir, yang juga Pengarah Urusan IMS Sdn Bhd, berkata beliau cukup kecewa dengan pembatalan konsert itu buat ketiga kalinya.
Kali terakhir ialah pada bulan Julai dan Ogos tahun ini di mana penyanyi dangdut yang terkenal dengan 'goyang gerudinya' itu sepatutnya beraksi di Stadium Putra, Bukit Jalil dan di Stadium Johor Bahru.
"Memang saya kecewa tetapi saya tidak marah. Saya tidak menanggung apa-apa kerugian kerana belum mengeluarkan apa-apa belanja lagi kerana menunggu kelulusan permit dari Dewan Bandaraya," jelas Nasir yang pernah mengalami kerugian hampir RM500,000 ketika dua konsert terdahulu Inul dibatalkan.
Tapi kata Nasir, "Nak protes pun biar bertempatlah. Saya tidak pernah paksa orang datang. Kalau fikir konsert itu tidak baik, tidak payahlah datang."
Inul Daratista masih 'teringin' membuat konsert di Malaysia.
"Saya rasa teraniaya. Saya buat konsert nak cari makan. Benda ini kecil saja, hanya konsert tiga jam. Sepatutnya ada isu lain yang lebih besar, yang perlu mereka protes dulu seperti gejala mak nyah di Lorong Haji Taib, Chow Kit Road, dan pengkid. Isu-isu yang macam ni lah patut mereka protes dulu?
"Saya hendak tanya, adakah mereka ini pergi Lorong Haji Taib untuk membendung perkara mungkar seperti ini? Tak ada pun...?
"Saya tidak paksa mereka datang pun. Saya sasarkan konsert ini untuk orang Indonesia kerana ramai dikalangan mereka yang datang konsert Inul dulu," jelas Nasir lagi.
Lagipun, menurut Nasir, pihaknya mendapat jawapan yang permit mereka tidak diluluskan oleh DBKL pada 24 November.
Inul Daratista - penyanyi seberang yang cukup terkenal dengan 'goyang gerudinya'.
"Ikutkan saya boleh buat rayuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur tapi saya tidak cukup masa untuk berbuat demikian kerana tarikh konsert semakin hampir," jelasnya lagi.
Ironinya, kata Nasir, "Ini bukan kali pertama saya menganjurkan konsert Inul di sini. Saya pernah membawa Inul ke sini untuk konsert di Stadium Merdeka pada tahun 2005. Masa tu boleh pula?
"Lagipun, saya tidak nampak konsert Inul boleh mencetuskan huru-hara sehingga menjadikan faktor keselamatan sebagai alasan membatalkan konsert."
Ketika ditanya bagaimana reaksi Inul apabila diberitahu tentang pembatalan konsert di Malaysia buat kali ketiganya?
"Ini baru cadangan saja dan kami pun memaklumkan demikian pada Inul. Bila dibatalkan sekali lagi, kami memberitahu Inul dan dia akur dengan keputusan itu," jelas Nasir.
'Kedegilan' pihak IMS untuk meneruskan usaha mengadakan konsert Inul di sini seolah-olah menggalakkan satu aktiviti yang mengundang keruntuhan moral?
"Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak pernah memaksa orang datang...."
Demi peminat setia Inul yang 'kempunan' melihat aksi penyanyi dangdut kesayangan mereka, Nasir berjanji akan berusaha membawa juga Inul mengadakan konsert di Malaysia.
"Saya tidak putus asa. Saya akan buat rayuan lagi..."
Sumber Mstar
Ragui dengan Obama- Presiden PAS

Saya juga akui dari segi kempen yang dijalankan oleh Obama lebih berjaya menarik lebih ramai pengundi muda berbanding McCain. 67 peratus berjaya ditarik. Ini berdasarkan apa yang saya baca di internet.

Tetapi, dari segi pengurusan dasar luar dan kententeraan, Obama tidak mempunyai kuasa untuk membuat penentuan. Jadi saya tidak ada harapan yang tinggi Obama akan mampu membuat satu perubahan besar dalam hubungan dengan Asia Barat, menyelesaikan isu Palestin, Iran, Iraq dan Afghanistan.
Di mana individu ini dari keturunan yang pernah melakukan keganasan terhadap mereka yang tidak sehaluan dengan Yahudi.

Maksud Dato' Seri "mungkin lebih hebat tu macam mana"?
Saturday, November 29, 2008
KOMANDO GEMPUR PENGGANAS - 200 tebusan diselamatkan di Mumbai
MUMBAI: Sehingga seramai 200 orang, sebahagian besarnya warga asing, diselamatkan dari Hotel Oberoi Trident di Mumbai semalam, kata ketua polis Mumbai, Encik Hassan Ghafoor, selepas lebih 36 jam bangunan itu ditawan kumpulan militan bersenjata. Tetapi sumber tentera India pula berkata 148 tebusan telah dibebaskan. Menurut laporan, sebanyak 24 mayat turut dijumpai.
Timbalan Ketua Menteri Maharashtra, Encik R.R. Patil, berkata sembilan militan yang melancarkan serangan di Mumbai telah dibunuh. 'Sembilan militan dibunuh dan seorang ditangkap,' jelas beliau. Menurut beliau militan yang ditahan itu rakyat Pakistan.
Kementerian Dalam Negeri berkata sekurangkurangnya 143 orang terkorban sementara 327 orang cedera apabila kumpulan pengganas melancarkan serangan yang penuh terancang di 10 lokasi, termasuk dua hotel mewah di hub kewangan India pada malam Rabu lalu. Kumpulan militan yang turut menyerang sebuah stesen kereta api, dua hospital dan sebuah restoran itu mengenalkan diri mereka sebagai Deccan Mujahideen.
Akhbar media setempat melaporkan sehingga sembilan warga asing dipercayai antara mereka yang terkorban. Berkongsi pengalamannya apabila ditawan, salah seorang pengunjung yang diselamatkan dari Hotel Oberoi Trident semalam, Encik Muneer Al Mahaj berkata:
'Saya lapar dan dahaga. Biar saya makan dulu. Saya tidak dapat makan hidangan yang sempurna sejak 36 jam lalu. Saya hanya makan biskut dan itu pun kehabisan. Air saya habis malam tadi.' Encik Mahaj, yang berasal dari bandar Basra, Iraq, berada di Mumbai atas urusan perniagaan dengan seorang rakan.
Beliau berada di tingkat empat hotel itu apabila anggota militan bersenjata menyerbu masuk bangunan itu, malam Rabu lalu. 'Saya tidak percaya apa yang saya nampak sepanjang 36 jam lalu. Saya melihat mayat, darah di serata tempat dan mendengar hanya tembakan,' kata Encik Mahaj. Semalam, pasukan komando khas India turut menggempur sebuah pusat pergerakan Yahudi di bandar raya ini.
Sekurang-kurangnya 17 komando kelihatan turun dengan tali dari sebuah helikopter ke bumbung Bangunan Nariman dan bunyi tembakan dan letupan kedengaran sejurus kemudian. Tujuh tebusan berjaya dibebaskan daripada bangunan itu. Menurut polis, tiga anggota militan telah ditangkap dengan beberapa lain dibunuh di Hotel Taj Mahal.
Ketua unit komando yang ditugaskan menjalankan menumpaskan saki baki anggota militan itu semalam berkata beliau nampak antara 12 dengan 15 mayat di salah satu bilik di hotel itu. Para tebusan di hotel itu telah dibebaskan kelmarin. Para komando menjumpai wang, peluru dan kad pengenalan dari Mauritius yang disyaki dimiliki anggota militan.
India semalam buat pertama kalinya mempersalahkan 'anasir di Pakistan' di atas serangan di Mumbai. 'Menurut maklumat awal, beberapa anasir di Pakistan bertanggungjawab atas serangan pengganas di Mumbai. Kami tidak boleh dedahkan sebarang bukti sekarang,' kata Menteri Luar India, Encik Pranab Mukherjee, kepada pemberita di Jodhpur, Rajasthan, lapor Press Trust of India.
Sebelum ini, pegawai India mendakwa kumpulan Lashkar-e-Taiba berpangkalan di Pakistan, yang bertanggungjawab. Pakistan menafikan ia terlibat. Menteri Pertahanan Pakistan, Encik Ahmed Mukhtar, berkata, 'Saya ingin menegaskan bahawa Pakistan tidak terlibat dalam insiden ini.'
Perdana Menteri Pakistan, Encik Yousuf Raza Gilani, semalam mengutuk serangan tersebut semasa menghubungi rakan sejawatannya di India, Encik Manmohan Singh. Beliau berkata, 'Pakistan juga menjadi mangsa pengganasan.'
Encik Gilani menerima permintaan Encik Singh agar menghantar ketua Perisikan Antara Perkhidmatan (ISI) tentera Pakistan, Leftenan Jeneral Ahmed Shuja Pasha, ke India untuk membantu siasatan. Encik Singh berkata India ada bukti senjata dan peluru dikirim dengan bot kepada pengganas dari Karachi. -- AFP, AP, Reuters.
Man: Adakah ini satu lagi fitnah terhadap Umat Islam?
Berhati-hati pada Hantu Komputer
Kesalahan dalam penggunaan MOUSE sehari-hari akan mengakibatkan pada SINDROM KARPAL SINDROM!
Gunakan mouse dengan BAIK dan BENAR! Jangan sampai kena bedah macam ni wooooo....
Menarik hari ini...
2. Perang besar menanti kem Wanita Umno. harakahdaily
3. Pilihanraya kecil bakal berlangsung di Kuala Terengganu. pahangdailyonline
4. PKR terima 100,000 ahli baru: Syed Husin. klpost
5. 7500 kakitangan rakyat sokong Pakatan Rakyat Perak; Nizar Jamaluddin. watanonline
6. Dasar pentadbiran Terengganu teruk. tranungkite
7. Petronas untung berbillion, tapi rakyat terus menderita. utusan meloya
8. Mumbai; Keganasan tamat dah kot?. Berita Meroyan
9. Sah Pas bergantung pada Nik Aziz. riuhrendoh.blogspot
10. Tajudin's gutter, racist and sexist language in Parliament. dapmalaysia
11. Kongres PKR 2008- Iktibar Uhud. marheindaily
12. Azab cinta sejenis. mymaterol
13. Korban abang untuk adik. kiasokmo
14. Panas di News Of The World. NTW
15. Stranded passengers in Bangkok use KTM. staronline
16. Hehhe..tulun translate sikit story nih yerk. nanyang online
17. Jangan kaitkan saya dengan politik-Mawi. mstaronline
18. 'Barbaric and heinous'. malaymail
19. Takziah Bodolah kepada PM India. belanama
20. Taj Mahal Hotel bebas. Serangan pengganas berakhir. mstar
21. Sisipan Khas: Tahniah semua pelajar 5A UPSR Terengganu. berita meroyan (belilah weh!!)
Friday, November 28, 2008
MP Kuala Terengganu; Datuk Razali Ismail meninggal

al-Fatihah & Takziah kepada seluruh keluarga Timbalan Menteri Pelajaran; Datuk Razali Ismail, merangkap MP Kuala Terengganu. Allahyarham meninggal dunia ketika sedang bermain badminton di Dewan IAB Genting Highland dan disahkan meninggal akibat serangan jantung.
Kini, Terengganu sekali lagi pasti menjadi tumpuan negara dan dunia amnya ekoran satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di situ. Untuk Rekod, Razali menang ke atas Mat Sabu di situ hanya dengan beberapa undi sahaja. Adakah Tok Mun akan turut bertanding kali ini?
Sama-samalah kita tunggu. Allahu Akbar!
Di mana kasihnya MB Selangor kepada Islam dan PAS?
Tun M Cuba Cegah Politik Wang

Menurut Abu Bakar, seharusnya masalah dalaman politik itu perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO yang layak memberi keputusan dan tindakan selanjutnya kepada individu terbabit.
Katanya, kelemahan parti tidak seharusnya didedahkan kepada umum dan cara paling baik, bekas pemimpin negara itu perlu mengemukakan kes tersebut untuk dibicarakan secara adil berdasarkan bukti.
“Dalam soal ini, yang paling baik hendaklah dikemukakan dalam perbicaraan berdasarkan bukti dan keterangan, dibawa ke pengadilan, barulah adil kerana kita ada institusi kehakiman ataupun dibawa kepada Lembaga Disiplin UMNO,” katanya lagi.
Sebelum ini, Tun Mahathir berkata, beliau akan memastikan dengan tepat senarai nama pemimpin UMNO yang terlibat dalam masalah politik wang sebelum mendedahkan nama terbabit.
Beliau berkata, tindakan tersebut akan diambil sekiranya Lembaga Disiplin tidak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat. Bagaimanapun, Abu Bakar sedikit pun tidak melihat masalah itu sebagai percaturan politik untuk menjatuhkan sesiapa tetapi menyerahkan kepada Tun Mahathir untuk mem-buat keputusan yang sama sekali tidak akan menjejaskan parti pembangkang.
“Mungkin dia menganggap politik wang itu sudah menjadi masalah besar ketika ini dan berusaha membendung serta mencegahnya daripada berleluasa dalam UMNO,” katanya.
Abu Bakar menjelaskan, politik wang dilihat jelas berlaku ketika zaman Tun Mahathir lagi dan keadaan tersebut semakin melarat pada waktu ini sehingga pemimpin UMNO di pelbagai peringkat sudah mula bersuara berhubung isu politik wang sejak akhir-akhir ini.
Beliau yang bersetuju politik wang dibendung bagaima-napun memberitahu UMNO sebenarnya sudah menyimpang daripada matlamat asal untuk memartabatkan bangsa, agama dan tanah air.
by: Sinar Harian
Chua: Kita tidak terima Ketuanan Melayu

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN) mesti diubah.
Katanya slogan 'Ketuanan Melayu', hubungan Tuan dan Hamba, tidak boleh diterima lagi.
"Kita menerima kepimpinan Melayu, tetapi bukan Ketuanan Melayu," katanya dalam ucapan penerimaan Anugerah Kancil di Petaling Jaya hari ini.
"Bila kita berkata tolak 'Ketuanan Melayu', kita bukannya mencabar hak-hak istimewa orang Melayu. Ianya terkandung dalam perlembagaan kita dan tiada siapa pun boleh mengenetapikan pada masa ini.
"Dalam cara yang sama, Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Statusnya dilindungi dalam perlembagaan, dan tiada siapa pun yang boleh mengubahnya," kata Chua.
Beliau berkata, status tersebut diterima dan dihormati, maka "bila kita belajar bahasa lain atau memasang papan tanda dalam bahasa lain, ianya bukan mencabar status bahasa kebangsaan kita".
Sehubungan itu, Dr Chua menegaskan pentingnya mengubah pemikiran rakyat Malaysia supaya tidak menguasai 'satu bahasa' sahaja dalam dunia globalisasi IT.
"Kita perlu berdayasaing tinggi. Maka meningkat pembelajaran dan penguasaan adalah mengenai memperkayakan tenaga kerja kita, bukan (bermaksudn) lain," tambahnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia mesti berubah dan kurang bersikap konfrontasi, kontroversial, emosi dalam isu-isu yang melewati batasan perkauman.
"Jika kita menjadi kurang emosi/konfrontasi dan lebih objektif, maka suhu politik di Malaysia akan lebih 'normal'.
"Mesti ada lebih konsensus, lebih bertolak ansur dan lebih asas kesaksamaan; bukan hubungan Tuan dan Hamba.
"Hak semua masyarakat terkandung dalam perlembagaan. Para pemimpin tidak semesti tahu semuanya. Mungkin hanya yang terbaik untuk mereka dan bukannya untuk rakyat," katanya.
Satu lagi perubahan yang diperlukan, katanya ialah bagi rakyat Malaysia berfikiran seperti rakyat Malaysia dan kurang berdasarkan garis perkauman.
Man: Pemimpin mana? DAP atau MCA?
Wednesday, November 26, 2008
Apa ada hari ini...
2. Syabas di atas keberanian PAS Selangor bertindak membataskan penjualan arak secara terbuka. Malaysiakini.
3. PAS kesal usul kezaliman Zionis ditolak untuk dibincangkan dalam Parlimen. harakahdaily
4. Bunuh diri- tarikan terbaru di Terengganu. dppkt
Nilai Sebuah Senyuman

Ia tidak perlu dibayar, tetapi
mendatangkan banyak faedah
Ia adalah sedekah yang
menambahkan keceriaan penerima
tanpa mengurangkan pemiliknya
Ia terjadi dalam sedetik, tetapi
boleh meninggalkan banyak kenangan
untuk selama-lamanya
Tiada insan yang terlalu kaya
sehingga tidak memerlukannya
lagi pun, tiada yang terlalu miskin
hingga tidak mampu untuk memberikannya lagi
Ia mencipta keriangan di rumah
memupuk perhubungan baik dalam perniagaan
dan ianya sebagai wakil sebuah persahabatan
Ia adalah ketenangan kepada pemberi
harapan kepada yang kecewa
cahaya kepada yang bersedih
dan menjadi pelindung semulajadi yang terbaik daripada kesusahan
Ia tidak boleh dibeli, diminta dipinjam atau dicuri
kerana ia adalah sesuatu yang langsung tiada faedahnya
melainkan setelah diberikan kepada orang lain
Tiada insan yang lebih memerlukan sebuah senyuman
selain daripada seseorang yang tidak punya apa-apa lagi untuk diberikan
hadiahkanlah sebuah senyuman
Senyumlah selalu berkatnya beribu-ribu
Koleksi Kenangan Mama,
Monday, November 24, 2008
SALAM BUAT SEMUA SAHABAT...!
Semoga ukhwah senantiasa bersama kita di sini, tiada tamak haloba dan banyak keinsafan diri...Silakan! Karpet ini untuk anda semua!!
Syabas!!!
YB>>
Assalamualaikum...
Tahniah kepada semua kerana berjaya mewujudkan blog baru, karpet kuning ni. Moga segala perkenalan, persahabatan, ukhwah kita semua dirahmatiNya...
"... Bicara kita adalah bicara sufi, tanpa suara dan kata-kata, kerana penghubung kita adalah suara hati, bertemu berpisah kerana Allah..."
Salam dari ambo piz mache :)
Sunday, November 23, 2008
welcome to new blog
from me
salsa
Selamat Datang ke Karpet Kuning.
Ikhlas,
MAN
















