Selamat Datang ke ...

Selamat Datang ke ...

Khabar dari Situ Sana Sini

Wednesday, January 11, 2012

LIGA SUPER MALAYSIA - LionsXII 1 - 2 Kelantan



SINGAPURA: Ia permulaan mengecewakan dan persembahan yang menimbulkan tanda tanya. Keputusannya pula mengesahkan ramalan jurulatih profesional, Tohari Paijan.

Di depan 8,000 penonton di Stadium Jalan Besar dan ribuan lagi yang menyaksikannya melalui kaca televisyen, SingaXII rebah 1-2 di tangan Kelantan dalam perjuangan pembukaan pertandingan bola sepak Liga Super Malaysia. Jika ada satu detik yang menjadi kemegahan pasukan tuan rumah dalam pertarungan ini ialah keupayaan bek tengah, Baihakki Khaizan, membuka tirai jaringan melalui tandukan hasil tendangan percuma Shahdan Sulaiman pada minit ke-34.

Tetapi, sebagaimana amaran Tohari baru-baru ini, Kelantan pasukan yang tidak mudah menyerah kalah dan mampu meledakkan keputusan mengejut. Ini terbukti apabila ia menyamakann kedudukan 1-1 seminit sebelum rehat melalui Norshahrul Idlan Talaha. Gol kemenangan Kelantan melalui penalti hasil rembatan Mohd Ghaddar pada minit ke-79 boleh dipertikaikan tetapi rata-rata kekurangan pasukan tuan rumah agak ketara.

Tenaga midfield kurang bertenaga dan tenaga penggempur kurang berbisa. Jangan bersungut SingaXII tidak memungut tiga mata. - Agensi

Thursday, September 1, 2011

Kekejaman Komunis Malaya menyerang rumah pasung Polis British Malaya

secara peribadi terus terang kami rasakan serangan sesama islam amat menyedihkan...



termasuk juga serangan ini... lebih memilukan....


Wednesday, August 31, 2011

Salam MERDEKA RAYA 2011


Monday, August 15, 2011

Bencana 15 ramadhan 2012... adakah benar?


Berdasarkan hadis dan kajian ulamak tahun 2012 berkemungkinan besar berlaku bencana alam yang megakibatkan banyak penduduk dunia kehilangan nyawa dan harta benda.Wabak penyakit banyak menular. Generasi manusia akan susut. Beliau menambah lagi kenyataan bahawa peristiwa 2012 itu adalah jangkaan tetapi tidak mustahil berlaku lebih awal. Nasihatnya supaya hidupkan zikir dalam diri masing-masing bermula sekarang. Sama ada percaya atau tidak terpulang pada diri masing-masing.

Hadis

1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi berkenaani huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan di bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, mengenai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar di langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika beritahupada 21-12-2012 planet X akan lintas ke bumi )Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba kita lihat hadis nabi kat bawah ni dankenyataan pasal huru hara 2012.

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...".
Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?"
Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan munculsuara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, paragadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kamu telahmelaksanakan solat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kamu ke dalam rumah kamu, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kamu, sumbatlah telinga kamu. Jikakalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah:"Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukanhal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Kajian NASA

Untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(olehNASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planetjupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberikesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan o NASA. bulan mei 2009 planet ini telah jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..

Mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan. AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara dibanjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahunkerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana.

Jawapan: Hadith ini tidak sahih dan tidak boleh dijadikan hujjah.

Hadith ini terdapat dalam kitab al-lali’ al-masnuah fil ahadith al-maudhuah oleh Imam Suyuti, dalam bab al-fitan, sanadnya hanya daripada Abdullah b. Masud shj, hadis ini adalah hadith maudhu’ menurut al-zahabi. Matannya begitu pelik gharib, tak boleh berhujah. Wallahualam.
Dr. Mohd Fauzi Mohd Amin (Ahli Panel Majlis Ulama ISMA)



Monday, June 6, 2011

Kepimpinan baru sebagai satu pasukan yang baru muncul untuk membantu Presiden PAS.



KUALA LUMPUR: Naib Presiden baru Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Husam Musa, semalam berkata pihaknya akan merangka satu pelan kemenangan ke arah mempersiapkan parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Malaysia ke-13.


Ia adalah antara beberapa rangka merealisasikan tema muktamar PAS, 'Membangun Negara Berkebajikan', yang tamat kelmarin, lapor laman berita rasmi PAS, semalam.


Ketika ditemui sejurus selepas diumumkan menang jawatan naib presiden itu, Datuk Husam dipetik oleh laporan laman berita Harakah Daily sebagai berkata bahawa perkara tersebut akan diperincikan di peringkat semua dewan yang sesuai dengan peranan masing-masing.


'Kita akan adakan pelan kemenangan, iaitu setiap dewan akan diberikan peranan dan tugas masing-masing seperti Dewan Pemuda, yang dicadangkan agar lebih fokus kepada daftar pemilih pengundi muda secara berstrategi,' katanya di Kolej Universiti Zulkifli Muhamad, Taman Melewar, Gombak, dekat sini, baru-baru ini.


Mengulas kemenangannya pada pemilihan pemimpin PAS kali ini, beliau menganggap ia sebagai satu kemenangan yang bersifat kolektif.


'Kemenangan ini turut memperlihatkan bahawa tidak timbul isu ulama terhakis kerana dalam PAS tidak berlaku perbezaan dan kami tidak merasakan ada keganjilan. Isu ini sengaja diada-adakan pihak luar yang ada agenda,' jelasnya.


Datuk Husam, yang juga exco kanan kerajaan Negeri Kelantan, menyifatkan saf kepimpinan baru ini sebagai satu pasukan yang baru muncul untuk membantu Presiden PAS.


'Kami semua adalah satu pasukan yang mahu bersama Presiden kerana kelebihan dan kekuatan pasukan ini adalah performance atau prestasi mereka sebelum ini. Mahfuz (Omar) dari Utara, Salehudin (Ayub) dari Selatan dan saya dari Timur.


'Kami perlukan pembetulan kerana PAS mempunyai tanggung jawab yang besar dan ia satu pasukan yang boleh diterima - saya berharap kami mempunyai kesempatan berbincang di semua peringkat bagi membantu kemenangan,' katanya lagi.


Beliau turut menekankan peranan dan kemampuan media dalam memastikan pelan kemenangan itu terlaksana. --Agensi